Parenting & Lifestyle blogger

28 February 2014

No Title{Design baju Fuh.My dah Keluar}

Ok..apa mencarut memalam nie...huhu..saja nak kabar design baju untuk blog Fuh.my dah keluar untuk di undi...kononnya menjoinkan diri..1st time cuba ok...hihihi..memang tak jadi apa lah..design yang tersangatlah buruk..
Kita punya No.12(cahaya penjaga)..Nak tengok boleh ke link ini...

https://www.facebook.com/fuh.my/posts/258196337674740

Banyak design-design baju yang comel loteh untuk di undi...Jom support mereka dengan syarat hanya like sahaja..kalau nak komen dekat page lain..

27 February 2014

Cambodia pilihan destinasiku.




Pakej Pelancongan Kos Rendah di Kemboja 




Antara destinasi perlancongan yang tersenarai dalam fikiran saya ialah kemboja. Kenapa Kemboja??Kerana kemboja ada keunikannya yang tersendiri.Di Cambodia ada  musim kemarau,musim hujan dan musim dingin.Selain itu di Phanom Penh,KEMBOJA juga adalah destinasi berlibur bersama keluarga. Jom intai sikit Negara Kemboja ni.

independence monument
Kemboja merupakan sebuah Negara di Asia tenggara dan bersempadankan  Thailand di Barat,Laos di Timur,Veitnam di Timur dan Teluk Siam di Selatan.Phanom Penh adalah ibu Negara Kemboja.Satu idea yang menarik buat sesiapa yang suka melancong dan  yang merancang untuk bercuti sambil berlibur bersama keluarga,isteri dan anak-anak di Phanom Penh yang pernah mendapat jolokan Mutiara Asia suatu ketika dahulu. 

Hamparan lokasi perlancongan menarik ditawarkan buat saya teruja nak menjejakkan kaki ke Bandar yang terkenal dengan industi perlancongan.Ingin lebih mengenali Phanom penuh lebih dekat?Apa kata kita dedahkan ilmu sejarah Kemboja dengan melawat tempat bersejarah seperti Wat Phanom,Independence Monument,Silver Pagoda,Istana di Raja dan Muzium Negara.Wat Phanom antara stuktur binaan tertua di Phanom Penh yang dibina sekitar tahun 1373 masih kekal teguh berdiri sehingga ke hari ini.

Jom kita intai-intai tempat menarik di Kemboja,dan sudah semestinya bila saya berkunjung ke kemboja tempat-tempat inilah yang bakal saya singgah dan akan memenuhi lensa kamera saya.




Angkor Wat

Preah Khan,Angkor temples




Wat Phanom 2



National Museum of Cambodia
Silver Pagoda Phanom Penh

Banyak aktiviti boleh dibuat di kota Phanom Penh,selain teringin nak menyelongkar isi alam sejarah kota Phanom Penh,sudah tentunya nak membeli belah kan.Janggal pula kalau pulang dari Phanom Penh tanpa membawa tanda mata dari Negara tersebut.Antara barang yang boleh dijadikan cenderamata yang  dibawa pulang dari Phanom Penh adalah barangan antik,bakul anyaman,kotak istimewa yang diperbuat dari buah pinang,barangan kemas dan batu permata,sutera serta ukiran kayu.

Neak Pean
 
Central market dan Russian market adalah syurga membeli belah yang wajib menjadi kunjungan saya kalau berkunjung ke Kemboja.Dan yang bestnya kalau yang pergi bercuti dengan family dan anak-anak ada taman permainan yang terletak berhampiran dengan Wat Phanom.Di Wat Phanom aktiviti menunggang gajah jinak juga diadakan dan semestinya mencatat memori  indah.Istana di Raja juga menawarkan pengalaman menarik di mana kita boleh mencuba aktiviti bermain alat muzik tradisi istana dengan membuat sedikit bayaran kepada penjaga alat muzik disitu.

Terrace of the elephants
Di Phanom Penh juga terdapat taman tema air yang menarik.Dikenali sebagai Phanom Penh Water park, pastinya seronok menikmati pelbagai jenis permainan air yang disediakan.

Water Dwelling Tonle Sap Cambodia
Manakala,disebelah petang pula,teringin nak  menyusuri sungai Tonle Sap dengan menaiki bot yang dipandu oleh pemandu pelancong.Pemandangan istana sewaktu petang dan teruja sekali nak melihat sendiri dengan suasana hiruk pikuk pasar terapung yang terletak disungai Mekong.
 

Ya,perkara paling penting bila nak pergi bercuti sudah tentunya makan.Jangan risau sebab dari hasil pencarian di internet di Phanom Penh juga terdapat beberapa  restoran makanan halal khusus untuk pelancong muslim.Antara restoran yang menyediakan makanan halal adalah Restoran Malaysia yang terletak di #57,St13,Phsar Chas District,khan Doun Penh,Phanom Penh,Mamak’s Corner di No 17, Kramuon Sar(St.114),Phanom Penh,kemboja dan D’Wau Restourant Phanom Penh,256 Boulevard Preah Monivong,Sangkat Boeung Raing,Phanom Penh,Kemboja.


Tips Melancong Harga Murah:
Kalau Nak Pergi melancong Anda Ada 3 Pilihan:
1-     Melalui Agensi Berdaftar. { Syarikat Pelancongan }
2-     Melalui Individu Disana.
3-     Pergi Sendiri.
Pertama: Melalui Agensi anda lebih selamat, ada insuran dan lain-lain.
Kedua : melalui individu disana, anda akan selamat juga jika individu tersebut orang yang amanah boleh dipercayai, tapi insuran tidak ada.
Ketiga: pergi sendiri tapi keselamatan tak terjamin, kerana dari segi bahasa, makanan, tempat tinggal yang mana lebih selamat, yang mana kurang selamat dan lain-lain.
Sekadar Berkongsi:
Sekiranya anda berminat nak pergi melancong di Cambodia saya syorkan anda pergi melalui Cambodia Muslim Holiday & Travel 
kenapa saya syorkan,sebab Cambodia Muslim Holiday Travel adalah sebuah syarikat tempatan yang amat dipercayai dalam menawarkan perkhidmatan pelancongan dan pengangkutan, mereka adalah salah satu operator pelancongan yang amat dikenali di Kemboja & Vietnam.
Syarikat ini adalah 100% hak milik orang islam di negara kemboja yang dimiliki dan diuruskan sendiri oleh  Ustaz Yahya Al-hafiz. dan saya boleh jaminkan bahawa 100% halal makan minum dan lain lain.
Syarikat / Perkhidmatan ini dibuka khusus kepada mereka yang berbangsa Melayu, iaitu Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei, kerana mereka lebih fasih berbahasa  Melayu & lebih selesa dengan bahasa itu.Jadi jom support perkhidmatan mereka.
Perkhidmatan Pelancongan ini dibuka semata-mata bertujuan mempermudahkan perjalanan anda dengan jaminan 100% selamat insya allah.

Call: +855 17 889 234  atau  +855 96 3508 058  Email: ustazcambodia@gmail.com

{ Lebih Mudah, Lebih Murah, dan Lebih Islamic }
BersamaCambodia Muslim Holiday & Travel  anda boleh terbang ke Phanom Penh,kemboja.Dengan harga yang cukup istimewa pastinya percutian anda sekeluarga cukup berbaloi.Hadiah terindah yang dapat anda titipkan buat keluarga tercinta pasti memahat memori manis untuk dikenang.





Phone | Call | Sms | WhatsApp | Wechat | Viber
+855 (0) 17 889 234 / +855 (0) 78 50 50 48
Alamat : No 805.St 5.Phom1.Sangkat Chrang Chomres1.Khan Russeykeo.Phnom Penh.Cambodia
Email : cmh.holidays@yahoo.com | cmh.holidays@gmail.com

Habuan Lumayan RM 2000 Menanti Para Pemenang!

  • Hadiah Tempat Pertama - Wang Tunai Bernilai RM700
  • Hadiah Tempat Kedua - Wang Tunai Bernilai RM500
  • Hadiah Tempat Ketiga - Wang Tunai Bernilai RM300
  • Hadiah Saguhati 1- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 2- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 3- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 4- Wang Tunai Bernilai RM100
  • Hadiah Saguhati 5- Wang Tunai Bernilai RM100
Contest Kembara Kemboja dianjurkan oleh Blog.Azri Johan dan ditaja oleh Syarikat Cambodia Muslim Holiday & Travel. Hadiah lumayan bernilai RM 2000bakal menjadi milik para pemenang. Anda dijemput untuk menyertai contest mudah ini.









Pertandingan Menulis Cerpen Pendek Anjuran Rafina Mimi Abdullah


Izinkanku Gapai Cintamu

“Kalau dah tak ada apa nak dibincangkan,saya minta diri dulu,”ujar Syam lantas melangkah meninggalkan Ekin berseorangan di kafe pejabat mereka.
Ekin membelek jam tangannya,waktu rehat dah nak tamat.Cepat-cepat dia habiskan fresh orange sebelum naik ke pejabatnya.Ekin berjalan perlahan menuju ke ofisnya di tingkat 3 bangunan pejabatnya.Ketibaannya disedari oleh rakan baiknya,Ani yang sejak tadi menanti dengan penuh debar.Ani tahu Ekin akan meluahkan perasaan hatinya pada Syam hari ini.Namun,melihat  wajah Ekin yang muram,Ai seaakan mengerti apa yang telah terjadi.
“Macam mana?”soal Ani walau dia sudah dapat mengagak jawapan yang akan keluar dari bibir kawan baiknya itu.
Ekin mengukir senyum namun riak duka diwajahnya tetap tidak mampu diselindung.Kepalanya digeleng ke kiri dan ke kanan beberapa kali.
“Eii…aku tak fahamlah dengan Syam tu!Dah banyak kali dia reject perasaan gadis-gadis yang menyukai dia.Apa,dia tu hensem sangat ke?”rungut Ani.
Ekin tergelak kecil.Andaian Ani sedikit mencuit hatinya.“Tak apalah Ani,mungin dia sudah ada yang punya.Hati dia,siapalah kita untuk meneka,”ujar Ekin.
“Ha’ah,betul juga tu.Tapi,mustahillah!Kau kan tahu dia tu banyak peminat tapi sorang pun tak melekat.Entah perempuan macam manalah yang jadi idaman dia agaknya?’ujar Ani.
“Perempuan macam kaulah,”sampuk Arni tiba-tiba.
Ani yang mendengar menyeringai.Ekin tergelak lagi.Arni duduk diatas meja Ekin.Dia yang sememangnya terkenal di ofis mereka dengan gelaran Melodi Murai,mula mencari berita.Kadangkala,Ani mahupun Ekin hairan dari mana Arni tahu segala berita yang berlaku di sekolah itu.Tidak dinafikan,telinga dan mata gadis itu memang tajam.Kata orang cakap siang pandang-pandang,cakap malam,dengar-dengar.Oleh sebab itu,bila Arni berada berhampiran,janganlah dibuka cerita apa-apa.Pasi esoknya,seluruh ofis akan tahu.
Mana Encik Hasrul tak sampai-sampai lagi ni?”Arni merungut.
“Kejap lagi sampailah tu.Eh,tak ada gossip baru ke Arni?”Soal Ekin.
“Tak adalah Ekin.Entah kenapa sejak dua menjak ini ramai yang jadi baik.Macam tagline melodi tu,kurangkan kontroversi,tingkatkan produktiviti,”balas Arni.
Sebaik sahaja Arni menghabiskan kata,Syam melangkah masuk ke ofis bersama-sama dua orang rakannya.Ekin menundukkan wajah.Rasa malu masih berbekas dihatinya.Dia sendiri tidak mengerti,mengapa lelaki itu yang jadi pilihan.Memang tidak dinafikan.Syam persis lelaki idaman setiap gadis.Tubuhnya tegap dan tinggi.Wajahnya juga kacak.Anak kacukan cina disebelah ibunya itu memang sekali pandang seperti orang Cina.Matanya yang sepet dengan kulit yang putih kuning,ditambah dengan rambut yang pendek tetapi tebal itu,membuatkan hati yang memandang berkocak.Tidak banyak,sedikit mesti ada.Apatah lagi apabila melihat bibir merah itu menguntum senyum.Hati yang hangat pasti segera reda.
“Ehem,hidung aku ni mengesan sesuatu yang luar biasa.Ekin,baik kau cakap,kenapa ka uterus diam bila lelaki idaman Malaya tu masuk?”Duga Arni.
“Ish,kau nie…apa salahnya Ekin diam.Dah dia nak diam,biarlah dia,”Ani segera bersuara agi menutup perihal tentang Ekin.
“Oi, cik kak,aku tak Tanya kau.Sejak bila kau jadi PA si Ekin ni?Hah!Jangan-jangan kau ada hati dengan si Syam tu ya Ekin?”serkap Arni.
Ekin masih menundukkan wajah,tidak berani bertentang mata dengan Arni.Ternyata telahan Arni benar namun masakan dia mahu mengkhabarkan pada gadis itu tentang perasaan hatinya yang telah ditolak mentah-mentah oleh Syam.Tidak sanggup dia menanggung malu andai hal itu diketahui oleh seluruh rakan ofisnya.
“Orang tua-tua cakap,kalau diam tu,tandanya betul.Ala,aku tak hairan kalau kau jatuh hati kat dia.Aku pun ada juga terasa jatuh hati kat dia sekejap tapi kau tahu,siapalah aku ni jika nak dibandingkan dengan dia yang jadi kegilaan ramai gadis.Setakat taraf “minah kilang”macam kita ni,sebelah mata pun dia tak pandang,:bicara Arni.
Ekin tersentak.Kata-kata Arni seakan menghiris hatinya.Benar,dia terlalu jauh berharap.Niat hati ingin mengapai bintang tapi saying tangan tak sampai.Terlalu jauh bezanya antara dia dan Syam.Dia harus sedar sejak dari mula,Syam itu pujaan semua gadis sedangkan dia,hanya seorang perempuan yang biasa parasnya.

Namun,perasaan hati,siapalah yang dapat menghalang.Cinta itu datang tanpa dipinta namun untuk melepaskannya pergi,ia mengambil masa.
“Apa dia Arni?Minah kilang?Oi,minah kilang pun manusia,ada hati,ada perasaan.Kau ni cakap tak berlapik,”bantah Ani.
Memanglah.Aku faham.Maksud aku,sapalah yang nak pandang gadis biasa macam kita ni,lainlah kalau kita ni anak raja ke,pelakon fofular ke,model macam Tyra Banks tu ke,tak apa juga,”Bidas Arni semula.
Mereka sambung buat kerja masing-masing.Sedang Ani leka menaip,telefonnya berbunyi tanda ada mesej yang masuk.Pantaas Ani membaca mesej tersebut.
“Ekin okey?”
Ani tersenyum.Prihatin juga lelaki ini.Lantas dia segera membalas sms Syam.
“Ekin ok.Dia taka pa-apa.Kenapa tolak cinta dia?Ekin tu punyalah baik.Sopan,ayu,berbudi bahasa,perempuan melayu terakhirlah katakana.Mata awak ni rabun apa?”Ani tekan button send mesej.
Dilihat Syam tersenyum.Nampak Syam kembali membalas mesejnya.Beberapa saat kemudian Ani menerima mesej semula.
“Cinta tak boleh dipaksa.Hati saya bukan miliknya.Saya sudah punya pilihan hati sendiri,”
Ani mengangkat kening setelah membaca kata-kata Syam  yang dihantar melalui sms .Rupanya ada gadis lain yang sudah mencuri hati lelaki itu.Siapalah gadis yang bertuah itu agaknya?Lantas,Ani membalas text sms Syam bertanyakan apa yang terbuku difikiran.
“Iya?”Saya tak tahu pun…siapa gadis yang bertuah tu?”
Syam mengukir senyuman lebar membaca pertanyaan Ani.Kali ini Ani perasan hatinya di terpa sesuatu.Senyuman SYam menghadirkan debar dan terasa darah mengalir laju menyelubungi wajahnya.
“Gadis bertuah tu…awaklah,Ani Abdul Latiff”
Ani membulatkan matanya takkala membaca mesej Syam.Serentak dengan itu dia bangun lalu menekup mulut.Perlakuannya menarik perhatian Ekin.
“Kenapa Ani?”Tanya Ekin.
“Hah?Er..er..saya nak ke tandas sebentar,”jawab Ani lalu segera melangkah keluar.Dia sempat memandang wajah Ekin sebelum mengalihkan pandangan  pada wajah Syam yang tiada riak.Kosong…..
PULANG ke rumah,Ani terus merebahkan badannya ke atas tilam empuk yang ditabiri cadar corak Hello Kitty.Peristiwa yang berlaku di ofisnya  tengah hari tadi benar-benar merunsingkan hatinya.Apa dia hanya bermimpi atau kata-kata Syam itu satu realiti?Selepas keluar dari toilet,dia terus duduk dikerusinya tanpa memandang wajah Syam.Dia segan sebenarnya.Selebihnya dia takut.Takut apa pula kata Ekin jika dia tahu Syam menyukainya.Ah,entah-entah lelaki itu hanya bergurau.Eiii…malunya!Perasan betul aku ni!Ani kembali bersemangat semula.Ingat Ani,lelaki itu hanya bergurau.Bergurau!Ani menyedapkan hati.
“Ani!Ada kawan kamu cari ni!”Laung Puan Maria,ibunya dari tingkat bawah.
“baik ibu!”Sahut Ani seraya berlari anak ke jendela,melihat gerangan kawan yang dikatakan ibunya itu.
Sekali lagi mata Ani membulat.Dagai tidak percaya melihat ekujur tubuh yang sedang menanti dia atas motosikal Yamaha RXZ rona hitam itu.Nampaknya lelaki itu tidak bergurau.Pantas,Ani mengenakan semula tudung yang dibuka tadi.Pakaiannya masih belum berganti.Apa tujuan lelaki itu dating walhal waktu kerja baru sahaja habis?Tidak sempat dia hendak melepaskan penat.
Ani menuruni anak tangga dengan berhati-hati.Ibunya yang sedang menonton drama di televisyen melemparkan senyum.Ani menjongket bahu sambil menggelengkan kepala,mengerti apa yang tersirat di fikiran ibunya.Ani menarik nafas dalam-dalam lalu menghembuskannya perlahan-lahan sebelum membuka pintu.Dia amat berharap gemuruh yang melanda hati segera berlalu pergi.
“Assalamualaikum.Ada apa hajat datang ke mari?”Ani bertanya sejurus tiba dihadapan Syam yang memakirkan motosikal di hadapan pintu pagar rumahnya yang bercat biru itu.
“Kita perlu berbincang.Mari,kita duduk di situ,”ajak Syam seraya menunjuk pada bangku kayu di bawah pokok manga yang rending di hadapan rumah Ani itu.
Ani membuka pintu pagar lalu membuntuti langkah Syam.Mereka mengambil tempat di atas bangku kayu tersebut.Seboleh mungkin Ani berharap yang berada disebelahnya sekarang bukan SYam kerana debaran di dalam dadanya semakin memnuncak membuatkan hatinya seakan mahu pecah.
“Er…”serentak kedua-duanya bersuara.
“Awaklah cakap dulu,”sekali lagi mereka bersuara serentak.
Diam.Hanya bunyi desiran angina yang kedengaran meliuk-lentuk dedaun manga.Cahaya mentari petang itu tidak begitu terik seperti biasa.Mungkin kerana banyak gumpalan awan yang terbentuk dilangit biru sekali gus melindungi sinaran mentari dari menerobos ke lantai bumi.
“Tadi tu,awak bergurau,kan?”akhirnya Ani membuka bicara.
‘Saya serius,”balas SYam.
“Saya rasa awak sengaja nak mengusik saya,Syam.Kalau nak kenakan saya pun,janganlah macam ni.”balas Ani.
“Saya serius,” ujar Syam lagi.
“Syam,awak….”
“Saya serius Ani.Saya sukakan awak,”ucap Syam membuatkan Ani terkedu.
“Ta..tapi…kenapa saya?Apa yang ada pada saya yang membuatkan awak menyukai saya?”soal Ani.
“Senyuman awak.Senyuman awak sudah cukup memberi saya semangat untuk terus berdiri dan melangkah,”jawab Syam.
Ani memberanikan diri bertentang mata dengan lelaki disebelahnya.Benar,ada sinar cinta yang bergemerlapan di dalam anak mata lelaki itu.Namun,jauh didasar hati,Ani tahu,lelaki itu tidak mungkin akan jadi miliknya.
“Maaf,saya hargai perasaan awak tapi saya tak dapat menerimanya,”luah Ani.
Syam tersentak.Benarkah apa yang menampar pendengarannya?Ani menolak perasaan hatinya?Mustahil!Bukankan Ani tahu yang selama ini ramai gadis-gadis sanggup beratur untuk beratur untuk bertemu janji dengannya?Bukankan Ani tahu yang selama ini gadis-gadisada yang sanggup bergaduh semata-mata untuk bercakap dengannya?Jesteru,tidakkan Ani rasa bertuah bahawa dalam kebanyakan gadis,dia yang menjadi pilihan?
“Kenapa?Sebab Ekin?”telah Syam.
Ani mengeluh perlahan.Kemudian,kepalanya digelengkan.Terus-terang,pintu hatinya sudah lama dikuncirapat dari membiarkan cinta hadir mengetuknya.Cukuplah sekali dia rasa betapa manis dan pahitnya menyintai dan dicintai.Lagipun,cintany sudah dimiliki.Milik seorang lelaki yang ternyata dicintai setulus hati.
“Jadi,kalau bukan sebab Ekin,kenapa awak tak boleh terima saya?”Syam bertanya.
“Saya minta maaf.Awak tak akan faham…”ujar Ani.
“Macam mana saya nak faham kalau awak tak terangkan pada saya?”
“cukuplah awak tahu yang hati saya sudah pun dimiliki,’beritahu Ani.
Sekali lgi Syam tersentak.Ani sudah dimiliki?Bila?Siapa?Perlahan-lahan,dia melepaskan keluhan.Kedengaran berat pada pandangan Ani.
“Boleh saya tahu siapa lelaki yang telah mencuri hati awak?”
“Amir…seorang rakan lama,”Jawab Ani.
Sudah lama nama itu tidak meniti di bibirnya.Nama yang telah mengajarnya erti menyayangi dan disayangi.Nama yang banyak menghadirkan gembira dan tidak kurang juga duka.
“Awak mencintainya?”duga Syam.
“Sudah tentu.Dialah cinta pertama saya.Satu-satunya lelaki yang bertaktha dihati,”penuh yakin Ani menjawab pertanyaan Syam tadi.
Syam mengeluh sekali lagi.Nampaknya dia telah tersilap membuat taruhan.Baru sahaja dia ingin merasa manisnya cinta namun tidak kesampaian.Beginikah yang dirasai oleh gadis-gadis yang pernah ditolak hasrat hati olehnya?Terasa bagai disiat-siat.Pedih dan perit.
“Maaf,saya minta diri dulu.Jumpa di Ofis esok.Assalamualaikum,”ucap Ani lalu melangkah pergi meninggalkan Syam keseorangan di tempat letak kereta dengan luka dihati.
“AWAK penipu!’bentak Sham sewaktu semua staff Mega Holding sedang berehat pada petang itu.
Dua tiga staff yang tak turun ke kafe melopong.Tidak terkecuali Ani.Apatah lagi kata-kata itu ditujukan padanya.
“Bertenang Syam…kenapa ni?” ujar Ani cuba menterteramkan Syam yang seakan mahu menerkamnya,rakus.
“Kenapa awak tipu saya?’Soal Syam.”Apa yang awak cakap ni?”Ani bertanya tidak faham.
“Kenapa awak tipu saya?”
“Tipu apa ni?”
“Awak jatuh cinta pada lelaki yang dah taka da!”
Dup!Ani terkesima!Dari mana lelaki ini tahu tentang perkara itu?Pantas,anak matanya mencari kelibat Ekin.Tajam wajah itu dipandangnya.Ekin menundukkan wajah.Dia kesal kerana mengkhabarkan perkara itu pada Syam.Tidak sangka lelaki itu akan membuat kecoh begini.
“Apa yang awak dengar tu tak betul,”ujar Ani,cuba bertenang.”Masih nak berdalih?”Ani,terima hakikat bahawa lelaki yang awak cintai dah taka da.Dia dah meninggal!”Terang Syam.
“Syam!!!”suara Ani melengking kuat.
Ofis mereka yang sedia sunyi terus jadi senyap sunyi bagai baru dialanda tsunami.Hanya bunyi kipas yang menghantar kedinginan sahaja kedengaran.Kedinginan yang langsung tidak singgah di hati Ani.
“Awak tak berhak nak masuk campur urusan hidup saya.Dengan siapa saya nak bercinta.Itu hak saya!Awak siapa nak tentukan perasaan hati saya?’bentak Ani.
Tapi ANi,awak kena faham.Lelaki yang awak cintai tu dah pergi selamanya.Sampai bila awak nak tutup pintu hati awak?Sampai bila?”
“Sampai saya mati!Puas hati awak!Sudah!Pergi mati dengan cinta awak tu!Saya hanya cintakan Amir!Hanya Amir!Faham!”tekad Ani lalu melangkah pergi.
Suara orang berbisik-bisik mula kedengaran.Drama sebabak yang dipersembahkan dihadapan mereka sebentar tadi ternyata membuahkan pelbagai tangkapan dalam diri setiap individu.Ekin segera bangun mengekori langkah kawan baiknya itu.Sungguh dia tidak pinta semua ini berlaku.Syam menendang kerusi dihadapannya.Kemudian,dia juga turut melangkah keluar.
“ANI!Tunggu!”Laung Ekin.Ani menghentikan langkahnya sejurus mendengar suara Ekin.Dia terjelopok diatas tanah di taman mini berhampiran bangunan ofis mereka.Air matanya masih belum berhenti mengalir.Sampai hati Syam.Lelaki itu tidak mengerti perasaan yang ditanggungnya.Lelaki itu tidak memahami beban yang digalasnya.Cintanya pada Amir tiada galang gantinya.Amirlah cinta pertamanya.Lelaki yang amat disayangi.Cuma,cinta mereka tidak bersatu ke jinjang pelamin.Amir telah pergi meninggalkannya keseorangan akibat kemalangan jalan raya sewaktu ingin bertandang ke rumah untuk menjemputnya meraihkan hari jadi lelaki itu dua tahun yang lepas.Amir pergi meninggalkan kenangan manis yang tercipta sewaktu mereka bersama.Amir pergi meninggalkan cinta yang disulami duka dalam hatinya.
“Maafkan aku Ani,maafkan aku!”ray Ekin.
“Kenapa?Kenapa kau beritahunya tentang Amir?”
“Dia dating berjumpaku malam tadi,bertanyakan tentang Amir.Aku sangka dia kenal Amir.Aku tak tahu dia cintakan kau.Sungguh aku tak tahu!”Terang Ekin.
“Apa yang perlu aku buat Ekin?Apa yang perlu aku buat?’Soal Ani dalam tangis.
Ekin membisu.Dia juga tidak tahu apa yang perlu dilakukan.Ada simpati yang menjalar dalam jiwanya melihat Ani begitu.Dia tahu tuntang perhubungan Ani dan Amir.Dia tahu betapa Ani mencintai Amir.
Mulanya dia memang terkejut apabila mengetahui yan Syam menyintai Ani.Mungkin inilah masanya Ani membuka semula pintu hatinya,Sampai bila dia ingin biarkan dirinya dibayangi kenangan silam yang memeritkan itu?
Malam tidak dihiasi kerdipan bintang.Hanya sepoi-sepoi bayu yang berhembus,menerbangkan rambut Ani yang lurus.Langit kosong,sekosong hatinya kala ini.Ani mengalihkan pandangan pada sebuah bingkai gambar ditangan kanan.Gambar pujaan hati yang telah menyahut seruan ilahi.Lelaki yang amat dirindukan saban waktu.Amir tiga tahun lebih tua darinya,penuntut di salah sebuah university diselatan tanah air dalam bidang kejuruteraan elektrik.Merupakan anak kepada Puan Aisyah,jiran sebelah rumahnya.Sejak kecil lagi dia sudah mengenali Amir.Lelaki itu begitu mengambil berat akan dirinya.Berada disisi lelaki itu,dia rasa selamat dan dilindungi.Namun,ternyata Tuhan lebih menyayangi lelaki itu.
Ani kembali merenung langit malam.Kejadian yang berlaku siang tadi benar-benar menorah semula bekas luka dihati.Sepanjang dia berada di ofis siang tadi semuanya terasa kosong.Tidak sesaat pun anak matanya memandang wajah Syam.Hatinya sakit apabila Syam mengungkit perihal Amir.Teramat sakit.
“Tapi Ani,awak kena faham.Lelaki yang awak cintai tu dah pergi selamanya.Sampai bila awak nak tutup pintu hati awak?Sampai bila?”
Seketika kata-kata Syam singgah di benak mindanya.Dia sendiri tidak punya jawapan untuk itu.yang pasti,dia masih belum bersedia untuk menerima orang lain sebagai penganti Amir.Baginya,Amir terlalu berharga.
Bunyi enjin motosikal yang berhenti dihadapan rumah menganggu khayalan Ani.Syam!Apalagi yang lelaki itu inginkan malam-malam begini?Ani melihat jam didinding.Pukul lapan tiga puluh minit.Belum sempat ibunya memanggil,Ani sudah turun ke tingkat bawah.Dia ingin jelaskan segalanya pada Syam agar lelaki itu mengerti akan perasaan hatinya.
“Apa tujuan awak dating malam-malam buta ni?”terjah ANi tanpa salam.
“Kita perlu berbincang,”
“Dah taka da apa yang nak dibincangkan.Saya harap awak faham.Antara kita tak mungkin ada apa-apa hubungan,”jelas Ani.
“Maafkan saya,”ucap Syam.
“Kenapa awak minta maaf?’
“Saya tahu saya dah lukakan hati awak.Saya tak bermaksud nak mengungkit tentang Amir.Saya Cuma…”
“Cuma nak sakitkan hati saya?Cuma nak tuduh saya penipu?Begitu?”Tingkah Ani.
“Tak…Ani,dengar dulu…”
“Sudahlah Syam.Saya harap awak faham.Saya masih belum bersedia,”Ujar Ani.
“Saya tetap akan tunggu,”
“Walaupun akhirnya nanti,penantian awak hanya sia-sia?Awak tak kisah dikecewakan?”Ani menyoal Syam.
“Saya yakin awak tetap jadi milik saya,”Ujar Syam,tegas.
Ani tersengih.Sinis pada pandangan Syam.
“Dari mana awak dapat keyakinan tu?”
“Saya yakin yang awak juga menyayangi saya,”Jawab Syam.
Nonsense!”
“Ani…”ucap Syam sekaligus menerbitkan debar dalam hati Ani.ENtah mengapa setiap kali lelaki itu menyebut namanya,dadanya akan bergetar hebat.Tidak dinafikan,ada ketikanya,perasaan ketika berada hamper dengan SYam,seakan sama ketika perasaannya berada disis Amir Cuma Ani tidak mahu mengakui hakikat itu.
“Saya faham perasaan dan cinta awak pada Amir.Cuma,yang telah pergi,biarlah dia pergi.Kita yang masih hidup perlu terus jalani kehidupan seperti biasa.Memang saya tidak mengenali Amir,tapi saya yankin,dia juga tidak mahu lihat awak menderita begini.Menutup pintu hati awak semata-mata kerana terlalu mencintai seseorang.Cinta pertama tak semestinya cinta terakhir Ani,”panjang lebar bicara Syam.
Ani menundukkan wajah.Kata-kata Syam menghadirkan sesuatu perasaan yang berbeza dalam jiwanya.
“Awak tak faham Syam…”
“mengapa pilih untuk menderita sedangkan jalan menuju bahagia terbentang di depan mata?Awak boleh hidup dengan kenangan tetapi kenangan tidak akan berulang semula.Amir mengajar awak erti cinta dan saya akan biar awak merasai kemanisan cinta itu,”ujar Syam.
“Memang perit apabila orang yang kita sayangi tiada lagi disisi.Namun,tidak salah jika benarkan orang lain menyayangi diri kerana lumrah manusia itu ingin disayangi dan menyayangi.Ani…izinkan saya menyentuh cinta yang ada dalam hati awak,agar kita tahu erti bahagia,”sambung Syam lagi.
Ani terkedu mendengar setiap patah kata yang Syam tuturkan.Lelaki ini ingin menyentuh cinta yang bersarang dihatinya?Perlukah dia membuka pintu hatinya semula?
“Saya harap awak boleh berikan saya masa untuk berfikir sedalamnya,”ujar Ani.
Syam melukis segaris senyum.Senyum yang membelit jiwa Ani dengan keriangan.
“ini untuk awak…”ujar Syam lalu menunjukkan sebuah anak patung  bersaiz sederhana rona merah jambu dengan sejambak bunga ros pada Ani.
“Ambillah,buat peneman kitika awak bersedih atau perlukan seseorang untuk meluah rasa,”kata Syam.
Ani teragak-agak mengambil anak patung dengan bunga ros dari tangan Syam.Seketika kemudian,lelaki itu meminta diri.Ani menghantar pemergian lelaki itu dengan pandangan matanya.Dia masih tidak bergerak dari tempatnya berdiri.Kepalanya didongakkan,memandang langit malam yang kelam.Cahaya bulan kembali menyinar setelah bersembunyi di balik awan hitam sebentar tadi.
Anak patung beruang ditangan dipegang kejap.Mungkin,sudah tiba masanya dia melupakan kenangan lalu.Akan disisipkan segala kenangan dan cintanya terhadap Amir jauh dilubuk hati.
“Hmm..nak beri nama apa ya teddy bear ni?”fikir Ani.
“okey,Sy,mulai hari ini,awak harus setia berada disisi saya ya.”Ucap Ani pada anak patung beruang yang dipanggil Sy itu,singkatan bagi nama Syam.



 http://www.rafinamimi.com/2014/02/pertandingan-menulis-cerpen-pendek.html