Parenting & Lifestyle blogger

16 March 2017

Jom Bercuti di A’famosa Resort Melaka


Apabila sebut saja pasal negeri Melaka, semua orang tahu tentang keunikan dan tempat-tempat menarik yang terdapat di negeri ini antaranya Kota A’Famosa serta ratusan bangunan peninggalan sejarah yang lain. Walaupun saiz negerinya kecil tapi banyak tempat menarik untuk dikunjungi. Bak kata orang diam-diam ubi berisi.


Kota A’Famosa

Selain tempat bersejarah, terdapat banyak lokasi pelancongan yang boleh anda cuba di negeri ini  seperti Taman Tema Air A’Famosa Resort yang sangat sesuai untuk golongan kanak-kanak dan juga dewasa. 

Taman Tema Air A’Famosa Resort


Taman Tema Air A’Famosa Resort

Salah satu tarikan yang perlu anda cuba disini adalah high speed water slide yang merupakan gelongsor air yang tinggi dan curam. Berani tak?
high speed water slide
A’Famosa Resort
Selain itu, pernah tak anda  dengar tentang rumah terbalik? Haaa kalau korang nak merasa pengalaman di rumah terbalik, pergi Galeri Rumah Terbalik. 


Galeri Rumah Terbalik

Source-FB Upside Down House Melaka



Pengalaman yang dijanjikan amat unik, mana taknya setiap susunan perabot didalam galeri ini disusun secara tunggang terbalik. Jadi, terbuktilah bahawa Melaka ni mempunyai banyak tarikan baik untuk pelancong asing mahupun pelancong tempatan. Jika anda ingin ke sini, jangan lupa visit traveloka.com untuk membuat tempahan tempat penginapan!

Di traveloka.com, terdapat banyak pilihan penginapan untuk dipilih, salah satunya ialah A’Famosa Resort yang dibina di tapak 1300 ekar di Alor Gajah, dikelilingi oleh bukit-bakau dan kawasan desa yang subur. Selain bercuti, inilah peluang untuk korang merehatkan diri  yang selama ini sibuk dengan urusan harian.
Antara tarikan resort ini ialah ianya berdekatan dengan beberapa tempat menarik di Melaka seperti Animal World Safari, A’Famosa Water World dan juga Cowboy Town. Apa yang menariknya, Animal World Safari ini dibuka hingga jam 12 malam, jadi korang kena merasa pengalaman di safari ini terutama pada waktu malam.
Animal World Safari
Taman Tema Air A’Famosa Resort
Cowboy Town


A’Famosa Resort ni menyediakan beberapa pilihan bilik iaitu Deluxe Double/Twin, Villa (ditengah kawasan bukit) dan juga Condotel. Setiap bilik disediakan beberapa kemudahan asas seperti sofa, penyaman udara dan jugak kemudahan wifi percuma untuk keselesaan pengunjung. Selain itu, resort ni jugak menyediakan beberapa fasiliti untuk keselesaan korang seperti menghayati permandangan dalam kawasan resort sambil berbasikal. 



Condotel



Villa

Bagi kaki pancing pulak, korang jangan risau, get ready dengan joran korang sebab resort ini ada jugak menganjurkan pertandingan memancing didalam resort. Antara ikan yang ada dalam resort ini ialah Patin, Haruan, Talapia ,Keli dan juga Jelawat. Tak cukup mencabar? Kalau macam tu korang kena cuba permainan paint ball yang sangat best dan extreme.
Tu baru bab kemudahan tau, okay sekarang jom kita tengok bab makan pulak. Bab makan korang jangan risau,banyak restaurant yang ada dalam resort. Korang pilih je selera macam mana yang korang nak cuba. 

Clubhouse Teres Golfer & Greenview Restoran
Bagi korang yang prefer citarasa gaya buffet, Clubhouse Teres Golfer & Greenview Restoran merupakan salah restaurant yang patut korang pilih kerana pelbagai makanan dan minuman yang mengabungkan gaya masakan tempatan dan barat.
The Ranch Steak House.
Bagi pengemar hidangan steak pulak, korang jangan risau kerana korang boleh merasa pelbagai rasa masakan steak di The Ranch Steak House.

Kalau korang inginkan makan malam berlatarkan permandangan tasik yang romantik, Lake View Restaurant merupakan pilihan yang tepat. 

Setelah penat berjalan seharian, korang boleh menikmati makan malam bersama pasangan sambil menikmati permandangan tasik buatan manusia. Selain dari restoran yang saya senaraikan ni, terdapat banyak lagi pilihan restaurant yang ada disini. Resort ini juga menyediakan A’Famosa Convention Center untuk kegunaan ahli perniagaan dan juga untuk kegunaan majlis perkahwinan.

Kalau korang nak datang Melaka, jangan lupa layari Traveloka.com untuk menempah A’famosa resort villa on low prices!

0 comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.
Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.
Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..