"Where hope grows, miracles blossom".

November 22, 2014

Artis cuci kereta peminat

by , in
Wow bestnya kalau dapat pergi esok kan boleh jumpa artis tuu..malangnya hb kena keje lah pulak..sesiapa yg berdekatan kat kl tower boleh lah datang yer.tapi kita tak ada..sob3...ini adalah kerjasama dgn kelab wapc.. Keith foo,izreen antara artis yang akan hadir nanti
November 13, 2014

Paparan Google Hari Ini

by , in
Mokhtar Dahari's 61 st Birthday
November 13, 2014

Adik buat Perangai

by , in
Dah sebulan lebih adik consume solid food nie..dah bagi macam-macam jenis puri.Alhamdulillah setakat ini tak ada lagi tanda-tanda adik alergik dengan makanan tersebut.buang air besar pun ok je cuma ada sekali tu macam sembelit then cuba bagi cairkan puri tersebut then ok..
Dah 7 bulan lebih dah nampak dah perangai adik..dah pandai buat buat batuk,lepastu kalau orang tak layan dia mula lah buat-buat nak nangis lepas tu kalau nangis pun mengada-ngada.dah amik dia senyum..aishhh dah kecik nie..kalau orang duduk kat kerusi mula lah memanjat nak mintak amik..ye lah kan kat depan pc nie ada stereng game papanya..dia nak main stereng lah tu...kalau dapat duduk dah lagak macam drifter dah..siap nak tarik handbrek lah nak tukar gear lah...hahaha...

Tapi perangai yang tak elok ialah bila nak bagi makan,mula-mula makan no je bila makanan yang last atau tinggal sikit tu lah dia dah tak nak..siap main dan gigit sudu lagi...nak tahu macam mana..haa tengok lah gambar dekat bawah nie..sabar je lah...kalau bagi makan terpaksa buka kan baju..kalau tak habis comot baju..anak oh anak...sabar je lah mama nie..haa..



makin buas...nie baru anak sorang kalau ada 2 3 orang adik ntah macam mana lah mamanya nanti....





November 06, 2014

Blogger Buat Duit Online

by , in
Assalamualaikum...

 Blogger buat duit online bukanlah satu isu yang baru bagi kita,malah ramai blogger yang mampu menghasilkan pendapatan yang lumayan dengan blogging sahaja.Banyak platfrom yang menyediakan pendapatan kepada blogger.Mungkin ramai yang tanya dari mana punca pendapatan seorang blogger ni? Bagi orang yang baru dalam arena blogging ni memang perkara itu lah yang pertama sekali ditanya. Tetapi bagi orang yang sudah biasa dengan blog, mereka pasti tahu.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara “ Blogger Buat Duit Online” ni antaranya ialah:

Perkara paling biasa bagi seorang blogger biasa buat ialah:,
 
1. Buat blog & jual
Ramai blogger buat yang ini,iaitu menyediakan perkhidmatan buat blog atau mencantikkan blog blogger lain. Cara ini juga mudah kerana orang akan bayar atas perkhidmatan anda berdaraskan charger yang anda minta.


2. Buat blog & sewa ruangan iklan
 Cara ini memang sering digunakan oleh blogger-blogger tegar. Mereka menyediakan ruang iklan di beberapa sudut blog mereka dan sewakannya kepada pengiklan-pengiklan yang berminat. Bagi sebuah blog yang popular, pengiklan akan cari bloggers, apa perlu bloggers buat ialah cuma tarik traffic sahaja…

3. Buat blog & monitize
Jika anda tidak tahu apa itu monitize, ia merupakan teknik dimana bloggers hanya perlu buat blog dan pasangkan code iklan dari syarikat-syarikat pengiklanan tampatan dan luar negara. Kemudian iklan-iklan akan terpapar berdasarkan bid tertinggi dari pengiklan-pengiklan. Terdapat pelbagai pengiklanan yang boleh dipilih sekarang ni namun pastikan mereka membayar anda dengan nilai yang setimpal dengan usaha anda. Yang paling diketahui ramai adalah Adsense (dari Google), Nuffnang, Innity dan banyak lagi lah.

4.Buat duit dengan 8share & churp-churp. 
Yang ini tak kira ada blog atau pun tak semua boleh join.Ini juga adalah salah satu cara menjada pendapatan yang mudah.8share dengan churp-churp ini caranya kita cuma perlu kongsi kempen iklan dan setiap unique click yang kita dapat mereka akan bayar sebanyak RM0.20.Kempen ini boleh share dekat Facebook,Twitter,Linkedin,google+,juga blog.

5.Buat duit dengan join contest,giveaway dan segmen.
Yang ini memang popular dikalangan blogger.selain boleh meningkatkan kenalan ia juga sedikit sebanyak boleh membantu mempopularkan blog kita.Tak kurang juga kebanyakan contest/giveaway/segmen yang dianjurkan menyediakan hadiah yang agak lumayan termasuklah wang tunai.


Tapi yang ini cumalah kebiasaan blogger buat.Banyak lagi sumber jana pendapatan melalui blog ini.

1.Jana Income Dengan Blog Menerusi Affiliate.

 

affiliate-system

2.Jana Income melalui penulisan di dalam blog.

 

Advertorial ditakrifkan daripada dua perkataan iaitu advertising dan editorial dimana pengiklanan dilakukan dalam bentuk penulisan untuk memberi penjelasan yang mendalam terhadap produk atau barang yang ingin diiklan.
Bagi anda yang berminat untuk menjadikan penulisan advertorial sebagai pendapatan salah satu medium yang menawarkan kemudahan ini adalah advertorial.my. Dimana advetorial.my adalah salah satu ruangan atau medium khusus terkumpulnya advertiser dan publisher.
Advertiser disini bermaksud orang atau syarikat yang ingin mengiklankan produk mereka, manakala publisher merupakan penulis blog yang bersiap sedia menerima tempahan daripada advertiser untuk membuat review berbayar mengenai produk atau servis mereka.
3.Blog sebagai lubuk duit bagi peniaga.
Ramai peniaga sekarang menggunakan blog sebagai medium pendapatan mereka. Contohnya yang mempunyai perniagaan sendiri.Ini merupakan satu bonus jika mereka mempunyai blog untuk mempromosikan perniagaan mereka.Ramai usahawan telah berjaya contohnya yang menjual produk Shaklee,bisnes printing,juga bisnes jual tudung.

Buat anda yang betul-betul berminat buat duit dengan blog apa kata anda cuba dengan
World of Hijab (WOH) iaitu program affiliate dan unilevel marketing yang menjadikan HIJAB sebagai produk utama.Anda boleh mencuba peluang jana pendapatan ini di SINI









November 04, 2014

Training Cup untuk adik

by , in

Semalam pergi pasaraya beli barang keperluan adik seperti susu,pampers,wet tissue dan bahan makan  adik untuk buat puri..barangan wajib beli setiap bulan kan..cuma dua bulan nie ada penambahan  sebab  dah  makan.


Masa umur enam bulan dah bagi minum air masak dekat gelas tapi macam susah je tengok dia minum,jadi deside beli trining cup ini..harap dia boleh biasakan diri lah nanti..beli jenama fiffy je..banyak brand tengok semalam tapi tak ada yang berkenaan dekat hari.Ada yang besar lah,panjang lah,pemegang besar lah,kalau ada yang kecik tu warna tak menarik pulak..haha..mama pulak melebih yer,padahal adik yang nak guna..last -last nampak yang ini terus amik jer..nampak comel jer..hihi....




November 04, 2014

♥ Happy 7 Month Son ♥

by , in

 


Semalam genap 7 bulan si tecik mama..makin ligat dah..dah boleh merangkak dengan lajunya kehulu kehilir.Pantang nampak tempat berpaut mesti nak berdiri..nak mencapai barang-barang jangan cakaplah,dah nak clear dah barang-barang dekat ruang tamu tu haa..paling di gemarinya ialah selongkar pampers..super aktif..tak dapat bayangkan kalau hantar dekat pengasuh,terfikir sendiri kalau mamanya agak penat menjaga dengan anak tengah membuas apatah lagi kalau hantar dekat pengasuh kan..ntah apa jadi ..




 Kalau bagi dia pegang botol susu,ini lah jadinya,buat main..habis penuh susu dekat muka.kalau tak dibuatnya botol susu tu macam stereng kereta..badan start 6 bulan hari tu dah susut sikit sebab dah aktif..owh ya nampak tak kereta dekat belakang tu..hehe..beli masa genap umur dia 6 bulan..masa bagi main tak pandai imbang badan lagi,sekarang siap boleh ke depan n ke belakang lagi kalau dia naik..

umur dah naik tapi rambut adik nie tak naik-naik lagi..huhu...memang ikut sebelah mak jenis rambut lambat naik kot...

Perkembangan adik 6-7 bulan:

1.Dah pandai sebut maa..pa.babah,abah..haha...tapi nampak masih susah lagi dia nak sebut..
2.Dah boleh duduk sendiri.
3.Dah boleh pegang botol susu
4.Nak berdiri sendiri dan kalau pegang dia mesti nak berjalan.
5.Masa umur 6 bulan 9 hari gigi bawah dah tumbuh 2 batang.

Gigi dah tumbuh memang asyik nak mengigit je lah..tahanje lah nanti..hehe..






Back to Top