Review Operasi X Movie Filem Terbaru 2018 Yang Gempak!


Seperti yang korang tahu,filem aksi  Operasi X ini telah mula ditayangkan pada 1 November 2018 yang lepas.Namun begitu saya hanya berpeluang untuk menonton sendiri filem ini pada 3 November 2018 yang lepas.Sebelum itu,saya ada buat review trailer filem ini di SINI.Dan seperti dijanjikan dalam entri tersebut saya akan review filem ini selepas saya menontonnya.Dan sekarang sila tarik nafas panjang-panjang sebab review ini agak panjang..hehe





Filem:Operasi X

Pengarah:Sandosh Kesavan


Barisan pelakon Operasi X


Pelakon:Aaron Aziz,Awie,Datuk Yusof haslam,hanna Aqeela,Hairul Azreen,Hefny Sahad,Hairi Safwan,Shima Aris,Amerul Affendi,Nashra,Nasir Bilal khan,Rahhim Omar,GBob,Azzahra Ahmad,dan Zaidi Omar.
Genre:Aksi/jenayah
Durasi:1 Jam 47 minit
Pengedar:Dream Pictures Production
Tarikh Tayangan:01 November 2018



Trailer Filem Operasi X





Review Watak dan Peranan Anggota Pasukan "Operasi X"

Operasi X-Nama kumpulan yang ditubuhkan bagi membenteras dan menumpaskan "Raja Seludup".Dalam pasukan ini terdiri daripada barisan ahli yang setiap seorang daripada mereka mempunyai kepakaran masing-masing.Antaranya anggota polis,hacker,pakar penyamaran,terlatih dalam seni mempertahankan diri dan pemandu handalan.

Aaron Aziz memainkan peranan sebagai ASP Redzuan yang dipertanggungjawabkan untuk mengetuai operasi yang dikenali sebagai Operasi X.Dekat sini boleh nampak yang Aaron Aziz nie betul-betul mendalami pelbagai emosi seperti sedih,terkilan,dilema antara ketidakpercayaan serta terjerat dalam percintaan.


Manakala Hairul Azreen memainkan watak sebagai Pablo yang merupakan seorang yang terlatih dalam seni mempertahankan diri.Ok,watak yang Hairul Azreen bawa ini memang sesuai sangat dengan penampilan dirinya.


Siapa yang tidak kenal dengan Hefny Sahad.beliau merupakan seorang pengacara,model dan juga pelakon dan dalam filem ini hefny sahad membawakan watak sebagai Ali Mat merupakan pemandu handalan.Dia nie bila berganding dengan GBob ada jer lawak diorang,bertekak mulutlah..Korang nak tengok tak macam mana dia drive masa nak kejar lori tu..kalau saya cerita pun korang takkan dapat feel lah..baik pergi tengok sendiri lagi puas...


GBob sebagai Janggut merupakan hacker handalan.Amboi GBob dari seorang raja lawak dah jadi hacker pulak yer sekarang.Watak GBob sebagai Janggut dalam filem ini sebagai seorang hacker yang tidak boleh lari dari dirinya yang merupakan seorang pelawak.Dari naik bukit nak ke markas operasi diorang tulah korang akan mula raja terhibur dan enjoy tengok filem nie.Janggut banyak menghabiskan masa depan laptop untuk hack setiap gerak geri Geng belut.Watak janggut juga banyak membantu operasi mereka berjaya.



Nashra sebagai Nash adalah seorang pakar penyamaran..Dari menyamar ke seorang pamugari,kini menyamar ke seorang penari salsa pula dalam operasi membongkar kegiatan Geng belut

Salah satu adegan dalam Operasi X.Bila Belut bertentang mata dengan Nash.korang rasa apa akan jadi?Belut jatuh cinta dengan nash ke?

Mampukah diorang membawakan watak mereka dengan baik?Rahsia tu kena pergi tengok sendirilah..

Watak  Awie sebagai "Belut"



Bagi saya,watak Belut seorang ketua gangster yang kelakar membawakan kelainan dalam filem ini.Dah biasa sangat kot tengok watak ketua gangster yang memang berwatakan ganas dan sebagainya.
Peranannya sebagai ketua gangster tetapi keletahnya dalam filem ini banyak menyerikan cerita ini!Gelak sakan dengan keletahnya yang sempoi dan kelakar.
Tapi ada satu adegan dia pecahkan gitar tu. terus nampak kegengsteran dia..haha



Watak Nasir Bilal Khan sebagai "Bashah"




Salah seorang pelakon kalau berlakon memang jadi.Tak kisahlah watak jahat ke baik ke..dengan lenggok suaranya memang tidak lari.Rupa-rupanya dia yang bunuh Mat bong.Rugi belut percaya kau Bashah.

Menampilkan Datuk Yusof Haslam sebagai "Dato Mokhtar"



Penampilan Datuk Yusof Haslam yang cukup sinonim dengan dunia lakonan kepolisan memang tidak boleh dinafikan lagi.Cukup untuk membuatkan teringat kepada lakonannya dalam gerak khas yag berwatakan tegas.

Antara watak-watak lain:


Hairi Safwan sebagai Inspektor Aman sahabat ASP Redzuan yang telah terbunuh.
Amerul Affendi sebagai Mat Bong Adik kepada Belut juga telah terbunuh bersama-sama dengan Inspektor Aman
Shima Aris sebagai Lady Lion merupakan salah seorang orang kanan  Belut.
Hanna Aqeela sebagai Ayu yang memainkan watak sebagai kekasih ASP Redzuan.Ehh
Azzahra Ahmad sebagai Aishah Isteri kepada Inspektor Aman
Inspektor Aman Rahhim Omar sebagai DSP Anwar salah seorang orang penting dalam memastikan Operasi X berjaya.
Zaidi Omar sebagai Wak Doyok


Penilaian Karakter/Watak:4.5

Keseluruhan saya menyukai watak-watak yang dibawakan dalam filem ini.All of them had their quirks,high point and low point.Namun begitu terdapat beberapa watak yang saya harapkan mereka panjangkan sedikit watak atau menunjukkan lebih banyak cerita watak seperti watak Inspektor Aman dan Mat Bong.Tetapi overall saya berpuas hati dengan dengan watak yang dibawakan oleh mereka.

OST Operasi X
Lari ( Lagu Tema Operasi X) ( Dato Awie & MCFaz Stylo Fellaz & Jay)

Ini adalah salah satu OST terbaik yang pernah saya dengar.Bila legend menyanyi terus menyerap dalam jiwa gitu..haha.Ulang banyak kali pun rasa tak puas.Lagu best sangat!

Rating Lagu:5/5
Ok,sini saya listkan kenapa korang kena tengok filem Operasi X ini.

-Perjalanan cerita mudah difahami dan tidak meleret-leret-

Secara ringkasnya filem ini mengisahkan mengenai satu operasi untuk menumpaskan Raja Seludup Antarabangsa.Dalam filem ini juga dapat dilihat pergolakan dalaman ASP Redzuan yang kematian sahabat baiknya dan mengesyaki pihak polis yang membunuh sahabatnya itu.Perjalanan ceritanya ringkas dan filem ini disusun agak pantas tetapi tidak tergantung begitu sahaja.Ia diselitkan dengan beberapa babak flashback bagi memaparkan pergolakan dan beban yang sedang ditanggung oleh ASP Redzuan.

Antara salah satu babak dalam filem Operasi X yang melibatkan anggota Operasi X dan juga PDRM


-Barisan pelakon dalam pasukan khas Operasi X Terbaik-

Bagi saya pelakon yang dipilih dalam pasukan khas Operasi X semuanya berjaya membawakan watak mereka dengan mantap!!Antara aksi-aksi yang tidak boleh dilupakan ialah bagaimana Pablo melompat naik ke atas lori yang sedang bergerak dan cara Ali Mat drive kereta-(ala-ala dalam citer dalam fast to farious).



-Sinematografi Cantik-
Kebanyakan babak dalam filem ini dilakukan dibeberapa lokasi berbeza di Pulau Pinang termasuklah Bukit Bendera dan Pulau Aman.Antara yang membuatkan saya "eh cantik giler tempat ni' adalah ketika babak opening perjumpaan anggota kumpulan Operasi X.Pemandangan dari rumah lama di Penang Hills tu memang sangat-sangat cantik.Dalam scene nie dah start ditunjukkan babak kelakar Janggut dan juga Ali Mat.


-Penglibatan pelbagai umur masyarakat-
Filem  ini bukan sekadar mengenai dunia kepolisan sahaja tetapi turut melibatkan kanak-kanak,nelayan,tauke kedai dan sebagainya.Jadi jalan cerita ini nampak seperti real.


-Tersuspen sekejap!-

Awie menampilkan awie sebenar yang menyanyikan lagu Tragedi Oktober dalam Operasi X
Memang tak sangka betul awie muncul dalam filem Operasi X bertemu dengan Awie Belut..hahaha..Yang kelakarnya awie gelar awie jantan poyo!Haha..awie menyanyi tragedi oktober..fuhh memang terbaik lah!


-Filem Operasi X bukan sekadar filem aksi-

Maksudnya disini filem ini mengandungi unsur elemen lain selain daripada filem aksi semata-mata.Disini kita boleh melihat kisah percintaan,keluarga,persahabatan dan paling utama adalah tentang menghabiskan sebuah perjuangan.Adegan paling deep adalah ketika ASP Redzuan melihat sahabat baiknya terbunuh ketika mereka sama-sama terlibat dalam satu operasi.Elemen persahabatan antara ASP Redzuan dan Inspektor Aman dipaparkan dengan baik sekali sehinggakan mampu meninggalkan emosi kepada penonton.Selain itu emosi kekeluargaan diantara flashback Belut dan Mat Bong.Babak emosi juga dtonjolkan ketika belut menerima berita kematian adiknya.


Aksi lucu mencuit hati korang
Ada beberapa dialog yang menarik dan lucu yang terdapat didalam filem ini yang pastinya korang tidak boleh move on..haha.Antara yang mencuit hati dan semestinya korang akan ingat sejurus sahaja filem ini habis.Antara dialog yang lucu dan kelakar saya kongsikan dibawah:

Awie"Aku nak buat permintaan lagu,lagu popular sepanjang zaman..oleh penyanyi yang poyo itu"
Aaron:kau nak aku kan?Awie:kau ingat aku gay?

Highlight:
Nak tengok aksi Pablo dan Ali Mat dalam mengejar lori yang ada Bom?
Nak tengok Awie menyanyi live?
Nak tengok Awie pecahkan gitar?
Nak kemana lagi?ke Pawagamlah jawapannya...

Pendapat mengenai keseluruhan Filem Operasi X,apa yang boleh saya simpulkan:

1.Cerita ini saya rasa bergenre aksi lawak owh ya lupa pulak cerita ini bukannya berasaskan Aksi semata-mata.Memang lawak start dari perjumpaan pasukan Operasi X sampailah ke akhir cerita.Walaupun ada yang kata lawaknya dibuat-buat tapi bagi saya yang bukan seorang mudah terhibur boleh ketawa ok!Bab-bab lawak nie memang satu hall riuh.

2.Aksi lawan-lawan not bad lah,boleh diberi 3.5/5,walaupun memang nampak tumbukan tak kena,kurang real dan sebagainya.

3.Most of people cakap part CGI kurang memuaskan and ya betul,walaupun begitu,beberapa kesan suntingan CGI mungkin boleh diperkemaskan sedikit lagi bagi menampakkan jalan ceritanya berlangsung dengan baik.

4.Gandingan Awie dan Aaron Aziz memang terbaik.Kedua-dua mereka ada aura mereka tersendiri.Memang tidak dinafikan mereka memang magnet yang sangat kuat untuk saya menonton filem Operasi X ini.

5.Malahan pelakon-pelakon lain juga berjaya menghidupkan watak masing-masing dengan baik sekali seperti rakan sepasukan,ketua,penjenayah,kekasih dan sahabat.Oh ya.pelakon kanak-kanak,orang-orang pulau dan juga tauke kedai tu pun sama juga.

6. Cuma saya kurang suka pada pengakhiran filem ini.Belut dah kena tembak berkali-kali boleh hidup pulak..atau adakah gimik untuk Operasi X kedua??Ikutkan diakhir cerita nak tengok ASP Redzuan bersatu ke atau ahli pasukan Operasi X gather together kan..hihi

So Rating keseluruhan:4.5./5

Saya dan suami sama-sama menonton filem ini.Jadi saya tanya dia berapa rating yang dia kasi untuk filem ini dan dia kata 4/5 tetapi saya kasi 4.5/5 bukan tak nak kalah haha..tetapi filem ini boleh hilangkan stress saya yang duduk terperuk kat rumah 24/7....hahahaBagi korang yang tengah stress pasal kerja ke apa ke wajib menonton filem ini,kompom boleh hilang stress korang dan insyaallah anda pasti terhibur dengan aksi pertarungan dan elemen - elemen komedi yang terdapat di dalam filem ini. Selamat menonton!

Laman sosial Operasi X

*********************************************************************************

Kredit:
DREAM PICTURES PRODUCTION 
PENGARAH: SANDOSH KESAVAN
PENERBIT: ZARINA SHAM
PENERBIT EKSEKUTIF: ALI NATHAN LATIFF
KESAN KHAS: FLY STUDIO
PEREKA BUNYI: EL PRAGA
PENYUNTING: ELSON TOMMAS
MUZIK: JAY
PENGARAH FOTOGRAFI: NORHANISHAM MUHAMMAD
SENI: MUHAMMAD FAISAL OTHMAN
SKRIP: ATIQAH JANI

[Penafian]:
1.Pendapat penulis tidak semestinya betul dan masing-masing ada pendapat masing-masing!Ulasan ini ditulis berdasarkan pandangan peribadi tanpa dipengaruhi sesiapa pun.
2.kesemua bahan dalam artikel ini adalah hakmilik sepenuhnya Dream Picture Production



#Fiqareview #operasix  #operasixmovie #operasixthemovie



Post a Comment

1 Comments

  1. kak pip nowadays memang susah sgt nak layan movie ... haha, alasan ada baby.

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..