Parenting & Lifestyle blogger

31 January 2015

Baru, Biru & Buru hidupku

Kontest Teroka Perspektif | Kontest Teroka Perspektif ini terbuka kepada semua, khususnya penulis-penulis blog tempatan. Syaratnya mudah, anda perlu menulis satu artikel sekreatif mungkin (menggunakan majoriti Bahasa Melayu) mengenai apa sahaja contohnya, pengalaman, barangan, aktiviti, makanan, imaginasi, dan bermacam-macam lagi berdasarkan tiga (3) petunjuk yang akan disiarkan oleh Blogr.my siarkan mulai 12 Januari sehingga 16 Januari 2015.

 Berdasarkan klu yang diberikan jadi,klu tersebut saya rungkaikan dalam bentuk pengalaman hidup saya.Antara klunya ialah Baru,Biru,dan Buru.
Kisah yang dicoretkan berdasarkan pengalaman diri sendiri sepanjang menjadi pelajar,seorang isteri dan seorang ibu.

BARU | Kehidupan yang Baru.
Setiap cerita selalu punya akhir,tetapi dalam kehidupan semua akhir hanyalah awal yang baru.Begitu juga dengan aku.Teringat tarikh keramat 14 julai 2008 yang merupakan tarikh dimana aku pergi meninggalkan rumah,kampung dan negeri yang tercinta bukan untuk selama-lamanya tetapi melangkah ke arah kejayaan.Dimana pada tarikh tersebut aku ke semenanjung tanah air untuk melanjutkan pelajaran.dan Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke lapangan terbang dan menaiki kapal terbang tanpa ditemani oleh oleh ibu bapa,saudara ataupun kenalan yang dikenali.Buat pertama kalinya juga perasaan berdebar kerana inilah pertama kalinya aku berjauhan dengan keluarga yang jauh berjuta-juta batu dan direntasi lautan china selatan.Apabila sampai di lapangan terbang Kuala Lumpur aku hanya disambut oleh petugas yang dihantar oleh Universiti tempat aku belajar yang akan membawa aku terus ke asrama yang telah pun disediakan.Bayangkan aku seorang diri di tempat yang begitu asing bagi diriku,kerana sebelum ini setiap hari ke sekolah ayah hantar dan jemput.Sekarang semuanya serba baru bagi aku.Tempat baru,suasana baru,pelajaran baru,kawan baru,makanan baru,segala-galanya baru bagi aku.Ketika itu, aku memacakkan tekad untuk berjuang menuntut ilmu yang bakal ditebus dengan usaha dan tawakal.


 BIRU | Langit tak selalunya biru 

Hadiah tak selalunya terbungkus dengan indah. Terkadang Allah membungkusnya dengan masalah, tapididalamnya ada hikmah dan barakah.InsyaAllah..Sepanjang bergelar pelajar banyak masalah yang aku hadapi.Terutama sekali kerinduan terhadap keluarga yang semakin membuak-buak.Sepanjang 3tahun di bumi semenanjung terlalu banyak yang perlu aku lalui lalui. Orang kampung kata aku bertuah, kerana berpeluang ke luar negeri. Ada yang menyangka hidupku di luar negeri ini mewah dan semuanya indah belaka. Namun hanya yang pernah melaluinya faham erti kata sebenar apabila tinggal di negeri orang.Masalah utama ialah wang.walaupun ada biasiswa yang diberikan namun ianya tetap tak mencukupi walaupun dah cukup berjimat.Kadang-kadang bila cuti semestar tidak dapat balik kampung kerana tiket kapal terbang yang amat mahal ketika itu.Kesian dekat mak ayah dekat kampung kerana telah bersusah payah mencari wang untuk perbelanjaan bulanan juga untuk belikan tiket kapal terbang sampai makan minum mereka dekat sana pun tak terjaga.Mana dengan persekolahan adik-beradik yang lain lagi.

Bukan mahu menceritakan kesusahan dan keperitan tinggal di luar negeri orang cuma ingin berkongsi bahawa bukanlah semuanya indah belaka berada di luar negeri.Bila cuti semester dan tak dapat balik ke kampung saya akan mencari kerja smbilan yang sekurang-kurang boleh menampung perbelanjaan saya sendiri.Dan ada pada satu ketika itu saya belajar sambil bekerja.Namun saya tetap bersyukur atas peluang yang diberikan.


 BURU | Kejayaan itu milik aku 

Terlalu banyak pengalaman yang berjaya di kaut di negara orang. Pengalaman yang terlalu berharga walaupun terpaksa di bayar dengan pengorbanan dan kesabaran.3 tahun ini bukanlah tahun-tahun  yang mudah. Ada tangisan dan ketawa di sebaliknya. Memori dan pengalaman ini akan aku simpan sebagai bekalan untuk mengharungi masa2 hadapan.Bila rasa emah semangat nak meneruskan kehidupan diperantauan akan aku sematkan kata-kata semangat ke lubuk hati ini sedalam-dalamnya, bahawa semua rezeki sudah pun tertulis sejak azali lagi. Dah bermacam2 pakar motivasi berkata, catatan2 pembangun semangat dicoretkan, kisah2 teladan disajikan.. Namun yang menjadi penyambung kepada rantaian hukum alam yang diakhiri dengan tawakal itu, adalah usaha, usaha yang datang dari dalam diri, yang menggerakkan semua jentera anggota dan panca indera. Hanya kita yang mampu mencorak nasib diri kita, dengan keizinan Ilahi pastinya.


 

 

29 January 2015

Hari Rabu Yang Meletihkan

Hari Rabu Yang Meletihkan | Kenapa pula??hehe sebab sepanjang hari berada kat luar.Memula tu pergi ke klinik gigi,sebabnya nak cabut gigi geraham...waaa..memang tak dapat diselamatkan lagi sebab bahagian tepi gigi pecah.Sampai klinik gigi tu dah nak jam 10 a.m dah..risau gak tak sempat nak cabut sebab kalau tengah hari n petang diorang x kan cabut.tunggu punya tunggu settle juga dalam dekat 12 p.m..lepas tu gerak ke pejabat pesuruh jaya sumpah..settle..terus gerak ke JPN senawang sebab nak urus penukaran nama kad pengenalan.sampai kat sana dah jam 12 lebih..bukan tak ada JPN seremban kan,tapi kononnya tak nak beratur panjang lah..padahal lagi dekat dengan rumah sebenarnya...haha.sampai sana tunjuk borang apa semua orang kat kuanter cakap ada salah isi..adeh..lagi 1  surat beranak yang ori kena ada.Hadoi..hampeh..orang tu kata kalau surat tak ada boleh buat cabutan surat beranak dekat JPN Seremban,dalam 1 jam boleh dapat..dah dalam fikiran nak kena pergi minta cop lagi sekali lagi kat pejabat sumpah..nasib orang tu cakap kat JPN pun ada..fikiran dah serabut dah hihi dengan gigi baru kena cabut..terasa kebas lagi..wahaha...sabar je lah..dugaan..semuanya sebab nak settle kan dalam sehari tu juga.Dan..terpaksa lah berpatah ke seremban pulak...sebelum tu singgah makan dulu kat kedai mamak..mamak pun jadi lah..ingat nak cari restoran melayu..tapi tak jumpa pula..siap makan terus isi borang yang baru pula ..ngam tengah rehat..Jam 2pm tu bertolak ke JPS seremban pulak..

Sampai JPN Seremban..naik tingkat 1..ada 2 bahagian..naik tangga je sebab tengok beratur orang nak naik lif..huu..kat sebelah kiri untuk urusan kad pengenalan dan kat sebelah kanan untuk surat beranak...memula tu pergi kat bahagian surat beranak sebab nak buat cabutan surat beranak.. bagi borang cabutan surat beranak dengan salinan kad pengenalan..bayaran RM5.tak sampai 15minit dah siap..sebab tak ramai orang..hihi..dekat situ juga ada kaunter untuk buat akuan sumpah n cop sekali..yang nie pula untuk buat penukaran nama dalam kat pengenalan..pun settle kejap juga..

Lepas tu ke bahagian kad pengenalan pula,,amik nombor tunggu kena panggil..ingatkan urusan penukaran nama nie macam tukar ic jer amik  masa dalam 2 jam atau 14hari..rupa-rupanya makan masa dalam 4 hingga 6 bulan....amik ko....

semua settle kat JPN Seremban dalam masa sejam sahaja...

Balik rumah..rehat kejap..mandi dan zzzz....penat sesangat..yang kesian adik lah sebab kena usung ke sana kemari sepanjang hari..nasib papanya ada..adik dari dalam kete masa nak balik tu dah zzzz dah..
Masa kat klinik dengan JPN tu..suara adik palik kuat menjerit..kah3....sabar je lah jadi perhatian sekejap...

Petang tu ingat nak pergi pasar malam..tapi hari rabu tak tahu kat mana ada..kalau selasa,jumaat n sabtu tu tahu lah kemana..pusing punya pusing tak juga jumpa..sampailah kat KIP MART Senawang...

Alang-alang dah kat senawang..pasar malam pun tak jumpa..pergi lah makan malan kat D'TWO SUP UTARA...dan singgah lepak sekejap kat dataran senawang..

Fuhhhh..betul-betul hari rabu yang memenatkan..
 
P/S:!st time tulis entry panjang berjea dan tak ada gambar...wink%$#



26 January 2015

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Assalamualaikum...
Sempena perayaan Tahun Baru Cina pada bulan februari nanti, Nile.com.my yang merupakan online shopping Malaysia yang menjual baju, seluar, kasut, beg, barang-barang gym, buku, barang dapur dan banyak lagi telah melancarkan Giveaway bernilai RM150 untuk 5 pemenang bertuah. 

http://www.nile.com.my/images/11079/7ew.jpg

 http://www.nile.com.my/images/1733/26023.jpg


 http://cdn.nile.com.my/images/12538/dp63990.JPG


http://www.nile.com.my/images/12238/femg.jpg 


 http://cdn.nile.com.my/images/12696/dp03613.JPG 


http://cdn.nile.com.my/images/7781/dp73063.JPG


 Jumlah harga barangan : RM42.80+RM24.20+RM40.30+RM32.80 + RM7.00 +RM2.20= RM149.30



 check result KLIK SINI Tarikh tutup 15/02/2015 , 11.59 pm.

24 January 2015

Voucher Tiket wayang GSC For Sale

Hi..hi..Voucher Tiket wayang GSC For Sale..Ada sesiapa yang berminat tak?Ada 6 keping semuanya..kita jual RM60 untuk kesemuanya..free pos..reason nak jual tak ada masa nak pergi tengok wayang lagipun nak guna untuk beli barang lain..hehe..voucher nie valid till 13 feb 2015 yer...Kalau berminat boleh PM saya DISINI




Dont mind Klik Here:





Don't Marry

Don't marry for sex, don't marry because you are of age.
don't marry because you are getting old,
don't marry because you are lonely, don't marry
because you need someone to support you
financially, don't marry because you mistakenly got pregnant.
don't marry because you don't want to
lose the person, don't marry because of family
pressures, don't marry because you like the idea of marriage and admire every wedding gown you see.
don't marry because all your friends are getting
married.
But get married because you are in love, get married cos he or she is your best friend and when that love is no more , he or she can still make u smile.....‪#‎somedayiwillgetmarried‬

19 January 2015

RED CARPET GIVEAWAY BERSAMA PAPAGLAMZ

klik banner untuk join giveaway
tamat pada 28/2/2015

14 January 2015

Keberkesanan Ephyra Skin Bar


Wanita Dan Kecantikan Sangat Sinonim.Keduanya tidak akan terpisah dan tidak boleh dipisahkan kerana kecantikan adalah aset dan lambang kewanitaan. 
Sebenarnya saya masih lagi mencari produk pembersih muka yang betul-betul bersesuaian dengan kulit muka saya.Dah banyak produk dekat pasaran yang telah saya guna dari yang murah sampailah yang mahal,namun hasilnya kurang memberansangkan,malahan ada ketika mencuba mendatangkan kesan terhadap kulit wajah saya.Sampai pada satu tahap saya jadi "fedup",kerana bukan mencantikkan tetapi makin meninggalkan cela dikulit wajah saya.

Saya inginkan kulit muka saya seperti dahulu.Dulu kulit wajah saya langsung tak ada masalah,tapi kerana terpengaruh dengan iklan atau promosi produk penjagaan wajah yang baru menyebabkan saya sering kali menukar produk penjagaan muka terutamanya pembersih muka.Nah,sekarang saya mengalami masalah kulit kering iaitu:


  • Kedut / garis garis halus
  • Bintik bintik hitam (freckles)
  • Whitehead ( Milia Seed )
  • Jeragat (pigmentasi)
  • Keseluruhan muka kering dan kusam.
Kesan jangka panjang akibat mencuba pelbagai jenis produk penjagaan wajah.Lagi-lagi sekarang tengah pregnant,tahu saja lah hormon tak tentu,jerawat mula pulak timbul,lepas tu tinggal pulak kesan parut jerawat.Lagi bertambah stress.

Masa itu juga lah mengoggle dekat tenet produk penjagaan muka yang lain.Lepas itu ternampak satu giveaway yang dianjurkan oleh kak mialiana.Terus join kerana hadiahnya ialah Sabun Ephyra@Ephyra Skin Bar..Satu produk terbaru dari Ephyra.Alhamdulillah ada rezeki terpilih diantara 50 orang yang bertuah untuk mencuba Sabun Ephyra ini secara percuma.

Pada 14/12/2014 petang,sabun Ephyra yang dimenangi secara percuma untuk dicuba pun sampai.Betapa excitednya untuk mencuba sabun Ephyra ini.Malam tu je start guna tau.Mula-mula basahkan wajah dengan air,kemudian gosokkan Ephyra Skin Bar pada telapak tangan,sapukan secara lembut pada seluruh muka.Urut selama 2-3 minit.Tapi saya urut dekat muka saya selama 5 minit memandangkan kulit muka saya bermasalah.Lepas dah selesai,bolehlah bilas dengan air dan sapukan pelembap pada kulit muka.


Rasa menggunakan Ephyra Skin Bar pertama kali:
14/12/14
Mula-mula bila gosokkan sabun dekat telapak tangan dapat hidu wangian yang menyamankan dari sabun tersebut dan bestnya tak perlu gosok terlalu lama untuk mendapatkan buihnya.
Bila sapu dan urut dekat kulit wajah..rasa stress boleh hilang sekejap sebab bau wangian sabun tu menusuk hidung,pipi pun terasa tegang saja
Lepas dah bilas,kulit wajah terus terasa licin segar dan tegang seperti baru lepas pakai masker tau..hehe

Rasa menggunakan Ephyra Skin Bar selama seminggu.
21/12/15
Selama seminggu ini saya cuma menggunakan sabun ini hanya  2 kali sehari iaitu pagi dan malam sahaja untuk memantau sama ada kulit wajah saya sesuai atau tak dengan sabun ini.
Kesan penggunaan sabun ini selama seminggu,jerawat cepat kecut dan pores dekat pipi dan hidung pun sedikit mengecil serta garisan halus serta kedutan di dahi juga semakin berkurangan.


Selepas 28hari menggunakan Ephyra Skin Bar.

Adakah Ephyra Skin Bar ini berjaya menyelesaikan masalah kulit wajah saya selama 28 hari saya menggunakannya?Berkesan ke Ephyra Skin Bar ini?Boleh ke Ephya Skin Bar membantu saya?Jeng..jeng..jeng..haha ada suprise pula yer..

 Jawapannya ialah...YES,YA,SANGAT MEMBANTU.

Kenapa saya katakan ya..meh sini nak bagitahu..Selepas seminggu mencuba sabun Ephyra saya tingkatkan penggunaan kepada 3 kali sehari iaitu pagi,tengahari dan malam.Jadi dekat situ saya nampak kesan atau perubahan dekat kulit wajah saya dengan lebih cepat.

Jawapan kepada"Bolehkah EPHYRA SKIN BAR dapat membantu anda?
1.Kulit anda mengerutu kasar dan tona tidak sekata?
-Kulit tona tidak sekata namun selepas menggunakan Ephyra Skin Bar nampak perubahannya.
2.Garis halus dan kedutan dimuka makin bertambah?
-Terdapat garis halus dekat dahi namunsemakin berkurangan kesan daripada penggunaan sabun Ephyra Skin Bar.
3.Masalah jerawat dimuka & belakang?
-Ya.Yang ini memang tak dihindari lebih-lebih lagi masa mengandung,tapi bila sapu sabun ini nampak perbahan yang ketara iaitu jerawat cepat mengecut.
4.Adakah kulit anda kusam dan tak bermaya?
-Ya.
5.Jeragat degil mencacatkan wajah anda?
-Ya.Macam-macam produk telah saya guna namun tetap sama,namun selepas menggunakan sabun ephyra dapat kesan yang positif.
6.Wajah anda kendur dan nampak tua dari usia?
-Ya,namun setelah menggunakan sabun ini secara konsisten dapat lihat wajah saya semakin tegang dan berseri.
7.Masalah resdung menghantui anda?
-Xda.
8.Kulit anda berminyak teruk?
-Muka saya kurang berminyak namun tetap ada dan mampu menghalang muka saya berminyak selepas menggunakan sabun ini.


Apa yang saya rasa selepas PENGGUNAAN EPHYRA Skin Bar selama 28hari.
1.Kulit muka lebih cerah,terasa lembut dan tegang.
2.Dapat menanggalkan kotoran,minyak dan sel kulit mati.
3.Mengurangkan parut jerawat dan jeragat di wajah saya.
4.Mengurangkan 'blackheads'di wajah saya.
5.Memberikan kesegaran wajah saya sepanjang hari.
Dan sebenarnya saya tidak hanya guna dekat wajah saya sahaja malah saya guna diseluruh badan tau,dan apa yang saya nak share dekat sini ialah EPHYRA Skin Bar memang terbaik.Kerana apa?wanita yang pregnant macam saya mesti mempunyai masalah hormon tidak stabil kan seperti timbul jerawat kat muka dan belakang,siku, lutut, celah kangkang, lipatan-lipatan tersembunyi mesti menjadi gelap kan.Kini apa yang saya alami ialah ia membantu saya mengurangkan masalah yang saya hadapi ini serta menyamarkan strechmark juga tau.



Official Facebook : https://www.facebook.com/oceanlife2u
Official Instagram : @ephyra2u
Hotline : 019 3999 238 / 03 41417889 (office hours only)



Giveaway Ephyra Skin Bar Di Mialiana.com ini dianjurkan oleh blogger Mia Liana dan ditaja sepenuhnya oleh Oceanlife Marketing Sdn Bhd. Untuk mengetahui preview dan hadiah giveaway, sila klik SINI.

** Ejen/dealer Ephyra lain dilarang membuat promosi di ruangan komen entri review peserta giveaway ini. Harap maklum.

11 January 2015

Jom Bantu Mangsa Banjir #misibantuanbanjir

flood-relief-drive
Lazada telah melancarkan 1 kempen untuk membantu mangsa banjir iaitu Flood Relief Drive [klik]. Maklumat tentang kempen tersebut adalah : 
  1. Semua barang keperluan untuk mangsa banjir dijual dengan separuh harga. Separuh harga ditanggung sepenuhnya oleh pihak Lazada. 

  2. Barang yang dibeli akan diberi kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia untuk dikumpulkan dan diderma kepada mangsa banjir. 

  3. Pembeli akan mendapat confirmation email tentang barang yang dibeli.

  4. Lazada Malaysia akan berkongsi hasil derma kepada umum setelah campaign berakhir.
Contohnya : 

Milo tin 1.5kg , harga pasaran RM 39.10, Beli dan derma di Lazada Malaysia hanya  RM19.60. Lazada bayar sebahagian dari harga milo iaitu RM19.50. 

Sila ke laman website Lazada Malaysia ini maklumat lanjut :

http://www.lazada.com.my/flood-relief-drive/



p/s : Boleh join contest di blog Sayaiday, ada hadiah cash dan shopping voucher untuk dimenangi.
--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

4. Jika siap, publish post dan tinggalkan komen url blog di ruangan komen post ni.

Hadiah?

Iday akan pilih secara random dan 3 pemenang akan dapat hadiah dibawah :

1st : RM50 Cash

2nd : Shopping Voucher Lazada (RM50)
3rd : Shopping Voucher Lazada (RM35)