January 2014 - Fiqa story

30 January 2014

AKHLAK SUAMI KEPADA ISTERI YANG HAMIL

1/30/2014 0
AKHLAK SUAMI KEPADA ISTERI YANG HAMIL
Sebagai suami pula, kita mestilah mempunyai akhlak yang baik dan memperlakukan isteri dengan baik tambahan pula dia sedang hamil. Suami tidak boleh mengambil sikap sambil lewa dan tidak bertanggungjawab. Di antara perkara-perkara yang perlu dipenuhi oleh suami ialah:

1.Sentiasa bersikap kasih sayang terhadap isteri.
2.Sentiasa bersikap jujur dan tidak berlaku kejam terhadapnya.
3.Jauhilah daripada kata-kata yang boleh menyinggung perasaanya walaupun dalam keadaan marah.
4.Banyak beristighfar, berselawat dan ambil wuduk dan cuba mengingati keadaan manis dan jasa isteri.
5.Janganlah kerap mengeluarkan perkataan Talaq kerana ini dapat mengganggu perasaanya dan juga kandunganya.
6.Jauhilah daripada merendahkan isteri di depan orang ramai.
7.Hargailah dan berikanlah pujian dia atas segala pemberian dan perbuatan isteri.
8.Bantulah isteri dalam kerja-kerja rumah.
9.Cuba fahami keadaan dan masalah isteri dengan mengambil berat tentang perasaan dan kesihatannya.
10.Berilah semangat dan perangsang kepada si isteri dalam melakukan sesuatu agar beliau bertambah semangat.
11.Tenangkan hatinya selalu jika dia mengalami kesusahan atau kesulitan.
12.Bantulah isteri dalam melakukan kebaikan dan Ibadah.

:::Just Share:::

26 January 2014

Sempat bergambar dengan Yazid Search

1/26/2014 0
Sempat bergambar dengan Yazid Search
 
Venue:Seremban 2,Negeri Sembilan.

Entry penuh:Next Entry..mood malas nak menaip..huhu


mukaku makin tembam..badan membesar...haha
Preggy around 7 month..

22 January 2014

Gambar Berbicara

1/22/2014 0
Gambar Berbicara

Murah..Cuma RM10.00

1/22/2014 0
Murah..Cuma RM10.00

Bantal saiz A4 

Contoh Bantal Simple Design

Nama Produk : Bantal Saiz A4
Saiz : A4

Info : 
Bantal saiz A4 ini dibuat 100% menggunakan kain felt & jahitan tangan sepenuhnya.
Sesuai dijadikan hadiah atau perhiasan.
Harga : 
Emel saya untuk mengetahui harga
**Harga bergantung kepada hiasan & permintaan anda
**Nama & color boleh request

Sila nyatakan maklumat di bawah ketika ingin membuat tempahan :
1. Color bantal
2. Nama & Dekorasi/hiasan (bunga atau love) 

 

20 January 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

1/20/2014 1
Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

 http://www.hasrulhassan.com/2014/01/kontes-ilmu-blogspot-malaysia.html

Sepanjang saya berblog,banyak ilmu blog yang saya dapat..Antaranya  3 ilmu blogspot yang saya tahu  dan sedang mempraktiknya serta untuk dikongsikan kepada rakan-rakan blogger yang lain...semoga perkongsian saya ini kita sama-sama mendapat manfaat yang berguna kepada kita sebagai seorang blogger...



1.Tips untuk naikkan traffic blog!

Saya bukanlah blogger Otai yang pandai bab-bab traffic ini.Tapi ini adalah cara yang saya amalkan dan ianya sangat membantu dalam meningkatkan traffic blog saya.

a).Cari idea untuk update entry yang dapat memberi manfaat pada pembaca.Kalau boleh lupakan atau kurangkan entry yang syok sendiri kerana tak semua pembaca akan baca entry sebegitu.

b).Pemilihan waktu yang sesuai untuk publish entry.Kalau update tengah malam,jangan publish dulu,setkan masa untuk dipublish.Bukan apa kalau publish entry contoh jam 2 pagi,siapa yang baca dan sudah semestinya keesokkan pagi banyak entry dari blogger lain yang akan keluar,jadi para pembaca akan terlepas pandang entry anda sebab dah kebawah notification blog..Waktu yang sesuai publish post bagi saya ialah:
pukul 8.30-10 pagi, 1-3 petang, 4-6 petang, 8-10 malam. 
c).Cukup dengan 2 atau 3 post sehari,tak payah nak post entry sampai 5- 6 entry,tapi pastikan dalam entry tersebut mempunyai isi dan info yang padat.Kebiasaannya blogger lain akan komen dientry yang terbaru sahaja.Kalau banyak idea lagi,buat draft untuk dipublish keesokan hari pulak.Cara ini akan mengelakkan dari blog tak berupdate sebab kekeringan idea.
d).Buat entry yang tengah hangat dan terkini dengan versi sendiri.
e).Yang ini ramai yang tahu.Ping di Facebook Group atau laman web yang khas untuk ping. Contoh macam: Kartikel.com, Ping. Je, Busuk.org, Group FB: Kelab Blogger, Blogger Terhebat etc.
f).Paling kurang dalam setiap entry ada satu gambar dengan keywood dalam gambar tersebut .

g.
Kalau korang post entry ada kaitan dengan blog / laman web yang lain, link kan dengan blog / laman web tersebut. Sama-sama membantu 'up' traffic.

h.Kekemasan blog.  Widget yang mengganggu readers nak baca, contoh: floating heart, hujan rintik-rintik etc rasanya tak perlu. Just guna template atau design blog yang simple tapi menarik untuk orang singgah lama-lama.



2.Pengaruh mood ketika menulis diblog.
Mood mempengaruhi terhadap hasil tulisan yang kita buat.Untuk hasil yang fositif suasana hati yang tenang dan bebas dari hati yang tertekan. Oleh kerana itu, menjaga mood agar tetap baik sebelum menulis perlu  agar tulisan kita nantinya menarik, mudah dipahami, dan memberikan pandangan positif bagi pembaca entry blog kita.
Bagaimana jika kita terpaksa menulis agar blog selalu update tetapi suasana hati kita sedang penat dan bosan? Lebih baik kita tidak menulis dahulu untuk menghindari hasil tulisan yang buruk dan membuat pembaca setia blog kita kecewa. Ada baiknya kita memilih beristirahat sejenak untuk menyegarkan pikiran dan mengembalikan mood kita menjadi baik. Caranya mudah, untuk menghilangkan kebosanan kita hanya perlu mencoba rutinitas lain dan menghilangkan sejenak segala hal yang berkaitan dengan tulis-menulis dari pikiran kita. Dengan mencoba aktifitas baru bukan tidak mungkin akan mengasah kreatifitas dan memberikan inspirasi baru bagi bahan kita menulis nanti.


3.Tingkatkan Alexa Rank dengan Alexa Widget.


Sebelum tu, bagi sesiapa yang tak tahu apa tu Alexa Rank, Alexa Rank ni ialah ranking trafik blog kita. Biasanya ia digunakan oleh advertiser untuk beriklan di blog kita atau pun digunakan untuk compare blog kita dengan blog orang lain.Alexa Rank ni lain sikit dari Google Pagerank. Kalau Pagerank, lagi tinggi Pagerank, lagi bagus la kan? Tapi kalau dengan Alexa Rank ni semakin kurang Alexa Rank,semakin baik ranking blog kita., Dengan kata lain, kalau satu-satu website tu Alexa Rank dia 1, maknanya trafik dia dan website dia paling hebat la. Buat masa sekarang ni dah sah-sah la Google, Facebook dan Youtube yang paling top. Website biasa-biasa nak dapat top 10 ranking dunia?? Susah wooo..


CARA MUDAH TINGKATKAN ALEXA RANK
a.Install Alexa Toolbar

Cara pertama ialah Install Alexa Toolbar. Kenapa kena install toolbar? Meh aku explain. Alexa Rank akan detect trafik satu-satu blog tu dan bagi rank kat blog tu. So, Dengan meng-install toolbar ni, korang akan memudahkan Alexa untuk detect trafik yang masuk ke satu-satu blog tu. Sistem dia camni, maklumat dari pengunjung atau jumlah trafik di blog kita diambil dari Alexa Toolbar yang telah dipasang dalam web browser pengguna internet (Google Chrome, Mozilla, dsb). Jika Alexa Toolbar dipasang di web browser yang kita gunakan, Alexa akan mengenalpasti berapa banyak pengunjung dan total pageview di website atau blog kita. Setelah data dikumpulkan, maka Alexa akan secara automatik memberi ranking website atau blog kita.

b.Letakkan Alexa Traffic Widger di Blog

Satu lagi cara ialah dengan meletakkan Alexa Traffic Widget di blog kita. Ok, yang ni paling penting sekali. Kalau install alexa toolbar tu agak leceh kerana tak semua orang ada Alexa Toolbar tu, dan tak semua orang akan install benda tu kat web browser masing-masing.

So, dengan meletakkan Alexa Traffic Widget ni,  korang tak perlu risau sebab bila ada widget ni kat blog korang, ia akan automatically kira total visitor, pageview dan trafik blog korang. Senang je kan.




Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.