Review :Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea (Althea x Get it Beauty)

Assalamualaikum dan hai semua..

Entri sebelum ini,fiqa ada share tentang Real Skin Detoxer Rose & Green Tea gift yang fiqa dapat haritu collaboration antara Althea dan Get it Beauty (Boleh baca sini).Jadi lepas dah guna barulah nak share pengalaman guna...actually dah separuh pun..huhu




Get it Beauty ini merupakan rancangan TV kecantikan Korea No.1,yang  memperkenalkan trend baru dan menyediakan maklumat tentang kecantikan yang diperolehi  daripada pakar kecantikan seperti ahli dermatologi dan ahli farmasi.Secara keseluruhannya,mereka akan kupas dan ulas dari akar umbi tentang sesuatu produk tersebut. Althea, sebagai pemimpin trend K-kecantikan di Asia Tenggara,telah bekerjasama dengan Get it Beauty  untuk mencipta new beauty ritual khas untuk  peminat kecantikan.

"Created to suit the hectic schedules of modern urbanites,this product harnesses the goodness of nature and translates that into freshness and vitality for the skin."






Apa yang bestnya dengan REAL FRESH SKIN DETOXER ini,korang dapat rawat kulit anda setiap hari kerana mask muka ini mudah digunakan dan hanya mengambil masa 10 saat sahaja untuk mencuci muka.Jangan risau tentang bahan-bahannya kerana ianya dibuat  dengan bahan-bahan premium.Daily 10 second wash off mask ini dipenuhi tenaga dan kesegaran dari alam semula jadi untuk memastikan kulit anda tetap sihat dan bersih setiap hari.




Terdapat dua routine skin detoxer dari Real Fresh ini iaitu Rose untuk pagi dan Green Tea untuk malam.



Edisi Rose:Refining- mengandungi kelopak mawar sebenar dan ekstrak dari mawar Grasse yang dipilih dari selatan Perancis. Ia membantu memperbaiki kulit dan meminimumkan pori-pori sementara kemerahan menenangkan untuk menenangkan kerengsaan untuk kulit yang sihat dan sempurna.


Bahan-Bahan Utama:

Real rose petals-Gently exfoliates the skin and gives a light,pleasant fragrance.
Rose extract-Deeply hydrating and soothes irritations,refines the skin and smoothens rough textures.
Glycerin-A humectant that attracts moisture to the skin,preventing dehydration.

Manakala Edisi Teh Hijau:Purifying- mengandungi daun teh hijau muda dan ekstrak asli dari lereng bukit pulau Jeju. Ia membantu membersihkan kulit dan menguatkan penghalang kulit sambil melicinkan kekasaran untuk kulit yang sihat dan sempurna.


Bahan-Bahan Utama

Real green tea leaves-Gently exfoliates the skin and gives a light,pleasant fragrance.
Green Tea extract-Contains vitamin C and amino acids to purify and strengthen the skin.
Glycerin-A humectant that attracts moisture to the skin,preventing dehydration.


Cara guna:

Cara guna kedua-dua produk ini sama sahaja iaitu letak sedikit dekat tangan dan bagi sapu rata tetapi untuk yang berkulit kering pula,sapukan lapisan agak tebal dan biarkan selama 10 saat.Lepas itu boleh letak sedikit air dan urut dengan perlahan-lahan perlahan dalam gerakan bulat sebelum dibilas dengan air.

Review saya:Selepas saya mencuci wajah saya mengunakan Rose dengan Green Tea, memang terasa kulit muka berbeza dari sebelum guna.Kulit rasa bersih,segar dan kulit jadi lembap.Bila sentuh kulit muka tu jadi perasan sekejap eh macam kulit baby lah gitu..lembap dan licin gitu.Skin detoxer Rose ini memang wangi Rose semulajadi manakala Green Tea pula of course r wangi macam green tea kan.Tapi bagi saya tak lah kuat mana pun,ala-ala aromatherapy gitu lah.Lagi satu saya tidak apply banyak-banyak pun (nie tips nak berjimat ke nie,haha),sebab produk nie macam gel pekat dan agak berbuih .Apply sikit dah cukup untuk buat mask kat muka tu.Kalau nak cakap jimat pun jimat jugak lah.So far saya guna dari awal bulan 8 haritu,adik-adik ada join guna juga masih ada separuh lagi.Dari segi packaging pun suka sebab boleh nampak banyak mana isi produk tu tinggal.Agak-agak tinggal sikit dah boleh repeat beli lagi produk ini.


Bagi korang yang berminat dan ingin mencuba Real Fresh Skin Detoxer Rose & Green Tea,korang boleh dapatkan secara berasingan dengan harga setiap satu RM43.00 150ml atau boleh juga dapatkan secara combo set.Untuk pembelian set kombo Rose + Green Tea korang boleh dapatkan 10% off  dari harga sebenar,tetapi hanya LIMITED time only,so kena cepat-cepat yer.Nak beli boleh klik sini [LINK PRODUK]


Untuk maklumat lanjut boleh layari :-


Post a Comment

0 Comments