August 2015 - Fiqa story

22 August 2015

14 Sebab Mengapa Ibu Perlu Bersalin Secara Pembedahan

8/22/2015 0
14 Sebab Mengapa Ibu Perlu Bersalin Secara Pembedahan
Kalau ditanya kepada wanita mengandung, majoriti memilih untuk bersalin secara kaedah normal. Walaupun bersalin normal perlu melalui fasa sakit kontraksi yang amat sakit tetapi bakal ibu lebih rela menanggungnya 
berbanding membiarkan perut di'potong' untuk mengeluarkan bayi.
 
Walaupun ramai yang kata ibu yang bersalin normal itu sangat hebat tetapi sebenarnya ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean itu tidak kurang hebatnya. Mungkin ibu tidak merasa sakitnya 
kontraksi berlaku, mungkin ibu juga tidak merasa sukarnya proses meneran bayi dan mungkin ibu juga tidak merasa peritnya jahitan episiotomi bahkan tidak perlu melalui kesakitan bekas jahitan episiotomi yang berisiko 
terkena jangkitan kuman atau jahitan terbuka.
 
Tetapi perlu diingat, ibu yang bersalin caesarean perlu menyerahkan dirinya untuk menerima suntikan bius paling kuat, membiarkan perutnya dibelah selapis demi selapis untuk mengeluarkan bayi,
perlu menanggung kesakitan luka jahitan pembedahan yang sangat lama untuk sembuh, perlu berpantang lebih teruk berbanding mereka yang bersalin normal 
 
Ketahuilah mereka juga kalau boleh hendak merasa pengalaman bersalin secara normal tetapi apakan daya atas beberapa sebab berikut, mereka perlu akur dengan nasihat doktor demi menyelamatkan bayi dalam kandungan.
Berikut adalah sebab mengapa seseorang bakal ibu perlu melahirkan anaknya secara pembedahan caesarean.
 
Pembedahan Elektif
 
1. Caesarean Ulangan
Sebelum ini pernah melahirkan secara pembedahan caesarean.
 
 
2. Jangkitan
Ia melibatkan jangkitan seperti herpes atau HIV yang berkemungkinan terkena kepada bayi jika bersalin normal.
 
 
3. Kedudukan bayi
Bayi berada dalam posisi songsang atau melintang.
 
 
4. Praeklampsia
Jika tahap ibu sangat teruk ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi, jadi doktor tidak akan melambatkan proses kelahiran.
 
 
5. Ibu alami trauma
Mungkin pengalaman melahirkan secara normal sebelum ini menimbulkan trauma yang teruk kepada ibu.
 
 
6. Komplikasi penyakit
Penghidap penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis atau tekanan darah tinggi memang berisiko jika bersalin secara normal.
 
 
7. Masalah plasenta previa
Posisi uri di bawah peringkat 3/4 yang berbahaya jika melahirkan secara normal.
 
 
8. Kandungan kembar
Ibu beranak kembar juga berisiko untuk melahirkan secara normal jadi doktor lebih menyarankan secara pembedahan.
 
 
9. Bayi pernah meninggal
Jika ibu pernah melalui pengalaman kehilangan bayi ketika melahirkannya maka doktor tidak akan mengambil risiko bersalin normal.
 
 
Pembedahan kecemasan
 
10. Tali pusat terbelit
Masalah ini mungkin berlaku apabila ketuban pecah. Kemungkinan tali pusat terhimpit dan menganggu bekalan oksigen kepada bayi. Ibu berisiko meninggal dunia kerana hypoxia.
 
 
11. Proses bersalin terlalu panjang
Serviks ibu mengambil masa terlalu lama untuk buka sepenuhnya. 
 
 
12. Masalah uri
Kedudukan uri di bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak dilakukkan.
 
 
13. Bayi lemas
Degupan jantung bayi semakin lemah. Ia menunjukkan bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan serta merta.
 
 
14. Bantuan kelahiran gagal
Walaupun telah menggunakan alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep tetapi
bayi masih tidak boleh dikeluarkan.
 
 
 

16 August 2015

Punca Lama Sepi

8/16/2015 4
Punca Lama Sepi
Sunyi sepi blog fiqa sejak akhir-akhir ini,nak menaip pun dah tak sempat-sempat.Macam sibuk sangat kan.Haa memang sibuk pun sibuk jaga dua orang anak..hahaha..

Bila dah dua orang anak nie rasa kelam-kabut sikit nak tidur pun kena curi-curi masa,malam kena berjaga pulak..serius memang penat kalau anak rapat-rapat..nak buat macam mana dah rezeki dapat anak kedua cepat kan..hehe..dah macam jaga anak kembar pulak rasanya.

p/s:Share sekeping gambar anak-anak..XOXO..