Fiqa story: Kecantikan
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts
Showing posts with label Kecantikan. Show all posts

25 September 2017

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan Belaian Menawan Sepanjang Hari!

9/25/2017 4
ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan Belaian Menawan Sepanjang Hari!



Fakta lazim yang sememangnya diketahui umum bahawa pengambilan 8 hingga 10 gelas air sehari dapat memastikan badan kita mempunyai bekalan air yang mencukupi untuk berfungsi. Tetapi ramai yang tidak menyedari bahawa hanya dengan meminum air tidak mencukupi untuk meningkatkan penghidratan pada kulit. Kulit yang mengalami dehidrasi akan menjadi kusam dan boleh membawa kepada masalah kulit yang lain seperti kegatalan dan alahan.

Ramai wanita termasuklah suri rumah yang perlu berhadapan dengan kerja-kerja mencuci atau atau yang terdedah pada persekitaran yang berhawa dingin, akan cenderung mengalami kulit kering Penggunaan losyen tangan dan badan boleh mengekalkan hidrasi kulit, namun memerlukan pengaplikasian semula beberapa kali sehari agar kelembapan sepanjang hari.


Losyen baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan yang dirumus khas dengan air mawar, ekstrak lily putih, dan minyak zaitun menawarkan losyen untuk wanita yang sibuk dengan tugasan, agar kulit mereka kekal lembap, muda dan berseri sepanjang hari hanya dengan penggunaan sekali dalam sehari. Air Mawar merupakan bahan semula jadi yang menyubur dan menghidratkan kulit. Ekstrak Lily Putih pula kaya dengan asid amino dan mineral manakala Minyak Zaitun pula sememangnya terbukti dengan manfaatnya dalam mengekalkan kecantikan kulit. Gabungan ketiga-tiga bahan semula jadi yang istimewa ini bekerja untuk meresap jauh ke dalam kulit agar dapat memelihara, melembap, dan menyuburkan kulit agar tangan dan badan kekal lembut, licin dan awet muda!

Telah terbukti secara klinikal bahawa hanya dengan sekali penggunaan ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan, kulit dapat menikmati pelembapan segera dan penghidratan sehingga 24 jam. Ia membekalkan kelembapan serta tekstur yang selesa pada kulit ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan adalah berasaskan air dan tidak meninggalkan rasa berminyak dan melekit pada tangan mahupun badan.

Sebagai pakar dalam produk penjagaan peribadi dengan wangian, ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan  ini turut disulami dengan wangian inspirasi Perancis ENCHANTEUR yang mampu menyemarakkan dan menghidupkan semula detik romantis. ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan mengekalkan kulit tangan dan badan anda sihat dan sehalus sutera manakala wangian ENCHANTEUR yang tahan lama meningkatkan daya penarik anda.

ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan menawarkan 3 variasi: Charming, Romantic, dan Alluring; memastikan kulit anda sentiasa lembut dan halus dengan kelembapan sehingga 24 jam serta wangian yang tahan sepanjang hari.



ENCHANTEUR Charming (direka untuk wanita yang sensual, elegan dan sofistikated)
Wangian yang sepadan dengan personaliti sofistikated, kewanitaan yang bergaya melalui gabungan eksotik Rose dan Muguet (Lily) yang diserlahkan dengan Citrus dan Aldehydes. Ia kemudian disuami dengan bauan halus nota Musk dan Cedarwood yang pasti melengkapkan gaya dalaman anda dengan sempurna.




ENCHANTEUR Romantic (dicipta untuk membangkitkan keceriaan dan aura kewanitaan) 
Aroma keceriaan yang terhasil dari aroma Mandarin yang menyegarkan, bunga Violet dan Galbanum yang menjadi simbolik permulaan sebuah cinta yang indah. Sama seperti cinta sejati yang tumbuh mewangi, haruman ROMANTIC ini berkembang mekar dengan Bulgarian Roses dan White Jasmine yang dicampur dengan wangian Mimosa dan Orange Flower. Tarikan aroma Sandalwood dan Vanilla yang berkekalan ini bagai menghimpun kesemua aroma ini di dalam sebuah simpulan ikatan cinta yang penuh dengan keajaiban. 




ENCHANTEUR Alluring (dicipta untuk gadis mempersona, penuh semangat & misteri) 
Haruman eksotik menggoda yang memberikan aura si gadis manis yang penuh misteri. Ia menggabungkan nota Bergamot dan Passion Fruit, meresap  jauh kedalam haruman Mawar dan Iris yang memukau, dihangatkan oleh aroma Vanila, Musk dan Vetiver- mencipta wangian tersendiri yang penuh dengan keberanian.  

Kini, wanita sibuk di rumah mahupun di pejabat boleh menjaga kecantikan dan memanjakan diri sendiri dengan harga yang berpatutan. Rangkaian baharu ENCHANTEUR 24H Moist Losyen Haruman Badan dijual pada harga RM11.90 (termasuk 6% GST) setiap botol bersaiz 220ml dan boleh didapati di semua pasaraya utama, pasaraya hyper, dan farmasi. Untuk maklumat lanjut tentang ENCHANTEUR, sila layari laman sesawang www.enchanteur.com.my atau laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.

08 September 2017

Rose Face Serum Zeeta Serum Nombor 1

9/08/2017 5
Rose Face Serum Zeeta Serum Nombor 1

Rose face Serum Zeeta



Apa itu Serum?

Serum adalah produk cecair yang kaya akan bahan aktif seperti vitamin dan antioksidan yang dirumuskan dalam bentuk molekul yang lebih kecil sehingga mereka dapat menembusi jauh ke dalam kulit. Serum direka untuk menembusi dan merawat pelbagai keadaan kulit, seperti kemerahan, kekeringan, kedutan, bintik-bintik gelap, dan untuk mencerahkan kulit.

Mengapa perlu pakai serum di wajah?

Serum wajah berupaya melembap dan membantu melambatkan proses penuaan.Serum mempunyai kelembapan yang tinggi berbanding pelembap(moisturizer) yang biasa.Stuktur serum yang cair berupaya untuk meresap dengan cepat pada kulit dan meningkatkan kolagen wajah anda.
Bagi wanita yang mengenakan mekap diwajah,serum sangat penting membantu kulit wajah anda kelihatan segar dan kekal setelah mengenakan mekap.Serum juga dipakai pada waktu pagi sebelum menyapu pelembap dan juga sebelum tidur.Pemakaian serum secara konsisten akan membuatkan wajah anda kelihatan lagi muda dari usia sebenar.



APA ITU ROSE FACE SERUM ZEETA


Rose Face Serum Zeeta



ROSE FACE SERUM ZEETA adalah serum muka berasaskan Rose Organik No.1 Di Malaysia yang menggunakan kaedah semburan untuk menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari. Serum muka Kandungan serum ini hasil 100% bunga Rose Organik dan Rose Merah.





Kebaikan Rose face Serum Zeeta


Secara umum, serum berguna untuk mengatasi garis halus, kedutan, atau bintik hitam. Molekul-molekul kecil yang terkandung dalam Rose face Serum Zeeta menjadikannya mudah diserap ke dalam kulit. Serum muka ini juga sangat sesuai untuk digunakan oleh jenis kulit berminyak. Selain itu. Serum ini tidak menjadikan kulit menjadi berminyak dan tidak meninggalkan rasa melekit pada kulit.

Rose face Serum Zeeta


Kelebihan Rose face Serum Zeeta


• Mengandungi Vitamin E,Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi    kulit dari kesan panas cahaya matahari.
• Semburan yang halus untuk serapan maksimun,menyamai teknologi nano.
• Vitamin E 30,000 iu
Serum semburan NO.1 tidak meleleh dan tidak melekit.
• Parut jeragat hilang seawal 7hari

Empat Nutrisi Hebat Dalam Rose face Serum Zeeta


Cara hilangkan jeragat paling berkesanproduk terbaik untuk hilangkan jeragat 2017 
Jeragat merupakan bintik-bintik hitam yang muncul pada permukaan kulit akibat kekurangan nutrient.Ia adalah disebabkan oleh pembentukan minyak,sel-sel kulit mati dan juga bakteria dibahgian liang-liang muka seperti dibahagian hidung,dahi,dagu dan pipi.Dengan penggunaan secara konsisten.Rose Face Serum Zeeta diformulakan dengan Vitamin E,kita boleh mengurangkan kesan jeragat dari berlaku dengancepat serta dalam masa yang sama menjaga sel kulit muka muda.Kepentingan Vitamin E adalah untuk menghalang free radicals dari udara yang disebut anti-oxidant yang menyebabkan proses penuaan pada kulit.

Bagaimana nak hilangkan parut jerawat  serta Cara hilangkan bekas jerawat cepat dan selamat??
Ramai orang mengambil jalan pintas tapi tidak selamat untuk menghilangkan kesan parut pada luka atau jerawat pada wajah. Antara jalan pintas yang popular adalah dengan Bleach. Kesan yang cepat, tapi TIDAK elok untuk kulit kita.

Cara terbaik untuk memulihkan semula parut jerawat adalah dengan pengambilan Vitamin C yang konsisten. Kenapa vitamin C? Macam vitamin E, Vitamin C kaya dengan antioksidan yang melawan radang kulit, malah mencerahkan parut jerawat dengan selamat. 


Produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat 2017

Vitamin C yang terdapat pada Rose Face Serum Zeeta boleh mengaktifkan sel muka untuk menghasilkan collagen iaitu molekul penting untuk kulit yang sihat,yang mana juga penting untuk merawat ultraviolet (UV).

Omega 3 (makan dan sapu).Kulit memang perlukan fatty acid seperti omega 3 untuk kekalkan kelembapan, normalkan pengeluaran minyak dan untuk maintainkan  kulit  elasticity.Sama macam vitamin c, omega 3 penting utk melindungi kulit dr photodamahe dan kesan sunburn. Kesan sunburn ni dipanggil “inflammatory skin response.Omega 3 dalam minyak ikan yngg kita makan, akan pergi ke liver, di proses dan akan ke kulit utk fungsi yang sama. Omega 3 yg kita sapu kat kulit akan pergi ke kulit dengan lebih cepat.

Omega 6 kaya dengan linoleic acid, ringan dan nipis rasa minyaknya.Peranannya ialah  untuk mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka kita dan mengurangkan sel kulit dari mengelupas.

Sebab tu, Rose face serum Zeeta memang di fomulasikan untuk ada 4 benda ni, bila spray kita guna kan teknologi sama dengan nano, spray tu tak akan meleleh, dia cantik je kat muka, slowly meresap. Paling penting tak melekit.



Testimoni Rose Face Serum Zeeta

Sebelum nak beli mesti anda semua nak tengok testimoni  pengguna yang telah menggunakan Rose face serum Zeeta ini dulu kan.Jadi jom intai-intai testimoni dan pengalaman mereka sendiri.


Testimoni Rose Face Serum Zeeta

Testimoni Rose Face Serum Zeeta


Harga & Cara Membeli Rose Face Serum Zeeta

Bagi yang ingin nak mendapatkan ROSE FACE SERUM ZEETA ini,harganya adalah RM50 sahaja dan boleh memesannya di Laman sosial ZEETA seperti yang tertera dibawah.

Harga Rose Face Serum Zeeta


Media Sosial:
Facebook page: ZEETA PAKAR MAWAR
Instagram: @zeetaofficial
Whatsapp untuk order: 019-2209069

*Kredit sumber gambar [Facebook Zeeta pakar mawar]


10 August 2017

ENCHANTEUR Stunning | Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

8/10/2017 0
ENCHANTEUR Stunning  |  Serlahkan Aroma Keanggunan Mempesona

 “Penampilan tidak akan sempurna tanpa wangian”… Author C.Joybell C

Wangian seorang wanita mempunyai daya tarikan sama seperti tertariknya seekor lebah kepada pati nektar dan kenyataan ini sememangnya tidak dapat disangkalkan lagi. Kajian menunjukkan wanita yang memakai haruman dilihat lebih sensual dan menarik. Justeru itu, wanita telah mengetahui dengan tepat sejak berabad lalu, bahawa minyak wangi merupakan aksesori yang tidak menonjol, tetapi mampu untuk menyerlahkan si pemakai dan mencipta aura yang tiada tandingan.


ENCHANTEUR jenama wangian terkemuka dengan haruman yang diinspirasikan dari Perancis, telah melancarkan semula rangkaian Eau de Toilette dan penjagaan peribadi. Bersempena pelancaran ini, satu haruman baharu yang sangat menarik telah diperkenalkan iaitu, Stunning! Wangian mempesona ini merupakan gabungan Turkish Rose dan Magnolia, telah dipertingkatkan dengan kemanisan dari Blackcurrant Bud dan Raspberry serta dicampur juga dengan  kelembutan Sandalwood. Pemakai Stunning akan tertawan dengan aroma sensual yang dipakainya sendiri, menjadikan dia wanita yang istimewa, seterusnya menyerlahkan penampilan dan personalitinya.


Selain Eau de Toilette, variasi Stunning juga hadir bersama produk pelengkap melalui rangkaian penjagaan peribadi termasuk losyen, deodoran, dan bedak talkum yang membuatkan kulit lebih lembut menawan sehalus satin dan berharum wangian segar sepanjang hari.



ENCHANTEUR telah membaharui bentuk botol rangkaian EDT. Botol EDT ini berkonsepkan bentuk tubuh seorang wanita memakai gaun berlipat dengan potongan duyung; manakala variasi warna pada botol adalah berdasarkan wangian flora di dalamnya. Keanggunan botol ini dimahkotakan dengan penutup berbentuk bunga mawar mekar yang menjadi simbolik percintaan yang romantis dan pati bunga yang menjadi esen pelengkap di dalam botol wangian tersebut. Pembungkusan indah ini amat mudah dipegang dan boleh dijadikan hiasan di atas meja rias.


ENCHANTEUR Eau De Toilette boleh didapati pada harga runcit RM28.20 (termasuk 6% GST) bagi setiap botol 50ml.
 
Manakala Losyen Enchanteur juga boleh didapati dalam pelbagai saiz yang berharga dari RM5.40 hingga RM17.60.


Deodoran Enchanteur pula hadir dalam pelbagai bentuk/ format- stik, bebola dan juga semburan yang berharga dari RM4.90 sehingga RM8.40

 

Manakala bedak Enchanteur berharga dari RM4.40 hingga RM11.80.


Pelbagai produk wangian serta produk penjagaan diri Enchanteur boleh didapati di semua rangkaian pasar raya, pasar raya besar dan farmasi. Untuk maklumat lanjut mengenai ENCHANTEUR, sila log masuk ke www.enchanteur.com.my atau lawati laman Facebook ENCHANTEUR di www.facebook.com/EnchanteurMY.





















16 July 2017

Althea's 2nd Birthday - Happy Birthday Althea !!

7/16/2017 1
Althea's 2nd Birthday - Happy Birthday Althea !!

Happy Birthday Althea yang ke 2 tahun.Tahniah Althea kerana walaupun baru berusia 2 tahun tetapi telah mendapat tempat dihati pengguna.Shopping kosmetik menjadi begitu mudah dengan adanya Laman web Althea.kr ini.Duduk depan laptop pilih barang bayar dan tinggal tunggu sampai depan rumah je.Heavennya rasa,😄😄😄

Ucapan:
Happy birthday to Malaysia's best beauty online place to go shopping .Semoga semakin bertambah maju kehadapan, sentiasa efisien dan teruskan dengan service yang bagus, cepat dan terbaik serta menjadi online Website No.1 beauty online shopping  di Malaysia.

Jangan risau barang rosak kerana walaupun barang ini didatangkan khas dari korea  semuanya dibalut kemas, cermat dan teliti.

Antara aktiviti yang menarik yang di anjurkan oleh Althea.kr sempena ulang tahunnya yang kedua sepanjang bula julai ini (3-31 Julai) adalah seperti berikut.
  • Limited Edition Althea Birthday Box design that looks like a cake!
  • Birthday Kits for lucky early bird shoppers
  • Birthday sample pack for lucky early bird shoppers
  • Birthday Sales & Promotions for customers
  • Althea Birthday Giveaway Festival for customers (free products every other day in July to add into cart)
  • Althea Beauty Box July - Birthday Makeup Box (theme) 3/7 released
  • Weekly Lucky Shopper Contest to win Althea credits   
  • Instagram #AltheaTurns2 Contest - snap & show your decorated birthday box to win amazing prizes from Althea! 
  • 20days of Beauty Giveaway on @Altheakorea (Instagram)

  • 1.Beli dan dapatkan Limited Birthday Box.Dalam kotak ini juga didatangkan dengan  limited edition 2017 Birthday Kit termasuk birthday card and sample pack.Tetapi siapa cepat dia dapatlah yer sebab ianya terhad.


    2.Fly me to Korea Contest.
    Bukan setakat beli dan dapatkan box limited edition jer tau.Korang boleh join fly me to korea birthday contest juga.

    Hanya show off  "Althea Birthday Cake" creation di  Instagram dai 3rd July sehingga 15th August, 2017, 11.59pm  untuk menyertai  #AltheaTurns2 Instagram Contest.Korang perlu diy korang punya  "Althea Birthday Cake" sertakan birthday caption and hashtag #AltheaTurns2 .Yang paling kreatif dan cantik akan berpeluang untuk memenangi hadiah seperti berikut:


    Grand Prize: Round Trip Flight to Korea for two (2) Pax*
    First Prize: One (1) Year Free Shopping On Althea*
    Second Prize: Three (3) Months Free Shopping On Althea*
    Consolation Prizes: Althea USD100 Shopping Credits x10*



    Fiqa tak kreatif,jadi ni lah hasil nya....

    3.20 Days of Beauty - AltheaKorea Instagram Giveaway
    Selain itu,sedang berlangsung juga Giveaway di Instagram Althea iaitu 20 Days of Beauty! Ia berlansung selama 20 hari sehingga 24/7/2017 ini sahaja.Jangan lupa untuk join sekali.


    Korang semua apa tunggu lagi!! Jom lah membeli belah di www.althea.kr sambil menang hadiah!! Korang nak tengok apa yang fiqa beli? Sini fiqa kongsikan...

    1.Wrinkle And Whitening Eye Cream RM19.00
    Link Produk:http://my.althea.kr/wrinkle-and-whitening-eye-cream-15ml




    2.Snail Repairing Eye Cream RM37.00
    Link Produk:http://my.althea.kr/snail-repairing-emulsion




    3.No Sebum Mineral Powder RM19.00
    Link Produk:http://my.althea.kr/no-sebum-mineral-powder




    4.Switch Up Highlighter & Cream Lighter RM22.00
    Link Produk:http://my.althea.kr/switch-up-highlighter-cream-lighter




    5.Luxe Slim Eyebrow color Deep Brown RM12.00
    Link Produk:http://my.althea.kr/luxe-slim-eyebrow


    6.Black Sugar Mask RM20.00
    Link Produk:http://my.althea.kr/black-sugar-mask



    7.New Delight Tony Tint color Cherry Pink
    Link Produk:http://my.althea.kr/new-delight-tony-tint

    8.Free gift 


    Lepas dah guna nanti fiqa review satu-satu..hehehe...
    Happy Birthday sekali lagi buat Althea.Semoga Althea terus sukses selalu..


    Semua maklumat boleh dirujuk di website | facebook | instagram | blog  Althea.


    07 July 2017

    Althea's Raya Giveaway Festival | Unboxing My Makeup Haul !

    7/07/2017 10
    Althea's Raya Giveaway Festival | Unboxing My Makeup Haul !
    Hari tu ada buat entry Althea's Raya Giveaway Festival  lepas tu apalagi shopping lah kan..barang dah dapat sebelum raya  tapi memandangkan mood cuti raya dah mai maka mood menulis dah kelaut..lagipun bila dah balik kampung memang tidak bawa laptop balik..


    Kebanyakan barang yang fiqa beli dari Althea kali ini adalah barang mekap.Jom lihat apa yang fiqa beli..hehe..

    1.Pore Master Sebum Control Pact RM34.00



    Fiqa dah try guna,memang best sangat.Tahan lama lagi-lagi kulit muka fiqa jenis berminyak.Memang sesuai sangat.Lepas tu lepas apply pore master Sebum Control Pact ni apa yang best teksturnya tersangatlah ringan sampai macam tak apply benda ini pun tau.

    Link Produk:http://my.althea.kr/pore-master-sebum-control-pact

    2.Full Cover Liquid Concealer (Natural Beige) RM31.00



    Concealer ada 2 jenis iaitu Natural Beige dan Light Beige.Fiqa try Natural Beige.Dah try guna memang prefect coverage tapi tekstur dia macam melekit sedikit..Tapi lepas nie nak try yang Light Beige pula.hahaha

    Link Produk:http://my.althea.kr/full-cover-liquid-concealer

    3.The White Platimum Edition 30ml RM31.00




    Yang nie belum try lagi..

    4.Aura B.B Foundation RM22.00



    Dah try guna..so far ok..sesuai kalau nak mekap simple-simple je.

    Link Produk:http://my.althea.kr/aura-b-b-foundation

    5.Shadow for Eyes Color SD-3 RM10.00



    Terdapat 5 pilihan

    Credit Pic:Althea
    Link Produk:http://my.althea.kr/shadow-for-eyes

    6.Love me Blusher (11g) Color Berry Pink RM11.00



    Blusher nie ada 7 color..oleh kerana fiqa minat pink2 gitu fiqa ambil color Berry pink..tapi rasa macam nak kumpul 7 koleksi blusher nie..hari ini pakai lain esok lain..tiap hari ganti-ganti warna blusher..barulah tak bosan kan..😄😄
    Warna yang lain adalah seperti,Indy Violet,Rose Blossom,Sexy Swan,Shading Bronzer,Sunday Peach dan Sweet Coral.

    Link Produk:http://my.althea.kr/love-me-blusher

    7.Backgel Eye Liner Color Black RM17.00



    Ingat nak try Eyeliner jenis nie pula..tapi fail rasa comot lak..haha..maklumlah tak reti sangat nak mekap2 ni..nak kena practice lebih nihh!!

     Link Produk:http://my.althea.kr/backgel-eye-liner


    Banyak lagi produk yang best-best dekat Althea..sampai naik juling mata nak pilih..dari skincare,makeup sampailah ke hair and body semua jenama ada.Pilih,bayar dan tinggal tunggu sampai depan rumah je..

    For more info on Althea, please visit :
    Official website : https://my.althea.kr
    Facebook : https://www.facebook.com/altheakorea
    Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/









    07 June 2017

    Althea's Raya Giveaway Festival

    6/07/2017 0
    Althea's Raya Giveaway Festival

    Assalamualaikum..

    Althea's Raya Giveaway Festival | Sedar tak sedar dah lebih seminggu berpuasa...persiapan raya pun 70% settle..Sebabnya bila fiqa buat persiapan lambat semua jadi kalut..haha..dengan ada anak kecik kiri kanan lagi..fuhh!!!Amat mencabar gitu.




    Dalam pada dah nak settle tu,fiqa terlupa satu hal!Barang mekap belum shopping lagi laa….Tapi tidak risau pun  sebabnya sempena raya ini fiqa dapat tahu,Althea mengadakan Raya Giveaway Festival yang mana dengan setiap pembelian di Althea Korea, Althea berbesar hati memberikan satu hadiah bagi setiap pelanggan dan kita boleh pilih  list hadiah di bawah ni secara PERCUMA! ..yeaa lonjak suka kejap mana taknya produk kecantikan ini semua direct dari korea tau…


    Memang tidak  dinafikan lagi  ramai dah mengetahui tentang Althea ini kan,di sinilah tempat K-Beauty lovers shopping barang-barang mekap@kecantikan.Althea merupakan website membeli belah dalam talian yang menawarkan pelbagai produk kecantikan jenama terkenal korea dari penjagaan muka,kosmetik sehinggalah ke penjagaan badan dan rambut.Antara brand Korea yang popular di Althea antaranya jenama Innisfree, Tony Moly, Skin Food, Laneige, The Faceshop, Etude House, Dr Althea, IOPE, SkinMiso,The SAEM dan banyak lagi.Jangan risau sebabnya semua produk dari korea ini adalah original.



    Setiap pembelian dari Althea akan didatangkan sekali dengan Limited Edition Ramadan Box tau..Warna kesukaan fiqa nie..


    Dapatkan Rm30 welcome gift untuk pelangan kali pertama dan untuk setiap pembelian yang melebihi RM99 postage adalah PERCUMA!!Apa tunggu lagi marilah kita shopping dan unbox beauty haul sama-sama nanti.!!Sama-sama melaram di pagi raya nanti...hehe


    Untuk maklumat lanjut & info pembelian, korang boleh klik link dibawah : 

    Facebook : 
    https://www.facebook.com/altheakorea

    Website : 
    http://my.althea.kr/

    Instagram : 
    http://www.instagram.com/altheakorea






    21 March 2017

    [ Beauty Review ] : Rangkaian Penjagaan Kulit dari SAFI BALQIS OxyWhite

    3/21/2017 0
    [ Beauty Review ] : Rangkaian Penjagaan Kulit dari SAFI BALQIS OxyWhite
    Rangkaian Penjagaan Kulit dari SAFI BALQIS OxyWhite | Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

    Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

     
    Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.

    Jom lihat apa yan ada dalam SET AYU  SAFI BALQIS OxyWhite ini:

      

    1)    SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
    Saiz Pek  : 100ml
    RCP        : RM10.90 (selepas 6% GST)

    Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:

    a)Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
    b)Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
    c)Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol



    2)    SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
    Saiz Pek  : 50g/ 100g
    RCP        : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
    Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
    a)  Membersih jauh ke dalam liang pori
    b)  Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
    c)  Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
    d)  Sesuai untuk semua jenis kulit

     

    3)    SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
    Saiz Pek  : 45g
    RCP        : RM 20.20 (selepas 6% GST)
    Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
    a)Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
    b)Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
    c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
    d)Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
    e)Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

    Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.

    Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap.

    Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis.

    Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

    Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

    Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:


     



    ARangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)





    2)    SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
    Saiz Pek  : 100g
    RCP        : RM 12.90 (selepas 6% GST)
    Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya. Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak:
    a) Menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kulit
    b)  Membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap
    c)  Dirumus dengan pH seimbang
    d)  Sesuai untuk semua jenis kulit
    2)   SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
    Saiz Pek  : 150ml
    RCP        : RM17.40 (selepas 6% GST)
    Kesibukan dan jadual harian yang padat menjadi punca kulit wajah kusam dan tidak bermaya. Pembersih ini bertindak:
    a)   Membersih dengan mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
    b)  Manik mikro dengan Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E bertindak sebagai antioksida untuk memberiperlindungan optimum pada kulit
    c)   Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
    d)   Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka



    3)    SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
    Saiz Pek  : 20ml
    RCP        : RM28.10 (selepas 6% GST)
    Formulasi yang diperhebat dengan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang 1000X lebih efektif daripada Vitamin C bertindak:
    a)    Mencerah dengan lebih intensif dan pantas
    b)    Memudarkan pigmentasi secara mendalam
    c)    Menyamaratakan tona kulit muka
    d)    Memperbaharui kulit muka agar lebih berseri
    e)    Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan
    f)    Melembut dan menghidrasi kulit








    4)    SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
    Saiz Pek  : 20g
    RCP        : RM 21.70 (selepas 6% GST)
    Krim ini merupakan asas solekan dengan manfaat krim pelembab bertekstur ringan dan berasaskan air yang bukan sahaja menjadikan kulit lebih mulus malah bertindak:
    a)    Menutup cela tanpa menyumbat liang pori agar kulit bebas bernafas
    b)    Mencerahkan kulit serta merta
    c)    Menyemaratakan tona kulit agar cerah semulajadi
    d)    Menyamar bekas jerawat dan bintik hitam
    e) Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB berbahayadengan SPF25PA++
    f)    Melembap kulit wajah
    g)   Mengurangkan kilap pada permukaan wajah yang berminyak





    5)  SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
    Saiz Pek  : 45g
    RCP        : RM 20.20 (selepas 6% GST)
    Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak:
    a)    Menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
    b)    Melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++
    c)  Mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR
    d)    Melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
    e)    Mencerah kulit dengan pantas dan intensif
    f)    Menghaluskan kulit
    g)    Menyaramatakan tona kulit




    6)    SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
    Saiz Pek  : 40g
    RCP        : RM14.90(selepas 6% GST)
    Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak:
    a)     Mencerahkan kulit wajah dengan ketara
    b)     Menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara
    c)     Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya
    d)     Mengurangkan pembentukan bintik hitam
    e)     Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit
    f)     Mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak





    7)    SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
    Saiz Pek  : 16g
    RCP        : RM8.60 (selepas 6% GST)
    Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak:
    a)     Sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna
    b)     Melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi
    c)     Mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah
    d)     Menyamaratakan tona kulit


     


    8)    SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan

    Saiz Pek  : 200ml
    RCP        : RM17.40 (selepas 6% GST)
    Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:
    a) Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna
    b) Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik
    c)  Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif 


    Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)

    1)    SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
    Saiz Pek    : 50g/ 100g
    RCP        : RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)
    Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untuk kulit berminyak ini bertindak:
    a)     Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
    b)     Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
    c)     Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
    d)     Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat


    2)    SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
    Saiz Pek  : 150ml
    RCP        : RM17.40ml (selepas 6% GST)
    Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:
    a)     Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
    b)     Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat
    c)     Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum
    d)     Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
    e)     Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka

    3)    SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat
    Saiz Pek  : 15g
    RCP        : RM11.90 (selepas 6% GST)

    Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak:

    a)Sebagai rawatan intensif anti jerawat
    b)Menghalang pembentukan bintik hitam
    c)Memudarkan parut jerawat
    d)Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
    e)Meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan
    f)AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria

    Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia