Jom ke Gempak Merdeka 2018 Bangi Wonderland


Semalam fiqa dijemput bersama rakan media yang lain ke  acara promosi "Gempak Merdeka" Bangi Wonderland  yang akan dianjurkan semasa cuti sekolah,cuti raya haji dan juga cuti merdeka pada bulan Ogos ini.

Melalui Gempak Merdeka ini,para pengunjung bukan sahaja disajikan dengan pelbagai aktiviti yang menarik tetapi dapat bersantai bersama selebriti tempatan yang terkenal.Sambil santai-santai layan anak-anak main air bolehlah kita tengok dan berhibur dengan  persembahan artis kan .


Artis dan hari persembahan adalah seperti berikut (Start 12.00pm keatas)

18 August 2018 (Sabtu)-Aishah & Ella
19 August 2018 (Ahad)- Tomok & Achey Bocey
25 August 2018 (Sabtu)-Sufian Suhaimi & Nabila Razali
26 August 2018 (Ahad)- Hazama & Black Hanifah


Selain persembahan artis , Bangi Wonderland juga akan menganjurkan Sukan Rakyat sebagai aktiviti tambahan kepada pengunjung yang datang semasa cuti sekolah bermula dari 18 hingga 26 ogos 2018.
Bukan sahaja aktiviti-aktiviti menarik yang ditawarkan sepanjang program ini, tetapi promosi harga yang menarik juga ditawarkan kepada pengunjung pada bulan Ogos 2018 dari 1 Ogos hingga 31,2018.

Harga promosi:



Promosi untuk 2 orang

Isnin-Ahad/cuti sekolah:RM80 untuk 2 orang (mykad),RM100 untuk 2 orang (non mykad)
Cuti umum (22&31 Ogos):RM90 untuk 2 orang (mykad),RM110 untuk 2 orang (non mykad)

Promosi untuk 5 orang

Isnin-Ahad/cuti sekolah:RM180 untuk 5 orang (mykad),RM230 untuk 2 orang (non mykad)
Cuti umum (22&31 Ogos):RM200 untuk 5 orang (mykad),RM250 untuk 2 orang (non mykad)

*Promosi sah sehingga 31 Ogos 2018 sahaja.Jangan lepaskan peluang untuk datang ke Bangi Wonderland pada bulan ogos ni tau sebab harga tiket sangat-sangatlah murah!

Sedikit info bagi yang belum pernah datang ke Bangi Wonderland ini.

Parking kereta
-Untuk parking kereta,ada parking khas di sediakan di basement.Bila korang masuk pintu gate, sebelah kanan ikut laluan yang disediakan untuk sampai ke  basement.Nak parking kete tu macam korang pergi pasaraya lah juga kena amik token dan nak keluar baru bayar.Tapi dekat sini harga parking hanya RM6 per entry,jadi tak kisahlah berapa jam korang kat dalam tu,dari pagi ke petang ke bayaran parking cuma RM 6 je.Naik lift untuk ke main entrance.




Permainan yang korang boleh cuba disini.


Ada permainan tu memerlukan 2 atau 4 orang jadi sebelum nak ke sini baik rancang dan ajak kawan-kawan sekali baru seronok kan.

Macam fiqa tak dapat pun nak test permainan ini semua..rugi tau..hehe..tapi takpe lah next time pegi ajak kawan-kawan dan try semua permainan nie.lagipun fiqa duduk perati anak-anak dekat kids adventure je masa nie..seronok tengok diorang main air..haha


Kemudahan yang disediakan



Orang ramai boleh mengunjung Bangi Wonderland Themepark & Resort  yang dibuka dari Isnin hingga Jumaat bermula jam 11 pagi hingga 6 petang, Sabtu dan Ahad atau musim sekolah atau cuti am bermula jam 10 pagi hingga 6 petang.

Bangi Wonderland Themepark & Resort ditutup setiap hari selasa kecuali pada musim cuti sekolah dan cuti am.


WEB : http://www.bangiwonderland.com.my/
FB : https://www.facebook.com/bangiwonderlandwaterpark/
IG : https://www.instagram.com/officialbangiwonderland/

Post a Comment

1 Comments

  1. Wahhh seronoklah dapat masuk tu. Banyak games yang menarik untuk dicuba tu

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..