KULIT BEBAS JERAWAT DALAM MASA 14 | PRO ACNE SOLUTION



Siapa yang tak  inginkan kulit wajah yang bebas tanpa jeragat, parut dan pori-pori terbuka.Menginginkan semua masalah kulit muka hilang dengan hanya satu rawatan yang tidak melibatkan kos yang mahal.Kulit muka bersih,berseri dan sihat sudah tentunya menjadi idaman setiap wanita termasuklah fiqa sendiri.Fiqa jenis tak suka pakai makeup sebab rasa rimas..hehe tapi terpaksa menggunakannya juga untuk menutup cela dimuka.Teringin nak jalan-jalan kat luar dengan konfidennya tanpa menggunakan mekap yang tebal.Cukuplah secalit lipstick yang sederhana untuk menaikkan seri sahaja!

Kulit muka fiqa nie jenis kering dan berminyak tau,jadi jerawat senang nak tumbuh.Walaupun sekadar jerawat pasir tapi tetap rasa rimas.Kadang tumbuh jerawat tumbuh besar-besar pulak tu di waktu tertentu.Haishhh!! Bukan senang nak hilangkan kesan parut ni dalam masa yang singkat. Baru je hilang kesan, dah tumbuh pula yang baru.

Apabila berdepan masalah jerawat dan radang kulit, fiqa kebiasaannya akan mencuba pelbagai produk untuk menghapuskannya. Namun, sesetengah produk boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.


  EUCERIN PRO ACNE SOLUTION




Bagi menangani masalah ini, Fiqa mengambil keputusan untuk  mencuba jenama Eucerin®, iaitu salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai di seluruh dunia yang telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment. 



Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.


Fiqa tunjuk sikit masalah kulit wajah fiqa ni yer. Haha...Malu sebenarnya nak tunjuk. Tapi, untuk menunjukkan perubahan selepas 14 hari guna produk ini kurelakan juga. Hehe. 


Fiqa telah pun mencuba produk ini selama lebih kurang dua minggu tau!Alhamdulillah, ada kesan positif! 

Antara perubahannya;

1.Jerawat seketul mula mengecut dan kesan mula pudar.(Perhatikan gambar yang ada bulatan merah tu..)


2.Whitehead/blackhead dekat hidung pun mula pudar.


3.Liang pori dekat pipi/hidung pun makin mengecil.




Dan nak tahu tak, kulit muka fiqa rasa lembab jer. Dah tak kering!I is suka sangat-sangat tau..:)

Cara pakai? Mudah jer. Mula-mula bersihkan dulu wajah kita. Kemudian, bolehlah tekan sikit ke tapak tangan. Dan sapu perlahan-lahan di keseluruhan wajah. EUCERIN PRO ACNE SOLUTION ni memang meresap ke dalam kulit dan tidak melekit. Lepas pakai tu, rasa lembut jer kulit muka fiqa. Paling fiqa  suka ialah bila Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment nie membantu  menghalang pertumbuhan jerawat baharu (haha tak sempat pun nak tinggalkan kesan parut dekat muka)dan mengurangkan bekas jerawat hitam mengurangkan bintik putih, bintik hitam, dan mengurangkan jerawat yang bengkak



Kenapa Euricin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment??

Eucerin, salah satu jenama dermo-kosmetik paling dipercayai seluruh dunia telah menghasilkan produk penjagaan kulit anti jerawat yang bukan saja menyuburkan kulit malah membantu menghapuskan jerawat dengan lembut iaitu Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment.

Pelembap untuk kulit berminyak dan berjerawat ini direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.

Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:

Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, acne, dan menanggalkan sel kulit mati.

Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah.

Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandungan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.


Masa pertama kali cuba fiqa risau produk ini boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengakibatkan kerengsaan.Tapi sangkaan meleset sama sekali apa yang fiqa rasa adalah I fall in love dah dengan produk ini tau..hehe




Lepas 2 minggu fiqa guna Eucerin ProACNE Solution A.I Clearing Treatment nie muka pun makin pulih.Kalau keluar jenjalan pun fiqa hanya guna pelembap dengan lipstik je.Simple!





Untuk pengetahuan semua, Eucerin mengadakan satu Cabaran Bebas-Jerawat Eucerin 14 hari untuk semua pengguna di Malaysia hanyak dengan dua langkah mudah :-

Langkah pertama : Ambil gambar kulit anda pada hari pertama dan hari ke 14 selepas penggunaan selama 14 hari.

Langkah kedua : Poskan gambar "sebelum dan selepas" dan kongsikan pengalaman menggunakan produk Eucerin ProACNE Solution ini di halaman Facebook dengan hashtag #EucerinProACNE

Pemenang berpeluang memenangi hadiah iaitu :

Hadiah Utama : Produk Eucerin bernilai RM5,000.00

Tempat Kedua : Produk Eucerin bernilai RM2,000.00

Lima Pemenang Bertuah : Produk Eucerin bernilai RM1,000.00 setiap seorang

Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment adalah sebahagian daripada produk penjagaan kulit komprehensif ProACNE yang terdiri daripada pencuci muka, pelembap, skrub, serum dan pelembap siang. Dapatkannya di farmasi seluruh negara dengan harga yang disyorkan iaitu RM62. Produk ini beserta produk lain dalam rangkaian yang sama kini tersedia dalam bungkusan yang diperbaharui.

Untuk maklumat lanjut, sila layari :

Laman Web : www.eucerin.my

1 comment:

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..