Peringatan kepada diri sendiri

Kepada ibu bapa di luar sana.
Jika ada anak yang di bawah 9 tahun, ada baiknya simpan termometer di rumah.
Jika anak sakit demam,
-monitor suhu anak sendiri.
-sediakan ubat demam jenis cecair dan suppository (ubat demam yg bg kt punggung) sentiasa.
-Jika anak demam 37.5, start bagi ubat ikut dos doktor suruh setiap 6 jam sampai demam dia baik.
Anak yg demam selalunya suhu paling tinggi waktu malam.
Jadi tuan puan jangan bersuka ria tidur tanpa monitor suhu anak sampai pagi.
Jika suhu anak lebih 38.5 bagi sahaja supp kepada dia walaupun tidak cukup waktu lagi nak bagi ubat.
Supp memang boleh diberi antara masa makan ubat jika suhu anak tinggi sangat.
Jika sudah beri supp,
-sila lap badan, dahi, ketiak anak atau boleh letak cool fever.
-Jangan pakaikan dia sweater atau baju lengan panjang masa dia demam.
Tidak membantu dia baik demam. Dia akan mengadu sejuk sebab fisiologi badan bertukar masa dia demam tapi itu tak bermakna suhu badan dia dah turun.
-Check dan monitor suhu!
Target penjagaan anak masa ini adalah supaya suhu anak tidak lebih daripada 38 kalau boleh.
Selagi suhu tidak turun sampai bawah 38, sila jangan tidur dan lakukan sesuatu sampai suhu badan anak turun.
Walaupun sudah turun, setiap 30 minit atau 1 jam sekali mesti bangun dan periksa suhu badan anak.
Apa pentingnya mesti kena jaga sampai macam ini sekali?
-Sebab suhu yang terlampau tinggi boleh menyebabkan anak untuk dapat sawan.
Masalahnya, bila sus=dah kena sawan anak tersebut berkemungkinan akan dapat epilepsi dan boleh jadi cacat seumur hidup.
Jadi, jangan ambil mudah kalau anak demam.
Pengorbanan anda berjaga semalaman untuk menjaga anak demam adalah sangat berbaloi.

-COPYPASTE-


Post a Comment

1 Comments

  1. Ok..tips yg bagus ni, Inshaa Allah baby keluar nt boleh amalkan..hehe

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..