November 2013 - Fiqa story

29 November 2013

Melantak durian!!!

11/29/2013 0
Melantak durian!!!






Semalam pergi dengan budak-budak kereta...hanya RM10 seorang boleh makan sampai puas..area:Negeri sembilan...huhu


#Entry Full next time...


28 November 2013

Happy Birthday Dad!!

11/28/2013 1
Happy Birthday Dad!!


 
You are more than a great Dad. You are an inspiration, a teacher and a friend. am lucky that I love u father with all of my heart. I am really lucky to have a father that loves me with all of his heart. Love and laughter are two of the things that you have given me that make life more fun.Thanks for showing me how the world works. I may need a few more tips though.Thanks for making me rich. Not with money but with love, caring and a happy family.Thanks for always being there for me without ever being in the way.Dad, I remember when you didn't need help blowing out your candles but you still let me help.You are out of this world and yet, you are the best Dad on the planet. Weird huh? Your unconditional love has always helped me to feel warm and safe. From my heart to yours, you are and will always be special to me. Happy Birthday.Your love has always given me the ability to believe in myself. Thanks for being a great dad.Happy Birthday.
 
 
Selamat hari lahir ayah..maafkan anakanda mu yang jauh diperantauan ini kerana tidak dapat menyambut harilahir mu...dari jauh ku panjatkan doa semoga ayah sentiasa sihat dan dimurahkan rezeki selalu...amin...

Luv u Dad....

27 November 2013

Minyak Angin Aromatherapy

11/27/2013 0
Minyak Angin Aromatherapy


Dari hari tu lagi nak review minyak angin aromatherapy nie...tapi tak berkesempatan...lepas dah 3,4 hari pakai baru lah ada masa nak review..huhuhu..



Dapat minyak angin ini pun masa join Giveaway Nov bersama hunyeda
Thanks kepada sponsor Ejulz..merasa jugak minyak angin aromatherapy yang best nie...:

Antara Aroma pilihan ialah:
1.Citrus.
2.Splash Fruity.
3.Lavendar.
4.Green Tea.
5.Hot/Strong.
6.Sandal Wood.
7.Sports.


Saya dapat Green Tea ..wangian minyak angin tu pun sedap jer...dah namanya aromatherapy kan..next time nak beli yang lain pula...

Antara kebaikannya ialah:Meringankan sakit kepala,perut kembung,masuk angin,mabuk perjalanan,selesema dan gatal akibat gigitan serangga...

Nak beli dan info lanjut bolehlah hubungi Ejulz k....SINI 
dan SINI

p/s:suka sangat pakai fresh care Green tea nie..boleh bawa pergi mana-mana jer..bau pun tak kuat sangat...wangi jer...huhu

~Terima Kasih Sayang~

11/27/2013 0
~Terima Kasih Sayang~
Hurmm..sebelum tu...jom tengok apa yang saya makan sambil taip entry ini.keh3....

#Marble cake,wajib susu soya..dan baru lepas balum buah tembikai susu...ok yang nescafe tu nak kasi kat en.syg...

Next entry.....


Semalam mood memang down giler...tak tahu lah kenapa...muka masam je..ketara sangat senyum paksa kalau ada customer datang...huhu...tiba2 en syg  pm fb request nak makan mee kari..aishh..tetiba mood ok pulak...senyum-senyum balas mesej dia..hurm..macam dia tau-tau jer kita nie tengah mood tak baik......petang lepas habis kerja terus pergi family store untuk beli bahan-bahan mee kari...semua bahan-bahan dah siap..sempat lagi menyelit buah jambu dengan yogurt...*my favaurite..kalau shopping mesti tak ketinggalan...benda nie dulu masuk bakul...hehehe...

 
...Pic Ehsan Google...
Lepas tu cari sotong..sotong pulak habis...yang ada cuma yang besar jer...en syg kata nak amik tak..kita ikut jer....dah takde apa2 lagi yang tertinggal..pergilah bayar kat kaunter....ehh..sempat lagi rembat aiskrim kat depan tuu haa....huhu...

Balik umah pung..pang..pung..pang...siap pun mee kari walau tak sesedap yang kat kedai.....


Hasilnya..kuah macam pucat sikit..hehehe...


Haa..lupa pulak nak bagi tengok sotong yang beli tu...besar kan....harga pun besar jugak..agak-agak berapa harga seekor sotong nie..siapa boleh teka??hehehehe...^_*



#Mood semalam tetiba jadi ok pulak...


26 November 2013

Tekan-tekan

11/26/2013 0
Tekan-tekan

Makan Tengah hari

11/26/2013 2
Makan Tengah hari
Makan tengah hari ini...ok..jangan terkejut yer...ini jer...huhu....

Cukuplah tu..kenyang jugak...kalau siang nie kan kurang nak makan nasi..makan 2 o 3 suap jer dah xde selera...bazir jer beli...balik umah baru makan..

#Teringin nak makan masakan kampung....Hurmmmmm....

25 November 2013

Melancong ketika hamil

11/25/2013 1
Melancong ketika hamil


Melancong ketika hamil nyata berbeza dengan percutian biasa dilakukan sebelum ini.Selain meraikan kegembiraan bakal menimang cahaya mata, bercuti ketika hamil sering dikatakan peluang terakhir untuk anda dan pasangan berdua-duaan sebelum memikul tanggungjawab sebagai ibu dan bapa.
Melancong ketika hamil memberi ketenangan kepada si ibu, sekali gus memberi pengaruh baik kepada bayi dalam kandungan. Namun, bagi ibu mengandung yang ingin bercuti, perancangan percutian yang lebih fleksibel amat dituntut.Bercuti di dalam atau luar negara tetap memerlukan ketelitian dalam perancangan dan punya banyak perkara yang perlu dititikberatkan.

Tip melancong minggu ini mungkin dapat membantu anda bakal ibu yang ingin bercuti sambil merehatkan diri di destinasi idaman.


Berjumpa doktor anda

Lakukan pemeriksaan dan tanyalah doktor sama ada keadaan kehamilan memungkinkan anda bercuti. Bagi tahu doktor mengenai perjalanan yang dirancang dan minta dia membuat surat rujukan mengenai keadaan kandungan anda.

Dokumen itu boleh digunakan bila-bila masa sepanjang anda bercuti atau ketika menaiki kapal terbang.

Kehamilan bukanlah penghalang untuk anda menaiki kapal terbang, namun ramai yang risau. Justeru, tanya juga keadaan kandungan anda berkaitan dengan tekanan udara rendah atau tinggi saat menaiki kapal terbang.

Jangan lupa bawa buku kehamilan anda. Selain laporan doktor, buku itu sangat berguna jika anda mengalami sebarang masalah dan perlu pemeriksaan doktor.


Periksa penerbangan anda

Kebanyakan syarikat penerbangan menetapkan syarat-syarat penerbangan buat wanita hamil. Justeru, periksa kembali syarikat penerbangan anda untuk memastikan anda boleh mengikuti penerbangan itu.

Namun, kebanyakannya tidak membenarkan wanita hamil mengikuti penerbangan jika kandungan mencecah 35 minggu.

Bagi kehamilan antara 28 hingga 34 minggu, anda memerlukan surat pengesahan daripada doktor selain mengisi satu surat akuan.

Apa yang pasti, semua syarikat penerbangan tidak membenarkan wanita hamil pada bulan terakhir menaiki pesawat.


Perjalanan menggunakan kereta

Jika anda menaiki kereta saat bercuti, rancang perjalanan yang dekat dan singkat. Pastikan anda berhenti untuk mendapatkan rehat yang banyak dan melunjur kaki ketika berehat.

Jika perjalanan anda mengambil masa lebih empat jam, banyak kemungkinan yang boleh berlaku dan tidak baik untuk kesihatan.

Anda juga mungkin boleh mengalami kekejangan dan risiko lainnya. Justeru, pastikan anda berhenti berehat di sepanjang perjalanan.


Pengambilan vaksinasi perjalanan

Saat bercuti di luar negara, ramai yang tertanya-tanya adakah ketika hamil boleh mengambil vaksin perjalanan?

Doktor pasti tahu vaksin apa yang anda perlukan di negara yang dituju dan selamat diambil semasa hamil.

Namun, cara terbaik ialah jangan kunjungi negara di mana vaksinasi diperlukan semasa anda hamil.


5Jaga pemakanan
Walaupun tujuan anda bercuti adalah untuk bersantai dan meraikan keseronokan bakal bergelar ibu, banyak yang perlu anda fikir sepanjang bercuti terutama makanan.

Walaupun anda sedang bercuti, anda masih lagi boleh makan dengan baik dengan memperhatikan setiap zat makanan yang dimakan sepanjang bercuti.

Bawa banyak snek seperti buah-buahan kering dan kepingan bijirin dalam beg galas anda supaya anda tidak akan merasa loya atau hendak pitam jika lambat makan.

Hindari minuman berkarbonat dan makan makanan yang boleh membuang angin supaya anda akan sentiasa selesa sepanjang perjalanan.

Makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran untuk mengelakkan sembelit serta meneruskan pengambilan makanan yang baik untuk anda dan juga bayi dalam kandungan.


Banyak minum air kosong
Adalah penting bagi anda mengelak daripada ternyahhidrat ketika hamil. Oleh itu, mengambil air kosong atau mineral sepanjang bercuti adalah sangat digalakkan.

Ini kerana, pengambilan air yang banyak dapat mengelakkan kekurangan badan dalam air terutama terlalu lama terkena penghawa dingin.

Selain itu, dengan meminum air kosong atau mineral yang banyak juga dapat membantu anda untuk lebih sihat dan ceria sepanjang percutian.


Pakaian yang sesuai
Memakai pakaian yang bersesuaian dengan destinasi yang dituju adalah perkara utama yang dititikberatkan semasa melancong.

Dengan itu, pakailah pakaian yang longgar, selesa dan dapat menyerap peluh dengan baik kerana anda akan lebih ceria serta selesa berkunjung ke mana-mana dengan pakaiana yang bersesuaian.

Kasut atau sandal yang digunakan juga perlu bersesuaian dengan keadaan anda yang sedang hamil dan elakkan menggunakan kasut tumit tinggi.

Kasut rata dengan sokongan untuk tulang belakang adalah pilihan kasut yang sangat tepat. Dengan kasut yang sesuai, anda boleh menikmati keindahan tempat yang dilawati dan sudah pasti kaki anda tidak kebas atau sakit.

Penggunaan sarung kaki khas yang dapat membantu pengaliran darah dari pergelangan kaki ke jantung dan paru-paru juga pasti menambahkan keselesaan anda sepanjang bercuti.


Aktiviti yang perlu dielakkan
Ketika hamil, banyak aktiviti menyeronokkan yang tidak sesuai dengan keadaan diri dan perlu dielak saat melancong.

Aktiviti yang boleh menyebabkan anda terjatuh seperti meluncur salji, menunggang kuda, luncur air, luncur angin dan mendaki perlu dielakkan.

Selam skuba dan sukan bertekanan perlu dielakkan kerana buih udara boleh terbentuk dalam salur darah anda dan disalurkan kepada bayi.

Selain itu, elakkan juga permainan “roller coaster” dan gelungsur air di taman tema. Pendaratan kuat dan kecepatan atau kelambatan secara tiba-tiba tidak baik untuk anda.

Baik juga anda lupakan sementara kolam air panas dan sauna kerana kepanasan yang keterlaluan tidak baik untuk bayi. Selamat bercuti!


:::SUMBER:::

23 November 2013

River Island Glam Chick Style by Afiqah

11/23/2013 0
River Island Glam Chick Style by Afiqah
River Island adalah salah sebuah nama besar di dalam industry fesyen yang bukan sahaja telah menempa nama di United Kingdom, malah telah melebarkan legasinya ke Ireland, Timur Tengah, Asia dan serata Eropah. Nak bergaya dengan Fesyen River Island tapi tak tahu nak beli dekat mana?dan jika anda seorang lelaki atau wanita yang sedang mencari  pakaian yang paling bergaya  maka anda pasti akan kagum dengan pemilihan di ZALORA.COM.MY, kerana di ZALORA.COM.MY menyediakan fesyen River Island.Terdapat  banyak pilihan dari setiap  jenis pakaian yang anda  mahu , dan yang mengagumkan semuanya tersedia dan anda akan dapati hanya di ZALORA.COM.MY . Pengalaman membeli-belah adalah sangat menyeronokkan kerana laman web ini mempunyai falsafah reka bentuk yang cemerlang , dan harga yang benar-benar mampu milik.
Dan siapa kata anda tak boleh mengayakan fesyen River Island ini.Asalkan ada keinginan dan keyakinan semuanya boleh kan...terus terang saya katakan saya adalah seorang yang buta fesyen tapi saya cabar diri saya untuk mencuba fesyen River Island ini..Wow..gayanya dan stail penampilan fesyen itu mungkin agak trend barat kan tapi takkanlah semata-mata nak ikut trend dan perkembangan dunia semata-mata kita kena lari dari konsep asal kita betul tak?kena pandai sesuaikanlah ok!

Nak bergaya ala-ala River Island tapi tak melampaui batas??dekat http://www.zalora.com.my boleh tengok ok.Mari kita tengok cara Afiqah bergaya dan ekspresikan fesyen River Island ini.Tagline Afiqah ialah“Because woman is special”...hehehe

Konsep fesyen Afiqah adalah simple jer tapi nampak menarik dan elegan..jadi Afiqah memilih
1. Gaun Midi Perak Simpulan Lurex dari River Island  #ZALORA



2. Kasut #Black Snake Effect Platform Sandal #ZALORA

3.Beg Bimbit#Black and Cream Panelled Lock Front Clutch Bag #ZALORA
4.Anting-anting # Gold Tone Encrusted Leaf Earrings # ZALORA


Ok..sekarang dah boleh ke parti atau makan malam dengan gaya@fesyen River Island #ZALORA.

Pemilihan fesyen adalah jenama River Island #ZALORA.

 Cuba bayangkan Afiqah mengenakan fesyen River Island #ZALORA...Masa muda-muda dulu berangan nak jadi model tak pun model baju pengantin #nampak sangat usia dah lanjut..
angan-angan tinggal angan-angan........wink..wink...berangan jap...


Jangan Lupa membeli belah di  ZALORA kerana pengalaman membeli belah anda sepatutnya mudah dan sudah semestinya menyeronokkan.Anda pasti tampil menarik dengan padanan musim luruh ini!



Salam...

Mood Sabtu...

11/23/2013 1
Mood Sabtu...
Ok..hari ini memang terasa malas sangat nak bangun dan nak pergi kerja...malas yang teramat sangat ok!!..memang takde mood bekerja...huhu..tapi tak kerja maknanya takdelah gaji...ye dakkkk...malas yang teramat sangat sampaikan nak buka facebook dengan blog pun nak xnak jer...nie semua kes semalam tak lena tidur lah nie...so hari ini full pakage..Malas + Mengantuk +Penat ....zzzzz...lah jawabnya....

Apa-apapun layan dulu Keropok durian dengan Mamee........Layan jer......




22 November 2013

Hadiah dah sampai...

11/22/2013 2
Hadiah dah sampai...
Hari ini masuk lambat..maklumlah semalam lewat balik dari Shah Alam...Sampai-sampai kat tmpt kerja...nampak ada 4 sampul surat dalam peti surat....hehe..dah agak jer ada yang dapat dari hadiah GA....jom tengok apa yang saya dapat....



 

Tak sabar nak buka..tengok... bersepah atas meja...sekali dengan sampul surat sekali..hehe...


 
Picture 1
 #Picture 1=Dapat  hadiah misteri dari Segmen 96 Jam by Huda
 Dari= Lilly Lolly

Picture 2
 Picture 2 dapat dari 3000 SLE Supporters Giveaway  
Hadiah:Bookmark Limited dari Dunia Sebenar Shida
Dan Lucky Draw dari Pages  Dunia Sebenar Shida  dapat Discount Voucher Rasamas


 
 Picture 3

Picture 3 dapat dari TruCare Malaysia
Sesiapa yang nak sample TOOTHPASTE percuma...boleh lah try yer...


 Picture 4

Picture 4 dapat dari Adilla Beauty House
Juga Sample SECRET WASH percuma...hehe..



21 November 2013

#Bercuti....

11/21/2013 1
#Bercuti....

 
 





 
 
 Takde mood nak update blog....badan tak berapa nak sihat...hurm....tak tahulah berapa hari...
 
 
 
 
 
 

20 November 2013

We Love Asia Presents AVICII!

11/20/2013 1
We Love Asia Presents AVICII!


avicii 

Date: 30th of November 2013 (Saturday)
Time: 5PM onwards
Venue: Sepang International Circuit, The Welcome Center


Wah..Nuffnang berbaik hati nak kasi 6 tiket kepada Nuffangger yang bertuah k.. untuk menyaksikan AVICII secara live di Sepang International Circuit,The Welcome Center..


Grand Prize (1 winner)
2 x VIP tickets
Normal Prizes (5 winners)
3 x Regular tickets

macam best jer kan kalau terpilih jadi salah seorang yang bertuah dapat tiket free tu..ye lah
1.Tak pernah pergi mana-mana event atau parti yang sebesar begitu.
2.Tak mampu nak beli tiket..hehe..
3.Teruja nak tengok secara live persembahan artis-artis yang hebat.
4.Boleh rasa sendiri kemeriahan konsert sebenar..kalau tengok dalam tv tak terasa kan..
5.Hehe..bestnya kalau dapat kan...boleh enjoy dan release tension bekerja di siang hari..

17 November 2013

JPJ timbang had jangka hayat kenderaan

11/17/2013 1
JPJ timbang had jangka hayat kenderaan

 

Wahhh...kalau macam nie kena beli kereta baru lah nampaknya...tapi bagi yang tak berkemampuan bagaimana pula?? Yang miskin tambah miskinlah jawabnya....

 
 
 Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia
 
 
 
 
 
 
SIBU - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) perlu membuat pertimbangan teliti sebelum menetapkan had jangka hayat kenderaan di negara ini, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi.
  
Beliau bagaimanapun berkata keputusan itu mungkin perlu dibuat dengan segera demi kepentingan rakyat.Bercakap pada sidang media selepas melancarkan sambutan Hari Maritim Sedunia peringkat kebangsaan 2013 di sini hari ini, beliau berkata cadangan Ketua Pengarah Institut Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) Prof Dr Wong Shaw Voon baru-baru ini pada asasnya merupakan suatu penemuan baharu.
  
Pada Jumaat, Dr Wong memberitahu media di Melaka bahawa kereta berusia lebih 12 tahun tidak selamat untuk berada di jalan raya.Mengenai isu berasingan, Abdul Aziz berkata cadangan penubuhan Seksyen Profil Pemandu Kenderaan Komersial di JPJ sedang dilaksanakan.

"Jabatan Pengangkutan Jalan sedang melaksanakannya di seluruh negara. Melalui penyediaan profil ini, kami akan dapat mengenal pasti dan bertindak terhadap pemandu yang mempunyai saman tertunggak atau mempunyai laporan polis untuk memastikan mereka tidak lagi memandu di jalan raya.
   "Kami mahu melindungi orang ramai. Kami tak mahu pemandu bermasalah ini mengancam keselamatan penumpang mereka atau pengguna jalan raya lain," katanya. - Bernama






:::SUMBER:::

 

13 November 2013

Baju i???Sambungan.....

11/13/2013 3
Baju i???Sambungan.....

Entry semalam SINI..


Petang semalam juga pergi skynet untuk amik....dan baju itu adalah baju ini....sebenarnya barang tu dah sampai awal sebab dalam 11.45 am ada panggilan dari skynet...diorang call sebab nak arrange masa penghantaran..tapi saya kan rajin..over excited..pergi amik sendiri..huhuhuhu...








Lagiiii...dapat calendar 2014 free tu...huhu..







Sumber...


#:Special thanks to Nabila Medan....

Detik terindah bersama fair & lovely!

11/13/2013 0
Detik terindah bersama fair & lovely!
Pasti kamu pernah melihat iklan ‘Detik Terindah’ yang di bawakan oleh Fair & Lovely di kaca televisyen bukan ?

Tak nafikan, iklan yang penuh makna ini sentiasa membuatkan hati kita ‘berbunga-bunga’ bila menontonnya. Haaaa, lepas tu mula lah kita teringat detik-detik terindah kita pulakan!

 Teruskan mengimbau kenangan terindah kamu  kerana kini ingatan itu akan memberi kamu peluang untuk memenangi  hadiah-hadiah lumayan bernilai RM 18,000! Caranya mudah sahaja, kamu hanya perlu hantarkan sebuah cerpen berkenaan dengan detik terindah kamu ke Fair & Lovely kemudian isikan butiran diri kamu seperti apa yang di minta.

Pengirim berpeluang untuk menerima tiga hadiah utama bernilai RM15,300. Sementara 5 hadiah mingguan bernilai RM2,700.

 100 cerita terbaik akan di kumpulkan dan diterbitkan ke novel mini!

Wahhhh.. huntung betul! Memang tidak sia sia kan ? Jadi tunggu apa lagi! Jom hantarkan ‘Detik Terindah’ kamu sekarang!

**Untuk maklumat lanjut kamu boleh layari facebook FAIR & LOVELY MALAYSIA

p/s:Ada masa nak try lah..huhu


:::SUMBER:::

12 November 2013

Baju I????

11/12/2013 2
Baju I????
Baru tadi dapat mesej dari Sky.Net....hehe..agak-agak apa yang dah sampai yer....rasanya macam tahu jer...
balik kang baru nak g amik...so malam baru tahu apa benda tu...






Hadiah GA 3000 SLE Supporters Giveaway

11/12/2013 4
Hadiah GA 3000 SLE Supporters Giveaway

11 November 2013

kain felt untuk dijual

11/11/2013 2
kain felt untuk dijual

Warna boleh pilih..RM 20.00 sahaja merangkumi 7 keping felt bersaiz A4...Siapa nak pm jer k..

Tak Jaga Adab

11/11/2013 6
Tak Jaga Adab
Haiiisshhh...kenapalah budak2 sekarang nie..adab dan tingkah laku makin teruk...percakapan tak jaga..cakap lucah dan kata-kata kesat semua...kalau budak sekolah menengah takpe lagi..nie budak sekolah rendah..kecik lagi...Nak letak kesalahan dekat siapa?Guru?atau ibubapa yang tak jaga@pantau anak-anak?susah nak cakap...semua nie sebab pergaulan yang terlalu bebas..yang kecik dengar cerita orang tua..bila dah dengar mulalah tiru ayat tu...kalau adik saya yang keluarkan kata-kata kesat@lucah macam tu...memang pelempanglah dapatnya..huhu..

Ingat lagi masa kecik-kecik dulu...bila salah sebut atau terkeluar kata-kata kesat dari mulut mesti mak cubit pai berbekas...kalau ayah pulak nak rotan...dan kalau kawan-kawan ayah datang umah..kitaorang tak dibenarkan join sekali duk sembang dan dengar citer diorang...cara diorang mungkin yang menyebabkan kitaorang adik beradik terdisplin diri...

P/S:Hurmm..tetiba lak rindu umah..dah lama tak balik umah..rindu mak,ayah,nenek,dan adik beradik semua....*_*.......




09 November 2013

~Minta tolong lagi~

11/09/2013 1
~Minta tolong lagi~