"Where hope grows, miracles blossom".

December 23, 2013

Apa Nie???

by , in

  • Rafizi RamliRafizi Ramli

    •  1 / 1 
      Cepat kahwin sebelum kerajaan laksana GST

      KUALA LUMPUR - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menasihatkan mereka-mereka yang masih belum berkahwin supaya menamatkan zaman bujang sebelum cukai barangan dan perkhidmatan (GST)  dilaksanakan pada 1 April 2015.

      Jelas Rafizi yang juga merupakan ahli Parlimen Pandan, pelaksanaan GST akan memberi bebanan kepada bakal pengantin kerana terpaksa membayar lebih kepada katerer.

      "Sekiranya GST dilaksanakan, semuanya turut akan terkesan, semua barang akan naik harga," katanya ketika majlis pelancaran kempen Faham GST - Tolak GST di Kelab Sulaiman, di sini, malam tadi.

      Sementara itu, Rafizi menjelaskan hanya beberapa perkara sahaja dikecualikan GST sebaliknya hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan akan dikenakan cukai tersebut, sekali gus akan menambah penderitaan rakyat.

      "Hanya belacan, cencaluk, kacang dhal, beras, sektor pendidikan dan kesihatan sahaja yang akan dikecualikan GST, namun hampir keseluruhan barang dan perkhidmatan selain perkara itu akan dikenakan GST.

      "Oleh itu, saya sarankan rakyat tolak GST kerana GST akan memberi bebanan kepada kita," katanya.


      :::SUMBER:::

      December 23, 2013

      Apron For Me....

      by , in



      Ada sesiapa yang ke dapur mesti guna apron tak??Hehe..kalau saya memang tak lah kan..tapi memandangkan setiap kali kedapur habis lencun baju..itu memang wajib guna apron...keh3..En.syg pun dah banyak kali tegur dah..gunalah apron..gunalah apron..nak tak nak..dengan rasminya bermula semalam saya telah menggunakan apron setiap kali masuk dapur..ohh...really..biarpun pada hakikatnya saya tak suka pakai apron...tapi akibat ada masalah dengan air..ehh tak sebenarnya air suka dengan saya sampai habis basah baju2 saya...maka apron wajib bagi saya..keh3...
      December 12, 2013

      Semalam punya cerita...

      by , in



      Semalam tersangatlah bosan..tak tahu nak buat apa...alih2 nampak anak-anak kucing tengah syok tidur..apalagi..mengacau bagi bangunlah jwabnya..hehe
      Ada sekor nie tak puas hati kan...pandai lak dia balas dendam...nampak tak kat gambar tu..tengah sedap-sedap layan blog boleh pulak dia pegi duduk atas keyboard tu...aisyeemeennnn..tak puas hati nampak....

      Tapi seronok jugak ada kucing nie..teman bermain kan...apapun love my cat...wink#...


      December 12, 2013

      Dah Dapat Voucher Meal For Two KFC dari CellAds

      by , in
      Sebelum tu ada baca kat Blog Fatin & Mama Darwish..
      diorang dah tebus voucher KFC...wahh besttnya..hehe...bukan tak boleh beli sendiri kan ayam KFC tu..tapi kalau dapat free sapa yang tak nak kan....27 November yang lepas saya tebus Voucher KFC yang 500 point tu..Tu pun tebus guna point En.syg..kalau nak harapkan kita punya point memang sampai ke sudahlah jawabnya...sebab kalau korang ni jenis yang memang suka bergayut atau kaki SMS, confirm boleh dapat point banyak.kalau saya..semua nak free...topup pun jarang sekali..semua nak free jer kan...

       Lama jugak menunggu..hehe...12 Dec, bersamaan harini baru dapat voucher.Makan masa lebih dari seminggu jugak nak dapat voucher ni.




      Sebelum nie En.syg dah 2 3 kali tanya...rasanya semalam pun ada tanya jugak..nahh kan ari nie dah sampai...
      malam nie boleh lah pergi makan KFC yerk..Heeee :D....Nak ke? mehAfiqah invite...



      Thank you CellAds!
       
      December 10, 2013

      Detik Terindah aku bersama Fair & Lovely.

      by , in

      Sudahkah anda kongsikan detik terindah anda bersama kami? Jika belum, ambil kesempatan hari ini untuk menghantar penyertaan anda kepada kami. Ini adalah minggu terakhir bagi peraduan Detik Terindah bersama Fair & Lovely. 
      Huhu...saya dah hantar penyertaan saya dekat Fair & Lovely...tengah-tengah tak ada kerja kan...nak tengok...?nak tahu apa cerita saya?jom terjah SINI.----Detik-Detik Indah---Minggu 5---Cari nama AFIQAH

      December 10, 2013

      REVIEW::::NOVEL SULUNG JANUARI 2014 (PART iii)

      by , in


      SSK_copy



       SUSUN SILANG KATA
      No. ISBN:- 978-967-0448-56-5
      Jumlah muka surat:- 536
      SEMENANJUNG :- RM21.00 AHLI KN: RM17.00
      SABAH/SARAWAK :- RM24.00 AHLI KN: RM20.00

      Sinopsis:-

      Orang lain berjiran, hidup aman damai. Siap boleh berbalas bekas penuh berisi makanan lagi. Tapi untuk mereka berdua, tak wujud terma-terma begitu. Bagi Ilham, Siti gadis muda biasa-biasa saja tapi entah kenapa, dia suka sangat cari gaduh dengan anak manja jirannya ini.

      Bagi Siti, Ilham tu umpama makhluk dari planet mana entah yang jahatnya, nauzubillah. Macam dia nak jentik-jentik kepala Ilham yang penuh dengan agenda jahat tu. Tak padan dengan umur langsung!

      Bila buku bertemu ruas, terjadilah macam-macam antara mereka berdua. Bila Ilham cari hal, Siti cari jalan penyelesaian nak membalas dendam. Bila Siti dah Berjaya balas dendam, tup tup ada lagi siri serangan dendam Ilham yang baru.

      Tapi itulah, Siti tak dengar pesan uminya. Umi dah cakap, pantang antara lelaki dan perempuan ni ada dua saja. Pertama, jangan berkawan rapat sangat. Kedua, jangan bergaduh kerap sangat. Sebab nanti-nanti salah seorang mesti akan timbul rasa suka pada yang seorang lagi.

      Disebabkan terkena sumpahan ‘pantang’ umi itulah, Ilham sesaja-saja nak balas dendam, tapi dia nak menarik perhatian Siti. Yelah, dah selama ini dia asyik perdajalkan Siti, mahunya Siti punya kening bercantum untuk selama-lamanya kalau Ilham tiba-tiba keluar ayat romantik nak mengayat dia. Tapi berjayakah taktik Ilham kali ini? Selepas dia dah masukkan pasir dalam ais krim Siti, buat itu buat ini, dapat ke Siti terima lelaki-kurang-matang macam Ilham?

      “Hidupkan enjin, penghuni syurga.”

      “Hidupkan enjin?”

      “Habis tu, takkan nak suruh awak hidupkan semula orang yang dah mati? Nak sangat masuk neraka?”



      Nak beli?SINI...
       
      :::SUMBER:::



      December 10, 2013

      REVIEW::::NOVEL SULUNG JANUARI 2014 (PART ii)

      by , in
      BSAP_copy




      BETUL! SUAMI AKU PELAKON
      No. ISBN:- 978-967-0448-53-4
      Jumlah muka surat:- 464
      SEMENANJUNG :- RM20.00 AHLI KN: RM16.00
      SABAH/SARAWAK :- RM23.00 AHLI KN: RM19.00

      Sinopsis:-
      Perkataan ‘sesat’ telah menemukan Irfan Danish, seorang pelakon yang sombong dengan Aliya Marissa, seorang gadis yang cantik rupa parasnya namun garangnya,
      mengalahkan singa. Insiden pada malam itu telah menyebabkan mereka bertengkar hebat.

      “Kau, kan semalam?” Irfan membulatkan matanya.

      “Haah! Aku. Apesal? Kau ingat kau sorang aje pandai buat mata bulat? Aku pun bolehlah!” Aliya bercekak pinggang sambil membesarkan matanya.

      Akibat gosip yang melanda Irfan Danish, Datuk Arman memaksanya berkahwin namun Irfan enggan. Oleh sebab itu, Datin Dahlia telah menggunakan kelebihan Irfan sebagai pelakon untuk memaksa Irfan agar dia berumah tangga.

      Tanpa pengetahuan Irfan, gadis pilihan Datuk Arman adalah anak kepada sahabatnya Haji Mahfuz, Aliya Marissa!

      Aliya tidak mahu sesiapa pun tahu yang dia sudah berkahwin dan yang paling penting, siapa suaminya! Kecoh satu universiti nanti. Apatah lagi rakan-rakannya begitu meminati Irfan.

      Banyak perkara yang terjadi setelah mereka berkahwin. Bertengkar, usik mengusik. Masing-masing cuba menyembunyikan rasa cinta yang sudah menjentik hati
      mereka.

      “Pelakon tak famous, ‘mulut longkang’… muka ‘jambu batu’, ‘jambu air’… penakut pulak tu!”

      “Siapa pelakon tak famous? Mulut longkang? Muka jambu batu, jambu air? Penakut? Awak maksudkan diri awak tu ke?”
                                                              
      Nak beli?SINI...
       Nak beli?SINI...
      :::SUMBER:::





      December 10, 2013

      REVIEW::::NOVEL SULUNG JANUARI 2014 (PART i)

      by , in


      LDHD_copy 
      SEBUAH KARYA DARI NOVELIS HASLIZA ISMAIL
       ISBN: 978-967-0448-51-0
      HARGA SEMENANJUNG: RM20.00


      AHLI KN: RM16.00
      HARGA SABAH/SARAWAK: RM23.00
      AHLI KN: RM19.00
       Sinopsis:-

      Diya Mirza hidup dalam ketakutan tak kira di mana beliau berada. Oleh kerana sikap peliknya itu membuatkan dia sering dipulaukan dan dibuli oleh rakan sekerja yang
      mencari kesempatan atas kelemahannya. Sehinggalah Remmy (staf baru yang bekerja sebagai despatch) muncul di syarikat tersebut.

      Sikap naif dan pelik Diya menarik hati Remmy untuk terus mendalami hati wanita itu dan sekali gus memusnahkan benteng yang selama ini melindunginya. Apabila hati masing-masing sudah terpaut, mimpi hitam mula menjadi kenyataan setelah kebenaran mula terjawab.

      Diya Mirza menyimpan kisah hitam dalam diari hidupnya dan dia kini dalam pelarian bersama ibunya. Apabila ayah tirinya muncul kembali mengganggu hidup mereka, Remmy terpaksa berkorban dan sebagai balasan, Remmy harus kembali ke pangkuan keluarga dan memikul tanggungjawab yang selama ini diabaikan.

      Apakah kesudahan kisah Diya dan Remmy? Adakah hati Diya akan selamanya terluka?

      “Bisakah cinta mengubat hati yang luka berdarah akibat kepercayaan yang pernah dinodai?”
      Nak beli?SINI...
      :::SUMBER:::

       
      December 07, 2013

      Jalan-jalan Giant

      by , in
      Balik dari kerja tadi..pergi jalan-jalan kat giant..saja cuci-cuci mata...huhu...hehe..ok.. sebenarnya nak pergi cari tudung...sebab.esok ada kenduri kawin member nn kat melaka tu haaa...niat asal nak cari tudung tapi habis satu giant tu di roundnya..keh3...macam-macam dibelek...tapi belum ada promosi lagi tengok...lepas beli barang sikit kat giant..masuk guardian lak.maklumlah ada sale kan..sebenarnya dari 21 nov lagi..sampai lah 5 Januari 2014..yes...oleh simpan duit lagi kan...ikutkan hati banyak benda nak rembat..tapi memandangkan kena save budget..terpaksalah beli benda yang perlu sahaja...

      Dah habis shopping dan cuci mata..last sekali baru pegi tegok tudung...hehe..lari dari niat asal nak cari tudung kan..nampak benda lain dah tak ingak..ekeke...tu pun suruh en.syg yang pilihkan...kita kalau pilih..mau berjam2..xtau nak pilih...nak yang macam mana..padahal diri sendiri yang guna pun...hurmmm....last2 dapat jugak tudung tu....nak tau macam mana...esok jer lah kita update yer...malas nak snap gambar sekarang nie..

      oklah....mood nak relaks2 dulu.....

      #Makan pau beli sebelum balik tadi..padahal dah rembat nasi goreng pataya + sup cendawan+milo panas..aishhh,,,perut apakah ini????Blurrrrrr

      December 06, 2013

      Menang percutian ke Pulau Satang,Kuching.

      by , in
      Tetiba pula kan tajuk tak boleh blah kat atas tu..hehe..sebenarnya saya memang menang hadiah percutian ke pulau satang,kuching..bagi yang join Contest yang Shida anjurkan iaitu  
      Giveaway Part 2 by Dunia sebenar Shida 
      mesti tahu hadiah-hadiah yang disediakan oleh pihak penganjur...iaitu Reddelima

      Giveaway ini terbahagi kepada dua part iaitu part pertama:

      Giveaway Part 1 dan Giveaway Par 2...saya ada join giveaway part pertama tapi tak ada rezeki dekat situ..hehe..Alhamdullilah join yang part kedua nie..tak sangka pula memenangi hadiah utama...



      HADIAH UTAMA :
      Vacation 3D2N to Satang Island, Kuching (Private Island) for 6 paxs (excluding Flight Tickets). Refer Page : Satang Island, Kuching Sarawak + Web/blog/facebook facelift  + 5 articles by penulisartikelmalaysia.com & + Advertisment by sponsor for 3 months for RM300
      http://hafiznur.blogspot.com/2013/10/reddelima-giveaway-part-2-by-dunia.html 
      dari Blog Shida


      Ok blog saya yang terpilih itu adalah blog saya yang kedua..khas untuk join Giveaway @ Segmen..hehe..

      Tentang percutian tu dah pun berbincang dengan Reddelima..percutian hanya dari bulan April-September sahaja berikutan keadaan cuaca yang tak elok kan..so maknanya tahun hadapan barulah boleh pergi bercuti...Bolehlah simpan duit lagi kan...

      Apa-apa pun terima kasih kepada Dunia Shida kerana menganjurkan Giveaway yang awesome ini,juga kepada Reddelima kerana sudi mengsponsor hadiah-hadiah yang sangat lumayan...tahniah juga diucapkan kepada yang menang hadiah dari Giveaway Part 1 & 2 Dunia Shida.

      @###Baru berkesempatan nak update...next time nak review produk Reddelima pulak.


      December 05, 2013

      Set komputer untuk dijual murah-murah.

      by , in

      Set P4 775 wift Lcd 19" 

       

       



      Salam.Saya ada set pentium 4 soket 775 wift Lcd 19 inci nak di jual spect :-
      3.0 ghz / DDR2 512mb / hdd 40gb / Cd Rom = Rm 350.00
      ddr2 1gb + Rm25.00
      Hdd 80gb + Rm35.00
      Cd Rom tukar kpd Dvd Rom + Rm 30.00

      Kawasan seremban dan sekitarnya


      December 05, 2013

      PilihanKu.....

      by , in















      Mana 1 yang korang biasa buat?Yang korang suka?Share skit....hehe..saya suka yang pin-up....tapi nak lukis kat mata tu..huhhh..ikut mood ok..kadang2 buat yang basic jer..
      December 03, 2013

      Review online shop: By Puji

      by , in

      http://www.fatindiana.com/2013/12/segmen-review-by-puji.html  

      Tekan Banner



      Assalamualaikum, peace upon you.









      Memperkenalkan ByPuji yang merupakan sebuah medium shopping online hanya dihujung jari anda yang mengeluarkan pelbagai jenis  rekaan Tudung atau Shawl @ByPuji terkini dan eksklusif juga unik kerana ia adalah  buatan tangan yang berkualiti tinggi pada harga yang sangat berpatutan.

      Antara koleksi By Puji:

       


       Pelbagai koleksi gabungan warna, design atau corak yang ada pada rekaan shawl ByPuji ini. Semua rekaan ByPuji ialah rekaan sendiri dan buatan tangan yang berkualiti tinggi.  ByPuji  menjual custome buatan selendang eksklusif, bawal, ("awning, Syria" akan datang) untuk tudung pencinta di luar sana yang sedang mencari reka bentuk yang unik dari pasaran sekarang!


      ByPuji sebuah keluaran yang memberi impak dalam kepelbagaian cara memakai tudung keluaran terlaris ini. Warna dan pattern mengikut citarasa terkini serta kualiti kain tudung yang dititik berat untuk memenuhi citarasa semua penggemar atau si pemakai tudung. Dan dengan harga serendah RM25 sehelai anda akan memiliki tudung yang eksklusif ini.






      Mari singgah sebentar ke ByPuji...
      Pasti puas hati...


      Nak Join???...

      Diana's : Segmen Review By Puji




      December 02, 2013

      T-shirt Gathering WAPC

      by , in

      Nampak tak kat baju tu ada my domain..hehe..sebagai salah seorang sponsored Gathering yang ke 8 WAPC..keh3...tapi itu sebelum my domain ada masalah lah...skrg guna blogspot dah sementara nak ganti domain baru....




        Banyak tak...mestilah banyak seluruh semenanjung malaysia kot yang turun Negeri Sembilan Hari itu....Entry x sempat nak update lagi..hehe..



       

      Ada tak yang nak buat baju???huhu..serius nie murah jer k..tapi baju nie jenis foursquare lah tapi taklah banyak beza harga dengan yang Orenspot pun....


      November 29, 2013

      Melantak durian!!!

      by , in






      Semalam pergi dengan budak-budak kereta...hanya RM10 seorang boleh makan sampai puas..area:Negeri sembilan...huhu


      #Entry Full next time...


      November 28, 2013

      Happy Birthday Dad!!

      by , in


       
      You are more than a great Dad. You are an inspiration, a teacher and a friend. am lucky that I love u father with all of my heart. I am really lucky to have a father that loves me with all of his heart. Love and laughter are two of the things that you have given me that make life more fun.Thanks for showing me how the world works. I may need a few more tips though.Thanks for making me rich. Not with money but with love, caring and a happy family.Thanks for always being there for me without ever being in the way.Dad, I remember when you didn't need help blowing out your candles but you still let me help.You are out of this world and yet, you are the best Dad on the planet. Weird huh? Your unconditional love has always helped me to feel warm and safe. From my heart to yours, you are and will always be special to me. Happy Birthday.Your love has always given me the ability to believe in myself. Thanks for being a great dad.Happy Birthday.
       
       
      Selamat hari lahir ayah..maafkan anakanda mu yang jauh diperantauan ini kerana tidak dapat menyambut harilahir mu...dari jauh ku panjatkan doa semoga ayah sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu...amin...

      Luv u Dad....
      November 27, 2013

      Minyak Angin Aromatherapy

      by , in


      Dari hari tu lagi nak review minyak angin aromatherapy nie...tapi tak berkesempatan...lepas dah 3,4 hari pakai baru lah ada masa nak review..huhuhu..



      Dapat minyak angin ini pun masa join Giveaway Nov bersama hunyeda
      Thanks kepada sponsor Ejulz..merasa jugak minyak angin aromatherapy yang best nie...:

      Antara Aroma pilihan ialah:
      1.Citrus.
      2.Splash Fruity.
      3.Lavendar.
      4.Green Tea.
      5.Hot/Strong.
      6.Sandal Wood.
      7.Sports.


      Saya dapat Green Tea ..wangian minyak angin tu pun sedap jer...dah namanya aromatherapy kan..next time nak beli yang lain pula...

      Antara kebaikannya ialah:Meringankan sakit kepala,perut kembung,masuk angin,mabuk perjalanan,selesema dan gatal akibat gigitan serangga...

      Nak beli dan info lanjut bolehlah hubungi Ejulz k....SINI 
      dan SINI

      p/s:suka sangat pakai fresh care Green tea nie..boleh bawa pergi mana-mana jer..bau pun tak kuat sangat...wangi jer...huhu

      Back to Top