Kerja Dari Rumah Dengan iLancee - Fiqa story

"Where hope grows, miracles blossom".

Hot

Post Top Ad

22 January 2017

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee



Kerja dari rumah dengan iLancee | Carian tentang kerja dari rumah ini merupakan carian paling popular di internet.Ramai yang ingin mendapatkan duit sampingan dari internet dan ramai juga yang telah berjaya mendapatkan duit sampingan dengan hanya kerja dari rumah.

Kerja Dari Rumah Dengan iLancee 

Ramai yang sudah tahu dan ada juga yang belum tahu,dan untuk sesiapa yang belum pernah dan tidak tahu cara nak buat duit online dalam entri ini fiqa nak share dengan korang cara nak dapatkan duit dari internet dengan hanya kerja dari rumah dengan iLancee.com.


Mungkin sebelum ini anda sudah pernah mendengar tentang iLancee.com.Ya,iLancee adalah laman buat duit tanpa perlu keluar dari rumah.

Untuk pengetahuan anda,jika sebelum ini anda belum pernah mendengar tentang iLancee.com,artikel ini akan menerangkan serba ringkas mengenai iLancee,dan kerja dari rumah dengan iLancee.Sememangnya korang tidak memerlukan modal yang besar untuk memulakan bisnes internet dengan laman iLancee.Malah laman iLancee pastinya merupakan tempat yang sesuai kepada mereka yang ingin buat duit online atau memulakan bisnes internet di rumah. Tentunya ini adalah peluang keemasan dan juga peluang terbaik kepada sesiapa sahaja yang ada di luar sana yang ingin mengetahui cara nak buat duit online, menjana pendapatan sampingan di internet atau kerja part time dari rumah!


Secara ringkas, laman iLancee, bertindak sebagai "orang tengah" antara pengiklan dan pengguna; pengiklan membayar untuk servis anda yang anda iklankan di laman web iLancee..

"Apa Itu iLancee?"...
"Bagaimana Cara kerja dari rumah dengan iLancee?"...
"Mengapa iLancee Merupakan Tempat Terbaik Memulakan Bisnes  Di Internet?"...
"Apa kelebihan iLancee?"...
" Apakah fungsi iLancee?"...


Pastikan anda teruskan lagi membaca kerana kesemua persoalan itu bakal anda ketahui sebentar lagi

Tentang iLancee

 
iLancee.com dikendalikan oleh Serius Media Network yang di daftar dengan nombor (NS0139946-P) ditubuhkan adalah untuk membantu usahawan-usahawan digital micro dalam memulakan kerjaya atau bisnes tanpa kos. Ini kerana pengguna hanya perlu ada kemahiran sahaja untuk jana duit di sini. Sebagai contoh, jika anda seorang writer, anda boleh tawarkan servis penulisan, jika anda seorang designer anda boleh menawarkan servis design, jika anda ada kemahiran dalam bidang bina website, tawarkan servis website dan sebagainya.



 

Bagaimana Cara kerja dari rumah dengan iLancee??


 


Sebelum itu anda mesti tahu apakah barang yang boleh dijual di iLancee.com.Di iLancee.com ada tiqa jenis servis yang korang boleh jual iaitu servis/perkhidmatan/kemahiran,barang fizikal dan juga produk digital.

a. Servis/ Perkhidmatan/Kemahiran

Macam fiqa yang mempunyai blog,ini satu peluang yang harus fiqa ambil.Fiqa boleh menawarkan servis menulis review produk,advertorial,dan juga servis meletakkan iklan di blog fiqa.

Antara lainnya seperti,servis buat blog,video dan animasi dan banyak lagi mengikut kemahiran yang korang ada.


 


b. Barang Fizikal

Tiada blog tapi ada korang kreatif  dan ada hasil kraftangan.Bagi korang yang mempunyai bakat mereka barangan diy yang unik, korang boleh juga iklankan di iLancee.com kerana ianya juga menyediakan jualan beli barang fizikal. Ini adalah salah satu cara anda boleh menjana pendapatan disamping melakukan minat dan hobi anda.Tidak nafikan yang ramai yang sukakan barangan d.i.y yang unik dan comel.Saya juga sukakan barang diy..hehe
 
c. Produk Digital


Tiada blog ,tidak kreatif tapi ada  produk digital seperti ebook,gambar grafik dan design juga software-software dengan lesen hak jual semula jika ada. Jangan tunggu lagi dan mula menjana pendapatan anda  di iLancee.

Mengapa iLancee Merupakan Tempat Terbaik Memulakan Bisnes Di Internet?
 

Hanya berbekalkan kemahiran yang anda ada, anda sudah mula boleh jana wang di sini. Jaga reputasi anda di sini dan buyer akan sentiasa tempah servis dengan anda. Dengan hanya promosikan perkhimatan anda dengan kerap,maka lebih banyak pendapatan yang bakal anda perolehi.


Kelebihan iLancee


 
Pengguna tidak perlu bersusah payah promote servis sendiri kerana melalui iLancee buyer akan mencari servis anda. Tetapi sebolehnya korang  promote juga servis-servis anda di media sosial dan juga blog.Lagi kerap korang promote lagi cepat korang jana pendapatan kan.



Fungsi iLancee

Di iLancee ada dua fungsi untuk anda ketahui iaitu fungsi sebagai Buyer dan fungsi sebagai Seller.Sebagai buyer, anda boleh beli apa-apa saja servis di iLancee dengan selamat kerana segala pembayaran akan diterima oleh iLancee terlebih dahulu sebelum dilepaskan kepada Seller.Selepas Seller siapkan kerja dan hantarkan kepada Buyer, barulah admin lepaskan pembayaran kepada Seller.Pengguna perlu tahu bahawa setiap servis admin akan ambil 20% daripada jumlah harga. Contohnya. Harga jumlah servis adalah RM50. Maka, Seller akan dapat RM40 dan RM10 akan dapat kepada iLancee.

Bagaimana kerja dari rumah dengan iLancee?

Bagaimana Untuk Menjual?

Contohnya fiqa bina servis review produk di iLancee.Kemudian fiqa kongsi servis fiqa di laman sosial.Ada yang berminat  untuk mendapatkan servis fiqa dan mereka tempah dan bayar  melalui laman iLancee.Pihak iLancee akan memberitahu fiqa ada yang tempahan servis review produk yang fiqa tawarkan.Fiqa siapkan review produk tersebut dan pihak iLancee akan lepaskan duit bayaran tersebut.

Bagaimana Nak Membeli?

Bagi buyer pula cari servis yang anda minat dan suka.Anda bayar guna FPX/Kad Kredit/Online Bankin.Kelebihan buyer ialah buyer boleh lihat progrees kerja seller.Buyer terima tempahan siap.Buyer juga boleh meminta balik untuk betulkan yang mana silap.Selepas itu buyer bolehlah berikan rating kepada kerja seller samaada baik atau tidak.                                 



Terma dan Syarat di iLancee.com





 


Kalau anda dah sampai sini maknanya korang dah habis baca artikel fiqa..hehe..ke scroll je...berminat?Korang boleh mula bekerja dari rumah dengan iLancee dengan mendaftar di sini - Daftar iLancee.Bagi fiqa dengan adanya iLancee.com,fiqa boleh mula menjana pendapatan hanya dari rumah dengan menjual servis dengan hanya menggunakan blog.Salah satu alternatif  menjana pendapatan sebagai seorang surirumah sepenuh masa.

Contest iLancee


Contest iLancee


Contest iLancee ini telah dianjurkan oleh ahmadFaiz.com dan ditaja oleh SM Creative Studio, Semanis Kurma, Bina Blog Sendiri, Best Autoresponder, Panduan Bisnes Ebook, Buat Duit Blog, Best Hosting, Affiliate Malaysia, Poslaju TrackingInfobiz FB Ads, BinMuhammad, Seri Nian Blogger, Hiburan Sabah, Top Seo Friendly, Sentiasa Panas


11 comments:

  1. Tahniah Fiqa join kontest SEO ni...Semangat tu! Anyway good luck too :)

    ReplyDelete
  2. ulasan yag mnarik..

    dan smga bertuah dlm contest iLancee ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin...x menang xpe..atleast kita cuba kan..:)

      Delete
  3. Harap dengan promosi mengenai kerja dari rumah dengan ilancee ni .. akan ada lebih ramai usahawan dari rumah ... :)

    ReplyDelete
  4. ilancee ni memang best laaaaaa. hahaa
    http://datoksirkronik.blogspot.my/2017/01/kerja-dari-rumah-dengan-ilancee.html

    ReplyDelete
  5. Selain berpeluang menang, blogger juga boleh membantu iLancee milik admin malaysia ni kan :)

    ReplyDelete
  6. Ho...ho... Kerja dari rumah pun makin senang untuk dapat duit. Lebih lagi di tempat atau flatform terbaik, yakni ilancee.

    ReplyDelete
  7. Kerja dari rumah pun boleh dapat duit, bestnya.... terutama di ilancee.

    ReplyDelete
  8. Siapa yang ada bakat dan ada kemahiran elok daftar dan offer servis menerusi ilancee ni.

    Dah lama saya cari cara nak buat duit dari rumah..

    Terima kasih atas perkongsian.. Semoga awak dimurahkan rezeki

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.
Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..

Post Top Ad