August 2016 - Fiqa story

27 August 2016

Fitness At Home

8/27/2016 1
Fitness At Home
Assalamualaikum..

Fitness At Home

 Tajuk di atas sesuai untuk House Wife macam i sebabnya fiqa bukannya gym person ataupun workout person in general.Tak pernah menjejakkan kaki ke gym..tapi tak semestinya nak pergi gym baru boleh bersenam kan.Dekat rumah pun boleh apa,yang penting tidak ada penyakit M......

Fiqa jenis orang yang akan makan apa-apa dan segala-galanya yang fiqa mahu.Yea..I hate me too.Dulu dan sekarang sama saja.Walaupun makanan tersebut kan adds calories to my body,especially my inner&outer thighs and mid-section.Sure, i'm not alone in this!!Sapa sama kita geng gitu...Apalagi lepas melahirkan baby kan..things arent't the same.Kecuali lah korang supermodel then you don't count.Tak aci lah kan..


Bila dah nak masuk 3 series nie...aduhh nampak sangat dah tua..wakaka.Jadinya i berazam untuk nampak selim melim lah kan.Well sebenarnya ada target to reach berat badan idaman kengkononnya.Nangis tepi bucu katil bila kemas kain baju lama2 semua dah x muat..dapat saiz badan sebelum kawin ok dah..hahaha..

I tidak ambil pil kurus ke apa,sebabnya badan ok je cuma ada part tertentu tu suka benar lemak tumpang sekaki..Iskkk i is tak suka tau....

Ehh..macam dah terbabas dari tajuk nie..haha..sebenarnya nak share dengan korang  my Top Youtube Channels for a complete at home work out.Maklumlah bila namanya FULLTIME HOUSEWIFE bila masanya pula boleh keluar kan..Jadi kita exercise di rumah je lah..


 P/S: Might not be an option for you but I’ve found this works best for me becouse i Love finding new easy exercise routines to follow.


Korang ada favourite fitness Youtube channel?Share lah dekat sini..
 Terima kasih kerana membaca!




22 August 2016

Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad Review

8/22/2016 2
Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad Review

amez care bio herbal sanitary pad



Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad Review | Baru-baru ni fiqa telah dapat satu  feminine produk iaitu sanitary pad untuk fiqa cuba.Ok,sebenarnya ini adalah pertama kali fiqa mengetahui jenama Amez Care Bio Herbal Sanitary Pad.Setakat ini pantyliner fiqa telah cuba.Ukuran pantyliner Amez Care ini panjang dan lebar dan nipis tetapi penyerapannya sangat baik jadi bila pakai rasa selesa sangat.

Amez Care Sanitary Pad didatangkan dengan 3 pack iaitu:-



1.Amez Care Day Use Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad.

amez care bio herbal sanitary pad
 amez care bio herbal sanitary pad

 2. Amez Care Night Use Bio Herbal Sanitary Functional Napkins Pad.


 amez care bio herbal sanitary pad
 amez care bio herbal sanitary pad

3. Amez Care Pantyliner Bio Herbal Sanitary Functional Daily Pantyliner.

 amez care bio herbal sanitary pad

amez care bio herbal sanitary pad






Terdapat  jeli khas  yang membolehkan Amez Care mempunyai tahap yang lebih kukuh untuk  penyerapan.Selain itu juga terdapat ramuan herba yang direka untuk melindungi badan dan mengoptimumkan kesihatan si pemakai.


amez care bio herbal sanitary pad
amez care bio herbal sanitary pad


 amez care bio herbal sanitary pad





Ramuan herba dalam Amez Care:

amez care bio herbal sanitary pad


1.Aloe Vera
Aloe Vera adalah satu produk herba yang sangat kuat yang mempunyai keupayaan untuk memberi kesan positif kesihatan itu perempuan. Bukan sahaja ia mengandungi lebih 75 nutrien yang unik, tetapi, ia juga mengandungi dua hormon - auksin dan Gibberellins. Aloe Vera mengandungi tahap yang tinggi ciri-ciri antiseptik dan mempunyai keupayaan untuk membersihkan dengan cara yang semulajadi dan menyeluruh. Ia adalah sangat memberi manfaat kepada kulit - walaupun membran telap kawasan faraj. Ia membantu untuk menghidratkan kulit, menyembuhkan luka dan mengurangkan mana-mana tahap keradangan. Ia juga menggalakkan pertumbuhan sel-sel baru. Akhirnya, bahan herba ini telah didapati sangat berkesan dalam mengurangkan kegatalan dan kerengsaan kulit yang menyebabkan kegatalan.

2.Peppermint

Peppermint merupakan produk herba yang berkesan bertindak sebagai agen antiseptik dan anti-bakteria. Apabila ia bersentuhan dengan kulit, ia melegakan gatal-gatal, kerengsaan, sakit, dan jangkitan. Peppermint telah digunakan selama ini sebagai agen pembersihan yang berkesan. Wanita yang mengalami kekejangan, sakit kepala, perasaan tidak menentu dengan kitaran haid mereka boleh mendapat manfaat besar daripada pendedahan kepada pudina. Selain mengoptimumkan kesihatan kawasan faraj dan menghapuskan gejala-gejala yang perempuan pengalaman dengan tempoh mereka, herba ini telah didapati berkesan dalam menghalang pembangunan herpes simplex virus jenis 1 yang sangat tahan kepada ubat-ubatan. Sama ada ia hanya bersentuhan dengan kulit atau aroma memasuki ke dalam hidung, pudina pasti untuk menawarkan pelbagai manfaat kesihatan kepada semua wanita!



3.Tea Plant 

Ekstrak tumbuhan teh menghalang pembangunan darah beku - yang adalah punca utama kedua-dua serangan jantung dan strok. Ia merendahkan tahap gula dalam darah, sterilizes pelbagai jenis bakteria, dan menghalang pembentukan kolesterol berbahaya. Wanita yang mempunyai penyakit kencing manis, darah-gangguan pembekuan, pembekuan menyakitkan semasa tempoh, dan juga kolesterol yang tinggi pasti akan mendapat manfaat daripada pendedahan kepada Plant Teh ekstrak!


4.ChamomileChamomile  adalah satu lagi bahan herba yang anda akan dapati di Amez Care Bio Herbal fungsi Sanitary Pad tuala. Bukan sahaja bahan semulajadi ini melawan jangkitan, bakteria, dan bahan-bahan yang memudaratkan lain, tetapi, ia juga bertindak sebagaibmood fluctuations. Wanita sering mengalami pelbagai perubahan mood semasa tempoh mereka. Ini akan membantu menaikkan semangat dan menghilangkan kemurungan . Minyak ini telah disifatkan sebagai rawatan yang sesuai untuk meningkatkan peredaran darah, mengurangkan keradangan, dan menghapuskan tekanan darah tinggi.



5.LavenderLavender merupakan herba yang digunakan dalam Amez Care Bio Herbal fungsi Sanitary Pad tuala. Ini membantu dalam melegakan kesakitan, mengurangkan ketegangan berdasarkan saraf-, badan santai, dan merawat komplikasi pernafasan. Wanita yang tertakluk kepada ramuan herba ini semasa kitaran haid mereka akan mendapati bahawa mereka lebih tenang, mengalami kurang serangan dengan kekejangan, tidak saraf, dan tidak mengalami tahap kebimbangan. Tambahan pula, disebabkan oleh peningkatan tahap bersantai, wanita akan mendapati bahawa dia mampu untuk menikmati lebih dalam, tidur yang lebih tenang.



Seperti yang anda boleh lihat, Amez Care Bio Herbal fungsi Sanitary Pad bukan sahaja  melakukan lebih daripada hanya menyerap semasa kitaran haid anda atau pada hari-hari di mana anda memerlukan perlindungan tambahan sedikit untuk sentiasa berasa selesa, ia  juga selamat untuk badan anda dan bahan-bahan herba dalam produk ini  menawarkan manfaat kesihatan. Di samping itu,  Amez Care Bio Herbal  Sanitary Pad tuala direka untuk secara semula jadi memastikan keserasian dengan ph semula jadi anda. 



 Berminat?Nak cuba?Boleh beli Amez Care ni di Aeon Wellness, Midvalley ataupun melalui  online store mereka iaitu www.amezcare.com


Untuk mendapatkan keterangan lebih lanjut tentang Amez Care,
  boleh lawati website/facebook/instagram Amez Care seperti dibawah ni :-
Website
Facebook
Instagram




 

21 August 2016

Menang Hadiah Peraduan Nestlé Dapur Idaman untuk Ibu!

8/21/2016 2
Menang Hadiah Peraduan Nestlé Dapur Idaman untuk Ibu!
 


Sebenarnya dah lama join peraduan ini sampaikan dah terlupa pun ada join..haha..Peraduan  Nestlé Dapur Idaman untuk Ibu! ini dianjurkan oleh Nestlé Start Well Stay Well dari 1/4/2016 hingga 31/5/2016.

Penyertaan yang amat senang iaitu hanya perlu beli produk-produk yang ambil bahagian sebanyak RM30 ke atas,Jawab 4 soalan mudah,isi borang dan hantar.Lepas tu tengoklah kalau ada rezeki menang kan.Memandangkan anak-anak fiqa memang minum Lactokid jadi fiqa pun joinlah..bukan beli sekadar RM30 tapi RM370 untuk sebulan.Amek kau..itu kena time promosi,xde promosi faham-faham je lah...haha nangis papa nak membayar.


Lepas tu hari khamis lepas datanglah lori nationwide express..bapak besar gedabak..haha siap hon-hon depan rumah..dalam hati aik..saya tak ada order apa-apa barang pun..dengan hati yang penuh pertanyaan keluar lah juga..memang sah nama fiqa..luar kotak tertulis Pengisar Tangan Philips.Masih lagi menjadi tandatanya.Dekat alamat pun hanya tertulis alamat ofis sahaja.Bila buka kotak disertakan sekali surat.Barulah tahu yang fiqa salah seorang pemenang hadiah saguhati.

Lepastu baru cek dekat facebook Nestlé Start Well Stay Well,memang betul ada nama fiqa terselit..
Keesokan harinya pula,Lori yang sama orang yang sama datang lagi,sama seperti hari kemarin tertanya-tanya lagi,tapi kali ini suami yang amik kan.kali ini Pengisar Panasonic pula.buka dan baca surat yang disertakan fiqa terpilih sebagai salah seorang penerima hadiah mingguan.




Masa cek facebook Nestlé Start Well Stay Well hanya cek pemenang hadiah sagu hati jer..tak cek pun bahagian pemenang hadiah mingguan.Tapi kelakarnya 2 hari berturut2 lori yang besar gedabak tu datang depan rumah dengan orang yang sama pula.Alhamdulillah terselit juga nama fiqa dalam peraduan  Nestlé Dapur Idaman untuk Ibu!Dah tak perlu beli blender baru yang dah memang tunggu masa nak bersara.Dan pengisar tangan tu pun dah rasmi buat jus timun dan carrot!!..


"Semua Rezeki Datangnya dari Allah SWT"




InvolveAsia Affiliate Workshop

8/21/2016 1
InvolveAsia Affiliate Workshop
InvolveAsia Affiliate Workshop

Jumaat lepas 19 August 2016 (6pm) bertempat di  Lorem Ipsum KL,fiqa ada join Involve Affiliate Workshop.Ini adalah pertama kali fiqa join aktiviti yang melibatkan blogger.Satu pengalaman baru juga dapat berjumpa dengan rakan blogger yang lain.Terima kasih kepada Involve Asia kerana sudi jemput fiqa join event mereka.Nasib jumpa lokasi event..hehe maklumlah fiqa dari seremban.Next event jemput fiqa lagi tau..hehe:)

Antara yang hadir di InvolveAsia Affiliate Workshop
 

Juga, Nescafe  salah satu daripada partner InvolveAsia turut sama menyertai bengkel ini dengan melakukan demo produk  mereka iaitu Nescafe Gold Blend Barista Machine yang akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.Eh,betul ke Jenama Smartphone Ini Dikatakan Jadi Ancaman Besar Buat Apple Tak Lama Lagi???

 

Wakil dari Nescafe melakukan penerangan serta demo produk mereka.Selepas itu masa break time apalagi ambil kesempatanlah ambil gambar kan..Bukan selalu dapat join,lagipun ini adalah pertama kali fiqa join yang melibatkan blogger.Amik kesempatan kenal-kenal blogger yang dikenali di dunia maya gitu..





Turut sama menjayakan  InvolveAsia Affiliate Workshop ini perkongsian ilmu dari Shopcoupons juga dari CatchThatBus.




Secara keseluruhannya, bengkel Affiliate InvolveAsia telah  berkongsi dengan semua tentang pemahaman yang lebih baik mengenai apa yang Pemasaran Affiliate, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana  boleh menggunakannya  untuk mendapat komisen.



Kami yang hadir di Involve Affiliate Workshop telah diberi Nescafe Gold Blend Barista untuk mencuba sendiri produk ini.Bukan sekadar mencuba tapi akan review pengalaman masing-masing sepanjang menggunakannya.Jadi nantikan review fiqa tidak lama lagi yer..



15 August 2016

Minyak Wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics

8/15/2016 3
Minyak Wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics




Assalamualaikum semua...

Semestinya setiap orang mempunyai pewangi/perfume kegemaran, tetapi adakah pewangi tersebut kerana keserasian dengan anda, kerana baunya yang memikat atau sekadar anda hanya suka-suka menggemarinya?
Yang mana satu korang??hehe.Siap ada koleksi gitu.Kita geng..hehe.Tapi dalam ada koleksi gitu,percaya tak jarang sekali fiqa guna beli dan simpan....hehe amat sukar untuk fiqa memilih minyak wangi yang betul betul berkenan.Dan bila berkenaan dengan bauannya Tapi..hmmmm harga pulak..adehhh... Kemain harga dia mahal. Ha... time tu lah, mula berkira-kira harga minyak wangi nie blah3..boleh beli pampers susu anak untuk sebulan nie.haha kena fikir banyak kali. Dan akhirnya letak semula. Siapa yang tak nak  rasa fresh, bau wangi-wangi, segar dan paling penting selesa dengan bau badan sendiri dan tak malu nak jumpa kawan-kawan kan. 

Sebenarnya, kegemaran bukan semata-mata yang membuatkan sesuatu perfume itu membangkitkan personaliti anda. Perfume yang berpotensi seharusnya yang mampu menyerlahkan personaliti, keghairahan dan ciri-ciri diri anda. Ianya juga boleh dikira wangian yang mampu menenangkan dan membangkitkan semangat si pemakai.

Mari fiqa perkenalkan dengan satu jenama produk perfume tempatan yang dijamin 100% berbaloi dan best untuk dicuba. Ada beberapa sebab yang menjadikan fiqa bakal pengguna setia Sweetheart  Parfume ni. 
Haa..mula-mula fiqa kurang percaya dengan Sweetheart parfume nie tau..sebab takut jadi macam sebelum nie..memula jer suka bau wangian lepas tu macam rasa dah tak best pula.Tapi tak sangka bila dah dapat dan cuba memang fiqa terus tersuka tanpa sengaja!!Memang jatuh hati terus.Macam jatuh cinta pandang pertama gitu..ahakss..


SEBAB KENAPA SWEETHEART PARFUME MENJADI PILIHAN FIQA.
Sweetheart - Mekar Mewangi Di Sanubari
Bau yang Lembut & Sweet 
Mampu Tahan 8 hingga 12 Jam.
Setanding Haruman Jenama Antarabangsa.

Kekal harum meski usai wudhuk,pilihan sesuai untuk solat.
Harga Mampu Milik Oleh Semua.
Botol 30ml Yang Mudah Dibawa.
Haruman Yang Membangkitkan semangat Memberikan Ketenangan Dan Kenyamanan.
Hanya RM49.90 /Semenanjung RM59.90 /Sabah&;Sarawak sebotol 30 ml



KELEBIHAN UTAMA SWEETHEART PARFUME
 
Haruman Sweetheart merupakan juzuk wangian yang dirumus khas dengan inti pati nota segar yang memukau. Adunan ekstrak yang menyerlahkan sisi feminin seperti vanila nyata mampu menampilkan sisi berani dalam ritma tenang si pemakainya.Bagi memberi nilai tambah selayaknya seorang wanita, ekstrak sitrus yang terdiri daripada intipati limau mandarin dan buah plum turut diadun bersama.Di samping menitipkan elemen segar dan cergas dalam diri sang gadis, gabungan sitrus juga berupaya membangkitkan energi dan kemanisan pada perwatakan ceria bertenaga si pemakai.Melengkapkan juzuk wangian terjemahan Sweetheart, kandungan ekstrak ros segar juga ditambah dan diadun sebati menyerlahkan sisi santun dan penyayang pemakainya.

Ekstrak
Ekstrak tumbuhan yang diadun untuk membentuk haruman Sweetheart didatangkan khas dari negara simbolik haruman terkenal dunia, Perancis. Jenis minyak wangi eau de parfum itu juga mampu bertahan lebih lapan jam dan masih kekal harum biarpun selepas solat.




BAU TAHAN LAMA & SEMERBAK!
Seriously memang sedap dan tahan lama bau Minyak Wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics ni.Spray sikit saja dekat nadi bahagian badan dan bau dia kekal even uolls basuh badan or tangan.

Sebenarnya sebelum fiqa menaip,fiqa telah menjalankan ujikaji terhadap  Minyak Wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics nie tau.

1.Pertama sekali fiqa sembur 3 kali dekat tudung fiqa dan gantung di ruang tengah rumah,menakjubkan 1 rumah berbau wangi tau.percaya atau tidak.*Update dah 4 hari masih berbau segar wangian tersebut dekat tudung*

2.Sembur dekat tapak tangan,yang bestnya bau wangian masih bertahan walaupun selepas cuci tangan berkali-kali.Haha,yang nie tak boleh blahh..asyik-asyik nak hidu bau tapak tangan jer..wangi sangat2..(Rasanya macam cium baby yang wangiannya tak boleh digambarkan..rasa tak puas hidu sekali..)*Ok..memandangkan fiqa dah ada 2 orang baby besar,jadi Minyak Wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics nie boleh jadi baby kecik fiqa lah..haha*ok tak lawak...Bagi fiqa bau wangian minyak wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics ini bersifat aromaterapi dan boleh merawat stress fiqa..

3.Jika sebelum nie kalau pergi taman permainan mesti berpeluh banyak dan bau kurang enak ye lah kan sibuk mengejar anak-anak berlari sini sana,sekarang relaks je lepas ke taman permainan masuk shopping kompleks..sebab bauan minyak wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics berjaya menengelamkan bauan peluh badan..hehe.Tak rugi lah kalau beli even botol dia kecik.

Ada juga yang cakap,ala botol kecik je,dah sembur-sembur,cepatlah habis.Yang nak sembur banyak sangat tu sapa suruh kan..hehe.Sembur pada-pada lah,dah memang wangi,betul nie serius tak tipu.Perfume nie botol dia sederhana kecik,comel,kiut, dan paling penting boleh bawa pegi mana-mana.tak payah risau tak muat beg.beg fiqa yang kecik molek tu pun boleh muat tau..siap ada 2 botol susu,baby wipes,pampers dan segala-galanya dala tu..hee..biasalah beg mak-mak lah katakan.

Haa, apa tunggu lagi! bagi yang nak cuba bolehlah grab perfume Minyak Wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics sekarang. Harga sangat berpatutan, tapi kualiti bau wangian setanding dengan bau perfume antarabangsa ! Dari korang beli perfume mahal beratus-beratus tapi botol kecil je, better uolls beli Minyak Wangi Sweetheart oleh DD Cosmetics yang sangat long lasting ni. Murah tak cecah ratus dan isipadu pon 30ml tahan lebih dari sebulan.

Owh ya,tidak lupa juga,DD Cosmetics tidak hanya menjual minyak wangi hanya untuk wanita sahaja.Terdapat juga minyak wangi untuk lelaki di luar sana.Sedikit info untuk minyak wangi BRAVEHEART.


BRAVEHEART – BERANI HADAPI KEMUNGKINAN

 Minyak wangi lelaki ini disesuaikan dengan penampilan lelaki.Sesuai dipakai pada majlis tertentu ataupun aktiviti luar yang memberikan kesan haruman sepanjang hari kepada si pemakai.Jangan tidak percaya haruman minyak wangi iini akan membangkitkan dan meningkatkan aura kelakian anda untuk lebih berani tampil dikhalayak ramai yang dipadankan dengan karakter si pemaiak.Haruman ini menggunakan ekstrak anggur,musk dan casmerewood yang memberikan percikan maskulin,ikonik,seksi dan dinamik.Sama seperti Sweetheart,Braveheart juga setanding dengan jenama antarabangsa,kekal harum meski usai wudhuk,pilihan sesuai untuk solat.


Berminat untuk memiliki koleksi Minyak Wangi Sweetheart & Braveheart??Jom terjah page dibawah yer..Jangan lupa untuk LIKE,FOLLOW Page DD Cosmetic untuk mendapatkan informasi terbaru dan sebagai menyokong produk anak tempatan!!..

Page: https://www.facebook.com/ddcosmeticsofficial

 

Instagram: https://www.instagram.com/DDCosmeticsOfficial/


 

Website: http://www.ddcosmetics.com.my

 









14 August 2016

Menang Anakku Car Seat Contest Affiliate Lazada Malaysia

8/14/2016 3
Menang Anakku Car Seat Contest Affiliate Lazada Malaysia

Alhamdulillah. Rezeki yang tidak diduga.Masa bulan puasa hari tu ada beberapa contest untuk blogger yang berdaftar sebagai affiliate Lazada Malaysia telah dijalan kan dan salah satunya LAZADA x Anakku Contest.

Fiqa join contest ini sebabnya sesuai untuk bloger mak-mak lah katakan.Dan tak sangka boleh terpilih sebagai salah seorang dari pemenang.

Entri SINI


Hadiah telah selamat sampai...Terima kasih Lazada Malaysia.





Kalau ada yang berminat nak beli bolehlah terus klik pada gambar dibawah yer..






http://www.lazada.com.my/anakku-infant-car-seat-red-10487540.html?offer_id=2583&affiliate_id=9749&offer_name=MY+Banner+Generator&affiliate_name=Mawarberduri&transaction_id=10266df60c61e0e1722295e4eef98c

Anakku Infant Car Seat ( Red )





Lazada Affiliate Program
Jika anda seorang pengiat media sosial atau blogger dan mencari sumber pendapatan sampingan bolehlah berdaftar sebagai ahli  affiliate Lazada Malaysia.Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Encil Fazirul Tan.


Fazirul Tan
Lazada Malaysia | Affiliate Marketing Analyst
Emai: fazirul.roshiditan@lazada.com.my
skype: FazirulTanLZ
mobile: +6017 710 0442 

Cari kerja kosong melalui neuvoo.com

8/14/2016 1
Cari kerja kosong melalui neuvoo.com



 Apa itu Neuvoo.com?

Untuk maklumat anda, Neuvoo Malaysia  adalah kerja enjin carian percuma yang indeks pekerjaan secara langsung daripada syarikat-syarikat 'laman web kerjaya, agensi-agensi penempatan dan papan pekerjaan, secara percuma. Neuvoo.com memusatkan semua pekerjaan yang ada di web untuk membantu orang mencari peluang kerjaya baru, sama seperti Google pekerjaan.


 Kelebihan Neuvoo.com?

Di Neuvoo.com menawarkan lebih daripada 60, 000 pekerjaan di Malaysia dan senarai pekerjaan sentiasa dikemaskinikan. Anda juga boleh mencari menggunakan satu lagi wilayah, bandar, negeri, industri, dan lain-lain, dan mencari semua pekerjaan yang diperlukan, seperti yang kita hadir di lebih daripada 64 buah negara termasuk Amerika Syarikat, UK, Australia, Singapura, Korea, Indonesia, India, Hong Kong, Vietnam dan Taiwan.

 kelebihan tambahan Neuvoo.com termasuk:

                
Sokongan pelbagai bahasa;
                
pilihan carian yang selesa dan mudah;
                
Percuma dan mesra pengguna;
                
Sesuai untuk pelajar, graduan, golongan profesional dan pencari kerja.
Neuvoo.com juga  telah bekerjasama dengan banyak organisasi di seluruh dunia untuk membantu orang mencari kerjaya dengan mudah dan secara percuma. Berikut adalah sebahagian daripada mereka:

                London Sekolah Perniagaan dan Pengurusan
                Universiti Columbia
                Universiti Pennsylvania
                Universiti Michigan Utara
                Université de Genève
                Universität Zürich


 Jadi tunggu apa lagi? Jom sama-sama mencari peluang pekerjaan di Neuvoo.com!

Pencarian pekerjaan anda bermula di sini: Uni Emirat Arab | Argentina | Austria | Australia | Belgium | Bahrain | Brazil | Kanada | Switzerland | Chile | Colombia | Republik Czech | Jerman | Mesir | Sepanyol | Perancis | UK | Greece | Hong Kong | Hungary |Indonesia | Ireland | India | Itali | Jepun | Kuwait | Kazakhstan | Luxembourg | Maghribi | Mexico | Malaysia | Nigeria | Netherlands | Norway | New Zealand | Oman | Peru | Poland | Portugal | Qatar | Romania | Rusia |Arab Saudi | Sweden | Singapura | Turki | Taiwan | Ukraine | US | Venezuela | Vietnam | Afrika Selatan

07 August 2016

Senarai Milk Booster Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu

8/07/2016 3
Senarai Milk Booster Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu
Senarai Milk Booster Semulajadi Untuk Banyakkan Susu Ibu

Bila sebut pasal milk booster sudah pasti ianya popular di kalangan ibu menyusu. Ramai yang tahu apa itu milk booster iaitu “penggalak susu“.Ramai ibu yang mengimpikan susu badan yang banyak dan dengan sebab itu ada yang menjadikan milk booster sebagai alternatif untuk mencapai hasrat yang diingini.
Namun AWAS! Jangan salahgunakan milk booster. Dan jangan set dalam kepala yang milk booster adalah benda wajib yang mesti ibu menyusu ada. Kerana ia bukanlah sesuatu yang wajib pun untuk banyakkan susu.
Tetapi dalam masa yang sama, kita kena juga berlapang dada dengan orang yang menggunakan milk booster. Kerana kita tidak tahu masalah masing-masing dan ia mungkin cara semulajadi atau terapi yang bertepatan dengan keadaan diri mereka.
Macam harini nak cerita tentang milk booster semulajadi yang boleh didapati di sekeliling kita. Maknanya makanan semulajadi..
Kerana setiap orang tidak sama milk boosternya. Tapi apa yang selalu kita perasan adalah milk booster ini sifatnya selalu yang jenis tinggi kandungan fiber.
Kalau tak caya cuba tengok milk booster semulajadi yang disenaraikan nanti..
Penting Sangat Ke Milk Booster Ni?
Penting ke milk booster ni? Tidak salah mengambil makanan penggalak susu jika anda sudah faham tentang konsep sebenar dalam penyusuan. Konsepnya mudah sahaja, ada permintaan, ada bekalan.. Demand & supply.
Kena rangsang payudara dengan galakkan bayi menghisap sekurangnya 2 atau 3 jam sekali. Jika semua amalan-amalan itu dah dibuat maka pengambilan milk booster bukan lagi satu kesalahan. Ia terpulang pada ibu sendiri mana yang terbaik untuk dirinya.
Ada ibu yang tidak perlukan sebarang milk booster atau penggalak susu pun. Ini kerana ibu-ibu ini berdisiplin dalam aktiviti pam dan direct feeding tanpa sebarang masalah. Namun kita perlu ingat, ada banyak juga faktor luaran yang memainkan peranan dalam penghasilan susu badan yang lancar. Dan ada sesetengah ibu memang memerlukan milk booster untuk kembalikan susu ke tahap yang sepatutnya.
Ilmu Menyusu Kena Belajar
Menyusukan bayi perlu belajar jika tidak tahu, perlu berlatih jika tidak biasa. Sebab ianya bukan ilmu semulajadi yang kita dapat, tahu-tahu jika sudah bergelar ibu sudah faham konsep demand & supply. Entah-entah ada yang tidak pernah dengar pun kan. Oleh itu, para ibu perlu mencari ilmu penyusuan..
Jika diikutkan petua orang tua-tua dahulu, pelbagai cara boleh dibuat untuk menambahkan susu badan. Ini khas untuk ibu menyusu ye. Bila susu badan mula merudum, siapa yang tidak risau kan? Hanya ibu-ibu yang mengalaminya sahaja akan memahami.
Ok kita selidiki apa yang orang-orang tua dulu amalkan. Kita tengok makanan semulajadi manakah yang dikenali sebagai milk booster..
Kacang Tanah
Kacang tanah ini kaya dengan protein dan lebih lagi dari daging dan telur. Kebiasaannya dimakan bersama dengan susu kambing untuk menambahkan susu badan. Ada juga bayi yang alah pada kekacang, jadi ibu-ibu kena berhati-hati memilih ye.
Halba/Fenugreek
Halba ini kalau perasan yang selalu ada dalam nasi dagang tu. Nasi dagang makanan orang timur. Atau biasa boleh didapati dari kedai mamak atau pasaraya-pasaraya. Ianya dikatakan boleh menambahkan susu badan juga.
Halba banyakkan susu
Caranya hanya cuci halba tersebut, rendamnya dalam segelas air panas dan airnya bolehlah diminum. Halba ini biasanya memberikan bau yang agak kuat, kemungkinan juga boleh berikan bau badan yang agak kuat pada pengamalnya. Tapi terpulang juga pada ibu, ada yang serasi boleh teruskan.
Lobak Putih
Biasanya dalam pantang selalu kita dihidangkan dengan sup lobak putih kan. Resepi ini adalah dari orang tua yang katanya boleh menambahkan susu badan.
Jantung Pisang
Satu lagi resepi tradisional. Boleh dibuat kerabu atau dibuat masak lemak, ianya juga dikatakan memberikan kesan kepada pertambahan susu badan ibu. Sedap dimakan, susu juga bertambah.
Pucuk Betik Muda
Rebuskan daun pucuk betik muda, dan airnya diminum. Ia dikatakan boleh melancarkan dan menambahkan susu badan ibu. Boleh diminum 2,3 kali sehari.
Kurma
Kurma memang dikenali juga sebagai salah satu “milk booster” yang hebat. Ini kerana ia mengandungi unsur kalsium dan zat besi yang tinggi. Macam-macam resepi boleh dibuat, makan begitu sahaja paling mudah.
Jika mahu buat jus pun boleh. Campurkan 5 bijik kurma yang dibuang bijinya, blend bersama-sama dengan susu segar. Sangat best!
Habbatussauda/Jintan Hitam
Dikatakan juga sebagai penggalak susu. Ianya boleh direbus dan diminum airnya. Amalan ini boleh dilakukan seminggu 2,3 kali untuk mendapatkan hasil yang anda inginkan.
Alfalfa
Alfalfa dikenali sebagai raja tumbuhan dan dikenali ramai sebagai salah satu penggalak susu yang popular. Ianya mengandungi kandungan fiber yang tinggi dan juga fungsi lain seperti agen pelawasan bagi ibu-ibu dan juga berupaya membuang angin dari badan.
Ada cara lain yang agak popular di kalangan ibu sekarang iaitu dengan pengambilan vitamin-vitamin dan juga suplemen untuk membantu penghasilan susu yang lebih baik sebab ia senang dimakan dan dikunyah tanpa penyediaan yang rumit.. Ada juga di pasaran set-set menyusu yang pelbagai pilihan.
Walau apapun pilihan ibu-ibu, pergantungan pada milk booster tidak menjanjikan susu yang banyak jika ibu itu sendiri tidak memahami konsep sebenar dalam penyusuan..

P/S:Kalau ada masa fiqa akan senaraikan jenis-jenus milk booster yang ada di pasaran..ianya hanyalah sebagai rujukan untuk diri sendiri dan semua di masa akan datang. 


SUMBER:http://www.permatacintaku.com




04 August 2016

Review - Umma Lacto Milk Booster Bagus Ke?

8/04/2016 2
Review - Umma Lacto Milk Booster Bagus Ke?
 Umma Lacto Milk Booster




Sebenarnya di pasaran ada pelbagai jenama-jenama milk booster. Tapi jenama Umma Lacto ini adalah antara pilihan terbaik yang perlu anda cuba jika anda suka milk booster jenis minuman. Sangat rekemen.



Berdasarkan pemerhatian. Lebih 95% ibu menyusu yang mengalami masalah breastfeeding yang menggunakan Umma Lacto memberi feedback yang sangat memuaskan. Selebihnya 5% mungkin tidak serasi dengan mereka. Saya telus dalam memberi review sebab tidak semua produk adalah sempurna sebab badan manusia adalah tidak sama.



Kenapa Umma Lacto Menjadi Pilihan Ibu Menyusu?



Selain kelebihan yang saya akan tulis dibawah. Faktor utama adalah kerana rasanya sangat sedap. Ini memang saya puji. Bagi yang tidak suka minum susu pun boleh terima rasanya.



Ada pengguna berbangsa Cina yang mengamalkan Umma Lacto Milk Booster ini dengan minum dua kali sehari dimana sepatutnya sehari sekali sahaja. Alasannya sebab rasanya sangat sedap bagi beliau. Beliau sanggup beli 6 kotak untuk simpanan sebulan.



Pengguna Umma Lacto ini bukan sahaja Melayu malah bangsa Cina dan India juga ramai yang menggunakannya kerana sedap dan dapat memperbanyakkan susu badan.



Kelebihan Umma Lacto:





  • Membantu pengeluaran susu ibu dan memperbanyakkan susu ibu
  • Memberi ibu rasa kenyang berpanjangan
  • Membekalkan tenaga untuk ibu sepanjang hari
  • Membantu membekalkan zat besi dan mineral secukupnya kepada ibu dan bayi
  • Membantu mengelakkan sembelit
  • Membantu kesihatan perut dan kolon
  • Sebagai prebiotik ibu dan anak
  • Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
  • Membantu mengurangkan risiko jaundis kepada bayi
  • Membantu mengurangkan kadar kolestrol dalam badan
  • Membantu membekalkan kalsium dan menguatkan tulang ibu selepas bersalin
  • Membantu mencantikkan kulit ibu selepas bersalin
  • Membantu membuang angin dalam badan dan mengelakkan kembung perut






Cara Pengambilan Umma Lacto:



Minum pagi dan/atau malam. Bancuh dengan air suam atau biasa sebanyak 150-250ml. Boleh tambah air ikut kesesuaian rasa individu.



Apa Kata Ibu Menyusu Yang Menggunakan Umma Lacto Milk Booster (Testimoni)



Ibu 1

Saya dah try minum umma lacto memang berkesan, susu sentiasa ada sampai bra basah, baby pun cepat kenyang.



Ibu 2

Membantu banyakkan susu dengan izin Allah, rasa pun sedap dan mengeyangkan.



Ibu 3

Susu banyak sampai basah baju dibuatnya, lebih-lebih lagi waktu malam. Anak saya kenyang dan tidur lena sampai pagi. Saya happy sangat.



Ibu 4

Sebelum saya amalkan Umma Lacto, susah hendak dengar anak sendawa selepas minum susu. Selepas saya amalkan Umma Lacto, anak kerap sendawa selepas menyusu.



Ibu 5

Dua hari minum Umma Lacto, susu dah dapat 4oz. Sebelum ini hanya 2oz sahaja. Sekarang tidak perlukan bantuan susu tepung lagi.



Sebenarnya ada banyak lagi feedback-feedback positif yang anda boleh google berkaitan Umma Lacto.



Di mana hendak dapatkan produk Umma Lacto ini?



Untuk pengetahuan ibu-ibu yang ingin dapatkan Milk Booster ini. Diharapkan berhati-hati sebab saya difahamkan ada banyak produk tiruan untuk Umma Lacto ini. Maklumlah produk ini permintaannya sangat tinggi dan mulalah ada insan yang tak bertanggungjawab yang cuba buat produk tiruan.



Jadi saya sarankan anda beli Umma Lacto ini di website The Baby Store. Beli melalui atas talian atau boleh COD di Shah Alam.



Kenapa saya sarankan beli melalui The Baby Store? Sebab The Baby Store adalah trusted online seller... website pun cantik. Tambahan pula setiap belian anda buat di website ini anda akan dapat mata ganjaran dimana anda boleh tebus pada belian seterusnya. Anda juga boleh tebus pada produk lain juga.



Sebelum terlupa, jika anda pengguna pertama. Setiap pendaftaran baru akan menerima 200 mata ganjaran. Anda boleh tebus pada belian pertama.



Klik Link ini ---> http://thebabystore.com.my/Umma-Lacto-en



 Umma Lacto Milk Booster