Susu Fernleaf UHT semestinya 100% Mmmmm




Bila bercakap tentang susu fernleaf,susu ini sudah lama berada dipasaran malaysia.Rangkaian susu Fernleaf terdiri daripada susu penuh krim & susu tepung segera Fernleaf,Susu Tepung Family fernleaf,Susu tepung Rumusan untuk kanak kanak fernleaf dan juga Susu Fernleaf UHT sedia minum yang di datangkan dengan tiga variasi lazat iaitu Full Cream,Low Fat dan Coklat yang telah diperkenalkan untuk orang ramai mulai januari lalu.

Kisahnya bermula apabila masa itu kami sekeluarga ke satu tempat dan kehabisan air panas.Anak-anak nak minum susu sedangkan masa itu perjalanan masih agak jauh untuk sampai ke destinasi yang dituju.Nak tak nak,kami terpaksa singgah ke kedai yang berdekatan untuk mencari sesuatu untuk mereka minum.Terpaksa sebab anak dah merengek kan.

Masa itu pun saya capai sahaja yang nampak depan mata sebab nak cepat lagipun tak ada pilihan yang ada.Dalam hati berdoa semoga mereka nak lah minum.Saya beli susu UHT full Cream dan juga coklat.Bila diorang nampak sahaja susu coklat masing-masing nak yang tu.Bagi diorang minum,eh masing-masing boleh habis sekotak.Anak-anak saya memilih susu dan tidak berapa gemar susu coklat sebenarnya apatah lagi susu bancuh coklat.


Bukan main lagi masing-masing minum susu Fernleaf nie..yang adek sampai tengok cermin isap susu guna straw spek mata tu..haha

Bila anak-anak habis minum sekotak ini bermaksud mereka sangat menyukai rasa susu UHT Fernleaf ini dan perkara pertama yang terlintas di fikiran,senang lah lepas ini beli susu UHT sahaja standby untuk bawa berjalan.Dah tak payah bawa bekal air panas lagi..huhu.Lepas pada itu setiap kali beli barang saya akan beli stok susu UHT ini.

Saya sendiri memang minum susu tepung penuh krim Fernleaf.Bila saya jumpa susu Full Cream UHT Fernleaf memang saya akan borong sekali dengan susu coklat UHT Fernleaf.Dan ya susu Fernleaf UHT ini rasanya sama seperti susu bancuhnya juga tau.!!Sedap.

Seperti semua tahu susu mengandungi banyak khasiat yang diperlukan oleh tubuh kita. Susu kaya dengan kalsium yang membantu menguatkan tulang. Lengkapkan sajian sarapan pagi anda dengan segelas susu kerana susu merupakan pilihan yang terbaik untuk sarapan pagi.Kurangnya pengambilan kalsium boleh membawa kepada masalah tulang rapuh.
Demi untuk menangani masalah ini, Fernleaf telah memperkenalkan kempen susu ready-to-drink UHT milk terbaru untuk menggalakkan serta  membantu rakyat Malaysia mendapat peningkatan pemakanan dan tenaga di mana sahaja mereka berada.
Minum dua gelas susu sehari boleh membantu memenuhi keperluan makanan untuk sekeluarga. Susu merupakan sumber yang kaya dengan kalsium yang membantu membina tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak. Selain itu, susu juga membantu mendapatkan jisim tulang yang sihat untuk orang dewasa walaupun pada usia emas.
Susu juga mengandungi nutrien penting yang lain antaranya protein yang memainkan peranan penting dalam tumbesaran dan perkembangan otot dan tisu. Vitamin A pula penting untuk fungsi mata sihat, Vitamin B2 menyokong fungsi-fungsi sel yang mengubah makanan kepada tenaga, dan D3 membantu menyerap kalsium dan fosforus.
Kenapa saya solid dengan susu UHT Fernleaf ini?Kenapa saya perlu beralih ke susu UHT yang lain sedangkan saya dan anak-anak serasi dengan susu ini kan.Anak-anak minum pun tidak sembelit.Tu yang penting dan menandakan mereka sangat serasi minum susu UHT Fernleaf ini.Alasan yang lebih kukuh lagi ialah susu UHT Fernleaf ini dipenuhi dengan tenaga dan mempunyai vitamin, zat besi dan asid lemak penting yang menggalakkan perkembangan dan tumbesaran anak-anak saya.Kandungannya yang kaya dengan nutrisi yang seimbang menjadikannya mudah untuk dihadam dan memberikan manfaat khasiat kepada seisi keluarga sayaJadi saya tidak perlu risau sama ada saya dan anak-anak tidak mendapat keperluan nutrisi lagi.





Bila bercakap tentang rasa,apa yang boleh saya katakan,susu Fernleaf ini memang sedap.Sekotak minum memang tidak cukup.Ok,sebenarnya saya tidak boleh nak eksprasikan macam mana sedapnya susu ini.,Sehinggakan saya sendiri tertanya-tanya apa yang membuatkan susu ini menjadi begitu sedap dan lazat sekali.Akhirnya segala persoalannya dalam fikiran saya terjawab.Oh,macam ini rupanya susu ini dihasilkan sehinggakan memang 100% Mmmmm...


Fernleaf mengamalkan yang lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu mereka dan para peladang mereka menjaga mereka dengan penuh dedikasi.

Susu UHT Fernleaf adalah merupakan susu UHT yang dihasilkan oleh alam semulajadi dimana susu berkualiti tinggi adalah permulaannya bagi menghasilkan susu UHT yang berkuali dan terbaik.



Di New Zealand,mereka mengusahakan ladang mereka secara semulajadi iaitu memberikan kebebasan kepada lembu mereka untuk meragut di padang rumput yang subur.



Hasilnya,susu yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan.Ia juga mengandungi banyak nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi,vitamin A dan juga vitamin D.

Apa kaitan antara lembu tenusu dengan rumput?
Seperti ibu yang menyusukan bayi,si ibu memerlukan makanan sihat dan seimbang untuk menghasilkan susu yang banyak dan berkualiti.Selain daripada itu ibu juga perlu juga menghindari stess yang akan menggangu emosi mereka dalam menghasilkan susu.Begitu juga lembu.Tahukah anda bahawa bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput?



Susu UHT Fernleaf yang dihasilkan dari lembu tenusu New Zealand ini sangat berkualiti tinggi.Seperti semua tahu New Zealand mempunyai tanahnya yang subur,kadar  hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.

Ia adalah salah satu negara yang lembu tenusu dapat meragut rumput secara bebas, tanpa berkurung dalam sangkar yang mana rumputnya pula adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.

Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah,lembu tenusu fernleaf secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat.Oleh itu,lembu tenusu Fernleaf menghasilkan susu dengan tahap vitamin D yang lebih tinggi berbanding lembu tenusu yang lain yang sering terkurung di dalam kandang.

Jadi bagaimana lembu tenusu menghasilkan susu secara semulajadi?

Dengan rumput yang berkualiti tinggi,iklim yang selesa,udara dan air yang bersih,lembu tenusu fernleaf menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu.



Di fernleaf mereka mempunyai pakar tenusu.

Lembu tenusu terbaik dan juga rumput yang berkualiti tinggi sahaja tidak mencukupi untuk lembu tenusu menghasilkan susu yang berkualiti tinggi.Kepakaran juga di perlukan untuk menjamin kualiti pengeluaran susu dari lembu tenusu tersebut.Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu,peladang berdedikasi fernleaf amat bangga dalam kerja mereka,memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih,rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan pada pengguna.


Jadi kesimpulannya dengan adanya lembu tenusu yang berkualiti tinggi,sumber makanan semula jadi yang lembu tenusu dapat menghasilkan susu secara semulajadi serta dengan 140 tahun pengalaman pakar tenusu susu UHT Fernleaf penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand.

Jom layan video dibawah:



Mineral seperti zat besi dan kalsium adalah antara khasiat yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran anak-anak ada di dalam SUSU FERNLEAF UHT ini.
Apa lagi yang best bila minum susu Fernleaf UHT ini.
-Boleh diminum dimana-mana tidak kisahlah dimana pun korang berada.
-Susu full cream atau low fat boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan yang menggunakkan susu..sure sedap!!
-Bekalan tenaga setiap hari,itu yang penting.
-Mak-mak seperti saya dah tak perlu nak angkut beg keperluan susu anak-anak lagi,bawa bekalan susu Fernleaf UHT je.Mak is suka..hehe..



Owh ya,korang boleh dapatkan susu #FernleafUHT #100Mmmmm tiga variasi pilihan sama ada susu penuh krim,rendah lemak dan juga coklat 200ml [4 kotak ] dan pek 1 liter di kedai-kedai yang berdekatan.Harga?Murah sesangat.😂




Untuk maklumat lanjut boleh ke laman sosial Fernleaf Malaysia:

Website: www.fonterra.com/my/ 
Facebook: www.facebook.com/fernleafmalaysia
Instagram: www.instagram.com/fonterra.my

Post a Comment

0 Comments