Tips Free Pampers Anak



Seperti korang tahu,salah satu masalah yang seringkali menghantui ibubapa termasuklah saya sendiri ialah cara nak mengajar anak berhenti dari menggunakan pampers.Bukan mudah,sebabnya anak sudah terbiasa menggunakan pampers sejak dari bayi lagi.

Namun bila anak sudah mencapai umur tertentu maka wajarlah kita untuk mengajarnya agar tidak menggunakan pampers lagi.Sedia maklum,mengajar anak  untuk menggunakan tandas memerlukan masa dan kesabaran di pihak anda, dan tahap kerjasama  dari anak anda sendiri.

Memang masa memulakan latihan tandas anak-anak saya dulu stop ditengah jalan kerana ketidaksangupan diri sendiri dan tidak menerima kerjasama yang baik dari anak-anak.Tetapi walaubagaimanapun saya harus nekad untuk free pampers dan memulakan latihan tandas anak-anak saya secepat yang mungkin.Sebenarnya kunci kejayaan latihan tandas adalah bermula apabila anak anda berminat, sanggup, dan mampu secara fizikal. 

Jadi sebelum saya memulakan latihan tandas anak saya, saya mencari tip  mengenai cara memulakan latihan tandas anak saya.Sebaik sahaja saya merasakan  bahawa anak saya sudah bersedia untuk memulakan latihan tandas , benda pertama yang harus saya lakukan ialah fokus!!No tekanan.Sebab bila kita tertekan akan menganggu apa yang telah kita rancangkan.

Benda pertama yang saya kena terapkan dalam diri saya semasa dalam proses latihan tandas anak-anak saya ialah sabar serta komited.Anak-anak sayasetahun sahaja beza umur   jadi saya decide untuk ajar mereka free pampers serentak.Sebagai ibu,didalam proses mengajar anak free pampers ini memang kena tarik nafas dalam-dalam dan banyak-banyak bersabar.Andai kata ibu mudah hilang sabar,memang kita akan mudah berputus asa.Sampai kesudah tak berjaya lah hasrat nak anak free pampers.Yes betul,saya dah beberapa kali kecundang sebab give up.Lagi satu, kena komited. Maksudnya, kena bersungguh-sungguh, memberikan tenaga dan perhatian terhadap proses ini. Serius kan? Memang kena serius komited, kalau tak, kita pun akan mudah mengalah sebab memang penat nak ajar anak free pampers ni,huhu...

Jadi ini tips yang saya guna pakai sehingga anak saya free diapers dan boleh ke tandas sendiri bila terasa nak kencing.

#1.Perkara pertama yang perlu ada ialah seluar dalam.Sediakan secukupnya.Tapi untuk anak saya yang 1st dia tidak berapa gemar nak pakai seluar dalam,agaknya tidak selesa,jadi saya ambil alternatif beli dan pakaikan dia boxer..haha..boxer ada je jual kat kedai eco tu..haa borong je lah kan..

#2.Kedua ialah saya start pada hari isnin sebabnya untuk memudahkan saya kira berapa hari sudah saya latih anak saya untuk tidak pakai pampers.

#3.Bangun pagi mandikan anak pakaikan seluar dalam/boxer dan bagi susu.Selepas minum susu,15 minit kemudian saya baya anak-anak ke toilet untuk kencing.Setiap 15 minit ok!.kadang-kadang diorang kencing kadang tak..Lepas tu saya anjakkan setiap 20 minit pula sehinga ke 30 minit sekali.


Boleh juga belikan potty trainning ini untuk anak lelaki.



#4.Untuk malam pula jangan pakaikan langsung diapers/pampers.Sebab bila kita pakaikan anak akan confuse.Sebelum itu kenalah standby alas bawah cadar dengan plastik atau kalis air.Saya bentang je toto bagi anak-anak tido..haha..anak-anak pun dah biasa tido beralaskan toto jadi tak ada masalah lah.Andai kata terkencing kat toto boleh basuh lagi.Sebelum nak tidur bawa anak ke toilet untuk kencing/berak.Saya beli jer toilet potty yang murah-murah tu..legend sebab dari zaman saya kecik dulu pun mak saya bagi guna tu jer..

#5. Bangunkan anak tengah malam untuk bagi dia kencing sekurang-kurangnya 2 kali.Set alarm.papah anak jika dia mamai.Tak mengapa jika dia mengantuk

Pantang larang agar free pampers anak anda berjaya.

1.Jaga emosi anda.Kena sabar dan jangan marah anak jika dia terkencing atau terberak didalam seluar.Biasalah anak baru belajar free pampers kan masih belum pandai nak tahan air kencing lagi,sebab sebelum nie bila rasa nak kencing boleh lepas terus jer dalam pampers.

2.Harus konsisten.Proses mengajar anak free diapers ni kenalah konsisten.Sekali dua tak akan anak tu boleh faham.Hari ini ajar esok tinggal lusa baru ajar semula,anak xkan akan faham proses permbelajarann free diaper tu.Slow-slow ajar takpe asalkan secara berterusan.Selain tu tumpuan penuh juga perlu di berikan serta harus kerap tanya atau suruh pergi kencing

3.Latihlah  anak secara berperingkat.Untuk ini saya akan ajar anak untuk biasakan kencing di tandas dahulu,bila anak dah pandai pergi ke tandas sendiri,baru saya akan ajar mereka berak dan cara gunakan mangkuk  tandas pula.Bila mereka dah biasa ke tandas untuk kencing secara automatik mereka akan belajar untuk berak dekat tandas juga.Biasanya saya akan perhatikan dari jauh secara senyap-senyap bila anak-anak ke tandas.Anak-anak ni kadang-kadang malu nak berak bila mak ada depan-depan mereka..haha..

4.Berikan pujian.Bila anak-anak dah berjaya kencing atau berak kat tandas bagilah pujian..biasaya saya akan cakap yeaa adik & abam dah pandai kencing kat bilik air lah..sambil tepuk tangan..anak-anak pun akan suka dan diorang pun akan tepuk tangan sekali.


Latih anak free diapers pada peringkat awal memang sukar,tetapi percayalah satu kejayaan besar bila anak anak dah free pampers..huhu


Post a Comment

0 Comments