iPhone 5s Gadget Impian Setiap Blogger.

Peluang Memiliki iPhone 5s Gadget Impian Setiap Blogger.


Blog Denaihati sekali lagi menganjurkan Contest IPhone 5s  yang menawarkan hadiah tiga  iPhone 5s.Semua layak untuk menyertai contest ini dan berpeluang untuk memenangi iPhone 5 daripada Denaihati.com. Rugi kalau lepaskan peluang keemasan ni.

gambar iPhone 5S









Mengenai iPhone 5s



Bagi si pencinta telefon pintar dan pengikut setia jenama telefon pintar pastinya akan bertukar telefon seiring dengan peredaran masa juga teknologi telefon itu sendiri.Tapi bagi saya yang kurang berkemampuan hanya tengok sahaja lah...hehehe...Bagi si pencinta iPhone pasti akan mengikut perkembangan semasa iPhone kan,iaitu akan mengupgrade telefon pintar mereka kepada jenama yang yang latest. Dan sudah pastinya iPhone 5S akan memberikan kepuasan kepada si pencinta jenama iPhone.

Walaupun dunia Android telah berubah kearah skrin yang besar,namun syarikat Apple tetap dengan reka bentuk mesra poket.Begitu juga dengan ciri-ciri iPhone 5s yang didatangkan dalam 3 warna berlainan iaitu champaigne gold, aluminium silver dan space gray

 iPhone 5S Volume Buttons

Housing-nya juga diperbuat daripada aluminium yang cantik. Tambahan lagi, iPhone 5s dilengkapi dengan material Sapphire Crystal di mana ia berfungsi sebagai pelindung kepada iSight Camera. Saya suka iPhone 5s kerana lebih nipis dan ringan.Tampak elegan begitu.

Saya selalu memeriksa telefon pintar saya banyak kali dalam sehari.Dan saya memang memasang kod laluan pada telefon saya sebagai langkah keselamatan,maklum lah ramai kawan-kawan suka pinjam handphone.hehe,tapi agak melecehkan kerana akan mengambil masa untuk"unlocked" skrin.Tapi dengan iPhone 5s,semua itu tak perlu lagi dengan adanya ID Touch.


iPhone 5S TouchID in useApple iPhone 5S Touch ID
iPhone 5s memperkenalkan ID Touch yang sangat inovatif dan ia merupakan satu aplikasi baru yang dipasang untuk memudahkan semua penggemar iPhone. ID Touch merupakan cap jari sensor identiti baru yang akan memudahkan pengguna mengakses telefon mereka dengan mudah dan cepat. Ia memberikan kelainan yang sangat signifikan kepada semua penggemar iPhone. Pengguna hanya perlu meletakkan jari pada butang utama dan ia akan membuka kekunci skrin iPhone.  Ia juga selamat untuk mengakses telefon dan mengelak daripada orang lain mengakses telefon anda tanpa kebenaran. Selain itu, pengguna juga boleh membeli produk-produk Apple dari kedai iTunes atau App Store menggunakan cap jari sahaja. Sangat mudah dan selamat.

 
Apa yang menariknya lagi untuk pengguna iPhone ialah iPhone 5s memiliki chip A7 yang akan menjadikan akses sangat pantas. Melalui chip A7 iPhone memberikan CPU dan prestasi grafik yang dua kali lebih cepat dari cip sebelumnya iaitu cip A6. Secara tidak langsung, iPhone 5s adalah merupakan telefon bimbit 64-bit pertama di dunia dan menjadikannya sangat istimewa. Rekaannya juga sangat unik dan telah dibina khusus untuk 64-bit. Chip A7 juga mampu menyokong OpenGL ES versi 3.0 yang membolehkan grafik menjadi lebih terperinci dan visual yang kompleks dimana ia boleh digunakan di Mac, PC dan konsol permainan. Ia akan menjadikan graphic seakan-seakan lebih “real” untuk pengguna iPhone 5s. Pastinya ia satu kepuasan untuk bakal-bakal pengguna iPhone 5s kelak dan tidak akan mengecewakan pemilikinya.
 
iPhone 5S dilengkapi dengan iSight Camera yang membolehkan pengguna mengambil gambar yang lebih terperinci dan jelas. Berikut merupakan keupayaan dan kelebihan iSight Camera iPhone 5s:
  • Sensor, piksel dan aperture yang lebih besar
  • Continuous high speed burst mode
  • Flash true tone
  • Penstabilan imej automatik
  • Video gerak perlahan
  • Live video zoom
  • Square image
  • Panorama image
  • Penapis foto

 

Selain itu, iPhone 5s mempunyai Video Facetime yang membolehkan pengguna iPhone membuat panggilan secara bersemuka melalui paparan skrin. Ciri-ciri Video Facetime ini  dilengkapi mega piksel yang lebih besar dan sensor pencahayaan bahagian belakang yang lebih baik. Dengan itu, ia akan memberi kepuasan kepada pengguna iPhone 5s ketika membuat panggilan Video Facetime terutamanya ketika berhubung dengan orang-orang yang tersayang. Pastinya ia akan menjadi kenangan indah ketika berhubung dengan mereka yang nun jauh disana.

Seterusnya, iPhone 5s mempunyai rangkaian sehingga 13 band LTE dimana ia akan memudahkan pengguna untuk akses jaringan internet. Seperti yang ramai pengguna iPhone ketahui, anda boleh download atau upload file dengan kelajuan yang cepat walaupun anda berada di lokasi yang berlainan di seluruh dunia. Tambahan lagi, LTE juga disokong oleh kebanyakan negara dan sentiasa diperkembangkan agar pengguna lebih mudah mengakses di kebanyakan tempat. Oleh itu, dengan menggunakan iPhone 5s semuanya akan menjadi mudah.
 iOS 7.1 calendar
Aplikasi iOS 7 merupakan sebuah platform user interface (UI) terkini yang menakjubkan membolehkan pengguna iPhone 5s melakukan pelbagai perkara dengan lebih baik terutama apabila pengguna ingin melayari internet, menggunakan emel kerana ia dibina dengan 64-bit chip A7. Cip tersebut akan membantu anda mengakses segala kemudahan yang terdapat dalam iPhone 5s dengan lebih cepat. iOS 7 pastinya menjadikan antara satu kepuasan untuk pengguna telefon ini. Pengguna iPhone boleh download pelbagai aplikasi percuma melalui App Store seperti aplikasi iMovie, iPhoto atau iWork dengan akses yang pantas. Oleh itu, anda pasti terhibur ketika menggunakan setiap aplikasi yang ditawarkan oleh iPhone 5s.
 
Apakah yang dimaksudkan dengan iCloud? Untuk pengguna iPhone 5s,  iCloud membolehkan anda menyimpan dan mengakses files di satu lokasi maya yang dikhaskan untuk anda dan ia juga merupakan ciri terbaharu dalam iOS 7. Ia memudahkan anda untuk membuat perkongsian foto seperti menghantar gambar atau video kepada peranti iOS rakan anda. Tambahan lagi, yang menariknya ialah mereka juga turut boleh memberi komen, pos gambar sendiri atau video. Secara kesuluruhannya iOS 7 mampu memberikan banyak kelebihan dan kepuasan kepada pengguna iPhone.

Ciri-ciri telefon iPhone 5s:
  • Kapasiti: 16GB, 32GB dan 64GB
  • Saiz: 123.8mm (L) 58.6mm (W) 7.6 mm (H)
  • Berat: 112 gram
  • Cip: Chip A7 dengan seni 64-bit M7 motion co-processor
  • Lokasi: GPS dibantu dengan GLONASS, kompas digital, Wi-fi, Selular
  • Touch ID: Cap jari sensor identiti dibina dengan butang utama
  • Skrin: Papan retina 4-inci (pepenjuru) paparan skrin lebar Multi-Touch
  • Resolusi: 1136 x 640 pixels pada 326 ppi
  • Nisbah kontras: 800:1 (typical)
  • Brightness: 500 cd/m2 kecerahan maksimum (typical)
  • Sokongan paparan pelbagai bahasa
  • 8 megapixels iSight, dual LED flash
  • Perakam video: 1080p rakaman video HD, 3x zoom, true tone flash
  • Mod burst membolehkan rakaman sehingga 10x snaps dalam sesaat
  • Warna: champaigne gold, aluminium silver dan space grey
Info Contest


Cabaran iPhone 5s kali terbuka kepada semua Rakan Blogger Nusantara yang telah menjadi pembaca setia kepada blog Denaihati. Tiga unit iPhone 5s akan menjadi milik tiga blogger yang berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai impian memilikinya. Ucapan jutaan terima kasih kepada 22 rakan blogger yang sudi menaja hadiah yang istimewa ini.
Cabaran iPhone 5s akan melalui beberapa peringkat tugasan yang akan diumumkan apabila setiap tugas selesai. Kelihatan agak susah untuk memiliki iPhone 5s tetapi tidak kepada yang mempunyai kesungguhan .
Tugasan Pertama Cabaran iPhone 5s
  1. Menulis satu entri sebagai tiket untuk ikut serta contest dengan tajuk “iPhone 5s gajet impian setiap blogger”
  2. Pengisian entri adalah bebas tetapi mesti kreatif dan mengikut cara penulisan blog yang betul dengan memasukan :
    • Satu backlinks kepada blog Denaihati.
    • Entri mesti tidak kurang daripada 300 perkataan.
    • Senaraikan semua blog penaja dengan backlinks. Dapatkan senarai penaja di SINI.
  3. Tarikh terakhir menulis entri cabaran iPhone 5s adalah pada 11.59 pm, 24/8/2014.
  4. Peserta diwajibkan meletakan satu banner Denaihati di mana-mana posisi di blog anda. Pilihan banner Denaihati boleh didapati di SINI.
  5. Sila tinggalkan entri cabaran iPhone 5s di SINI.
Semua peserta akan diberi masa dan peluang yang mencukupi untuk bersaing bagi memiliki gajet impian iPhone 5s. Semua penaja juga layak untuk menjadi peserta cabaran iPhone 5s.
Hadiah Cabaran iPhone 5s
Hadiah Utama : Tiga unit iPhone 5s 16GB untuk tiga pemenang
Hadiah saguhati : Wang Tunai akan diumumkan jumlah dan kategori di entri yang lain.


Contest iPhone 5s gajet impian setiap Blogger anjuran Blog  DENAIHATI ini turut di taja oleh

Post a Comment

9 Comments

  1. Iphone memang terbaik.. Ena suka sangat jenama keluaran Apple ni... Apapun all the best ye yunk

    ReplyDelete
  2. Buy & sell new and used iPhones.
    Wide selection of new and used iPhones for sale.
    More at postallads4free.com

    ReplyDelete
  3. Nak jugak ipone..hehe
    Good luck yer!

    ReplyDelete
  4. Salam utk HafizNur... Siapa tak mhu iPhone 5S wehhhh. Inilah prluang keemasan utk dptnya. Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  5. Ok cemburu.. Nak join jugak.. Hihi semoga berjaya!

    ReplyDelete
  6. Good luck awak :)
    PG datang dari segmen yang sama :)

    ReplyDelete
  7. good luck utk awk...
    sy dha lama mengidam nak pakai iphone nie.. samapi dia dah kluarkan macam versi pun masih tak dpt beli..sadis.. :(

    ReplyDelete
  8. bestnya pakai iphone..good luck

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..