Berikut adalah tip untuk mengecilkan pori-pori wajah secara efektif:
1. Cari penyebab utama ukuran pori-pori semakin membesar. Genetik
memainkan peranan yang cukup besar dalam menentukan ukuran pori-pori.
Bukan itu sahaja, minyak pada kulit secara natural juga antara yang
menentukan ukuran pori-pori. Tubuh menghasilkan sebum (minyak kulit)
secara semula jadi untuk mencegah kulit daripada kekeringan.
Jika kamu memiliki kulit yang sangat berminyak, kotoran akan mudah
menempel dan mengendap dalam pori-pori sehingga membuatkan pori-pori
semakin membengkak dan meregang. Setelah tahu puncanya, lebih mudah
untuk kamu mencari penawarnya.
2. Gunakan topical retinoid solution untuk merawat kulit
wajah. Ia akan membantu melarutkan bakteria pada kulit dan meminimumkan
kerosakan akibat jerawat dan matahari.
3. Jaga pori-pori agar sentiasa bersih. Gunakan pembersih kulit wajah
setiap hari dan setiap kali setelah melakukan aktiviti yang mengeluarkan
peluh. Gunakan juga produk pengelupasan seminggu sekali untuk
menghilangkan lapisan kulit mati. Produk pengelupasan harus digunakan
sesekali sahaja kerana ia boleh menyebabkan kulit kering sehingga
mengeluarkan lebih banyak minyak.
4. Gunakan pelembap wajah yang tidak menyumbatkan pori-pori. Hindari pelembap yang mengandungi minyak dan mulailah menggunakan pelembap non-comedogenic.
:::SUMBER:::
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..