August 2014 - Fiqa story

"Where hope grows, miracles blossom".

Hot

Post Top Ad

31 August 2014

Hadiah Peraduan Facebook Seri Aidilfitri Bersama Fair & Lovely

8/31/2014 0
Petang tadi dapat parcel dari pos laju..puas fikir apa benda dalam tu..huhu..sekali buka baca surat yang di kepilkan bersama..owh rupanya Hadiah Peraduan Facebook Seri Aidilfitri Bersama Fair & Lovely.Dah tak ingat pun pasal peraduan nie..bulan july hari tu kot yang kena buat pantun..
Saja jer join..tup2 dapat juga hadiah saguhati,iaitu Kotak Kemasan dan produk Fair & Lovely.
 Link:Sini

Boleh lah bagi kat mak kita..sebab dia pengguna setia produk ini..hihi


Read More

Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

8/31/2014 1

Sedikit Info Mengenai Hari Kemerdekaan ke-57 

 


Tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun 2014-

 "Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta"

Tema sambutan tersebut yang dipetik daripada lirik lagu ‘Warisan’ yang dipopularkan oleh penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad.

Lirik Lagu Tema Hari Kemerdekaan Ke 57 Tahun 2014
Lirik Disini Lahirnya Sebuah Cinta
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Bagaimana perasaan saya menjelang Kemerdekaan ke 57 Malaysia?

Saya berbangga kerana Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 57 tahun.Sangat berterima kasih kepada semua yang telah berbakti kepada negara kerana telah berkorban jiwa dan raga  memerdekakan negara dari zaman penjajahan.Tapi sedih kerana ramai yang tak tahu menghargai erti kemerdekaan sebenar.Maaf kalau ada yang tersinggung tapi inilah kenyataannya..sebagai contoh,berapa ramai yang mengibarkan bendera di kereta?rumah?premis perniagaan?dan dimana-mana sahaja?Sepatutnya masuk sahaja bulan ogos bulan kemerdekaan ramai berebut-rebut nak pasang dan kibarkan bendera@jalur gemilang kebanggaan kita.Tapi sayang seribu kali sayang,ramai yang alpa..atau terlepas pandang perkara ini.Macam pada 11 Ogos 2014,kami telah pergi ke simpang durian area jelebu,perjalanan dari seremban,sepanjang perjalanan dari seremban ke jelebu langsung tak nampak ada bendera pada mana-mana kenderaan,kalau dekat rumah boleh dikira rumah yang mengibarkan jalur gemilang.Lepas itu 20 Ogos 2014 konvoi ke Pantai Bagan Lalang Sepang,hal yang sama juga yang saya duduk perhatikan,kemana dan dimanakah sebenarnya semangat kemerdekaan dalam hati kita ini?Sama-samalah kita renungkan.

Pelbagai inisiatif kerajaan untuk menarik minat rakyat malaysia untuk sama-sama selami  hari kemerdekaan contohnya dengan adakan Pertandingan keceriaan kemerdekaan dengan hadiah yang lumayan.Sepatutnya jika ada semangat kemerdekaan dihati kita tak perlu tunggu ada pertandingan baru nak sertai semata-mata nak dapatkan hadiah sahaja.

"Teringat kat arwah atuk,masa tu sebulan sebelum hari kemerdekaan,dia dah beli banyak bendera untuk diletakkan di balairaya rumah tepi-tepi jalan juga dekat kereta,maklumlah dulu dia adalah JKK kampung.Betapa semangatnya dia bila tiba hari kemerdekaan,yelah dia dilahirkan zaman penjajahan british@jepun.hidup sangat susahkan.Sampai sekarang bila tiba hari kemerdekaan teringatkan dia,kerana dialah yang paling bersemangat sekali nak pasang bendera"

Berkenaan pasang bendera,mengikut pemerhatian saya ramai yang akan pasang bendera di saat akhir atau penghujung bulan ogos maknanya saat nak sambut merdeka baru nak pasang bendera.Saya nak tanya kenapa tak pasang bendera dari awal bulan ogos tapi saya bukanlah wartawan..hehe..kalau tanya karang tak paal dapat masalah,baik duduk perhati sahaja lah.
Owh ya,kalau ikutkan bendera bukannya mahal sangat pun,bersepah bendera malaysia ada dijual.Kat seven7,supermarket,mydin,kedai runcit,kedai 2 ringgit,senang cerita bendera ini senang didapatilah.lagipun bukanlah mahal sangat pun nak beli bendera itu kan.Contohnya saya ambil dari katalog Mydin.




Tapi,dalam kita mencapai kemerdekaan dari penjajahan tanah tumpah negara sebenarnya kita masih lagi dijajah dari segi sikap dan tingkah laku.Buktinya, kita masih lagi terkepung dengan pelbagai masalah sosial seperti perzinaan, pembuangan bayi, penagihan dadah, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya sehingga ia dilihat sedikit sebanyak mencalarkan imej negara sebagai sebuah negara merdeka yang sewajarnya juga bebas daripada permasalahan-permasalahan sosial seumpama ini. Malam merdeka adalah malam pesta muda-mudi,ada yang berlumba dan macam-macam pesta sambut merdeka yang kurang elok dipersembahkan yang menyumbang kepada berlakunya permasalahan lain seperti pencemaran akibat daripada pembuangan sampah sarap seperti pembungkus atau pembalut makanan, tin-tin dan kotak minuman di merata-rata tempat semasa sesuatu konsert sedang berlangsung,lumba haram dan sebagainya.

Mengapakah situasi sedemikian berlaku? Adakah program-program yang dianjurkan semasa sambutan hari kemerdekaan selama ini gagal membentuk perilaku yang positif dalam diri setiap anggota masyarakat terutamanya golongan muda kita pada hari ini yang seharusnya menjadi pelapis yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara pada masa hadapan?


Sama-samalah kita hayati erti kemerdekaan ye...MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Join Cabaran  Denaihati untuk tajuk ’' Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta’’
Nak Sertai?
JOM sertainya di SINI




Read More

30 August 2014

Giveaway Spritzer Dari Bro framestone

8/30/2014 1

Saya dan Spritzer
Ok nak citer sikit pasal air mineral Spritzer nie..saya sebenarnya suka travel ke mana-mana kan..tapi biasalah kalau travel jauh-jauh mesti haus kan..hehehe..dan mesti singgah mana-mana kedai wajib beli air mineral jenama Spritzer.SPRITZER  adalah satu-satu nya air mineral kegunaan kami seisi keluarga..

Layan gambar dulu.....huhu

Ehh..macam kenal lah..






Tentang Blog Broframestone.com
Nak tahu lebih lanjut Klik SINI


Broframestone telah terpilih menjadi duta untuk mempromosikan kempen 25 tahun Spritzer yang berlansung di Sunway Pyramid dari 20-24 Ogos 2014.

Dan oleh kerana Bro telah menjadi duta..bro telah melancarkan mini giveaway untuk kempen 25 tahun Spritzer yang ke 25..Hadiah yang menarik menanti anda,anda anda dan saya juga hehe...
Hadiah keseluruhan  bernilai RM250 yer..Iaitu RM50x5 orang pemenang bertuah.
ENTRI GIVEAWAY: http://www.broframestone.com/2014/08/blogger-jadi-duta-kempen-25-tahun-spritzer/



Read More

***Giveaway: Happy 6th year Anniversary; Thank You YOBO![TAMAT]

8/30/2014 4
komen blog:semua ok cuma background tu kena tukar..Pengunaan warna banyak purple..oleh guna background mcm kat bawah nie...jangan marah yer..kita cuma suggest jer...hehe...
Read More

26 August 2014

Owh i Need Header for My Blog

8/26/2014 1
Sejak ada anak nie kan..rasa nak letak gambar anak jer kat blog bebanyak.feel mak2 dah...hehe..Sekarang nie blog nie dah tak ada header dah..ngat nak letak header baru yang ada gambar anak pulak..tapi kan nak design n buatnya tu yang tak reti..hadoiii..sapa yang reti buat tolong saya atau yang tahu siapa yang buat yer..nak minta help sikit....
Read More

25 August 2014

Petua untuk menghilangkan batuk anak secara tradisional.

8/25/2014 2
Dapat dari FB..saja jer nak share mana tau berguna juga nanti.


Petuanya

Caranya mudah sahaja, ambil bawang putih, bakar sehingga kulitnya kehitaman dan lenyekkan ke dalam minyak masak atau minyak gamat. Sapukan ke dada anak anda. Selamat mencuba.



Read More

Persediaan Solid Food untuk siKesayangan Mama

8/25/2014 1
Pejam celik pejam celik Lagi sebulan lebih adik dah nak masuk 6 bulan,Cepatnya adik membesar..kejap jer rasanya dukung dia,tak puas rasa.dah membesar dah buas dah..siap boleh tendang-tendang lagi mamanya..
Keperluan dan persediaan solid food belum lagi ada..ingat nak prepare awal-awal kan senang..hehe..

Just nak share benda yang bakal dibeli.(Yang nie terpengaruh dengan iklan mommy-mommy lah nie kat Facebook.
1.Food Feeder.
Ada macam-macam jenama rupanya.Harganya pula ikut jenama.Dan lepas disurvey jenama Autumnz yang paling murah iaitu Rm19.90..tu pun belum cas postage.Nie survey online jer...
Apa fungsi food feeder ni?
Fungsinya adalah sebagai gadjet (alat) membantu bayi yang berumur 6M+ untuk mengunyah makanan yang lembut seperti buah betik,pisang, epal, pear yang telah di stimkan.
Cara penggunaan:
Potong buah menjadi kecil-kecilan.Masukkan ke dalam feeder tu.Pastu tutup kemudian bagi pada bayi untuk mengisapnya.
Food feeder ni amat sesuai untuk bayi yang belum tumbuh gigi untuk menikmati makanan  tanpa di khuatiri daripada tercekik atau tertelan makanan tersebut.

Kalau nak tengok brand lain boleh layari laman web ini http://www.littlewhiz.com.


2.Munchkin Spoon. 
 Terpengaruh ngan mummy2 lain yang buat review pasal mende ni.. Bertujuan untuk mengelakkan tumpah2 masa bagi baby makan nanti.. Senang bagi makan if pakai mende ni.. letak je puri atau bubur halus dalam ni, time nak bagi makan, picit bahagian bawahnya, die kuar sikit2..Tapi harganya agak mahal jugak..RM70++
Ada yang murah dalam belas2 ringit je tapi bentuk macam kat bawah nie..
Demand kan nak juga yang munckin..huhuhu.

Lain-Lain Keperluan:GAMBAR CURI DARI EN.GOOGLE
1) Philips Avent combined steam & blender.
 
2) Baby Cube.
 
3)Set PinganMakan.
 
4)Bib Plastik.
 
5)High Chair.
 
6) Warmer.
 
7)Tupperware
 
8)Thermal bag
 
Agak banyak jugak kan..nak kena prepare dari sekarang nampaknya nie..sebulan lebih tu bukannya lama mana pun..Saja bagi masuk jadual kat bawah..nanti tak payah nak cari lagi..huhuhu













Read More

22 August 2014

Nak Berniaga Pula

8/22/2014 2
Rasa nak berniaga pula,tapi kalau nak berniaga sampai buka kedai sendiri tu rasanya tak mampu lagi..huhu..berniaga kecil-kecilan dulu sebagai permulaan..tapi nak kena ada modal juga,pun modal  takde lagi,macam mana nak berniaga nie..hehe...

Sekarang nie tengah nak cari modal untuk berniaga,tu pun niaga o9 jer dulu.Nak berniaga senang kalau barang dah depan mata.

Dah terfikir dah nak niaga apa...hehe..maybe pakaian,maybe tudung o barangan baby kot..yang penting murah..hihi..

Ehh..ada ke yang nak beli??kawan-kawan support saya yer..doakan supaya impian saya menjadi kenyataan...tq all...









Read More

20 August 2014

iPhone 5s Gadget Impian Setiap Blogger.

8/20/2014 9

Peluang Memiliki iPhone 5s Gadget Impian Setiap Blogger.


Blog Denaihati sekali lagi menganjurkan Contest IPhone 5s  yang menawarkan hadiah tiga  iPhone 5s.Semua layak untuk menyertai contest ini dan berpeluang untuk memenangi iPhone 5 daripada Denaihati.com. Rugi kalau lepaskan peluang keemasan ni.

gambar iPhone 5S






Read More

19 August 2014

Giveaway Merdeka Lestari

8/19/2014 8
Giveaway merdeka,Kasihlestariabadi,2014
 
Hadiah 
1) Top Referral : Buku Duit Pantas (Penulis : Ammar Zahar)  + Topup RM10
2 ) 5 x Topup RM10
Pemenang akan diumumkan pada 2 September....
Read More

Nubis Baru Belajar Berdiri

8/19/2014 1
Hari ini genaplah umo adik 4 bulan 16 hari..hehe..
semoga membesar menjadi anak yang soleh..
mama & papa sayang adik..muah3...

Belanja sekeping gambar lu....


Read More

12 August 2014

Hadiah Dari Izzlegacy Boutique Dah Sampai

05 August 2014

Giveaway #CikMielaBukaKedai(TAMAT)

8/05/2014 7

Assalamulaikum. Giveaway ini dibawakan oleh Cik Miela sempena pembukaan kedai Ladya Shops


Hadiah:
1x Long dress
1 x Long Tee
1 x Toup RM10
30 x mystery gift untuk 30 peserta pertama
Gambar hadiah:


Klik sini untuk join
Read More

04 August 2014

Baby feeding bib untuk adik

8/04/2014 2



Hehe..awal sangat beli bib untuk adik..semalam baru masuk 4 bulan jer..bukan nak bagi makan k..lambat lagi nak bagi makan..actually adik nie dah pandai main liur tu sebab terpaksa bagi pakai bib kat leher dia..kalau tak meleleh-leleh liur kat baju tu hah..habis basah baju yang dipakai..kalau kat umah takpe..kalau nak berjalan ke mana-mana kan..mamanya rajin sangat nak tukar baju anak 2/3 kali..hehe..ada bib nie senang sikit..cover jugak lah baju adik..mamanya pun tersenyum tak payah nak tukar baju banyak kali..hehehe






Read More

Post Top Ad