March 2013 - Fiqa story

21 March 2013

Bubur Ayam Berempah Dan Lada Hitam

3/21/2013 1
Bubur Ayam Berempah Dan Lada Hitam



BAHAN-BAHAN:

120 gram beras.
1 keping isi ayam (dipotong kecil)
4 biji bawang merah (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1/2 inci halia (dihiris)
1 sudu teh jintan putih.
1 sudu teh jintan manis.
1 sudu teh ketumbar.
1/2 sudu teh serbuk kunyit.
1 inci kayu manis.
2 biji bunga lawang.
2 biji buah pelaga.
garam secukup rasa.
Minyak masak.
Air secukupnya.

BAHAN HIASAN:

1 biji cili merah (dipotong)
1 tangkai daun seleri 9(dipotong)

CARA MEMBUAT:

1.Bersihkan beras dan rebus dalam periuk bersma ayam sehingga masak.
2.Panaskan minyak,kemudian tumis bahan dihiris bersama bahan penumis sehingga kekuningan.
3.Masukkan bahan rempah dan goreng sehingga naik bau.
4.Angkat dan masukkan kedalam rebusan nasi.
5.Masukkan garam dan lada hitam.Biarkan mendidih.

~Bubur Kampung Pedas~

3/21/2013 1
~Bubur Kampung Pedas~







BAHAN-BAHAN:

240 gram beras.
70 gram daun selasih.
70 gram daun kaduk.
50 gram daun kesum.
50 gram dauin kunyit.
70 gram pucuk paku.
70 gram pucuk manis.
1/2 biji kelapa diambil santannya *Boleh diganti dengan santan siap
4 biji bawang merah dimayang.
1 inic halia.
1 sudu teh lada hitam.
Garam secukup rasa.
Air secukupnya.

BAHAN-BAHAN HIASAN:
2-4 sudu makan bawang goreng.
1 tangkai cili.
10 gram daun bawang.

CARA MEMBUAT:

1.Bersihkan beras dan direbus dalam periuk bersama halia hingga masak.
2.Masukkan semua sayuran yang telah dipotong bersama santan,lada hitam dan garam secukup rasa.Kacau rata dan biarkan mendidih.Angkat,hiaskan dan sedia dihidangkan.





20 March 2013

~AMERICAN CHOC MOIST~

3/20/2013 4
~AMERICAN CHOC MOIST~

BAHAN-BAHAN:
180 gram Mentega.
5 biji telur.
270 gram gula.
120 ml krim putar.
50 gram serbuk koko.
160 gram tepung gandum.
1 sudu kecil coklat emulco.
Sedikit serbuk penaik.
200 gram ganas (untuk hiasan)

CARA MEMBUAT:

1.Campurkan kesemua bahan dan pukul sehingga sebati selama 10 minit.
2.Masukkan ke dalam acuan dan bakar didalam ketuhar selama 45 minit selama 160 c.



Tiramisu Cake

3/20/2013 1
Tiramisu Cake

BAHAN A:
200 gram keju Mascarpone.
100 ml susu UHT.
80 gram gula.

BAHAN B:
15 gram gelatin.
50 ml air.

BAHAN  LAIN:
2 biji kuning telur.
500 ml krim putar.
1 keping kek span (perisa coklat).
100 gram biskut marrie (dikisar halus ).
500 gram mentega (dicairkan).
100 gram sirap Nescafe.


CARA MEMBUAT:

1.Tekapkan biskut yang telah dicampurkan dengan mentega cair ke dasar acuan.
2.Kemudian,sejukkan kedalam penyejuk selama beberapa minit.
3.Keluarkan dan tekapkan pula kek span diatas biskut yang telah disapu dengan sedikit ganash.Basahkan kek span dengan sirap Nescafe.
4.Panaskan bahan A di atas api yang sederhana sehingga keju larut.
5.Masukkan campuran gelatin dan air.
6.Kemudian,masukkan kuning telur.
7.Sediakan krim putar UHT dan putar sehingga 80 peratus naik.
8.Tuangkan adunan tadi kedalam mangkuk krim putar dan putar perlahan sehinggan adunan sebati.
9.Tuang adunan kedalam mangkuk acuan yang berisi kek span dan biskut tadi.
10.Sejukkan kedalam peti sejuk selama 1 jam.Hias mengikut citarasa anda.



~CHOC CHEESE CAKE~

3/20/2013 2
~CHOC CHEESE CAKE~



Gambar Dari Encik Google


BAHAN A:

500 gram krim keju.
80 gram gula.

BAHAN B:

25 gram mentega.
25 gram gula.
25 gram tepung kastard.
1 liter susu UHT.

BAHAN C:

5 biji telur.

BAHAN-BAHAN LAIN:

150 gram krim putar (non-dairy).
1 keping kek span (perisa coklat).
Sedikit kulit lemon (diparut).
Sedikit esen vanila.

CARA MEMBUAT:

1.Pukul bahan A sehingga sebati.
2.Sediakan bahan-bahan B dan masak di atas api yang sederhana sehingga likat.
3.Masukkan adunan B ke dalam bahan A yang masih berputar di dalam mesin putar.Biarkan selama beberapa minit sehingga adunan sejuk.
4.Kemudian,masukkan telur sebiji demi sebiji.
5.Masukkan kulit lemon dan esen vanila.
6.Masukkan krim putar yang dipukul setingga 80 peratus naik ke dalam adunan tadi.
7.Setelah sebati,tuang adunan ke dalam acuan yang berisi kek span.Bakar di dalam ketuhar selama 1 1/2 jam pada suhu 160 c.



19 March 2013

::::Kawan atau Lawan::::

3/19/2013 1
::::Kawan atau Lawan::::

Dalam mencari kawan bermacam-macam ragam manusia yang kittemui..kita boleh berkawan dengan sesiapa saja..juga kita berhak memilih kawan kita..ada kenalan,rakan,kawan atau teman yang hanya akan tetap berada ditahap itu sahaja dalam hidup kita...juga ada yang akan kita angkat tahapnya menjadi sahabat bagi mendampingi dan menemani perjalanan hidup kita..Tepuk dada tanya selera jenis manusia macammana yang kita inginkan jadi pendamping..Pastinya semuanya sebab musabab kita berkawab adalah yang dirasakan ada chemistry dan yang memberikan keselesaan kepada kita...Bukan kawan yang jenis datang rumah tak tentu masa nak itu nak ini...nak pinjam itu nak pinjam ini dah pinjam barang orang buat2 harta dia lak...Namun kadangkala kita tidak lepas dari kesilapan membuat percaturan… kita berkawan dan cuba menyelami hati budi… kita angkat darjatnya dari seorang kawan atau teman menjadi sahabat tiba-tiba dia menikam kita dari belakang… dia menjadi talam dua muka… dia hiprokit dan suka berpura-pura… dia penghasad dengki… dia pengadu domba… dia sombong, riak dan takbur…sesungguhnya kita manusia yang punya hati dan perasaaan akan terusik rasa, terguris hati, tercalar jiwa juga mampu membuatkan kita luluh dan kecewa... aduhhhhh, memang amat sakit dan pedih... umpama luka tak berdarah namun meninggalkan kesan yang sangat pedih lagi mendalam...


Pengalaman haku????? Sangat banyak dan tidak terhingga… manusia –manusia ini memang pandai bermain wayang dan pandai berbahasa… Antara jenis-jenis manusia yang pernah daku jumpa:


· Dia marah kalau kita bercakap buruk tentang dirinya… tapi kalau dia yang bercakap buruk tentang orang lain, dia tidak salah juga berdosa… dia cuma menyampaikan fakta…

· Dia pembelit dan penglipur lara… kita kadangkala cuma mendengar, namun dia yang menokok tambah cerita menjadikan cerita lebih menarik dan berbunga-bunga jalan cerita… kemudian kita pula dijadikan mangsa…

· Kita kadangkala cuma meluahkan pada teman terdekat dan rapat sahaja… tapi tiba-tiba si dia mencelah dan mengintai-intai pula apa yang kita bualkan sehingga sanggup bertanyakan pada orang lain apa yang kita bualkan dengan niat ada cerita panas yang ingin di jaja...

· Dia juga pandai mengadu domba… dia tidak tahu hujung pangkal dan cerita… tiba-tiba dia menjadi penyampai berita dengan niat memecah belahkan perhubungan yang sedia ada…

· Dia talam dua muka… sebenarnya dia juga berkata buruk tentang seseorang namun di depan mereka, dia pengampu, pengipas dan yang paling hebat lagi dialah juga seperti penghawa dingin yang dipasang di musim sejuk… grrrrrrrrr…

· Dia berlagak naïf, sempurna dan baik hati… walhal niatnya cuma ingin berlumba-lumba, menunjuk-nunjuk dan mendabik dada…

· Dia kaki pembelit, penipu dan pendusta… lain kisah asalnya, lain pula cerita dari mulut dia....



Memang banyak lagi jenis manusia negatif yang daku dah jumpa… memang kita harus berfikiran positif apabila berdepan dengan manusia-manusia ini… sedaya upaya berfikiran yang baik tentang mereka kerana sesungguhnya kita mungkin tidak tahu apa niat mereka sebenarnya… tapi kita insan lemah yang serba kekurangan… kadangkala ada juga tersasar rasa… geram, benci, marah, menyampah dan seangkatan dengannya …

Bila berdepan dengan mereka-mereka ini… tak perlu panjang cerita… tak guna berbahas bahasa… angkat sahaja kaki, jauhkan diri… usah lama berada di sisi mereka… mereka yang spesis ini, hilang akan berganti… hilang juga tidak akan memberi kesan pada kita… apatah lagi memberi kan kerugian buat kita… bak kata pasarnya … ‘Ada aku kisah?’ ... mungkin pada awalnya kita akan terasa geram, marah dan juga benci … namun seiring peredaran masa, ada suatu ketika nanti kita cuma akan tersenyum sendiri mengenang ragam manusia ini… tiada lagi amarah, kesal atau benci… yang penting kita harus berusaha meneruskan kehidupan kita dengan positif… biarlah mereka ini terjun dengan labu-labunya…


Memang daku ini simple saja... memang kita boleh berkawan dengan siapa sahaja... bak kata pepatah berkawan biar seribu... kita berbaik dengan sesiapa saja bukan bermakna kita hipokrit dan bermuka-muka... jika orang berbudi pastilah kita berbahasa... daku akan jadi biasa-biasa sahaja bila berdepan dengan mereka-mereka yang kadangkala kita rasa kurang serasi dan tak berkenan di hati... nama daku nak ampu, kipas, bodek, puji dan lebih-lebih, mahaplah...tiada dalam kamus hidup daku nak jadi kaki ampu... biarlah siapa pun kamu... orang berpangkat, ada nama, ketua, ada harta... tidak mungkin sama sekali... bukan kerja daku tukang ampu kamu... kamu bayar gaji pun daku tidak sudi...


Jika ada yang datang menyampaikan berita yang tidak baik tentang teman-teman disekeliling anda, jangan anda bersangka buruk kerana kita tidak tahu kesahihannya… lainlah kita sendiri nampak dengan mata kita dan memang juga pernah laluinya… biasanya pengadu domba dan pembawa cerita ini adalah pendusta… melainkan kita pasti dan yakin sumber kesahihannya…Janganlah cerita yang disampaikan itu membuatkan kita terdorong untuk menyelidiki dan mencari-cari sama ada ianya benar atau sebaliknya… kerana perbuatan kita itu akan mendorong kita membuka keaiban orang lain… Jangan merasa senang atau suka dengan perbuatan pengadu domba itu, dan seterusnya tidak menceritakan atau memanjang-manjangkan lagi apa yang diceritakan kepadanya itu. Kerana kita mungkin tidak tahu, dia menyampaikan cerita kepada anda DAN dia juga menyampaikan cerita anda juga kepada orang lain… berhatilah-hatilah…


Bagi haku simple jer…aku jenis pemerhati…dan dari pemerhatian itu lah aku boleh kenal setiap seorang itu..aku x akan cakap mengenai orang itu..tapi percayalah bila orang lain mula bercakap tentang seseorang itu,,,aku hanya mampu tergelak dalam hati..sebab segala firasatku tentang orang itu betul..tapi aku x nak riak xnak menunjuk2 ..dan lagi 1..aku kalau dah cakap aku benci..aku tetap benci ..itulah aku si pendiam si pemendam rasa….