Baru, Biru & Buru hidupku

Kontest Teroka Perspektif | Kontest Teroka Perspektif ini terbuka kepada semua, khususnya penulis-penulis blog tempatan. Syaratnya mudah, anda perlu menulis satu artikel sekreatif mungkin (menggunakan majoriti Bahasa Melayu) mengenai apa sahaja contohnya, pengalaman, barangan, aktiviti, makanan, imaginasi, dan bermacam-macam lagi berdasarkan tiga (3) petunjuk yang akan disiarkan oleh Blogr.my siarkan mulai 12 Januari sehingga 16 Januari 2015.

 Berdasarkan klu yang diberikan jadi,klu tersebut saya rungkaikan dalam bentuk pengalaman hidup saya.Antara klunya ialah Baru,Biru,dan Buru.
Kisah yang dicoretkan berdasarkan pengalaman diri sendiri sepanjang menjadi pelajar,seorang isteri dan seorang ibu.

BARU | Kehidupan yang Baru.
Setiap cerita selalu punya akhir,tetapi dalam kehidupan semua akhir hanyalah awal yang baru.Begitu juga dengan aku.Teringat tarikh keramat 14 julai 2008 yang merupakan tarikh dimana aku pergi meninggalkan rumah,kampung dan negeri yang tercinta bukan untuk selama-lamanya tetapi melangkah ke arah kejayaan.Dimana pada tarikh tersebut aku ke semenanjung tanah air untuk melanjutkan pelajaran.dan Buat pertama kalinya aku menjejakkan kaki ke lapangan terbang dan menaiki kapal terbang tanpa ditemani oleh oleh ibu bapa,saudara ataupun kenalan yang dikenali.Buat pertama kalinya juga perasaan berdebar kerana inilah pertama kalinya aku berjauhan dengan keluarga yang jauh berjuta-juta batu dan direntasi lautan china selatan.Apabila sampai di lapangan terbang Kuala Lumpur aku hanya disambut oleh petugas yang dihantar oleh Universiti tempat aku belajar yang akan membawa aku terus ke asrama yang telah pun disediakan.Bayangkan aku seorang diri di tempat yang begitu asing bagi diriku,kerana sebelum ini setiap hari ke sekolah ayah hantar dan jemput.Sekarang semuanya serba baru bagi aku.Tempat baru,suasana baru,pelajaran baru,kawan baru,makanan baru,segala-galanya baru bagi aku.Ketika itu, aku memacakkan tekad untuk berjuang menuntut ilmu yang bakal ditebus dengan usaha dan tawakal.


 BIRU | Langit tak selalunya biru 

Hadiah tak selalunya terbungkus dengan indah. Terkadang Allah membungkusnya dengan masalah, tapididalamnya ada hikmah dan barakah.InsyaAllah..Sepanjang bergelar pelajar banyak masalah yang aku hadapi.Terutama sekali kerinduan terhadap keluarga yang semakin membuak-buak.Sepanjang 3tahun di bumi semenanjung terlalu banyak yang perlu aku lalui lalui. Orang kampung kata aku bertuah, kerana berpeluang ke luar negeri. Ada yang menyangka hidupku di luar negeri ini mewah dan semuanya indah belaka. Namun hanya yang pernah melaluinya faham erti kata sebenar apabila tinggal di negeri orang.Masalah utama ialah wang.walaupun ada biasiswa yang diberikan namun ianya tetap tak mencukupi walaupun dah cukup berjimat.Kadang-kadang bila cuti semestar tidak dapat balik kampung kerana tiket kapal terbang yang amat mahal ketika itu.Kesian dekat mak ayah dekat kampung kerana telah bersusah payah mencari wang untuk perbelanjaan bulanan juga untuk belikan tiket kapal terbang sampai makan minum mereka dekat sana pun tak terjaga.Mana dengan persekolahan adik-beradik yang lain lagi.

Bukan mahu menceritakan kesusahan dan keperitan tinggal di luar negeri orang cuma ingin berkongsi bahawa bukanlah semuanya indah belaka berada di luar negeri.Bila cuti semester dan tak dapat balik ke kampung saya akan mencari kerja smbilan yang sekurang-kurang boleh menampung perbelanjaan saya sendiri.Dan ada pada satu ketika itu saya belajar sambil bekerja.Namun saya tetap bersyukur atas peluang yang diberikan.


 BURU | Kejayaan itu milik aku 

Terlalu banyak pengalaman yang berjaya di kaut di negara orang. Pengalaman yang terlalu berharga walaupun terpaksa di bayar dengan pengorbanan dan kesabaran.3 tahun ini bukanlah tahun-tahun  yang mudah. Ada tangisan dan ketawa di sebaliknya. Memori dan pengalaman ini akan aku simpan sebagai bekalan untuk mengharungi masa2 hadapan.Bila rasa emah semangat nak meneruskan kehidupan diperantauan akan aku sematkan kata-kata semangat ke lubuk hati ini sedalam-dalamnya, bahawa semua rezeki sudah pun tertulis sejak azali lagi. Dah bermacam2 pakar motivasi berkata, catatan2 pembangun semangat dicoretkan, kisah2 teladan disajikan.. Namun yang menjadi penyambung kepada rantaian hukum alam yang diakhiri dengan tawakal itu, adalah usaha, usaha yang datang dari dalam diri, yang menggerakkan semua jentera anggota dan panca indera. Hanya kita yang mampu mencorak nasib diri kita, dengan keizinan Ilahi pastinya.


 

 

Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..