Review | Althea Milk Peel Cream Mask



Assalamualaikum semua..Althea sekali lagi mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu Milk Peel Cream Mask.Saya sangat teruja untuk mencuba produk ini tau sebab ini adalah pertama kalinya saya mencuba mask yang berasaskan susu.



Untuk pengetahuan korang,Milk Peel Cream Mask ini sesuai digunakan untuk mereka yang mempunyai combination skin types,Liang pori yang besar,kulit muka kasar,kulit sensitif yang memerukan pengelupasan lembut,serta mereka yang mempunyai kulit kering yang perlu dilembapkan walaupun selepas peeling.









Bahan-bahan utama:
Ekstrak protein susu - Melembapkan dan menguatkan kulit
AHA & BHA - Mengelupas sel-sel kulit mati dengan lembut untuk kulit licin
Kaolin - Menyahtoksin dan menarik keluar kotoran dari liang-liang roma

Bahan-bahan lain:
Water (Aqua),Kaolin,Glycerin,Disiloxane,Bentonite,Propanediol,Myrictic Acid,Methyl Perfluoroisobutyl Ether,Stearicacid,Methyl Perfluorobutyl Ether,Potassium Hydroxide,1,2-Hexanediol,Palmitic Acid,Ethylhexylgllycerin,Milk Proteinextract,Disodium Edta,Gaultheria Procumbens (Wintergreen) Leaf Extract.Gluconolactone,Glyconic Acid,Titaniumdioxide (ci 77891),Fragrance (Parfum ),CoumarinP*,Hexyl Cinnamal*,Citronellol*. 

Packaging:

Didatangkan dalam bentuk pump.

Tekstur:


Bila pump Milk Peel Cream Mask ini ke tangan,teksturnya seperti soft clay tetapi bila gosokkan ke muka teksturnya berubah menjadi seperti whipped cream bubble yang akan membersihkan pores dan mengeluarkan sel-sel kulit mati.

Cara Guna:

Pam sedikit ke tapak tangan dan sapukan ke seluruh muka,masa sapu sambil urut-urut muka tu ,then akan keluar foam halus hasil dari mask tadi.Biarkan selama 30-60 saat sebelum dibilas dengan air suam.

Harga:RM 36 | 50ML

Pendapat Saya:

Didatangkan dalam bentuk packaging yang bagi saya sangat mudah nak guna.Mula-mula risau juga bila first time pakai sebab tekstur dia macam tanah liat..haha.Tapi bila dah sapu rata dan buat urutan kat muka rasa tekstur dari tanah liat tu bertukar kepada gelembung-gelembung halus dan berbuih.Boleh rasa ianya meresap kat dalam kulit muka.Aroma susu dia pula rasa sedap sangat.Lepas rehatkan sekejap dan bilas dengan air suam,rasa kulit muka tu lembut dan moisturize je tau.Kulit muka pun rasa segar je.Memang akan beli semula bila dah habis nanti.



Penilaian:

Bau:⧪⧪⧪⧪
Keselesaan:✮✮✮✮✮
Ketahanan:❂❂❂❂❂
Harga:✤✤✤✤✤
Ketersediaan:✧✧✧✧✧
Keseluruhan: 5/5
Recommended:YES!



Kalau nak beli boleh ke Link ini:https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask

Post a Comment

0 Comments