3 Persiapan utama saya menyambut Hari Raya


3 Persiapan utama saya menyambut Hari Raya


Ewahh..tajuk macam dah tak lama nak raya kan,puasa pun belum..hehehe..Tapi sudahkah korang semua buat persiapan awal untuk hari raya nanti?Mesti dah ada yang dah buat persiapan awal-awal kan.Dan mengikut pengalaman lalu saya lebih suka untuk buat persiapan hari raya awal-awal.Bukan apa,sekadar mengelakkan hal-hal yang tidak diingini berlaku.

Perkara paling penting yang akan saya prepare awal-awal ialah seperti dibawah  ini.

1.Order,beli atau baking kuih raya awal-awal.

Saya memang jenis tak reti buat kuih raya.Untuk yang simple-simple boleh lah.Selebihnya memang order sahaja.Sekarang nie dah ramai yang buka pra-tempah kuih raya kan.Takut tidak sedap?Boleh beli bekas kecil dulu untuk test sebelum buat order.

2.Beli kain dan hantar tailor atau beli Ready Made siap-siap.

Biasanya saya hanya beli baju ready made sahaja.Kenapa saya tidak beli kain dan hantar tailor?Sebab bila ke shopping mall banyak baju lawa-lawa lepas tu nak beli.Haha..jadi untuk elakkan pembaziran saya malas nak beli kain dan hantar tailor (Kain pasang tahun-tahun lepas ada lagi yang tidak berjahit.)Lagipun kos beli kain dan tempah jahit  lebih kurang sahaja kalau beli yang dah siap.
Eh tapi kan korang yang berhajat nak beli kain di NAGOYA kan ada promosi harga kain serendah RM2.90 je.Info lanjut (KLIK)

3.Sediakan sampul dan duit raya.

Balik kampung tak sah kalau tak beri duit raya kepada anak-anak buah dan sebagainya kan.Tips saya asingkan siap-siap duit untuk duit raya.Tak lah bila raya nanti terasa sangat keluar duit..hehe.Tak pun boleh beli sampul raya dan boleh start masukkan duit sedikit demi sedikit..hehe..



Jadi ini lah 3 persiapan utama yang saya dahulukan.Korang pula bagaimana?


No comments

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..