Sumber Ayu Pembersih Wanita Berwajah Baru !

Memperkenalkan pembersih kewanitaan daun sirih Sumber Ayu dengan Formulasi dipertingkatkan & berwajah baru.
Sumber Ayu-Penjagaan semulajadi untuk kawasan intim yang bersih dan sihat.


Sebahagian erti menjadi "dewasa" adalah mampu mengetahui dan memahami keadaan serta keperluan tubuh badan.Kebersihan tubuh badan amat penting terutamanya pada kawasan intim.



Bahagian intim wanita merupakan tempat tinggal jutaan flora dan bakteria yang membolehkan kita menjalani kehidupan seharian tanpa sebarang gangguan dan perasaan tidak selesa pada kawasan tersebut.Bakteria yang membentuk sebuah ekosistem semulajadi ini memberikan keseimbangan tahap pH serta melindungi kawasan tersebut daripada sebarang jangkitan dan ancaman bendasing.

Bertentangan dengan kepercayaan umum,membersih kawasan intim dengan menggunakan sabun dan air akan menganggu keseimbangan semula jadi,lantas mendedahkan anda kepada risiko jangkitan.

Lengkapkan rutin penjagaan peribadi anda dengan Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu,diformulasi dengan bahan semula jadi agar kawasan intim wanita sentiasa dalam keadaan sihat dan bersih serta bebas dari bakteria jahat,kegatalan dan juga bau yang kurang menyenangkan.Kawalan pH pada paras pH3.5 merupakan paras ideal agar ekosistem berada dalam keadaan baik.

Bahan utama ekstrak Daun Sirih kini dipertingkatkan dalam Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU bagi membekalkan perlindungan tanpa bakteria.Formulasii ini diperhebat dengan wangian semula jadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.

Selari dengan peredaran masa,Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU turut hadir dengan wajah baru yang lebih segar.Mengekalkan bentuk botol yang diinspirasikan daripada keanggunan lekuk tubuh wanita,pembersih kewanitaan ini tampil dengan rona yang lebih menarik bagi membezakan setiap varian di hiasi dengan kemasan yang lebih sofistikated.Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU ini juga diperakui Halal oleh Jakim bagi manfaat para pengguna Muslimah.


Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU merupakan produk ideal bagi semua wanita di setiap peringkat umur dan hadir dalam rangkaian enam wangian yang menarik dan pelbagai.

1.Pembersih Kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu Orkid-Haruman segar dari kuntuman orkid,memberikan wangian ringan dan rasa bersih yang kekal sepanjang hari.Amat sesuai buat wanita ayu yang sentiasa mengekalkan keanggunannya dalam pelbagai cara.

2.Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Mawar-Wangian mawar mekar yang manis memberikan aroma yang menenangkan dan rasa bersih sepanjang hari.Pilihan bagi mereka yang berjiwa romantis.

3.Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Floral-Kombinasi percikan aroma pelbagai bunga memberikan rasa segar sepanjang waktu.Ciptaan ideal bagi wanita yang sentiasa ceria dan bersahaja.

4.Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Musk-Aroma semula jadi kasturi yang ringan menyuntik kesegaran optimum agar kekal sepanjang hari.Varian ini sesuai dengan wanita yan sentiasa kehadapan dan meminati haruman patchouli yan terkenal dengan nuansa anggun. 

5.Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Gambir-Bauan herba yang harum serta memberikan kesegaran semula jadi.Pilihan terbaik buat wanita klasik yang sofistikated dan menghargai sentuhan alam di dalam kehidupan.

6.Pembersih Wanita Daun Sirih Sumber Ayu Fruity.-Aroma manis buah-buahan tropika mampu memberikan anda rasa bersih dan segar sepanjang hari.pilihan terbaik buat si gadis yang ceria,lincah dan sentiasa bersedia dan yakin dalam apa jua keadaan.



Rangkaian Pembersih kewanitaan Daun Sirih Sumber Ayu boleh didapati pada harga RM3.60(90ml) dan RM5.80 (200ml).Rangkaian penjagaan kebersihan berkualiti SUMBER AYU ini dibawakan kepada anda oleh WIPRO UNZA.Bagi anda yang ingin mendapatkan produk SUMBER AYU ini,mudah sahaja kerana produk-produk Sumber Ayu boleh didapati dan terdapat di semua pasaraya utama dan farmasi.

Post a Comment

2 Comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..