"Where hope grows, miracles blossom".

March 31, 2015

126th Anniversary of the public opening of the Eiffiel Tower

by , in
March 30, 2015

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora

by , in

Contest Petua dan Herba Kongsibersamanora| Assalamualaikum....


http://kongsibersamanora.blogspot.com/2015/02/contest-petua-dan-herba-kongsibersamanora.html

http://mawarberduri4147.blogspot.com/2015/03/petua-dan-herba-kongsibersamanora.html

Entri kali ini saya akan kongsikan mengenai sejenis tanaman atau herba yang biasa kita lihat dihalaman rumah kita.Kalau dekat kampung,mak saya akan tanam dekat tanah sahaja dan bukan setakat pokok lidah buaya saja yang dia tanam,bermacam-macam jenis tumbuhan atau herba lain juga.Tapi dekat rumah saya,saya tanam dekat pasu je lah ,lagipun rumah taman saja kan.Kebiasaannya lidah buaya ini digunakan sebagai penyubur rambut,penyembuh luka juga sebagai merawat kulit kering kerana lidah buaya ini kaya dengan kandungan zat-zat seperti enzim,asam amino,mineral vitamin,juga polisakarida yang sangat bermanfaat untuk kesihatan.

http://mawarberduri4147.blogspot.com/2015/03/petua-dan-herba-kongsibersamanora.htmlhttp://mawarberduri4147.blogspot.com/2015/03/petua-dan-herba-kongsibersamanora.html



APAKAH LIDAH BUAYA (ALOE VERA)? Lidah Buaya (Aloe Vera), juga dikenali sebagai Cape Aloe,dari keluarga lily dan berair, dengan daun yang tebal yang kelihatan seperti pokok Kaktus. Rahsia keajaibannya terletak pada kepekatan tinggi nutrien dan bahan-bahan penting termasuk air, vitamin (A, B, C, dan E), lebih daripada 20 mineral, asid lemak, asid Salicylic (Bahan berhablur putih dengan selepas rasanya pahit; digunakan sebagai racun kulat atau dalam membuat aspirin atau pewarna atau minyak wangi), Lignin (Satu polimer yang kompleks; pembentukan utam kayu selain karbohidrat; mengikat gentian selulosa untuk mengeras dan menguatkan dinding sel tumbuhan), Saponin dan Asid Amino.

 Manfaat Lidah Buaya @Aloe Vera

Kajian menunjukkan bahawa lidah buaya berkesan merawat pelbagai penyakit.Apabila digunakan secara luaran,ia amat berkesan untuk merawat gigitan seranggan,jerawat,selaran matahari,ruam,parut,cela dan kecacatan(blemishes),kudis,eczema,penyakit kulit psoriasis dan jangkitan kulit lain.Ia juga boleh diambil secara dalaman untuk merawat tekanan darah,kerosakan tisu dalaman,paras gula dalam darah tinggi,artrisis,ulser,sembelit,kurang selera makan,gangguan pencernaan,sindrom usus,cirit-birit,hemmorhoids dan gangguan usus.Lidah buaya juga dikenali untuk membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan sistem imun.Ramai orang mendapati bahawa mengambil jus Lidah Buaya setiap hari dapat membantu mengekalkan kesihatan yang baik secara menyeluruh dan memberi rasa sihat dan bertenaga.

Penilaian klinikal, telah menunjukkan bahawa bahan aktif farmakologi tertumpu pada kedua-dua jeli dan kulit daun lidah buaya (gel and rind). Sebatian bioaktif daripada lidah buaya adalah sangat berkesan dalam rawatan pelbagai, seperti:  
a) Terbakar, 
b) Reaksi alahan,  
c) Artritis reumatoid, 
d) Demam reumatik,  
e) Ketidakhadaman asid,
f) Ulser,
g) Kencing manis, 
h) Penyakit kulit,
i) Dysentry,
j) Diarrohoea, 
k) Buasir 
l) Radang sistem penghadaman 
m) Organ dalaman yang lain, termasuk perut, usus kecil, hati, buah pinggang dan pankreas.



Jom kita lihat penggunaan lidah buaya secara umum:
  • Mendinginkan kulit yang terbakar sinar matahari, terutama bagi mereka yang kerap bekerja di bawah matahari.
  • Mengatasi masalah kulit yang disebabkan cuaca, seperti kulit kering, kemerahan, mengelupas, dan  ruam.
  • Memudarkan warna kemerahan  di tubuh.
  • Mengatasi rasa tidak selesa yang disebabkan alat cukur.
  • Mengatasi luka  ringan.
  • Meredakan kulit yang melepuh.
  • Dapat digunakan sebagai krim anti penuaan atau untuk mengatasi keriput.
  • Mengubati ruam akibat terkena getah tanaman.
  • Mengatasi rasa gatal akibat gigitan serangga.
  • Gunakan setiap hari untuk memudarkan bekas luka dan strecth mark, garis-garis putih atau merah akibat kehamilan.
  •  Memperbaiki kulit tumit pecah-pecah
 
Kandungan nutrisi dalam Lidah buaya.
Nutrisi yang ada di dalam jus lidah buaya antara lain Vitamin A, B12, C dan E. Kemudian juga mineral seperti asam folat, kolin, kalsium, magnesium, seng, kromium, selenium, sodium, besi, kalium, tembaga,  juga terdapat di dalamnya.


Petua dengan Lidah Buaya@Aloe vera

Mengatasi Kencing Manis/SembelitCara : Ambil sebatang lidah buaya dan cuci lidah buaya sampai bersih dan duri yang terdapat pada batang lidah buaya haruslah dibuang terlebih dahulu.Potong kecil-kecil dan rebus dengan tiga gelas air.Rebus dengan air yang perlahan dan bila air dah tinggal sedikit dalam anggaran segelas bolehlah tutup api.Boleh diminum ketika suam ataupun sejuk. P/S:Saya minum dengan ditambah dengan sedikit madu..lagi sedap..hehe  

Lidah Buaya Untuk Rambut Cara : Ambil daun lidah buaya dan air secukupnya. Belah lidah buaya untuk diambil lendirnya, lalu usapkan lendir atau getah tersebut pada rambut yang sebelumnya sudah terlebih dahulu dibasahi dengan air. Lakukan sampai lendir benar-benar rata dan pijat kulit kepala serta rambut. Biarkan selama kurang lebih lima belas minit. Baru kemudian bilas dengan air sampai benar-benar bersih. Dengan cara ini, rambut akan kuat, lebat dan menghitam secara semulajadi. 

Melembabkan Kulit Wajah & Kulit Kering Cara : Ambil getah lidah buaya sebanyak tiga senduk makan dan daun lidah buaya secukupnya. Daun dan getah lidah buaya dicampur. Pastikan kedua bahan tersebut benar-benar tercampur. Gunakan sebagai masker wajah atau oleskan pada kulit kering dan kusam. Biarkan kurang lebih sepuluh sampai lima belas minit, kemudian baru dibilas dengan air sejuk. 

Jerawat
Komponen indah lidah buaya mempunyai sifat membersih dan anti-septik yang bertindak dengan kuat terhadap bakteria, virus, kulat dan yis. Hasilnya, lidah buaya dianggap hebat untuk mengubati jerawat dan mengekalkan kulit berseri dan segar. Untuk dijadikan lidah buaya sebagai topeng (mask) muka lakukan seperti berikut: 
  • Tambah 1/2 sudu besar jeli lidah buaya ke dalam bekas kecil 
  • Tambah 1 sudu besar rumpai laut (serbuk kelp) ke dalam bekas.
  • Tambah 1/2 sudu besar madu (madu mentah berkesan) ke dalam bekas.
  • Campur semua bahan bersama-sama, dan biarkan campuran selama 10 minit.
  • Basuh muka dengan sabun dan air, dan keringkan dengan tuala.
  • Sekarang gunakan campuran (topeng) lidah buaya ke muka (elakkan mata).
  • Biarkan topeng selama 15 minit, dan kemudian bilas dengan air suam sahaja (tanpa sabun).
  • Gunakan topeng ini untuk 2 hingga 3 kali seminggu sebagai sebahagian daripada rancangan penjagaan kulit. Nikmatilah kecerahan kulit, dan kulit bebas jerawat.

http://mawarberduri4147.blogspot.com/2015/03/petua-dan-herba-kongsibersamanora.html


Resepi jus Lidah Buaya@Aloe vera.
Bahannya:
20 helai daun lidah buaya.
1.5 liter air
400 gram gula batu
Caranya:
1.Daun lidah buaya kupas kulitnya(Buang duri dan kulitnya yan rata sahaja)
2.Setelah dibasuh bersih keluarkan isinya menggunakan sudu makan.
3.Potong dadu dan bersihkan dengan sedikit garam halus kemudian toskan.
4.Masak air gula.Setelah mendidih masukkan isi(tanpa kulit)daun lidah buaya.Masak hingga mendidih selama 20 minit.
5.Sejukkan dan hidangkan terus untuk diminum atau boleh juga dicampur bes minuman(ikut rasa kegemaran masing-masing)
P/s:Saya suka campur sedikit madu asli dengan ais ketul..sedap minum tau..lebih-lebih lagi dengan cuaca sekarang yang agak panas..rasa sejuk jer badan.



Haa lagi senang nak buat tengok je video kat bawah nie haa..
Cara membuat jus Aloe Vera




10 Resepi Masker Aloe Vera Mudah Untuk Anda Cuba

Masker #1 : Dapatkan Wajah Glowing 
Campurkan sedikit kunyit, satu sudu teh madu, satu sudu teh susu dan beberapa titisan air mawar.Lepas campuran sebati, tambahkan gel aloe vera sehingga jadi paste. Ratakan pada muka dan leher, biar kering selama 20 minit. Bilas dengan air sejuk atau air suam.

Masker #2: Cerahkan muka 
Ramai yang nak cerahkan muka, banyak produk di pasaran yang janjikan untuk cerahkan kulit. Produk cerahkan muka sekarang banyak yang guna bahan terlarang sebab nak bagi cepat putih.Anda boleh cuba masker untuk cerahkan muka ini. Bahan sangat mudah.Campurkan sedikit aloe vera dengan jus lemon, sapukan ke atas kulit yang telah kena sunburn. Biarkan kering selama 10 minit sebelum dibilas.

Masker #3: Hilangkan Tompok di Muka 
Wanita cantik sangat pentingkan kecantikan. Kalau ada tompok hitam jeragat, parut bekas jerawat memang nampak tak cantik. Kita pun rasa tak yakin nak berhadapan dengan orang ramai.Masker Aloe Vera untuk hilangkan tompok di muka hanya guna Aloe Vera dan air mawar. Campur keduanya sehingga jadi paste. Biarkan dalam 20 minit dan bilas. Urut kawasan muka untuk kesan lebih baik.
Masker #4: Detoks Muka
Eh. Ingatkan perut dan usus aje ada detoks, muka pun ada detoks. Apa tujuan detoks muka? Detoks muka adalah untuk bersihkan muka dari kosmetik. Masker detoks muka adalah dibuat dari campuran Aloe Vera, mangga, dan pati jeruk nipis. Sapu campuran ke muka, biarkan selama 20 minit dan bilas dengan air sejuk.

Masker #5: Atasi Kulit Berminyak
Kulit berminyak boleh menyebabkan jerawat, jadi ia perlu dirawat supaya jerawat tak timbul.
Daun Aloe Vera di rebus dan dihancurkan sehingga jadi paste. Campuran itu kemudiannya dicampur dengan madu sebelum diletak pada muka.

Masker #6: Untuk Kulit Sensitif
Kulit sensitif tak boleh guna sebarang produk kecantikan. Untuk membuat masker bagi kulit ini, gel Aloe Vera dicampurkan dengan pati timun, yogurt dan essential oil. Kisar semua bahan, letak essential oil paling akhir sekali. Sapu pada muka selama 15 minit dan bilas dengan air sejuk.


Masker #7: Melembabkan Kulit Kering
Jika kulit anda termasuk kering, masker Aloe Vera berikut boleh membantu melembapkan kulit anda.
Campurkan dua sudu makan cottage cheese dengan gel aloe vera, tambahkan potongan kurma dan timun, serta sedikit jus lemon. Kisarkan hingga halus sebelum disapu pada muka selama 30 minit.
Bilas dengan air sejuk diselang-seli dengan air suam dan air sejuk. Boleh buat banyak dan di simpan dalam peti sejuk jika nak guna lagi.


Masker #8: Scrub Muka Semulajadi
Bukan sahaja masker, Aloe Vera boleh guna sebagai scrub. Potong timun secara dadu dan tambahkan ke dalam gel Aloe Vera. Kisarkan dan campurkan sedikit oatmeal.Boleh tambah mengikut citarasa, nak lembut atau kasar. Sapu dan urut muka dengan scrub ini. Biarkan dalam 10 minit sebelum bilas.


Masker #9: Menjaga Kelembapan Kulit
Makin kita berumur, minyak dalam kulit pun berkurang. Masker ini boleh kekalkan kelembapan kulit.Campurkan kacang badam yang dah dihancurkan dengan gel aloe vera. Kacau rata. Guna sebagai masker. Sapu pada muka, biarkan 15 minit sebelum dibilas.


Masker #10 : Mengatasi Kulit Kering
Masker ini sangat sesuai untuk kulit kering dan normal tetapi sedikit kering.Campurkan shea butter dan minyak zaitun serta aloe vera sehingga sebati dan sapu pada muka. Biarkan selama 15 minit dan bilas. Kulit anda akan merasa lembap tanpa guna kosmetik mahal.



3 entri kegemaran saya dari blog KongsiBersamaNora adalah :
1.Khasiat misai kucing dan pokok herba catnip
2.Khasiat buah dan daun durian belanda
3.Daun belalai gajah atau Sabah snake grass pengubat kanser

* "Bumi Malaysia kaya dengan alam semulajadi tumbuh-tumbuhan dan herba yang tersembunyi sejuta rahsia dan mampu merawat pelbagai jenis penyakit termasuk KANSER"

* Contest Petua dan Herba KongsiBersamaNora yang dianjurkan oleh KongsiBersamaNora bersama penaja InspireMagazine MazlindaShop AdamJTanOfficial ByPuji BeeVenomMalaysia AlphaLipidMalaysia ByHawaOrked BabyZoomersShoppe NadiaSecret ZieFauzi NorfaNil KhairulZamri Annisabiz



March 26, 2015

5 Petua Untuk Membantu Bayi Anda Tidur Lena

by , in
1.Memulakan rutin waktu tidur yang sama.
Pada usia kira-kira 6 minggu, mula tetapkan waktu tidur yang sama pada setiap malam. Lakukan segala yang menyenangkan seperti mandian suam - makanan - pertukaran lampin - pijama - dodoi atau penceritaan sebelum waktu tidur. Anda boleh menyanyikan lagu yang sama pada setiap malam kerana anak anda sukakan benda yang sama. Bayi anda akan mengenalnya sebagai lagu terakhir pada waktu malam. 

2. Ajar si manja anda untuk mengenalpasti waktu siang dan malam.
Pada waktu malam,tutup langsir,gunakan lampu yang malap,elakkan bunyi bising dan pastikan tiada gangguan di bilik untuk menarik perhatian bayi.Elakkan terlalu banyak perhubungan mata.Ini akan membantu bayi tidur dengan lebih mudah.

3.Pasang lampu malam pada waktu malam.
Ia mencipta suasana yang lembut dan selesa yang mententeramkan bayi.Lampu putih boleh menjadi sangat terang pada mata bayi dan menyebabkan mereka terjaga.

4. Letakkan maina lembut di sebelah bayi.
Bayi anda akan belajar untuk mencari keselesaan selain daripada tubuh anda dan denyut jantung anda.

5.Letakkan kereta sorong bayi berhampiran bayi.
Bayi tidur lebih baik didalam suasana yang terbiasa dengannya.
 





 



March 23, 2015

Contest Cuba Teka Ringtone Saya by Mama Darwiish

by , in
http://mamadarwiish.blogspot.com/2015/03/contest-cuba-teka-ringtone-saya-by-mama.html


Emm saya rasa ringtone MD adalah no 3



March 14, 2015

Hadiah Pa&Ma Dah Sampai

by , in
Entri 17/12/2014..
Baru nak publish...huhu..sedih...


Hadiah dari PaMa baru je sampai tadi...mula-mula terkejut juga lah kan ada kereta pos laju depan rumah…sempat fikir lagi barang apakah?.Dan keluar lah pergi ambil dan sain…lepas tu baru tengok alamat…dari karangkraf..teringat hari tu pernah join peraduan Pa&Ma..Hadiah tajaan dari Pigeon…Terima kasih daun keladi..
Antara yang dapat ialah:
1. Set Bantal
2. Baby Laundry Detergent
3. Baby Powder
4. Baby Shampoo
5. Liquid Cleanser
6. Baby Milky Lotion
7. Baby Wipes
8. Wet Tissue

thanks Pa&Ma n Pigeon....

March 13, 2015

Happy 11 Month Adik(Dah pandai jalan ye)

by , in
Gara-gara kemalasan menaip..maka nak wish 11 month adik pun dah lewat 10 hari..huk3..
Wah..bulan depan dah setahun..cepatnya..lagipun sekarang nie dah pandai berjalan sendiri..lagilah susah nak kawal..macam cepat pulak dah pandai berjalan..pantang tinggal kat ruang tamu kejap je dah memanjat meja komputer lah sofa lah..rumah jangan kata lah dah tak tahu nak kata apa..kejap je kemas lepas tu berselerak semula..haha..last2 biarkan je lah macam tu..kot ada tetamu nak datang...hamik ko baru nak terhegeh2 punggah segala macam mainan adik..


Belanja gambar satu..hobi dia men sorok-sorok kat bawah meja...alahai..
p/s:10 bulan 18hari dah boleh berjalan sendiri


March 12, 2015

Hadiah Giveaway Whitening Intensive Booster Skincare Dari My Beauty Herbs Dah Sampai

by , in
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, saya antara yang tersenarai dalam list  50 orang blogger yang layak untuk mencuba menggunakan produk Whitening Intensive Booster Skincare selama 30 hari dan membuat entri review.dari My Beauty Herbs ni.
 Terima kasih jugak dekat sis Mia Liana yang menganjurkan giveaway ini.



Pakej produk mengandungi :
MBH Whitening Booster Soap
MBH Whitening Booster Day Cream
MBH Whitening Booster Oxygenating Night Cream

Next step ialah mencuba dan menilai sendiri keberkesanan produk ini selama sebulan..
Back to Top