June 2012 - Fiqa story

21 June 2012

6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim

6/21/2012 1
6 Sebab Beruntungnya Perempuan Mempunyai Rahim
1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi ‘kilang’manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya..

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang…sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis nyawanya…

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita,sepanjang dia mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi,seluruh dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali Allah. Seandainya wanita tu mati sewaktu bersalin, itu dianggapmati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga.

 
4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh kebaikan suaminya,semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung..

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan suaminya yang takdir sedari.. Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk lepas masuk syurga.Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini..

6.) Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka denganNya. Dan semua lelaki fahami hati naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA…….

13 June 2012

~Mengedik~Kenapa Wanita Begitu dan Begini..???

6/13/2012 0
~Mengedik~Kenapa Wanita Begitu dan Begini..???

Dengan suara manja yang serak-serak basah, di tambah dengan lirikan mata yang suka usha-usha kaum berlawanan, apakah itu tanda menggedik?

wahahaaiiii semua pembaca! Adakah gedik yang dimaksudkan memang benar gedik? ataupun anda rasa ianya cuma gelaran atau dicopkan gedik semata-mata?


waallhello, dari segi definisi gedik, ialah mengada-ngada atau berlebih-lebihan. Sebenarnya gedik ni tak salah tapi tak eloklah sebab ianya mencermin peribadi seseorang juga. Apa kata orang bila tengok seseorang tu mengada-ngada atau berlebih-lebih. kalau tak kena tempat lagilah padah. Jatuh maruah gamaknya.


Dalam dunia ni, ada macam-macam jenis wanita. yang lembut, ayu, sopan santun, manja, gedik, kasar, unpredictable. aku jenis unpredictable. Aku boleh jadi lembut dan aku boleh jadi kasar dalam situasi yang sama tapi pada waktu yang berlainan. unpredictable. persoalan dia, kenapa wanita begitu dan begini? satu jawapan yang pasti ialah HATI.

sekeras-keras wanita, mahupun seganas-ganas wanita, Dia telah mengurniakan mereka dengan hati yang lembut dan mudah rapuh. even wanita in the army pon akan mengalirkan air mata pada waktu dan tempat yang sepatutnya. kalau army pon macam tu, lagikan aku yang hanyalah wanita biasa, cuma degil pada luarannya. kenapa luarannya sahaja? satu jawapan yang pasti, AKU PUNYA TAHAP KEEGOAN YANG TINGGI. even aku nampak tabah di luar dan hanya membentak-bentak, orang tak tahu hati aku punya luka yang dalam dan aku mampu nangis selama seminggu tanpa henti jika aku bersendirian memikirkan hal2 pedibadi.
Satu disadvantage untuk orang yang punya unpredictable heart is orang takkan kenal hati budi kau even orang tu dah kenal kau for 5 years.
wanita gedik zaman sekarang ni, senang je nak detect. kau on FB, yang post benda merepek, itulah mereka. gedik pon ada macam-macam jenis. yang dah bersayang-sayang dengan lelaki lain even lelaki tu baru 4 hari break? eh, itu apa yang aku perhatikan. aku tak tahulah kalau mereka sudah lama menjalinkan hubungan tanpa pengetahuan aku. dan ada macam-macam jenis lagi.

tahu apa itu smileys? ala, yang macam ni :)  ;)  :D  :P . kalau perempuan guna smiley bila comment comment kat FB, barulah dikatakan lembut, manja dan peramah. bila perempuan type ayat without any smiley and just end the sentence with a fullstop, itu dikatakan tak ramah, dingin dan tak layan orang. macam-macam kan dunia sekarang? so, aku pun tengah cuba mengubah diri agar tak nampak aku ni dingin sangat dengan meletakkan pelbagai smiley apabila bercomment dengan orang sekarang ni. terasa diri ini gedik. puiii.

lelaki mungkin suka wanita yang lemah lembut, manja dan tergedik gedik. lagi-lagi yang selalu menunjukkannya di public kan? aku tak macam tu, aku dingin. ahahaha..X peramah r katakan...DIAM itu LEBIH BAIK...

I NEVER THOUGHT IT WOULD END LIKE THIS. SEKIAN. [dah lama tak update, so nak mengarut sedikit. hehe. tata titi tutu. eh eh, smiley jangan lupa. :) have a nice day!]

02 June 2012

BAHAN MEMBAHAN (LU FIKIR R SENDIRIKK!!)

6/02/2012 0
BAHAN MEMBAHAN (LU FIKIR R SENDIRIKK!!)

Salam, 1malaysia , sekali saya nak minta maaf kat sume pmbaca yang baca entry ni, ape yg saya tulis ni x de kaitan ngan sape2 mahupun yang hidup atau yang mati. Saya dapat macam macam adaaa ,ada panas ada sejuk panas jugak . bukan nk salahkan sape2 dalam hal ini.. setakat nak mebahan biasa kita sume x jadik masaalah.. ni yang x sdp didengar bila dah terover.... Kita kat cini bukan nk gaduh wow kita nak cari kawan beb,,, kerana hal kecik timbul hal besar,... mula ade masam muka sesama rakan  yang lain.. kita kne fham ape yang di maksudkan dengan "Kita kawan-kawan tak nak lawan2".. korang faham ke ape yang tertulis 2


Bagi orang yang jenis suka membahan 2..kenali dorong dulu, baru la nak membahan ke ape ke.. kalu baru je masuk tibe2 korang dh mula membahan, kita xkenal orang 2 ade prob ke hati tisu ke ape ke, tak ke naiya???!!! kalau korong  korang kne bahan cam 2 ape korang rs? So kita kawan2 tak nak lawan... ha2 peribadi gomo, hal2 peribadi jangan dibawa ke cb,, kita kat sini nak cari kawan bukan nak cari lawan ,,,biar kitaPeaxe no war...


P/S:Sy x kisah kena bahan...tp nti tau r nasib Ko..hahaha..simpan dalam hati benbanyak lu..baru ada point....senang jer....

01 June 2012

~Mari Bongkar Rahsia di Sebalik Persembahan 'silat'Mata...

6/01/2012 0
~Mari Bongkar Rahsia di Sebalik Persembahan 'silat'Mata...
 Silat mata atau silap mata???Mana 1 nie...silap mata pernah r dengar..tapi silat mata???hehe...cari sendiri...
Cari kat encik google r..kompom x jumpa....keh..keh..keh...Silat mata mungkin adegan sijejaka yang ingin mengurat sigadia denganmermain2 mata..kut2 boleh jatuh ke hati kot..ewah...ewah...
Silap mata pula lebih femes dengan istilah magik atau penjelasan ilmiahnya..mata kita ditipu..eh..eh,...Logik ke??
hahahaha...lu pikir r sendiri..bak kata Nabil Raja lawak.....

Kenal David Blaine?** tak sangka dia ada web sendiri owh...kau ada...huahuahua...
Kalau search kat encik google..memang ada menceritakan rahsia kehebatan magiknya...Fuyoo..hebatlah sngtt..cett...~ ~
Bingo!!!
Bukan bingo yang mai game pilih2 nombor tu....yang korang biasa main..2 mainan budak2...Tapi nie bingo as in sudah berjaya..atau cakap jawa disebut mission accomplish!!!..hahhhahhahhaaahhaha ....Selalu tengok kat tv...pasal magic show nie..terjumpa pulak video menarik nie....pada sesiapa yang teringin nak membuat persembahan magik kepada kanak2 sekolah atau nak memeriahkan event..boleh r try n  meniru aksi2 tersebut..hehehehe..

video

Memang ramai yang berkomplot ghopenya..hehe..tak baik tau diorang nie tipu penonton especially golongan kanak2 yang otaknya tak cukup berkembang...ish3..

 Mudah bukan???Dah cuba roger2 r..boleh tengok sejauh mana keberhasilan magik korang..hohoho..
Gud Luck! ^_^

P/S:Sekali-sekala layan juga..bukan apa...klu org buat magik kat aku..aku dah taw trick diorang..xleh ar nak kena tipu sangat...ada betul X....Xminat...minat g tengok Drift...hehehe...

~Sikap Menunding Jari~

6/01/2012 1
~Sikap Menunding Jari~
Bangau oh bangau,
Kenapa engkau kurus,
Macam mana aku x kurus,
Ikan tak nak timbul,

Ikan oh ikan,
Kenapa tak nak timbul,
Macam mana aku nak timbul,
Rumput panjang sangat,

Dan seterusnya...


Teringat zaman sekolah rendah dulu, lagu ini lah yang selalu dinyanyikan tanpa memahami makna sebenar yang hendak di ketengahkan mesejnya. Sesekali difikirkan mungkin tak membawa mesej apa-apa pun, tetapi pernahkah sahaba terfikir bahawa mesej sebenar yang hendak di bawa ialah janganlah kita suka menuding jari kepada orang lain, kerana sifat menuding jari kepada orang lain ini tak akan mendatangkan manfaat buat diri kita mahupun orang lain. Apa yang kita akan peroleh jika kita hanya mampu menuding jari terhadap orang lain? Adakah sesuatu akan kita peroleh darinya? Pasti jawapannya ialah tiada apa-apa pun yang akan kita peroleh, ramai yang pasti bersetuju.
Sikap ini sebenarnya mencerminkan diri kita sendiri, kita umpama menuding jari kepada diri sendiri. Pernahkah sahabat berfikir apakah tindakan kita? Dengan hanya menunding kepada sesuatu permasalahan, masalah tidak akan selesai jika tiada tindakan dari kita, dengan menyalahkan seseorang, masalah juga tidak akan selesai. Yang pentingnya ialah tindakan kita, itu yang pasti.

Ciri-ciri Keluarga Dinamik dan Bahagia

6/01/2012 1
Ciri-ciri Keluarga Dinamik dan Bahagia

Untuk membentuk sebuah keluarga dinamik dan bahagia, ia merangkumi perkara berikut :

1. Komunikasi Suami Isteri

Komunikasi yang baik dalam keluarga boleh meningkatkan keseronokan, mengeratkan hubungan dan seterusnya membuatkan setiap ahli dalam keluarga merasakan ia dihargai dan dipunyai keluarga tersebut.

komunikasi yang sihat ialah komunikasi dua hala. Contohnya, isteri akan berasa seronok apabila apa yang diceritakan didengari oleh suaminya serta memberi tindak balas kepada apa yang dibincangkan. pasangan suami isteri harus bertoleransi antara satu sama lain.

Perkara-perkara yang perlu dielakkan bagi suami isteri agar keharmonian rumah tangga berterusan dan terpelihara :

a. Elakkan melakukan kritikan kepada pasangan.
b. Jangan menghina pasangan dan keluarga.
c. Gunakan perkataan yang sesuai dan munasabah apabila berkomunikasi.
d. Elakkan dari bertindak mempertahankan diri dan keluarga.
e. Jangan sentiasa mendiamkan diri.


2. Membudayakan tolong-menolong dan bantu-membantu

Umpamanya suami berkewajipan mencari nafkah atau membuat kerja2 yang memerlukan gerakan fizikal yang lebih, manakala isteri melakukan kerja2 yang agak ringan dan sesuai dengan kemampuan wanita.

Gotong-royong seperti membersihkan rumah patut diadakan di antara ahli keluarga sekurang2nya seminggu sekali. pengagihan dan pembahagian tugas mesti dilakukan. Contohnya pada hari minggu, isteri memasak di dapur, manakala suami pula boleh membasuh atau menjemur pakaian.

3. Sentiasa menjaga hati pasangan dan keluarga

Dalam mengharungi kehidupan rumah tangga, setiap individu hendaklah sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada apabila hendak menuturkan sesuatu. Jangan disebabkan kerana mulut badan binasa. Pilih dan nilailah ungkapan dan perkataan sebelum dituturkan. Elakkan dari melukai hati dan perasaan pasangan walau dengan apa cara sekalipun. Janganlah membuat perbandingan antara suami atau isteri dengan lelaki atau wanita lain. Ingatlah pasangan kita adalah yang terbaik dan tercantik yang kita miliki.

4. Berfikiran terbuka dan bersedia menerima teguran dari kedua-dua belah pihak terutamanya mertua

Setiap rumah tangga yang dibina tidak sunyi daripada salah dan silap. Setiap pasangan hendaklah bersedia menerima dan memberi teguran. Tidak ada istilah 'QC' (Queen Control). Kehidupan rumah tangga sentiasa dihadapi bersama, berbincang dan selalu berunding. Kita hendaklah memahami bahawa tidak ada rumah tangga yang tidak mempunyai masalah.

Hadapi masalah bersama. Sekiranya ia adalah perkara kecil dan remeh temeh, janganlah diperbesarkan. Jika terdapat sedikit salah faham, sentiasalah bersedia memaafkan dan elakkan menanam perasaan marah dan dendam.

KESIMPULAN

Pengekalan keharmonian dan kesejahteraan rumah tangga bukanlah satu perkara yang mudah. Ia memerlukan kefahaman, kerjasama dan pengorbanan semua pihak terutamanya suami isteri. Siramilah rumah tangga dengan wangian kasturi. Berusaha bersungguh2 untuk menjaga kelangsungan rumah tangga. Tidak ada bumi yang tidak ditimpa hujan. Tidak ada rumah tangga yang tidak menghadapi masalah. Atasi masalah tersebut secara profesional dan matang. Oleh itu, sama-samalah kita berusaha untuk menjadikan rumah tangga dinamik dan bahagia sebagai syurga yang mengalir sungai di bawahnya.