Ini Sebab Susu Rumusan Friso Gold Terbaik Untuk Anak Saya

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Meluangkan masa bersama  anak-anak adalah satu perkara penting.Mereka akan merasakan tidak terabai dan hubungan antara keduanya terjalin lebih erat dan mesra.Masa istimewa itu adalah yang paling sesuai untuk ibubapa bersama anak-anak sambil berkongsi perasaan dan pengalaman, mengeratkan lagi perhubungan, membimbing anak-anak sambil menjadi contoh yang terbaik kepada mereka.

Bagi seorang anak, bermain adalah menyeronokkan, dan oleh itu fiqa perlu mencari sedikit masa  untuk bermain dengan anak-anak fiqa.Untuk membantu perkembangan positif anak-anak, mereka sepatutnya didedahkan dengan pelbagai aktiviti luar rumah yang lebih banyak memberi manfaat dan membantu mereka membesar sebagai anak yang kreatif, cergas dan cerdas. 

Namun, sama seperti  ibu bapa yang lain, fiqa menyimpan rasa bimbang dengan aktiviti luar anak-anak fiqa..Sebab apa? Sebab risaukan keselamatan anak-anak fiqa. Takut mereka tidak mempunyai daya ketahanan yang kuat.

Tetapi jika mengatakan 'TIDAK' pada anak-anak fiqa,ia akan menutup peluang mereka untuk meneroka dan mempelajari lebih banyak dari persekitaran serta mempengaruhi tahap keyakinan terhadap  pembangunan fizikal dan fisiologi mereka nanti.  Untuk mengatasi kebimbangan jika anak-anak fiqa jatuh sakit sewaktu menikmati pengalaman diluar,fiqa berusaha untuk mengukuhkan daya tahan anak-anak fiqa kerana 80% daripada imuniti terletak pada sistem pencernaan.Menguatkan sistem  penghadaman adalah perlindungan yang terbaik daripada jangkitan.Apabila anak-anak fiqa sihat,mereka akan membesar dan dapat belajar dengan lebih baik.


Bagaimana fiqa memastikan anak-anak fiqa kuat dari dalam?

Pentingnya nutrisi bagi anak-anak kita terutamanya yang sedang membesar. Adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai ibu bapa untuk memastikan pengambilan nutrisi yang diperlukan oleh badan anak kita adalah mencukupi. Salah satu adalah memberikan mereka susu Friso Gold.Susu adalah salah satu nutrisi penting yang wajib di ambil oleh anak-anak terutama sekali untuk pembesaran.  




Mengapa Nutrisi Lengkap Sangat Perlu.

Jika jumlah pengambilan nutrien adalah tidak mencukupi, ia akan menganggu perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak-kanak. Hal ini akan menghalang kanak-kanak daripada melalui pertumbuhan fizikal yang sempurna. Kebanyakan proses tumbesaran dan perkembangan termasuk mata, minda, pertumbuhan fizikal dan pembelajaran berlaku ketika kanak-kanak berumur satu hingga tujuh tahun. Justeru itu, pengambilan pemakanan mereka boleh mempengaruhi perkembangan tersebut.



Kenapa fiqa pilih Friso Gold?

Friso Gold adalah susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang diimport 100% dari Holland, dihasilkan dari ladang-ladang di mana penternak mempunyai warisan dan kepakaran tenusu lebih 140 tahun.Ia juga telah melalui proses penghasilan Friso Gold yang unik (Single Manufacturing Process), susu segar dari ladang di Holland dihantar terus ke kilang untuk diproses menjadi susu tepung melalui pendedahan kepada haba yang minimal semasa pemprosesan.Ini mampu mengekalkan nutrien semulajadi susu, supaya ia lebih mudah dihadam oleh kanak-kanak. 

Friso Gold dengan Frisohield mengandungi nutrien-nutrien penting seperti Vitamin B6 & C, Selenium, GOS, Zink dan DHA yang penting untuk ketahanan badan semulajadi kanak-kanak supaya mereka dapat terus membesar dan berkembang dari dalam.

Galacto - Oligosacharide (GOS)
→Menggalakkan pertumbuhan bakteria bifidus yang baik untuk membantu mengekalkan sistem penghadaman yang sihat.


Probiotik
→Membantu untuk menindas / melawan bakteria berbahaya dalam sistem pencernaan, dengan itu membantu untuk mengekalkan sistem pencernaan yang sehat.


DHA dan AA
→Asas yang penting untuk perkembangan otak. 


Zink dan Besi
→Pertahanan semula jadi sokongan kanak-kanak.


Antara aspek lain  fiqa memilih Friso Gold bukan sahaja kerana tertarik dengan kandungan khasiat dan nutrien yang terdapat didalamnya tetapi juga Friso Gold merupakan satu-satunya susu tepung rumusan yang mempunyai packaging yang menarik convenient and manageable serta easy to handle sebab ianya datang dengan ‘protection lid’ supaya penyedian susu kepada anak-anak akan lebih mudah, bersih, accurate dan kandungan susu lebih ‘selamat’ didalam tin sebab packaging Friso Gold didatangkan dengan tight seal. Jadi susu tak masuk angin or semut. Friso Gold semestinya pilihan utama fiqa pada masa ini.






Antara pengalaman/aktiviti luar rumah yang fiqa dan anak-anak nikmati bersama:

Aktiviti Memanjat


Apabila anak-anak mempunyai sistem imun yang kuat dan bekalan kalsium yang mencukupi,secara tidak langsung mereka akan aktif bermain.#FrisoGoldMY ada untuk memastikan mereka sentiasa kekal aktif dan kuat dari dalam.

Bermain Bola

 Bermain bola memang sinonim dengan anak lelaki.Aktiviti ini dapat mengeluarkan peluh dan menyihatkan tubuh badan.Permainan ini dapat melatih kemahiran otot tangan dan koordinasi mata & tangan anak disamping menambah daya intelek anak melalui pemahaman peraturan permainan.Apabila anak-anak mempunyai sistem penghadaman yang sihat,mereka boleh bermain diluar bersama.Bagaimana fiqa pastikan mereka mampu bermain dengan bebas?Mereka kuat dari dalam dengan sokongan #frisogold #frisogold3 yang dipertingkatkan dengan teknologi LocNutri yang membantu memelihara nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah di serap.



Bermain Pasir

Bermain pasir merupakan antara permainan yang memberikan banyak manfaat kepada kanak2.Jari-jemari kecil yang mengengam,mengepal serta membentuk pasir dapat membantu perkembangan deria sentuhan dan mengasah skil pergerakan jemari halus(fine sensorimotor skills).Selain itu daya kreativiti dan imaginasi anak juga dapat ditingkatkan.Bermain dengan pasir bukan sekadar bermain tetapi ia juga merupakan sebuah proses pembelajaran yang dapat meningkatkan daya tumpuan atau fokus anak-anak.Kesemua faedah bermain pasir ini sememangnya dapat menjadikan anak-anak lebih pintar dan cerdas.Pastikan pengambilan #nutrisi yang diperlukan oleh badan anak kita mencukupi kerana jika pengambilan nutrisi tidak mencukupi,ia akan menggangu perkembangan minda dan keupayaan intelektual kanak2.Terima kasih kepada #frisogoldmalaysia kerana memastikan keperluan nutrisi anak-anak fiqa mencukupi.

“Memang kita sebagai ibu tidak lari dari sifat terlalu melindungi anak atau overprotected. Namun, kita harus memberikan mereka ruang dan peluang untuk meneroka sendiri dunia di sekeliling dan merasai nikmat melakukan perubahan yang baru untuk meningkatkan keyakinan diri serta yakin mereka boleh melakukannya!Dan untuk itu, Friso Gold dirumuskan untuk membantu kanak-kanak mengukuhkan daya ketahanan tubuh mereka. Ini akan menjadikan anak-anak kita lebih kuat dari dalam kerana kebaikan semulajadi susu segar dari ladang dapat dikekalkan dalam setiap gelas Friso Gold”



Pentingnya bermain diluar rumah.
Bermain diluar rumah adalah tempat yang terbaik untuk anak-anak  mengamalkan dan menguasai kemahiran fizikal baru . Ini  adalah kerana di luar rumah anak-anak boleh mengalami sepenuhnya dan bebas menguasai kemahiran motor seperti berlari, melompat, dan memanjat. Ia juga merupakan kawasan yang paling sesuai untuk amalan kemahiran pengendalian bola, seperti membaling menangkap, dan menyepak. Banak lagi aktiviti lain seperti melakukan lain kemahiran manipulatif seperti menolak buaian, menarik wagon, dan mengangkat dan membawa objek alih.

Selain itu, bila berada di luar rumah mereka  cenderung untuk membakar kalori yang membantu mencegah obesiti.Aktiviti luar juga penting kerana cahaya luar merangsang kelenjar pineal, bahagian otak yang mengawal "Jam biologi," adalah penting untuk sistem imun, dan membuatkan kita berasa gembira.

Bermain diluar rumah Menyumbang kepada Pembelajaran

Bermain diluar rumah bukan  sahaja meransang perkembangan fizikal tetapi juga perkembangan kognitif dan sosial / emosi dipengaruhi juga. Di luar, kanak-kanak lebih cenderung untuk mencipta permainan. Seperti yang mereka lakukan, mereka dapat meluahkan perasaan dan belajar tentang dunia dengan cara mereka sendiri. Mereka rasa selamat dan dalam kawalan, yang menggalakkan autonomi, membuat keputusan, dan kemahiran organisasi. Mencipta peraturan untuk permainan  menggalakkan pemahaman mengapa peraturan yang perlu. Walaupun kanak-kanak hanya bermain untuk bersenang-senang, mereka belajar

• Kemahiran komunikasi dan perbendaharaan kata (kerana mereka mencipta, mengubah suai, dan menguatkuasakan peraturan).
• hubungan nombor (kerana mereka sentiasa unggul dan mengira)
• adat sosial (kerana mereka belajar untuk bermain bersama-sama dan bekerjasama).

Belajar Menghargai Alam Sekitar

Kita tidak boleh memandang rendah nilai pembangunan estetik dipromosikan oleh berada di luar. kesedaran estetik merujuk kepada mula peka kepada keindahan di sekeliling kita. Oleh kerana alam semula jadi dipenuhi dengan pemandangan yang indah, bunyi, dan tekstur, ia adalah sumber yang sempurna untuk pembangunan estetika pada kanak-kanak.

Kanak-kanak banyak belajar  melalui deria mereka. Di luar terdapat banyak perkara yang berbeza dan indah bagi mereka untuk melihat (haiwan, burung, dan tumbuh-tumbuhan berdaun hijau), untuk mendengar (deruan angin melalui daun,), bau bunga wangi, untuk sentuh (kulit kayu pokok), dan juga untuk rasa (titisan hujan). Kanak-kanak yang menghabiskan banyak masa memperoleh pengalaman mereka melalui televisyen dan komputer dengan hanya menggunakan dua deria (pendengaran dan penglihatan), yang serius boleh menjejaskan kebolehan persepsi mereka.

Akhir sekali, apa yang lebih baik daripada luar untuk kanak-kanak untuk menjadi kuat? Di luar mereka boleh bebas berlari dan melompat serta menjerit yang tidak dapat dilakukan didalam rumah
.Apabila fiqa berfikir kembali ke zaman kanak-kanak fiqa sendiri, banyak memori indah fiqa adalah tempat luar dan aktiviti. Kenangan itu termasuk memanjat pokok ,mempunyai  tempat persembunyian rahsia dan banyak lagi. Jadi kenapa tidak fiqa kongsi memori indah itu bersama anak-anak.Biar mereka merasai pula pengalaman indah itu.



Bagaimana Friso Gold yang baru dipertingkatkan dengan teknologi LocNutri membantu mengekalkan nutrien dalam struktur asal sewaktu proses pengeluaran, supaya mudah diserap tubuh dan senang dihadamkan.


Apakah sebab Friso Gold mudah dihadam?







Teknologi LocNutri  yang  terdapat dalam susu Friso Gold memelihara nutrien dalam bentuk asalnya. Nutrien dalam bentuk asalnya lebih mudah untuk diserap. Oleh itu, teknologi LocNutri menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan formula, agar protein dapat dikekalkan sebaik yang mungkin dalam struktur asalnya.

Apabila anak-anak fiqa mempunyai sistem penghadaman yang sihat, mereka boleh keluar meneroka bersama fiqa kerana dia lebih kuat dari dalam kerana terdapat banyak pengalaman yang sedia untuk diterokai oleh mereka. Mereka dapat meluaskan pandangan dan menyerap segala pengetahuan dalam tahun-tahun penerokaan mereka. Sistem penghadaman yang sihat memastikan mereka berasa kurang tertekan dan mempunyai lebih tenaga dan semangat untuk menikmati pelbagai aktiviti bersama fiqqa dan saat-saat bersama si manja ini bakal menjadi detik-detik manis yang akan dibadikan sepanjang hidupfiqa sebagai ibubapa.

Apabila anak-anak meneroka pengalaman baru untuk membesar dan belajar. Penyerapan nutrien yang tepat memastikan perkembangan fizikal, penghadaman dan immuniti mereka kekal kuat. Ini akan memastikan mereka sentiasa kuat dari dalam dan membina sistem imun normal serta kekuatan, agar dapat meneroka pengalaman yang lebih luas.Apabila kanak-kanak mempunyai kesihatan penghadaman yang baik, daya ketahanan badannya akan bertambah baik. Apabila anak-anak fiqa kuat dari dalam, mereka lebih gembira dan sedia menikmati masa di luar bersama fiqa.

Pengalaman, tidak kira besar atau kecil, boleh menghasilkan memori yang kekal, memupuk kemesraan, dan yang penting membantu anak-anak fiqa belajar. Namun hanya apabila anak-anak fiqa kuat dari dalam, barulah mereka mampu menerokai segala pengalaman baru bersama fiqa sepenuhnya.Kini, anda tahu betapa pentingnya nutrisi dalam membantu anak-anak  kita menjadi lebih kuat dari dalam agar meeka dapat belajar dan meneroka dunia.

"Friso Gold membantu menjadikan kanak-kanak kuat dari dalam untuk menyokong proses tumbesaran dan perkembangan mereka supaya mereka boleh meneroka, bermain, dan belajar dengan sepenuhnya,"




Jadi, ibu-ibu di luar sana jangan takut untuk mengatakan 'YA' kepada pengalaman anak korang di luar rumah. Jadikan setiap aktiviti korang bersama anak-anak sebagai motivasi untuk memupuk sikap positif dalam diri mereka. Percayalah ... korang akan teruja dengan perubahan besar yang mereka ciptakan melalui aktiviti dan pengalaman. Dan, pastinya ikatan antara anak dan ibu akan lebih terjalin erat sehingga mereka dewasa.


Post a Comment

1 Comments

  1. aa btol btol. apbla ckup nutri semua akan ok insyaAllah :)

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..