MOLPay Cash | Shopping Di Lazada Malaysia App Dan Bayar Tunai Di 7-Eleven

MOLPay CASH.
MOLPay CASH | Shopping Di Lazada Malaysia App Dan Bayar Tunai Di 7-Eleven.Siapa suka beli barang online,lagi-lagi dekat  Lazada Malaysia??Kita geng..hehe..Ehh laki aku pun dah terjebak jugak..😂😂.Kali ini fiqa nak share adengan korang  cara beli online di Lazada menggunakan  Lazada Malaysia App dan bayar tunai di 7-Eleven menggunakan MOLPay CASH.




MOLPay Cash | Shopping Di Lazada Malaysia App Dan Bayar Tunai Di 7-Eleven


 Fiqa lebih suka guna  Lazada Malaysia App ni sebab senang dan memudahkan.Tidak payah buka PC/Laptop dah kalau nak shopping...kita guna smartphone je..korang kalau tidak ada  Lazada Malaysia App lagi boleh  muat turun Lazada App sekarang di "App Store / Google Play Store" pada smartphone korang.

Sebelum itu mari kita berkenalan dulu dengan MOLPay Cash ini.

MOLPay is a leading payment in southeast Asia, provide complete coverage of payment methods, including credit/debit card, domestic internet banking with more than 100 banks in Southeast Asia, and Online to Offline (O2O) payment or known as MOLPay CASH. MOLPay CASH accepts cash payments for online purchases, through physical outlets such as convenience stores and petrol stations. MOLPay CASH has over 40, 000 physical payment points in Southeast Asia.It’s a convenient over the counter payment option!







1. Buka Lazada Malaysia App dan log in.


2.Fiqa nak beli MP4 Learning  ,dah jumpa yang berkenan bolehlah ADD TO CART dan PROCEED TO CHECKOUT.



3.Selepas itu korang akan dibawa kepada paparan Shipping. Dekat situ bolehlah tulis alamat korang untuk penghantaran barang korang nanti.Dah siap isi semua tekan PROCEED TO PAY.



4.Seterusnya korang akan dibawa kepada paparan Payment. Untuk bayar secara tunai menggunakan MOLPay Cash , pilih 7-Eleven. Lepastu klik REVIEW ORDER. Nanti akan terpapar semua maklumat barang, harga dan alamat. Bagi yang ada voucher  , masukkan dibahagian voucher code.


5.Dah siap check semua alamat, barang, harga yang nak dibayar betul, boleh terus klik PLACE ORDER.






 6.Lepas klik Place Order tadi, anda akan dibawa kepada paparan Payment Instructions . Korang kena screenshot  Payment Instructions ni. Pastikan yang korang screenshot tu ada Transaction ID dengan Verification Code ya.

7. Untuk buat pembayaran, anda boleh ke 7-Eleven berhampiran. Tunjuk bukti detail transaction ID dan Verification Code  dekat Cashier 7-Eleven, dan buat bayaran. Akan dapat dua resit lepas buat bayaran. 


Untuk MOLPay Cash ini valid hanya selama 48 jam.Jika dalam tempoh 48 jam tiada payment diterima maka order korang akan dibatalkan.Jadi pastikan buat pembayaran sebelum tempoh 48 Jam.

8.Tunggu barang sampai depan umah...



 Okay,kesimpulannya pada pendapat fiqa lepas guna MOLPay Cash ini ialah,ianya memudahkan bagi mereka yang tidak ada online banking/tiada kredit kad/wang x mencukupi dalam akaun bank.Sangat mudah untuk bayar secara tunai dengan MOLPay Cash dimana-mana kedai serbaneka 7-Eleven  kerana ianya boleh dilakukan 24 jam kemudahan pembayaran.


Post a Comment

10 Comments

  1. wa bestnya. PG tak pernah lagi soping dekat lazada. Setakat ni more to zalora. Mungkin boleh try lazada kan :) tq share awak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..fiqa pula shopping dekat zalora 2 3 kali macam tu je..

      Delete
  2. lepas bayar tunggu dia hantar ke.??..ke ad step2 dia lg?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lepas bayar dekat 7e tu, settle dah..tinggal tunggu barang sampai je..

      Delete
  3. Saya dah bayar ke 7 eleven tapi dah 7 hari barang tak sampai tak da konfirmasi jg ke no tlfon awak macam mana tu kak saya cek ke order pun no have order tapi saya dah bayar dah pesen barang jg

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli barang dari lazada?Sepatutnya bila dah bayar guna molpay tu akan dapat email atau sms pengesahan pembayaran item.Dekat akaun lazada tu boleh tengok semula item yang kita order.

      Delete
  4. 7elven d pulau pinang ad ke molpay ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sure pula kalau area pulau pinang..tapi rasanya setiap 7-eleven ada menyediakan perkhidmatan molpay nie

      Delete
  5. salam. molpay dengan molpts sama ke. saya dah terbeli zGold-molPts rm100.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wasalam..awk beli apa?sy x sure tapi zGold tu bukan untuk game ke?

      Delete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..