Jalan Jalan Japan Kini Di Seremban

Berita baik buat semua warga seremban kerana anda tidak perlu lagi ke Jalan Jalan Japan di One City Sky Park,USJ atau di 1 Shamelin Mall,kerana mereka akan membuka outlet ketiga mereka di Centrepoint Seremban tak lama lagi.


Bagi anda yang belum tahu  Jalan Jalan Japan ialah sebuah kedai menjual barangan prelove dari negara Jeun yang termurah dan terbesar di Malaysia.Jalan Jalan Japan diasaskan oleh Bookoff Corporation Limited,syarikat dari Jepun yang ada lebih daripada 800 cawangan di seluruh dunia dengan pengalaman selama 27 tahun dalam perniagaan barangan terpakai dengan kerjasama bersama Koike,sebuah syarikat trading di Malaysia.

Sabtu lepas,fiqa berkesempatan untuk menyertai pre-launch Jalan Jalan Japan yang terletak di CentrePoint Seremban.Apa yang fiqa lihat di sini terdapat pelbagai barangan yang dijual disini.Dari aksesori wanita,hiasan rumah,alatan memasak,set pinggan mangkuk,baju seluar dari baby hinggalah dewasa,kasut,permainan,bag,patung, stroller,dan macam-macam lagi.

Apa yang fiqa boleh katakan,bila masuk korang akan blur tak tahu nak terjah yang mana satu..haha its me lorhhh....

Walaupun Jalan Jalan Japan ini merupakan kedai barangan terpakai (Pre Loved) dari jepun namun kebanyakan barangan yang dijual disini masih dalam keadaan elok.Kalau bernasib baik dan korang kena  teliti pilih korang boleh dapat barangan yang masih baru dan cantik lagi.


Jom layan gambar

Baju sejuk pun ada juga tau,macam-macam jenis dan pattern tinggal pilih nak yang mana je.Kualiti like new tau!Harga bermula dari RM20.







Jeans dan seluar slack pun ada juga..boleh rambang mata jadinya..



Baju-baju  banyak yang cantik-cantik dan  masih nampak baru. Yang penting korang kena pandai cari. Harga baju yang fiqa pegang tu  RM 5 sahaja.Baju seluar tali leher,beg kerja lelaki pun ada juga tau.


Kasut wanita,lelaki dan juga kanak-kanak.






Bagi ibu-ibu korang boleh datang sini sebab pilihan baju baby dan kanak-kanak memang banyak.Harga serendah RM1 je.




Selain daripada itu kelengkapan bayi yang lain seperti tub mandi,baby carrier,stroller,playpen ,kerusi makan dan sebagainya.






Kerusi baby.Berkenan betul tapi dah takde baby kecik..huhu.



Mainan budak pun ada.Basikal hijau yang besar tu rm120 yang lain-lain range dari RM30.




Barang perhiasan,patung,alat kelengkapan dapur seperti cawan,pinggan mangkuk,gelas,periuk dan sebagainya pun ada.





 

 




Keychains,figurine anime kereta semua ada. 












Memang banyak sekali..gambar ini antara sebahagian sahaja yang sempat fiqa snap.Tetiba fon hang!!..time tulah fon buat hal...uwarghhhhhh....





 Antara barang yang sempat fiqa beli masa pre-opening sabtu lepas ialah:



Handbag RM20
Seluar panjang RM6
Seluar jeans budak RM5
Figurine anime RM3
Basikal Balance RM30
Patung RM5
Playmat 2 RM10 + RM 15
Total RM94.00

Apa yang dapat fiqa katakan tentang Jalan Jalan Japan ini,harganya memang murah #hargagiler.Korang pandai pilih boleh dapat barangan seperti baru.Semua produk korang boleh dapat disini dengan harga yang jauh lebih murah walaupun barangan prelove namun barangan tersebut masih elok digunakan!


Check This Video!!





Dan jangan lupa bagi warga seremban dan yang berdekatan datang ke Jalan Jalan Japan outlet ketiga grand opening 2 June 2018 di CentrePoint Seremban!
Untuk maklumat lanjut,silalah layari:

Instagram:@JalanJalanJapanMy




Post a Comment

0 Comments