Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta

Sedikit Info Mengenai Hari Kemerdekaan ke-57 

 


Tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-57 pada tahun 2014-

 "Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta"

Tema sambutan tersebut yang dipetik daripada lirik lagu ‘Warisan’ yang dipopularkan oleh penyanyi Allahyarham Sudirman Arshad.

Lirik Lagu Tema Hari Kemerdekaan Ke 57 Tahun 2014
Lirik Disini Lahirnya Sebuah Cinta
Cinta
Cinta kepada nusa
Kini dan selamanya
Tak berbelah bagi
Cinta bergema
Sejarah kebangkitan
Semangat bagai pahlawan
Alangkah oh bertuahnya
Kita
Punya rasa yang dalam
Pada pertiwi ini
Kita terus berganding ke mercu
Chorus
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Segala cabaran
Kita terus tempuhi
Jangan ada yang leka
Tetap berjuang
Di sini lahirnya sebuah cinta
Cinta yang semarakkan
Penyatuan kita semua
Di sini lahirnya sebuah cinta
Curahkan sepenuhnya
Jasa dan budi kita
Ayuhlah berbakti
Hingga akhirnya

Bagaimana perasaan saya menjelang Kemerdekaan ke 57 Malaysia?

Saya berbangga kerana Malaysia telah mencapai kemerdekaan selama 57 tahun.Sangat berterima kasih kepada semua yang telah berbakti kepada negara kerana telah berkorban jiwa dan raga  memerdekakan negara dari zaman penjajahan.Tapi sedih kerana ramai yang tak tahu menghargai erti kemerdekaan sebenar.Maaf kalau ada yang tersinggung tapi inilah kenyataannya..sebagai contoh,berapa ramai yang mengibarkan bendera di kereta?rumah?premis perniagaan?dan dimana-mana sahaja?Sepatutnya masuk sahaja bulan ogos bulan kemerdekaan ramai berebut-rebut nak pasang dan kibarkan bendera@jalur gemilang kebanggaan kita.Tapi sayang seribu kali sayang,ramai yang alpa..atau terlepas pandang perkara ini.Macam pada 11 Ogos 2014,kami telah pergi ke simpang durian area jelebu,perjalanan dari seremban,sepanjang perjalanan dari seremban ke jelebu langsung tak nampak ada bendera pada mana-mana kenderaan,kalau dekat rumah boleh dikira rumah yang mengibarkan jalur gemilang.Lepas itu 20 Ogos 2014 konvoi ke Pantai Bagan Lalang Sepang,hal yang sama juga yang saya duduk perhatikan,kemana dan dimanakah sebenarnya semangat kemerdekaan dalam hati kita ini?Sama-samalah kita renungkan.

Pelbagai inisiatif kerajaan untuk menarik minat rakyat malaysia untuk sama-sama selami  hari kemerdekaan contohnya dengan adakan Pertandingan keceriaan kemerdekaan dengan hadiah yang lumayan.Sepatutnya jika ada semangat kemerdekaan dihati kita tak perlu tunggu ada pertandingan baru nak sertai semata-mata nak dapatkan hadiah sahaja.

"Teringat kat arwah atuk,masa tu sebulan sebelum hari kemerdekaan,dia dah beli banyak bendera untuk diletakkan di balairaya rumah tepi-tepi jalan juga dekat kereta,maklumlah dulu dia adalah JKK kampung.Betapa semangatnya dia bila tiba hari kemerdekaan,yelah dia dilahirkan zaman penjajahan british@jepun.hidup sangat susahkan.Sampai sekarang bila tiba hari kemerdekaan teringatkan dia,kerana dialah yang paling bersemangat sekali nak pasang bendera"

Berkenaan pasang bendera,mengikut pemerhatian saya ramai yang akan pasang bendera di saat akhir atau penghujung bulan ogos maknanya saat nak sambut merdeka baru nak pasang bendera.Saya nak tanya kenapa tak pasang bendera dari awal bulan ogos tapi saya bukanlah wartawan..hehe..kalau tanya karang tak paal dapat masalah,baik duduk perhati sahaja lah.
Owh ya,kalau ikutkan bendera bukannya mahal sangat pun,bersepah bendera malaysia ada dijual.Kat seven7,supermarket,mydin,kedai runcit,kedai 2 ringgit,senang cerita bendera ini senang didapatilah.lagipun bukanlah mahal sangat pun nak beli bendera itu kan.Contohnya saya ambil dari katalog Mydin.




Tapi,dalam kita mencapai kemerdekaan dari penjajahan tanah tumpah negara sebenarnya kita masih lagi dijajah dari segi sikap dan tingkah laku.Buktinya, kita masih lagi terkepung dengan pelbagai masalah sosial seperti perzinaan, pembuangan bayi, penagihan dadah, peningkatan kadar jenayah dan sebagainya sehingga ia dilihat sedikit sebanyak mencalarkan imej negara sebagai sebuah negara merdeka yang sewajarnya juga bebas daripada permasalahan-permasalahan sosial seumpama ini. Malam merdeka adalah malam pesta muda-mudi,ada yang berlumba dan macam-macam pesta sambut merdeka yang kurang elok dipersembahkan yang menyumbang kepada berlakunya permasalahan lain seperti pencemaran akibat daripada pembuangan sampah sarap seperti pembungkus atau pembalut makanan, tin-tin dan kotak minuman di merata-rata tempat semasa sesuatu konsert sedang berlangsung,lumba haram dan sebagainya.

Mengapakah situasi sedemikian berlaku? Adakah program-program yang dianjurkan semasa sambutan hari kemerdekaan selama ini gagal membentuk perilaku yang positif dalam diri setiap anggota masyarakat terutamanya golongan muda kita pada hari ini yang seharusnya menjadi pelapis yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara pada masa hadapan?


Sama-samalah kita hayati erti kemerdekaan ye...MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!

Join Cabaran  Denaihati untuk tajuk ’' Malaysia di sini lahirnya sebuah cinta’’
Nak Sertai?
JOM sertainya di SINI




Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..