Stay Fresh Body Sparkling Mist By Althea x Titi Kamal

Assalamualaikum..

Wanita dengan wangian memang tidak boleh dipisahkan.Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.Wangian juga merupakan aksesori yang tidak menonjol tetapi mampu menyerlahkan si pemakainya dan dapat mencipta aura yang tiada tandingan.

Untuk pengetahuan korang,kali ini saya berpeluang untuk mencuba sendiri produk terbaru Althea Korea kerjasama bersama Titi Kamal iaitu seorang selebriti terkenal Indonesia yang di nama kan Stay Fresh Body Sparkling Mist By Titi Kamal X Althea Korea.( Juga merupakan first body Mist Althea)






Kelebihan dan manfaat Stay Fresh Body Sparking Mist ini.







Ada tiga bahan utama yang terdapat pada Stay Fresh Body Sparkling ini iaitu Damask Rose Water,Sweet Orange Oil dan juga Elder Flower Extract.

Damask Rose Water- Menjaga kulit dari dehidrasi dan memberikan aroma lembut.

Sweet Orange Oil-Menyegarkan deria serta rasa fresh

Elder Flower Extract-Menyejukkan dan melegakan kulit serta memberikan bauan aroma feminin



Packaging:

Saiz botol 100ml yang bagi saya mesra travel muat untuk masuk handbag dan mudah dibawa kemana sahaja.Nak guna bila-bila masa pun senang!




Review:


Saya jenis cepat pening kalau bau minyak wangi tu kuat sangat.Tetapi apa yang boleh saya katakan saya tidak perlu risau dengan aroma Stay Fresh Body Sparking Mist ini sebabnya bau yang tidak tajam,tidak peningkan kepala sebab kandungannya yang terdiri daripada alam semulajadi yang bermutu tinggi.Dan apa yang boleh saya katakan,this is The BEST fragrance I've tried in YEARS!Saya sangat suka dengan body mist ini.  Ia mempunyai bau yang sangat menyegarkan namun ringan, tidak terlalu kuat, dan bau segar bunga membuat saya gembira dan mengingatkan saya tentang musim bunga. Ia tidak terlalu kuat dan bertahan sepanjang hari. Satu lagi bau kegemaran!


Harga:RM35.00 (Harga mampu milik dengan kualiti terbaik)

Repurchase:Ya sudah tentu.

Penilaian keseluruhan:Saya bagi 5 Star.


Korang kalau na beli boleh ke link ini:


Tidak rugi cuba tau sure korang aan terjatuh cinta nanti..hehe


Post a Comment

2 Comments

  1. Amboi, memborong terus ... Byk tu.. Tp mmg wangian ni best..kak pip suka.

    ReplyDelete
  2. Suka..suka..memang tak rugi sangat. Bau dia #ciktiesuka

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..