"Where hope grows, miracles blossom".

March 02, 2010

20 tips serta petua yang anda perlu tahu

by , in

Tips serta petua kecantikan yang harus anda tahu..Jom baca

1.Kecantikan wanita

Untuk membentuk bibir yang menawan, ucapkanlah kata-kata kebaikan. Untuk mendapatkan mata yang indah, carilah kebaikan pada setiap orang yang anda jumpai. untuk mendapatkan bentuk badan yang langsing, bagikanlah makanan dengan mereka yang kelaparan. Untuk mendapatkan rambut yang indah, mintalah seorang anak kecil untuk menyisirnya dengan jemarinya setiap hari.

Untuk mendapatkan sikap tubuh yang indah, berjalanlah dengan segala ilmu pengetahuan, dan anda tidak akan pernah berjalan sendirian.

Manusia, jauh melebihi segala ciptaan lain. Perlu senantiasa berubah, diperbaharui, dibentuk kembali, dan diampuni.Jadi, jangan pernah kecilkan seseorang dari hati anda. Apabila anda sudah melakukan semuanya itu, ingatlah senantiasa. Jika suatu ketika anda memerlukan pertolongan, akan senantiasa ada tangan terulur. Dan dengan bertambahnya usia anda, anda akan semakin mensyukuri telah diberi dua tangan, satu untuk menolong diri anda sendiri dan satu lagi untuk menolong orang lain.


Kecantikan wanita bukan terletak pada pakaian yang dikenakan, bukan pada bentuk tubuh, atau cara dia menyisir rambutnya. Kecantikan wanita terdapat pada mata, cara dia memandang dunia. Karena di matanya terletak gerbang menuju ke setiap hati manusia, di mana cinta dapat berkembang.

Kecantikan wanita bukan pada kehalusan wajah. Tetapi pada kecantikan yang murni, terpancar pada jiwanya, yang dengan penuh kasih memberikan perhatian dan cinta dia berikan. Dan kecantikan itu akan tumbuh sepanjang waktu.

2.Santan tidak berbau

Bagi yang bekerja atau suri rumah mungkin bermasalah apabila santan diperah terlebih banyak. Untuk memastikan ia tidak berbau dan tahan lama masukkan dua/tiga cili padi kedalam santan dan simpan di dalam peti sejuk, insya-Allah santan tidak berbau dan tahan lama

3.Susu kilatkan daun hijau

Banyak suri rumah suka menghias rumah dengan pokok berdaun hijau, Untuk mudah membersihkan habuk daripada daun hijau juga untuk mengilatkan daun, cubalah cara ini ambil susu cair atau susu tepung yang dilarutkan di dalam air.Tuang susu itu di atas span lembut dan lap pada daun hijau tadi. Hasilnya daun nampak berkilat dan bertambah hijau.

4.Petua kempiskan perut 

Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula. Tapi..AWAS...sekiranya buncit ada anak....mintak maaflah...

5.Mengatasi kelemumur

Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.

6.Tepung Gandum Rawat Kulit Terbakar

Kepada yang melakukan kerja luar sering menghadapi masalah kulit muka terbakar kerana panas matahari. Untuk memulihkan kulit wajah, bancuh sebati sedikit tepung gandum bersama madu dan putih telur serta air limau nipis. Sapumbancuhan pada seluruh muka kecuali bahagian mata dan mulut. Biar kering baru cuci dengan air bersih.

7.Tumit Pecah-Pecah

Cara mudah dan murah untuk menghilangkan pecah di tumit, sediakan kelapa yang diparut tidak terlalu halus dan sedikit garam. Gaulkan kelapa bersama garam hingga sebati, Tumit dan tapak kaki yang pecah itu hendaklah dicuci terlebih dahulu. Selepas itu sapukan kelapa bercampur garam pada tumit dan tapak kaki sambil menggosokkannya rata-rata. Kemudian cuci kaki hingga bersih. Amalkan petua ini tiga kali seminggu sebelum tidur.

8.Mata Anak bersinar

Sewaktu diketahui dirinya hamil, seorang ibu hendaklah mengamalkan makan sebiji buah delima yang masak pada setiap bulan kandungan sehingga sembilan bulan. Insya-Allah mata anak yang dilahirkan akan bersinar.

9.Mengelak Bekas Cengkering

Kanak-kanak yang terkena cengkering akan mengalami kegatalan dan meninggalkan kesan bertompok-tompok diseluruh badan dan muka. Untuk mengelakkannya ambil secekak akar daun lalang, bersihkan tanah dan pasir yang melekat kemudian rebus di dalam periuk besar hingga mendidih. Setelah suam, barulah dibuat mandi seluruhan badan,lakukan ketika cengkering hampir kering.

10.Membunuh Lipas

1.Untuk membunuh lipas dan tidak membiarkan ia membiak, ikut beberapa petua ini.1. Ambil hujung timun atau pangkalnya dan letakkan di tempat ada banyak lipas. Insya-Allah lipas akan mati,

2. Ambil beberapa biji buah pelaga dan letakkan di tempat lipas membiak.3. Kalau terlalu banyak sangat, bolehlah sediakan ubi kentang yang direbus dan dilecek dicampurkan bersama serbuk penaik dan gaul.Buat seperti pergedel dan letak di tempat banyak lipas. Lihat kesannya nanti.


11.Mewangikan Rambut

Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian
barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening &
menyejukkan kepala.


12.Kilatkan Cermin Mata

Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin
mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih
atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.

13.Jemput-Jemput Menjadi Lembut

Untuk yg inginkan jemput2 menjadi lebih lembut & enak, cuba masukkan air perahan limau nipis (buang bijinya) ke dlm
adunan tersebut. Hasilnya pasti memuaskan anda.

14.Elakkan Kelemumur

Limau nipis juga ubat kelemumur yg mujarab. Caranya potong limau nipis & tenyeh pada kulit kepala. Biarkan seberapa
lama yg mungkin & bilas.



15.Mencuci Barangan Perak

Campurkan perahan air limau & garam ke dlm mangkuk yg berisi air & cucikan barang perak anda. Hasilnya barang
perak akan berkilat.



16.Segarkan Taugeh

Taugeh akan menjadi segar w/pun berhari2 sekiranya anda mencampurkan perahan air limau nipis ke dlm air tempat
anda merendamkan taugeh. Tetapi pastikan anda menukar airnya setiap hari.



17.Limau Nipis Cantikkan Badan

Sediakan segelas air suam & masukkan tiga sudu kecil daun teh & juga sebiji air perahan limau nipis. Biarkan
semalaman. Minum setengah gelas di waktu pagi & setengah gelas lagi waktu petang. Amalkan 3 kali seminggu.

18.Menghilangkan Kesan Bau Papan Pemotong

Adakalanya kita menghadapi masalah utk menghilang bau hanyir pd papan pemotong. Ambil sebiji limau nipis & kemudian di potong dua. Sapukan limau tersebut pada permukaan papan pemotong. Hasilnya bau yg terdpt pada papan pemotong akan hilang.



19.Hilangkan Bau Kaki

Sering didapati kaki kita berbau apabila memakai kasut sarung atau tertutup. Untuk mengatasinya, ambil limau nipis, potong2 & gosokkan pd kaki. Lakukan setiap ptg selepas menanggalkan kasut. Insya-allah bau kaki akan hilang.

20.Hapuskan Kesan Karat Pada Pakaian

Utk hilangkan kesan karat pd pakaian, amalkan cara ini. Ambil sedikit garam, perahan air limau nipis & larutkan bersama air rendaman pakaian & biarkan semalaman. Keesokkannya cucilah spt biasa.
Back to Top