InvolveAsia Affiliate Workshop

InvolveAsia Affiliate Workshop

Jumaat lepas 19 August 2016 (6pm) bertempat di  Lorem Ipsum KL,fiqa ada join Involve Affiliate Workshop.Ini adalah pertama kali fiqa join aktiviti yang melibatkan blogger.Satu pengalaman baru juga dapat berjumpa dengan rakan blogger yang lain.Terima kasih kepada Involve Asia kerana sudi jemput fiqa join event mereka.Nasib jumpa lokasi event..hehe maklumlah fiqa dari seremban.Next event jemput fiqa lagi tau..hehe:)

Antara yang hadir di InvolveAsia Affiliate Workshop
 

Juga, Nescafe  salah satu daripada partner InvolveAsia turut sama menyertai bengkel ini dengan melakukan demo produk  mereka iaitu Nescafe Gold Blend Barista Machine yang akan berada di pasaran Malaysia tidak lama lagi.Eh,betul ke Jenama Smartphone Ini Dikatakan Jadi Ancaman Besar Buat Apple Tak Lama Lagi???

 

Wakil dari Nescafe melakukan penerangan serta demo produk mereka.Selepas itu masa break time apalagi ambil kesempatanlah ambil gambar kan..Bukan selalu dapat join,lagipun ini adalah pertama kali fiqa join yang melibatkan blogger.Amik kesempatan kenal-kenal blogger yang dikenali di dunia maya gitu..





Turut sama menjayakan  InvolveAsia Affiliate Workshop ini perkongsian ilmu dari Shopcoupons juga dari CatchThatBus.




Secara keseluruhannya, bengkel Affiliate InvolveAsia telah  berkongsi dengan semua tentang pemahaman yang lebih baik mengenai apa yang Pemasaran Affiliate, bagaimana ia berfungsi dan bagaimana  boleh menggunakannya  untuk mendapat komisen.



Kami yang hadir di Involve Affiliate Workshop telah diberi Nescafe Gold Blend Barista untuk mencuba sendiri produk ini.Bukan sekadar mencuba tapi akan review pengalaman masing-masing sepanjang menggunakannya.Jadi nantikan review fiqa tidak lama lagi yer..



Post a Comment

1 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..