August 2017 - Fiqa story

31 August 2017

Merdeka! Merdeka! Blogger Contest Lazada

8/31/2017 1
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest Lazada
Merdeka! Merdeka! Blogger Contest Lazada


Merdeka! Merdeka! Blogger Contest Lazada |Tinggal dalam beberapa jam sahaja lagi kita akan menyambut hari kemerdekaan. Tahun 2017 ini genaplah 60 tahun, kita sebagai rakyat Malaysia meraikan kemerdekaan.

Kemerdekaan membawa definisi yang amat bermakna kepada sesebuah negara yang sudah bebas daripada pemerintahan penjajah. Ia juga ibarat harta yang bernilai dalam menentukan kedaulatan negara dan bangsa.Negara kita juga tidak ketinggalan merasai nikmat kemerdekaan yang sebenar. Dalam menghayati dan mempelajari sejarah, kita dapat merasai erti pengorbanan yang sebenar meskipun kebanyakkan daripada kita tidak pernah melalui zaman dijajah ketika itu.

Malah, belajar sejarah juga menjadikan kita mengetahui bagaimana hendak menghargai sejarah negara dan bangsa kita sendiri. Bahkan, kemerdekaan sendiri sudah tertulis sebagai sebuah sejarah yang besar dalam negara kita.

Namun, sejauh manakah pemahaman kita mengenai erti kemerdekaan yang sebenar? Tepuk dada tanya selera.....



What do you love about being Malaysian?
Jadi apa yang saya bangga menjadi warga malaysia??

Malaysia antara salah satu negara di dunia yang mempunyai kepelbagaian kaum. Secara umumnya, rakyat Malaysia terdiri dari kaum Melayu, Cina dan India, namun negara ini juga dihuni oleh kaum asli, Iban, Bidayuh, Singh Baba Nyonya, Portugis dan banyak lagi.Hidup secara harmoni, masyarakat malaysia menghormati antara satu sama lain dan hidup tanpa mengenal erti perbezaan budaya.Kepelbagaian kaum yang menghuni bumi ini mewujudkan kepelbagaian jenis makanan. Selain Nasi Lemak yang juga merupakan makanan kebangsaan, Malaysia juga mempunyai ciri-ciri makanan gabungan beberapa kaum.Selain itu,tidak disangkal lagi keindahan Malaysia terletak pada lokasinya yang begitu strategik. Lokasi-lokasi pelancongan menarik seperti pulau-pulau serta tempat bersejarah menjadikan Malaysia antara 10 negara yang paling ramai dikunjungi pelancong saban tahun.Malaysia yang terletak di garisan Khatulistiwa adalah antara negara yang strategik lokasinya. Tidak terletak di Lingkaran Api Pasifik, Malaysia terhindar dari gunung berapi dan tidak menghadapi gempa bumi dengan kerap menjadikan Malaysia antara negara yang selamat untuk diduduki.Yang paling best ialah Malaysia adalah salah satu negara di dunia dengan banyak  cuti umum.Yeayyy...Haha!!


2. Choose your favourite local brand here.

Jika saya ingin membeli peralatan eletrik atau dapur saya akan melihat jenama buatan Malaysia iaitu jenama PENSONIC.

Sedikit pengenalan tentang BRAND PENSONIC ini.

The Pensonic Group was founded in 1965 as Keat Radio and Electrical Co. in Balik Pulau, Penang. From this humble origin as a small retailer cum workshop for electrical home appliances, Keat Radio and Electrical Co. grew under the leadership of its founder, Dato’ Seri Chew Weng Khak into the present day conglomerate.
In 1974, the first branch was established and two years later, it ventured into the import, export and distribution of electrical home appliances. Keat Radio Co. Sdn. Bhd. was incorporated into a private limited company in 1977. Finally in 1982, Pensonic Sales and Service Sdn. Bhd. came into existence with several branches throughout Malaysia to house the fast expanding business under one umbrella group.
The unique and easily remembered name ‘Pensonic’ was the brainchild of its founder Dato’ Seri Chew Weng Khak who coined the word based on special sentiment and personal meaning. ‘Pensonic’ has always been a topic of conjecture as it is an amalgam of two words, ‘Penang’ and ‘Sonic’, hence resulting in ‘Pensonic’!
The name ‘Pensonic’ is a tribute to the founder Dato’ Seri Chew’s beloved home state Penang while ‘sonic’ is an audible reminder of the company’s roots in selling radios! ‘Pensonic’ is also synonymous with the phrase ‘Sound of Penang’. Not only is Pensonic the pride of Penang, its headquarters has also remained in the Pearl of the Orient.
In 1982, the Pensonic Group began importing and assembling the first batch of  audio and visual products under the Pensonic brand. Pensonic was registered as a trademark in Malaysia in 1984 and is now registered in more than 20 countries, thus laying the foundation for global expansion. In 1988, the Pensonic Group commenced manufacturing and marketing of Electrical Home Appliances under the Pensonic brand. Henceforth, this Malaysian owned-and-grown and operated brand entered history as the nation’s first “Made in Malaysia” electrical home appliances! 
For the first time, a locally conceived and produced range of electrical products took its place among established brands from Japan, Europe and the United States!:[Sumber:Pensonic Malaysia]

Jadi,inilah dua barang dari jenama PENSONIC yang saya teringin nak memiliki..most of peralatan dapur semuanya dari jenama Brand ini.

1.Pensonic 2-in-1 Steamboat & BBQ [LINK

Aduh!! dah lama mengidam benda nie..dulu masa anak sorang boleh tahan lagi boleh pergi kedai steamboat..nie anak dah dua memang payah lah nak pergi..nak kena fikir 10x dulu..kang kau tengah sibuk melayan steamboat anak buat perangai..tetiba dah jadi kenyang gitu..haha..kalau ada benda alah nie kat umah 7x seminggu bersteamboat kat rumah pun takde sapa yang kisah..boleh makan dengan tenang aman damai selesa gitu.Jimat pun jimat!!

  



2.Pensonic Vacuum Cleaner [LINK]

Bila rumah dah berkarpet benda wajib kena ada ialah Vacuum..jenuh woah nak kena angkat2 karpet lepastu kena buang habuk lagi..lepastu mula lah haacum--hacummmmm..jiran sebelah pun boleh dengar kau bersin...




Korang nampak tak harga Pensonic 2-in-1 Steamboat & BBQ tu before and after diskaun??Jimat sehingga 28%.Untuk Pensonic Vacuum Cleaner pula jimat sehingga 23% tau..
Sebabnya Lazada sekarang ini ada  menawarkan jualan mega Merdeka! Merdeka! Merdeka! Sales [http://www.lazada.com.my/merdeka-sale/] yang akan bermula 25 Ogos ini hingga 31 Ogos 2017 dengan potongan discount sehingga 80%.Jadi ini lah peluang untuk mendapatkan harga yang berbaloi..Jom terjah Lazada sekarang kerana terdapat pelbagai lagi produk dengan harga terendah yang ditawarkan!!!


17 August 2017

Resepi Bubur Jagung Simple

8/17/2017 2
Resepi Bubur Jagung Simple
Bubur jagung


Tetiba pula rajin nak buat bubur jagung nie,sebabnya macam dah lama tak makan...hehe..tapi fiqa buat sesimple saja..asal ada rasa dan ngapp jer...😀..Maklumlah nak kata pandai tu tak lah..boleh masak untuk isi perut sendiri n family jer..nak masak banyak-banyak kita suruh pakar jer yang buat....haha

Untuk resepi bubur jagung nie bahan-bahannya pun tak banyak..fiqa guna 2 tongkol jagung je..ye lah yang makan sorang kan..cukuplah tu...santan 1 kotak kecik,Garam,air,gula dengan daun pandan..tu je

Cara masak pula,mula-mula hiris jagung dan toskan,kemudian didihkan air,masukkan santan serta garam.Kacau sebati.Bolehlah masukkan jagung dan perlahan kan api.Boleh masukkan gula dan daun pandan.Kacau sebati dan tunggu sampai jagung tu masak.


Dapat makan panas-panas sambil layan cerita korea best juga...ehehe...

10 August 2017

ENCHANTEUR Stunning | Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

8/10/2017 0
ENCHANTEUR Stunning  |  Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.



ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.


ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml.
 
Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.


Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40

 

Manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80.


Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.