"Where hope grows, miracles blossom".

Deko rumah sempena hari raya

Assalamualaikum...

Lagi berapa minggu nak hari raya,persiapan baju raya dah settle awal2..tinggal nak deko-deko rumah sikit2 je lagi.Raya kali ini deko rumah simple-simple sahaja.Tiada perabot baru pun..hihi..jimat gitu.Bulan lepas dah cat rumah jadi tinggal nak mekap sikit2 je lagi..kurang2 ada juga perubahan sempena hari raya nanti..Ada yang perlu saya beli baru dan ada yang perlu sedikit pengubahsuaian sahaja.

Jadi jom lihat bagaimana saya deko rumah saya untuk persiapan raya nanti...

1.Tukar Langsir dan Alas sofa.
Saya memiliki sofa heavy corduroy dan untuk raya ini ingin menukar kepada yang lebih lembut. Jadi saya pilih alas sofa bermotif floral ini dari lazada.





Untuk langsir pula saya bercadang untuk mencari warna yang sama dengan cat dinding yang baru dan saya memilih untuk membeli langsir ini juga dari lazada.


2.Meja makan perlu sentuhan tersendiri. Bunga sama ada bunga hidup atau artificial  boleh dijadikan penyeri meja makan.Saya memilih bunga artificial lavendar flower  bouquet inii kerana amat sesuai dengan alas meja makan saya yang berona unggu kebiruan selain ianya yang tahan lama.Bunga ini boleh didapati di Lazada juga.Link



3.Sesuai dengan hari raya,suasana kena lah fresh gitu kan,oleh itu saya bercadang untuk membeli aromatherapy diffuser ini untuk membangkitkan aroma dan kesegaran dalam rumah.




Selain daripada itu,saa akan mengubah sedikit kedudukan perabot yang sedia ada agar ruang lebih selesa dan luas untuk tetamu datang nanti.

Tidak perlu berbelanja mahal atau menukar perabot untuk persiapan raya sebenarnya.ikut pada kemampuan masing-masing lah kan..hehe..Yang penting rumah bersih selesa dah memadai untuk kita menyambut hari raya nanti.

Tip hias rumah yang agak sempit untuk persiapan raya

1. Cat ruang dengan warna lembut dan ringan
Warna-warna terang dan ceria misalnya memang menambah seri kediaman namun ia boleh membuatkan satu-satu ruang kelihatan kecil.Warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula boleh membuatkan ruang yang kecil nampak luas.

2. Letak cermin
Salah satu tips menghias rumah sempit agar menampilkan ruang yang luas adalah dengan meletakkan cermin di dalamnya.

3. Guna perabot yang tidak mengambil banyak ruang
Sebaiknya beli perabot yang bersaiz kecil untuk ruang kecil. Perabot bersaiz besar biasanya akan memakan banyak ruang.

4. Pilih Langsir Sesuai & Posisikan Dengan Betul
Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut jadi sinaran matahari yang menerangi ruang menghasilkan pandangan yang luas.Sebaliknya jika memasang langsir tebal, suasana gelap menjadikan ruang yang kecil nampak lebih kecil.Langsir juga lebih elok diposisikan pada kedudukan tinggi atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang ‘tinggi’.

Jadi,apalagi,jom dapatkan barangan untuk dekorasi rumah anda sempena raya ini di lazada.Sekarang ini Lazada sedang mengadakan Sales marhaban Ya Ramadhan yang berlangsung dari 19 Mei hingga June 2017.Layari http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya-my-ramadhan-home/ dan dapatkan harga promosi sehingga 90%.








No comments:

Post a Comment

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..

Back to Top