Beli barang keperluan anak murah

Hai..assalamualaikum korang..

Semalam fiqa baru lepas shopping barang dapur serta barang keperluan anak..tapi dalam entri ini fiqa cuma share tips serta mana fiqa beli barang keperluan anak yang murah.Bolehlah jimat sikit kan.

Untuk susu dan pampers anak fiqa suka survey harga.Setiap tempat harga berbeza-beza.Ada yang beza dari sen ke ringgit2..Bagi orang yang tak kisah tu rembat je kan..hehe tapi fiqa lebih suka amik yang paling murah.😂

Untuk pampers anak-anak fiqa guna jenama drypers classicpants dan dryper classic yang warna kuning tu..

Harga 1 pek boleh dapat dalam RM24.99 x 4 = RM99.96

Nie fiqa biasa beli dekat kedai  yang dekat rumah je sebab harga tak berubah.Nak dapatkan harga nie kena tunggu promosi baru beli kalau nak beli dekat mydin+tesco+mydin etc..

Untuk susu pun anak-anak fiqa minum susu lactokid tu.Sebulan 10 pek untuk 2 orang anak.Dulu 16pek turun 14 pek turun 12 pek .sekarang hanya 10pek je..makin besar makin kurang nak susu..hehehe..jimat duit mak..ehhh duit pak r...😁😀😀

Harga susu ini juga berbeza-beza kalau takde promosi harga boleh cecah RM24.++
Fiqa suka survey harga susu nie dekat mydin+ tesco+giant +99speedmart.

Mydin biasanya jual dengan harga terendah RM18.90 (nie promosi dari 1-15hb mac nie yer)


Tesco RM19.99 (Beli 2 free Nestle breakfast Cereal 300gm-330gm) (nie promosi 2-4hb mac nie je).
Fiqa rembat susu dari tesco sebab nak foc nestle breakfast cereal tu..hehe..beli susu 10 pek dapatlah 5 pek nestle breakfast cereal tu..kalau nak beli dalam rm11 ++ juga tu..

Untuk bulan nie speedmart dengan giant x sure harga berapa lak..tapi bulan lepas susu dekat speedmart RM19.90.

Susu RM19.99 x 10 =RM199.90
Pampers RM24.99 x4 =RM99.96
Total=RM299.86

Fuhh..tepuk dahi tengok harga susu dengan pampers tu kan.nie harga promosi kalau takdak promosi..haaa fikir r sendiri..hehe..kalau dulu-dulu lagi lah yang masa 16 pek susu dan 5 pek pampers nak cecah RM450++ juga...
Ok..macam mana fiqa survey harga susu nie..xkan nak g terjah satu-satu tempat kot..hahaha..
Fiqa guna je aplikasi smartshopper dengan hargapedia tu..best tau guna aplikasi tu ..



smartshopper

hargapedia

Bagi yang ada anak-anak yang masih guna pampers dan minum susu macam saya ini lah cara untuk saya berjimat nak beli keperluan diorang,tak boleh men terjah je beli sebab banyak lagi barang keperluan yang lain nak beli kan..hehe



No comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..