#MYCYBERSALE 2018 :Jualan 'Online' Terbesar Di Malaysia Kembali Lagi!

Anda kaki shopping tegar membeli belah menerusi online?Rambang mata bila tengok diskaun dari pelbagai produk?Ini ada berita gembira buat anda,anda,anda dan saya juga…lalala…. 


Jualan dalam talian terbesar Malaysia #MYCYBERSALE2018 kembali lagi tahun ini dan para pembeli boleh menikmati diskaun, tawaran, dan hadiah dari kedai e-dagang Malaysia kegemaran mereka.

Bilakah #MYCYBERSALE2018?

Diisytiharkan sebagai jualan terbesar di Malaysia, #MYCYBERSALE2018  kembali sekali lagi untuk kali kelima  dan akan bermula dari 3 hingga 7 September 2018 dianjurkan oleh Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (PIKOM) dan disokong oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Apakah #MYCYBERSALE2018?

#MYCYBERSALE merupakan langkah dan inisiatif MDEC yang bertujuan untuk meningkatkan industri e-commerce di Malaysia. Bermula pada tahun 2014, #MYCYBERSALE yang kali pertama diadakan mencatatkan transaksi online sehingga RM67 juta dalam masa 3 hari sahaja.
#MYCYBERSALE 2018 acara jualan dalam talian telah menjadi pemangkin kepada peniaga-peniaga di Malaysia untuk menjadi sebahagian daripada ekosistem e-Perdagangan dan menyumbang kepada pendapatan dalam negeri dan eksport e-Perdagangan. Pada 2017, #MYCYBERSALE menarik 1,007 peniaga menjana RM311 juta dalam GMV, dengan pendapatan eksport berjumlah RM39 juta.

Apa yang menarik dengan #MYCYBERSALE2018?

• Acara jualan dalam talian nasional #MYCYBERSALE 2018 yang ke-5 menarik lebih daripada 1,200 peniaga; hampir 70 peratus adalah PKS;
• Sekurang-kurangnya 600 peniaga yang bersedia menghantar pesanan di luar negara;
• #MYCYBERSALE 2018 menarik lebih daripada 100 rakan kongsi, menyumbang lebih daripada 62 peratus pembiayaan sektor swasta;
• #MYCYBERSALE 2018 berpotensi untuk mencapai lebih dari 13.9 juta pembeli dalam talian di Malaysia;
• Pembeli Malaysia dan luar negara boleh memulakan membeli-belah di #MYCYBERSALE 2018 dari 3 hingga 7 September di www.mycybersale.my

Antara jenama Besar yang turut serta
Jenama serantau dan antarabangsa yang mengambil bahagian dalam acara jualan dalam talian ini termasuk Lazada, Shopee, Shopback, 28Mall, Malaysia Airlines Berhad, Qoo10, Hermo, Shopback, Coca Cola, Mead Johnson dan Unilever.

Produk yang dijual di #MYCYBERSALE2018?

Pelbagai rangkaian produk ditawarkan dari produk bayi, fesyen, elektrik,kecantikan,travel dan banyak lagi. Ia mempunyai lebih daripada 1000 peniaga yang menawarkan diskaun hebat sehingga 99%.

Macam fiqa benda yang sentiasa menjadi perhatian fiqa bila ada sale sudah semestinya produk bayi dan kecantikan.Inilah masa untuk fiqa grab dengan harga yang murah daripada harga jualan biasa.Semestinya banyak penjimatan tau.




Antara rangkaian store online produk bayi kegemaran figa yang mengambil bahagian termasuklah Baby kiko,Babylah.com,Bebe bundo,Upin Ipin Store,motherhood.com.my






Cabutan bertuah 


Bukan itu sahaja,selain potongan harga ,Lebih 70 hadiah cabutan bertuah yang akan dimenangi turut disediakan!



Lawati www.mycybersale.my dan Download  #MYCYBERSALE2018 menerusi Aplikasi App Store dan Google Play untuk mendapatkan kemas kini tawaran  terkini

Post a Comment

0 Comments