September 2016 - Fiqa story

30 September 2016

Perkembangan Bayi 0-12 Bulan

9/30/2016 1
Perkembangan Bayi 0-12 Bulan

Perkembangan Bayi 0-12 Bulan



Mengikuti dan memantau perkembangan bayi merupakan hal penting yang harus dilakukan oleh seorang ibu mulai dari usia sehari  hingga usia 12 bulan yang pertama. Memantau perkembangan bayi adalah kegiatan yang sangat menyeronokkan bagi sebahagian ibu bapa pada umumnya.

BARU LAHIR
Makan:
-Susu setiap 2 hingga 3 jam.
Corak tidur:
-Tidur sepanjang hari
-Bangun setiap 2 hingga 3 jam
Masa bermain:
-Bermain dengan cermin,bunyi dan warna.
Deria kebolehan: 
-Komunikasi melalui sedu,merengek,menangis dan bersin.
-Jarak penglihatan terbaik diantara 8 hingga 12 inci.

1 BULAN
Makan:
-Susu badan/botol setiap2 hingga 3 jam
Corak tidur:
-15 hingga 16 jam sehari
Masa bermain:
-Main cak-cak dimuka bkan dengan mainan.
Deria kebolehan: 
-Pendengaran berfungsi sepenuhnya.
-Bertindak balas dengan bunyibiasa didengari
-Mengengam tangan dengan ketat.

2 BULAN:
Makan:
-Susu badan/botol setiap 2 hingga 3 jam.
Corak tidur:
-Tidur kurang di siang hari,lebih pada waktu malam
Masa bermain:
-Mula belajar bersosial  dengan gerakan tangan.
-Tindak balas dengan gerakan tangan.
Tindak balas dengan membuat bunyi dan suara.
Deria kebolehan:
-Mata mula fokus pada objek yang bergerak.
-Belajar menghisap jari-jari tangan.
-Mula mengangkat kepala.


3 BULAN:
Makan:
-Susu badan/botol setiap 3 hingga 4 jam
Corak tidur:
-Tidur lebih kurang 15 jam sehari.
-5 hingga 6 jam pada waktu malam.
Masa bermain:
-Diatas lantai atau dikatil bayi.
-Suka menendang kaki ke atas dan mengayun tangan.
Deria kebolehan: 
-Mimik bunyi,ungkapan dan pergerakan.
-Boleh focus pada mata.
-Mengenali muka biasa dilihat.


4 BULAN:
Makan:
-Susu badan atau botol setiap 3 hingga 5 jam.
Corak tidur:
-Tidur lebih kurang 15 jam sehari.
-Tidur 2 atau 3 kali sehari.
Masa bermain:
-Suka capai permainan.
-Main chak-chak dengan muka yang kelakar.
Deria kebolehan: 
-Mula tmbuh gigi.
-berpusing badan dari baring ke meniarap.
-Boleh mengangkat dada dengan tangan.
 
5 BULAN:
Makan:
-Susu badan/botol setiap 3 jam hingga 5 jam.
Corak tidur:
-Tidur lebih kurang 15 jam sehari.(5 hingga  6 jam pada wakt malam.
-Tidur 2 atau 3 kali sehari. 
Masa bermain:
-Main tepuk tangan.
-Main chak-chak masih menghiburkan.
Deria kebolehan: 
-Belajar bagaimana untuk mencapai dengan kedua tangan dan memegang sesuatu dengan semua jari.

6 BULAN:
Makan:
-Susu badan/botol setiap 3 hingga 6 jam.
-Boleh memperkenalkan satu makanan pepejal.
Corak tidur:
-tidur 15 jam sehari.
-2 hingga 3 kali sehari.
-Tidur waktu malam semakin panjang.
Masa bermain:
-Tindakbalas yang baik terhadap alat permainan seperti bola lembut,alat muzik dan anak patung.
Deria kebolehan: 
-Berguling pada dua arah depan dan belakang.
-Belajar bagaimana untuk duduk.

7 BULAN:
Makan:
-Susu badan setiap 3 hingga 4 jam atau
-Susu botol setiap 4 hingga 6 jam.
-Makan 2 sudu besar atau 2 pepejal setiap hari.
Corak tidur:
-Tidur 15 jam sehari.
-Tidur waktu malam ambil masa 6 hingga 11 jam
Masa bermain:
-Buku bergambar dan majalah berwarna adalah kegemaran mereka.
Deria kebolehan: 
-Boleh melihat semua warna.
-kaki sudah boleh tanggung berat badan sendiri dengan bantuan orang dewasa.
-mempunyai bahasa sendiri dan meniru bunyi.

8 BULAN:
Makan:
-Memerlukan  750-900 kalori sehari (400-500 dari susu badan atau formula)
-Suka makanan lembut atau kuih dengan tekstur  yang berbeza.
Corak tidur:
-Tidur 15 jam sehari.
-2 kali sehari.
Masa bermain:
-Apa-apa sahaja permainan atau objek yang selamat akan di main.
Deria kebolehan: 
-Belajar untuk duduk dengan sendiri.
-Mula membongkok
-Suda atau baru tahu untuk merangkak.

9 BULAN:
Makan:
-Memerlukan susu badan/formula 24-32 oz sehari.
-Makan makanan pepejal 3 hingga 5 kali sehari.
Corak tidur:
-Tidur 15 jam sehari
-2 kali sehari.
Masa bermain:
-Suka memanjat dan mengimbangi badan,merangkak dengan pantas dipersekitaran si kecil untuk -Menguji kebolehan diri bergerak.
Deria kebolehan: 
-Sudah belajar bentuk-bentuk objek.

10 BULAN:
Makan:
-Memerlukan susu badan/formula 4  hingga 5 kali sehari.
-3 kali makanan pepejal dan 2 kali makanan ringan sehari.
Corak tidur:
-Tidur 13 jam sehari
-2 kali sehari.
Masa bermain:
-Bermain tepk tangan sambil bernyanyi
Deria kebolehan: 
-Memahami arahan yang ringkas
-Mengingati kegemaran alat mainan.

11 BULAN:
Makan:
-Memerlukan susu badan/formula 3  hingga 5 kali sehari.
-3 kali makanan pepejal dan 1 hingga 3 kali makanan ringan sehari.
Corak tidur:
-Tidur 13 jam sehari
-2 kali sehari.
Masa bermain:
-Main chak-chak.
Deria kebolehan: 
-Tahu bagaimana untk berdiri sambil berpaut. 
-Mengenali objek 

12 BULAN:
Makan:
-3 kali makanan pepejal dan 1 hingga 3 kali makanan ringan
Corak tidur:
-Tidur 13 jam sehari
-2 kali sehari.
Masa bermain:
-Ia adalah masa ntuk bercerita kiasah.
Deria kebolehan: 
-Mula belajar suap makanan sendiri.
-Sudah berdiri tanpa sokongan beberapa seketika.
-Berjalan 2 hingga 3 langkah tanpa sokongan.
-Boleh bercakap beberapa perkataan seperti mama dan papa.
-Memahami arahan yang ringkas.





Carta perkembangan diatas boleh fiqa simpulkan bergantung kepada prestasi bayi itu sendiri terutamanya corak tidur.Macam anak-anak fiqa sendiri waktu tidur mereka tidak menentu.Selebihnya berjaga di waktu malam..haha..


29 September 2016

Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.

9/29/2016 3
 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.

[PERKONGSIAN MELALUI FB]


Untuk pertumbuhan dan tumbesaran yang optimum bagi bayi dan kanak-kanak kecil di Malaysia, semua bayi harus disusukan dengan susu ibu sahaja dari lahir sehingga berusia enam bulan.

 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.


Makanan pelengkap harus diperkenalkan pada usia enam bulan sementara penyusuan susu ibu diteruskan sehingga anak berusia dua tahun.

Pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak kecil seharusnya tepat pada masa, mencukupi, selamat dan sesuai untuk dimakan.

Ia boleh dicapai dengan mengaplikasikan sembilan garis panduan berikut.

  Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak. 
1. Penyusuan susu ibu harus dimulakan dalam tempoh satu jam selepas kelahiran.

2. Ibu perlu diberi tunjuk ajar cara untuk menyusukan bayi dengan betul.

3. Penyusuan susu ibu harus diberi dengan kerap dan mengikut kehendak bayi.

4. Bayi yang menyusu secara eksklusif tidak perlu diberi sebarang jenis air termasuk air kosong.

5. Penggunaan puting tiruan adalah tidak digalakkan kecuali atas nasihat profesional perubatan.

6. Susu ibu yang diperah atau susu tambahan (jika perlu) tidak digalak diberi menggunakan botol dan puting. Gunakan kaedah lain seperti cawan.

7. Semua bayi normal dan sihat yang berumur di bawah enam bulan harus diberi susu ibu sahaja melainkan atas sebab – sebab perubatan atas arahan profesional perubatan.

8. Bayi kepada ibu yang HIV positif tidak boleh diberi penyusuan susu ibu walaupun oleh ibu susuan. Ibu yang HIV positif harus menerima runding cara tentang pemakanan bayi, bimbingan dan tunjuk ajar cara penggunaan rumusan bayi yang betul dan selamat.

9. Bayi yang tidak menyusu ibu mesti diberi rumusan bayi yang diperkaya dengan zat besi. Maklumat lengkap mengenai cara penyediaan rumusan bayi yang bersih dan selamat serta implikasi kewangan perlu diberi secara individu. Tata Etika Pemasaran Makanan Bayi dan Produk Berkaitan mesti dipatuhi. Anggaran jumlah susu yang diperlukan oleh bayi dalam sehari.

10. Untuk mengelakkan penggunaan rumusan bayi yang tidak selamat, sebarang keputusan untuk menukar jenis rumusan bayi harus dibuat atas nasihat profesional perubatan.



 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.
1. Mulakan makanan pelengkap hanya apabila bayi telah mencapai kordinasi saraf otot (neuromuscular) dan kematangan fisiologi.

2. Pengenalan makanan pelengkap di antara umur 4 hingga 6 bulan boleh dipertimbangkan, secara individu ke atas bayi yang mengalami pertumbuhan yang kurang memuaskan, setelah segala usaha untuk memperbaiki amalan penyusuan dilakukan.

 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.

1. Beri bayi dan kanak-kanak makanan yang padat dengan tenaga termasuk bijirin seperti beras, gandum dan ubi-ubian (kentang dan ubi keledek).

2. Mula dengan kuantiti makanan yang sedikit dan apabila bayi dapat menyesuaikan diri, tingkatkan kuantiti makanan secara beransur-ansur mengikut umur.

3. Sebagai panduan, bayi yang berumur 6 - 8 bulan perlu diberi setengah cawan bubur nasi pekat pada setiap hidangan. Ia harus ditingkatkan sehingga 1 cawan pada umur bayi 9 - 11 bulan. Kanak-kanak yang berumur 1-3 tahun seharusnya diberi setengah cawan nasi pada hidangan utama. Selain itu, 1 - 2 camca teh minyak perlu ditambahkan dalam hidangan sehari pada setiap peringkat umur.

  Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak. 
1. Jenis dan kuantiti makanan yang diberi mesti memenuhi keperluan nutrient harian terutamanya protein, lemak, kalsium, zat besi, vitamin A dan vitamin C.

2. Makanan daripada sumber haiwan seperti daging, ternakan, ikan dan telur perlu diberikan setiap hari kerana ia adalah sumber utama zat besi dan zink. Elakkan memberi putih telur kepada bayi. Diet yang tidak mengandungi sumber haiwan tidak dapat memenuhi keperluan nutrien pada peringkat umur ini melainkan sekiranya produk atau makanan yang diperkaya atau suplemen nutrien digunakan.


3. Produk hasil tenusu adalah kaya dengan sumber kalsium dan pelbagai nutrien lain. Bagi kanak-kanak kecil yang berumur enam bulan ke atas dan tidak menyusu susu ibu, susu daripada sumber lain perlu diambil setiap hari. Sekiranya pengambilan makanan daripada sumber haiwan lain adalah mencukupi, amaun susu yang perlukan ialah ~200 – 400 ml/hari. Jika tidak, jumlah susu yang diperlukan ialah ~300 – 500 ml/hari. Sekiranya bayi diberi rumusan bayi dan makanan daripada sumber haiwan lain, amaun susu yang diperlukan pada umur 6-12 bulan ialah ~300 – 500 ml/hari. Jika diet bayi tidak mengandungi makanan daripada sumber haiwan, amaun rumusan bayi yang diperlukan adalah ~400 – 550 ml/hari. Jenis susu yang boleh diberi termasuk rumusan bayi, rumusan susulan, susu penuh krim dan susu suhu
ultra tinggi atau susu U.H.T. Susu segar mentah tidak disyorka 


 4. Sekiranya susu dan makanan daripada sumber haiwan tidak dimakan dengan mencukupi, sumber kekacang dan bijirin perlu diambil setiap hari, sebaikbaiknya dalam satu hidangan yang sama bagi menjamin kualiti protein yang mencukupi.

5. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin A dan vitamin C harus dimakan setiap hari.


6. Penggunaan makanan yang diperkaya dengan zat besi juga digalakkan jika makanan diproses digunakan.


7. Diet harian harus mengandungi lemak yang mencukupi. Sebanyak 10 – 20 gm lemak atau minyak perlu ditambah dalam diet harian sekiranya sumber makanan daripada haiwan tidak diambil secara tetap, melainkan makanan kaya lemak seperti kekacang dan bijian diberi. Sekiranya makanan daripada sumber haiwan diambil, sehingga 5 gm lemak atau minyak perlu ditambah.


8. Elakkan pemberian minuman yang mempunyai nilai kandungan nutrien yang rendah seperti teh, kopi, susu pekat manis, sirap, kordial dan minuman berkarbonat.


9. Hadkan pengambilan jus buah-buahan kerana ia boleh menyebabkan pengurangan pengambilan makanan berkhasiat yang lain.


10. Penggunaan suplemen vitamin dan mineral hanya boleh dipertimbangkan kepada bayi dan kanak- kanak yang menunjukkan tanda-tanda kekurangan zat makanan setelah dinilai serta mendapat nasihat daripada professional perubatan.


1. Bayi berumur 6 hingga 8 bulan mesti diberi makanan yang dipuri, dilecek atau makanan separa pepejal. Dalam lingkungan umur 9 hingga 11 bulan, bayi perlu diberi makanan yang dicincang atau dipotong kecil. Makanan jejari (finger food) seperti biskut lembut dan buah-buahan juga boleh diberi. Pada umur 12 bulan, kanak-kanak boleh makan makanan keluarga.

2. Beri bayi makanan dengan tekstur yang bersesuaian bagi mengelakkannya daripada tercekik. Kanak-kanak perlu dipantau semasa waktu makan untuk mengelakkan kejadian berbahaya seperti tercekik. Penjaga perlu lengkapkan diri dengan pengetahuan asas tentang prosedur keselamatan akibat tercekik.

1. Makanan pelengkap harus diberi berdasarkan kekerapan mengikut umur
seperti berikut:

6 – 8 bulan: 2 - 3 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
9 – 11 bulan: 3 - 4 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat
1 – 3 tahun: 4 - 5 kali sehari dengan 1 - 2 kali snek berkhasiat

2. Tambah kekerapan waktu makan sekiranya jumlah makanan yang diambil adalah kurang atau makanan yang dimakan adalah cair (kepadatan tenaga rendah).

 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak.


1. Bayi perlu disuap manakala kanak-kanak kecil perlu dibantu apabila mereka makan sendiri.

2. Beri bayi dan kanak-kanak makan dengan perlahan dan kesabaran. Mereka perlu diberi galakan untuk makan tanpa dipaksa.

3. Peka kepada tanda-tanda yang menunjukkan bayi dan kanak-kanak lapar atau kenyang.

4. Wujudkan hubungan yang positif dan mesra dengan bayi dan kanak-kanak dalam persekitaran yang kondusif serta selesa. Berinteraksi dengan bayi dan kanak-kanak semasa waktu makan.

 Prinsip Pemberian Makanan Bayi Dan Kanak-Kanak. 

 1. Kebersihan diri, peralatan memasak dan makanan perlu dititikberatkan bermula daripada peringkat penyediaan sehinggalah pemberian makanan kepada bayi dan kanak-kanak.

2. Basuh tangan dengan sempurna sebelum menyediakan makanan dan selepas menggunakan tandas. Tangan bayi dan kanak-kanak juga mesti dicuci dengan bersih sebelum makan.

3. Sebaik-baiknya, berikan bayi dan kanak-kanak makan makanan yang baru dimasak di rumah.

4. Makanan yang telah dimasak tidak boleh dibiarkan melebihi 2 jam pada suhu bilik. Walau bagaimanapun, makanan yang baru dimasak boleh disimpan di dalam peti sejuk sehingga 24 jam (30C atau lebih rendah) atau satu bulan di dalam bahagian sejuk beku (00C atau lebih rendah).

5. Peralatan yang bersih mesti digunakan untuk menyedia dan menghidangkan makanan.

6. Peralatan yang digunakan untuk memberi bayi dan kanak-kanak makan seperti sudu, cawan dan mangkuk mestilah bersih.

7. Pemberian makanan pelengkap dengan menggunakan botol dan putting hendaklah dielakkan.





 Penafian:Entri ini di share melalui laman facebook sebagai panduan kita bersama.






26 September 2016

Kolaborasi Bersama theCovets

9/26/2016 1
Kolaborasi Bersama theCovets
Kolaborasi Bersama theCovets


Kolaborasi Bersama theCovets


Wanita dan Kecantikan merupakan dua hal yang tidak dapat dipisahkan, Wanita Selalu Identik dengan Kecantikan. Begitupun Sebaliknya, Kecantikan selalu identik dengan wanita. Jika diibaratkan, Kecantikan merupakan nafas bagi setiap wanita,Nafas yang harus selalu dihirup. Selain itu, Kecantikan pun menjadi sebuah keharusan bagi seorang wanita. Cantik itu relatif.




Tentang The Covets 
 


The Covets adalah online beauty megazine yang memberi inspirasi kepada pembaca semua tentang dunia kecantikan. Pelbagai tips menarik tentang penjagaan kecantikan dari hujung rambut hingga hujung kaki ada di The Covets. 


 


 Antara artikel yang menarik  seperti 


BeautySecret & Tips You Should Know!


WhenLess is More, The Key To Better Skin




Baru-baru ini The Covets berkolaborasi dengan blogger seramai 100 orang daripada niche Lifestye dan Beauty  dan mungkin akan bertambah bilangan. Fiqa pun salah seorang yang tersenarai dalam senarai kolaborasi tersebut. Boleh tengok Senarai nama dekat TheCovets Beauty Contributors



Kenali The Covets -- Malaysia's first beauty platform dengan lebih lanjut :




Facebook : TheCovets

Instagram : @the.covets



25 September 2016

3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs

9/25/2016 6
3D Gold StemCell Serum My Beauty Herbs

3D GOLD STEMCELL SERUM MY BEAUTY HERBS


Adakah anda ingin kulit wajah bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka? Adakah anda inginkan kedut di muka hilang sedikit demi sedikit dan anda inginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal?

3D Gold Stemcell Serum akan menjadi jawapan atau solusi untuk permasalahan anda. PARUT JERAWAT, JERAGAT yang mula berkampung di muka dan yang sudah berkerak, KEDUT di muka yang menjadi teman apabila usia semakin bertambah adalah penyebab hilang keyakinan diri untuk bersosial.

Jangan biarkan masalah ini menghantui anda setelah sekian lama anda berada di dalam dilema dan malu bertemu janji. Kini My Beauty Herbs mengembalikan kejelitaan anda tanpa perlu melakukan laser dan kos-kos perubatan yang mahal. Beralihlah kepada 3D Gold StemCell Serum yang bakal mengubah kulit muka anda dari biasa menjadi luar biasa…Sangat hebat dengan hanya calit-calit merecik... Wow...




"Penyanyi/Pengacara Feeya Iskandar antara pengguna setia 3D GOLD STEMCELL SERUM. Beliau berjaya kekalkan kulit gebu semasa mengamalkan 3D GOLD STEMCELL SERUM dengan sapuan treatment cream di waktu malam."



Produk buatan MALAYSIA yang diformulasikan di FRANCE dan lulus KKM (NO KKM : NOT160106092K). Dapatkan KULIT KEKAL MUDA ANGGUN hanya dalam 30 HARI. Kesan penggunaan seawal 10 hari! Dapatkan kulit idaman anda hari ini. Dengan hanya sekotak, mesti ada perubahan ketara dan kulit lebih merecik flawless dan muda jelita. Nak lagi best pakai secara konsisten selama boleh. Memang TERBUKTI BERKESAN! Bahan SEMULAJADI!

3D GOLD Stem Cell Serum mempunyai kelebihan kerana bahan-bahannya lebih farmaseutikal dan formula yang terkini seperti Pure Argania Stemcell, Hydrolyzed Wheat Protein, Lepitium Sativum Sprouts Extract & Dermacom. Kelebihan yang ada pada 3D Gold StemCell Serum menjadikan kulit anda terus kekal muda anggun selamanya, seperti Feeya Iskandar duta My Beauty Herbs. Formula Hebat ini mampu memberi kesan “Instant Lifting” pertama kali ketika memakainya. Rangsangan tegang akan dapat dirasai secara lembut.


3D GOLD STEMCELL SERUM bagus dan berkesan untuk :
  1. Hilangkan parut hitam
  2. Hilangkan dan cegah jeragat
  3. Mencegah luka jerawat
  4. Menutupi liang pori
  5. Memperbaiki struktur kulit dan tona sekata
  6. Lembapkan kulit
  7. Menganjalkan kulit
  8. Mengawal minyak pada wajah
  9. Mencerahkan kulit
  10. Menegangkan kerutan dimata
  11. Pudarkan gelap bawah mata
  12. Melindungi kulit dari sinaran UV
  13. Mengalakkan penghasilan kolagen
  14. Mengurangkan hingga 50% garis halus dan kedutan muka dengan pemakaian konsisten
Cara Penggunaan My Beauty Herbs, 3D GOLD STEMCELL SERUM :

  1. Sila tekan 1 ATAU 2 kali dan ratakan serum ke wajah, bawah mata, leher dan mata sebelum tidur dan waktu pagi selepas mencuci muka. Pakai 2 kali sehari untuk kesan maksimum bagi jangka masa panjang.
  2. Pastikan anda membersihkan wajah sebelum menggunakan SERUM
  3. Krim rawatan dipakai pada waktu malam selepas mencuci muka. Jangan dicampurkan dengan produk lain.
  4. Minum minima 8 GELAS air kosong sehari


Harga

RM150 Semenanjung RM159 Sabah/Sarawak $65 Brunei $65 Singapore. Dapatkan harga promosi RM120 sekarang dengan treatment cream percuma bernilai rm69.90.


Video Eksklusif Feeya Iskandar




Soalan yang kerap ditanya :
  1. Adakah 3D Gold Stemcell Serum ini berkesan ke? InsyaAllah berkesan, kerana dah lebih 1002 orang yang telah mencuba dan berikan feedback yang sangat bagus sebelum dilancarkan.
  2. Kenapa ramai yang order 3D Gold Stemcell Serum ini? Kesan dapat dilihat seawal 10 hari, 100% diperbuat dari bahan semulajadi, tiada kesan sampingan yang menjejaskan kesihatan, 100% lulus KKM, harga yang berpatutan dengan kualiti terbaik, mempunyai kandungan pure stemcell yang sangat tinggi, tiada pantang larang semasa pemakaian, sesuai untuk golongan lelaki dan perempuan, tahan lama dan untuk sebulan, terbukti secara klinikal, tiada bahan kimia, kualiti bertaraf antarabangsa, majoriti pengguna berpuas hati.
  3. 3D Gold Stemcell Serum ni boleh tahan berapa lama? 3D Gold Stemcell Serum 20ml boleh tahan selama sebulan.
  4. Boleh hilangkan parut jerawat? Jeragat degil? Boleh, kerana ada kandungan Lepitium Sativum Sprout Extract, Pure argania stemcell,Hydrolyzed Wheat Protein, Lepituim Sativum Sprouts Extract & Dermacom yang paling berkesan, cepat dan selamat untuk mencerahkan kulit & memudarkan parut-parut hitam atau pori-pori besar. Jangan lupa sapu treatment krim di waktu malam.
  5. Boleh ke pakai toner & moisturizer jenama lain? Boleh, tiada masalah.
  6. Ada kesan-kesan sampingan tak? Tiada kesan sampingan. 3D Gold Stemcell Serum, dirumus dengan teknologi terkini yang berkualiti tinggi dan terbukti selamat dan tidak mengakibatkan pengelupasan kulit.
  7. Lelaki atau wanita, keduanya boleh pakai? Boleh, sesuai untuk kedua-duanya.
  8. Bagaimana nak dapatkan 3D Gold Stemcell Serum? Dapatkan dari kami My Beauty Herbs Hq +6011 28090446 atau beli online di website www.mybeautyherbs.com.my

8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HONOR 8

9/25/2016 1
8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HONOR 8

8 Sebab untuk Dapatkan honor 8


Telefon pintar merupakan gadget yang amat pening sekali bagi saya.Telefon pintar adalah alat yang sangat peribadi yang saya gunakan setiap hari untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan, orang tersayang dan rakan sekerja.Sejak 2 bulan kebelakangan ini saya asyik mencari smartphone yang memiliki semua ciri-ciri terkini serta memenuhi citarasa saya yang saya boleh bergantung penuh kerana telefon saya yang sebelum ini telah rosak.Antara ciri utama yang akan saya lihat ialah berapa besar RAM telefon?KAMERA pula macam mana?Apa fungsi yang menarik?





Dan akhirnya saya sudah temui telefon yang betul-betul seperti yang diidamkan iaitu honor 8..Kenapa honor 8??Honor 8 adalah telefon pintar bersedia untuk menggembirakan si pemakainya, menyampaikan reka bentuk yang menarik, kamera yang baik dan, di atas semua, harga yang berpatutan. Saya telah membuat sedikit kajian dan meneroka bagaimana telefon ini menyampaikan prestasi, dan menyeronokkan.

Berikut adalah sebab-sebab utama mengapa saya perlu dapatkan honor 8.



Ciri-ciri yang ada pada HONOR 8
Dibawah ini saya senaraikan mengikut susunan kelebihan paling utama saya lihat.


1.HONOR 8 CAMERA


The dual lenses are tack-sharp and focus instantly, buoyed by a camera app that makes capturing great photos easy



Saya suka mengambil gambar tapi saya tidak suka membawa kamera.Leceh!!Saya lebih suka mengambil gambar terus dari telefon dan live update dekat facebook dan instagram gitu.Tapi masalahnya ialah kadang-kadang gambar terpaksa di edit untuk bagi cantik.Saya tidak suka hal ini.Tapi dengan HONOR 8 pasti akan membuatkan saya tersenyum puas kerana dapat menghasilkan gambar yang cukup cantik dan berkualiti.Honor hadir dengan 12 MP kamera dibelakang dengan 2 lensa yang dapat memberikan banyak pencahayaan dalam menghasilkan sebuah gambar yang cantik.







Manakala kamera hadapan menggunakan 8 MP sensor dengan f / 2.4 aperture lensa. Ini adalah salah satu kelebihan Honor 8 yang harus selfies seperti saya lihat. Untuk lebih banyak kawalan, aplikasi kamera memaparkan mod manual yang mempunyai beberapa ciri-ciri disesuaikan termasuk exposures dial  untuk merakam pada waktu malam atau dibawah pantulan cahaya.

Terdapat juga mod pro untuk rakaman video, bermakna anda boleh mengesan objek, mengaktifkan penstabilan digital, shoot time-lapse dan slow-mo shots. Ia adalah satu pakej terbaik keseluruhan yang ada pada Honor 8.


 

2 .HONOR 8 PERFORMANCE


8 SEBAB UNTUK DAPATKAN HONOR 8

 
Kenapa ianya menjadi aspek penting kepada saya?Saya tidak perlu risau untuk install aplikasi seperti Google Maps, beberapa social media seperti Instagram, juga aplikasi untuk edit foto dan video.




Honor 8 dikuasakan oleh 2.3 GHz CPU OCTA-core dibina pada satu arkitektur 16nm.4GB LPDDR4 RAM membolehkan multitasking sempurna dan permainan game  lancar.CPU chipset mengandungi i5 bersama pemproses, yang mengawal sensor honor 8 dan ciri-ciri lain.Kerja-kerja i5 bersama pemproses selari dengan Kirin 950 SoC set cip itu untuk meningkatkan kelajuan pemprosesan, masa respon dan jangka hayat bateri.Honor 8 juga  mempunyai sistem pemprosesan fail pintar yang cepat dan lancar.Antena menukar dengan mudah antara menara pemancar untuk internet mudah alih, memastikan sambungan yang cepat dan stabil. Honor 8 juga sangat cepat dalam pemprosesan imej juga melayari laman web.



3.HONOR 8 BATTERY


Honor 8 dilengkapi dengan bateri 3000 mAh yang di sokong oleh Smart Power 4.0 yang boleh bertahan sehingga 1.77 hari bagi penggunaan biasa dan 1.22 hari bagi penggunaan berat tanpa mengecas. Dengan kebolehan mengecas dengan pantas. Bateri boleh dicas sehingga 47% dalam masa kurang 30 minit! Bateri yang tahan lama sangat penting buat saya yang selalu berada di luar, dan bagi saya ia sangat bagus dengan kerja saya sebagai seorang blogger. 

4.HONOR 8 SOFTWARE 

Telefon honor 8 beroperasi menggunakan Android 6.0 dan dilengkapi paparan antaramuka EMUI terbaru iaitu 4.1. Menerusi paparan antaramuka ini, ia turut membawa pelbagai perubahan. Selain dari menjadikan paparan antaramuka lebih pantas dan responsif, terdapat fungsi penjimatan kuasa dan pengecasan pantas pada peranti ini.

5.HONOR 8 SPECIAL FEATURES


  • honor SmartKey -Salah satu perkara yang membezakan honor 8 dengan peranti berprestasi tinggi namun ditawarkan pada harga mampu milik adalah dengan wujudnya Smartkey. Smartkey merupakan butang fizikal disebelah kiri peranti, yang mampu melakukan perkara bergantung kepada tetapan pengguna. Perkara seperti mengaktifkan Google Now, melakukan proses pengecaman arahan suara, mengaktifkan lampu suluh dan pelbagai lagi.Dengan reka letak butang tersebut, ia merupakan salah satu solusi ergonomik membolehkan pengguna honor 8 melakukan sesuatu perkara menerusinya.


  •  honor Smart Control 4.0-Secara sedar atau tidak, di rumah terdapat pelbagai alat kawalan jauh yang digunakan untuk mengawal peranti elektrik dan elektronik di rumah. Salah satu kelebihan dengan Smart Control ini adalah fungsi tersebut membolehkan saya mengawal peralatan di rumah seperti penghawa dingin dan juga televisyen. Ini sekaligus memudahkan dan mengurangkan kebergantungan saya terhadap alat kawalan jauh yang pelbagai.
  • Dual SIM-Saya mempunyai 2 kad sim jadi sudah tentu lah saya mencari telefon yang suport dual sim.Honor 8 juga boleh memasukkan kad SIM kedua dan saya tidak memerlukan telefon lain dan  kedua-dua nombor saya boleh diakses pada masa dan telefon yang sama. Ini boleh juga membenarkan saya untuk menggunakan pelan data murah atau mengelakkan caj perantauan di luar negara.

  • Pengimbas Cap Jari Yang Pantas-Pengimbas cap jari yang terdapat pada peranti ini mampu melakukan pelbagai perkara malah bagi memperkuasakannya ia menggunakan sensor pengimbas cap jari yang paling laju, lebih pantas dari sensor Apple TouchID. Ia juga mempunyai pelbagai kegunaan. Salah satunya ia membolehkan saya melakukan nyah-kunci dengan mudah. Selain dari Knuckle Sense, saya juga boleh menggunakan pengimbas cap jari untuk merakam gambar. Saya juga boleh menjawab panggilan telefon dan menghentikan penggera bunyi menggunakan pengimbas cap jari.

Saya rasa perbuatan untuk menyeret jari dari atas skrin untuk melihat notifikasi merupakan satu perbuatan yang leceh, dengan pengimbas cap jari ini ia boleh mengesan arah gerakan pada pengimbas cap jari. Jika saya menyeret jari ke bawah pada ruang pengimbas cap jari, paparan notifikasi akan dipaparkan dan perkara sebegini semestinya memudahkan saya.



6. HONOR 8 DESIGN & BUILD QUALITY





Saya suka pada reka bentuk Honor 8 yang kelihatan ekslusif dan premium.Casing luarannya Nampak elegan dengan bahan berasaskan aluminium aloi (metal) depan dan belakang.Rekaannya yang tidak nampak petak tetapi ada curve pada sisi telefon.Telefon pintar yang mudah untuk saya pegang,simpan dan bawa ke mana sahaja.

Susunan butang intuitif dan kuasa serta jumlah tombol mudah dicapai dengan ibu jari kanan atau jari tengah kiri. Sensor cap jari belakang juga kedudukan yang baik, dan anda boleh mencapai butang Key Smart diprogramkan dengan selesa dengan jari telunjuk . Butang navigasi kapasitif dipaparkan di bahagian bawah paparan.

AndroidPIT Honor 8 2653 

Di empat tempat bingkai terganggu supaya antena boleh menerima sambutan yang baik. Slot kad SIM dual terletak di sebelah kiri dan juga boleh digunakan dalam plus konfigurasi kad microSD tunggal SIM (sehingga 256 GB).

 

Sambungan lain saya boleh memasukkan port USB Type-C dan 3.5 mm jack terletak di bahagian bawah sebelah pembesar suara mono. Mereka yang suka menggunakan telefon pintar mereka sebagai alat kawalan jauh sejagat untuk stereo rumah, televisyen dan perkakas rumah yang lain, juga disediakan untuk: Honor 8 mempunyai BLASTER IR.


7.HONOR 8 DISPLAY

 AndroidPIT Honor 8 2610

Honor 8  di datangkan paparan dalam pada 5.2 inci pada resolusi HD penuh.  Paparan di dalam honor 8 sangat berkualiti  dalam kualiti imej, sentuh ketepatan, kontras dan kecerahan. 

Pada waktu siang, paparan adalah mudah untuk membaca dan walaupun pada sudut gelap tetap masih jelas, dengan warna yang tidak pernah berkurangan. Honor juga telah menambah banyak ciri-ciri perisian untuk meningkatkan kebolehbacaan selanjutnya. Saya boleh menukar warna suhu dan mengurangkan biru cahaya yang dipancarkan untuk mengurangkan terikan mata.




8. HARGA

Dan terakhir ini boleh dikatakan yang terpenting kerana selepas ciri yang disertakan diatas, jika peranti tersebut dijual pada harga yang melebihi kemampuan pengguna ia sekaligus membatalkan keinginan pengguna. Huawei honor 8 dijual pada harga RM 1,899 menerusi laman web Lazada. Malah mereka turut menawarkan gantian untuk skrin yang pecah dalam tempoh 6 bulan pertama. Telefon yang membawakan ciri-ciri premium ini dijual pada harga yang semestinya membolehkan sesiapa sahaja memilikinya.





Kesimpulan kenapa saya berminat nak dapatkan honor 8 kerana..

Honor 8 adalah telefon pintar yang sangat baik yang mengimbangkan lihat premium, rasa dan prestasi dengan harga pertengahan, yang sepatutnya membuat anda mempersoalkan mengapa anda perlu membayar lebih kemungkinan untuk telefon top-end. Hayat bateri yang baik, persediaan kamera dwi menghasilkan tembakan baik, pengimbas cap jari yang sangat baik dan dengan 32GB penyimpanan dan slot kad microSD, ada banyak ruang untuk aplikasi, foto dan muzik.

Bagi yang dah teruja dengan Honor 8 ni, boleh dapatkan Honor 8 dengan harga yang berpatutan di Lazada yang dikeluarkan dalam 2 pilihan dalam 4 warna iaitu hitam, putih, biru dan gold.


1. Honor 8 (4GB RAM + 64GB ROM)
Percuma : Honor Band SS + Protective Cover (RM498.00).
RM1,899.00


2. Honor 8 (4GB RAM + 32GB ROM)
Percuma : Selfie Stick + 5000mAh Powerbank + Protective Cover (RM294.00).
RM1,699.00

Lazada bakal buat MYCyberSale diskaun sehingga 95% bermula 26 September 2016 sehingga 30 September 2016.


Jadi, bolehlah beli Huawei Honor 8 ni kan.[Klik banner untuk maklumat lanjut]