"Where hope grows, miracles blossom".

Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
December 29, 2016

Minyak Herba Asmak - Penawar Asma Pada Bayi

by , in

Minyak Herba Asmak Penawar Asma Mujarab

Minyak Herba Asmak Penawar Asma Mujarab

 

 Penyakit Asma


Dilema ibu anak pengidap asma.Perkara yang paling merisaukan seorang ibu adalah apabila anak demam ditambah pula dengan batuk dan selsema. Lebih teruk lagi jika sianak pengidap asma. Pasti ianya amat merunsingkan hati siibu apabila anak tidak pandai membuang kahak, hidung tersumbat dan sukar untuk bernafas.
Luluh hati siibu melihat anaknya terpaksa menggunakan rawatan sedut lender, Nebulizer,dan lain-lain.Betapa peritnya anak kecil itu terpaksa melalui pelbagai kesakitan.Renungan matanya,ibu dapat merasai dirinya sedang menahan kesakitan.Tanpa sedar bergenang airmata siibu.Kalaulah kesakitan anak  itu boleh dipindahkan kepadanya memang siibu akan buat pilihan itu kerana tidak sanggup melihat anak menanggung kesakitan. 


Siibu sedar jika berterusan bukan sahaja anaknya tak boleh nak bergiat aktif, terpaksa pula bergantung pada inhaler dan jika serangan asma tiba-tiba datang macam mana kalau inhaler tu tak ada masa serangan datang.Macam-macam difikiran siibu.Dia sanggup buat apa sahaja,cuba macam-macam petua agar dapat melihat semula keriangan diwajah anaknya.

Menyedari hakikat itu macam-macam ikthiar siibu cuba,cari petua penawar asma pada bayi melalui google,petua dari rakan2,ibu ayah,sanak saudara semua dibuatnya. Sehinggalah pada suatu hari,dia menemui sesuatu di Facebook.








Minyak Herba Asmak Penawar Asma

Siibu dengan tidak sengaja terjumpa satu Fanpage tentang Penawar Asma Mujarab difacebook.Siibu  khusyuk meneliti kesemua info Penawar Asma pada bayi dalam fanpage tersebut.Hampir kesemuanya sama dengan situasi yang dialami oleh anaknya.Mendung berarak pergi,wajah sugul siibu berubah menjadi ceria kerana akhirnya siibu menemui jalan penyelesaian masalah dia dalam laman Fanpage tersebut.
Minyak Herba Asmak Penawar Asma Mujarab

Siibu menemui satu produk yang boleh membantu menyelesaikan masalah anaknya selama ini.Tanpa berlengah,siibu terus membuat pembelian secara online dengan Fanpage tersebut.Setelah hampir sebulan menggunakan produk tersebut,siibu dapat melihat kesan positif.Kalau dulu anaknya terpaksa menggunakan INHALER dengan kerap,tetapi kini tidak lagi…Alhamdulillah..

Siibu amat bersyukur kerana terjumpa produk yang bukan sahaja boleh merawat masalah asma anaknya tetapi mempunyai banyak lagi kegunaan lain dalam pada masa yang sama.

Ramai yang dah tahu pasal penawar asma mujarab ni.Tetapi ramai yang masih meragui penawar asma mujarab ni.Belum cuba belum tahu.Kalau korang nak tahu,fiqa telah mencuba selama hampir 3 minggu untuk menguji keberkesanannya.Baca sampai habis kalau nak tahu berkesan ataupun sekadar cerita kosong nak lariskan produk...Ahakssss

Sebelum itu,mari fiqa akan ceritakan apa itu Minyak Herba Asmak.

Minyak Herba Asmak Penawar Asma Mujarab adalah rawatan alternatif untuk asma (lelah), semput, batuk, kahak dan selsema – TANPA nebulizer, TANPA ubat/pil dan TANPA kos rawatan yang tinggi.Minyak Herba Asmak sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi yang baru lahir sehinggalah kepada orang tua kerana testimoni yang diterima menunjukkan keberkesanan pada semua peringkat umur.Minyak Herba Asmak adalah satu KEPERLUAN yang mesti dimiliki oleh setiap keluarga.


Kandungan Bahan-Bahan Minyak Herba Asmak


Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd ini diperbuat daripada minyak zaitun,minyak kelapa dara,habatussauda,pati gamat dan herba terpilih yang bukan sahaja selamat,tapi suci.Gunakan tanpa was-was Minyak Herba Asmak kerana ia adalah hasil dari R&D (Research & Development ) @ Penyelidikan dan Pembangunan dan menggunakan Teknologi Nano.

Kegunaan Minyak Herba Asmak

Minyak Herba Asmak dapat membantu merawat ;

Minyak Herba Asmak Penawar Asma Mujarab




Cara Guna Minyak Herba Asmak

1. Tebuk lubang pada "stopper" supaya senang digunakan dan jimat .
2. Goncang sebelum guna.
3. Cara paling asas : Sapu di leher dan ke dada , ke tengkuk dan ke belakang. Juga boleh disapu pada tapak kaki.

Kelebihan Menggunakan Minyak Asmak


Minyak Herba Asmak Penawar Asma Mujarab

●Kandungan minyak herba Asmak mujarab ini telah menjalani R&D lebih selamat,lebih suci,tidak “overdose” bahan tertentu dan tidak mengandungi bahan aktif yang tinggi.

●Minyak Herba Asmak lebih mesra kulit di mana peratusan alahan pada herbanya tersangat rendah dan mesra bayi.

●Minyak Herba Asmak ini lebih cepat menyerap di kulit,sebab itu ramai yang mengakui keberkesanannya jauh LEBIH CEPAT kerana menggunakan teknologi nano.

●Minyak Herba Asmak ini berangin dan tidak panas kerana ianya mengikut piawaian yang ditetapkan dan kandungannya sentiasa sama tidak berubah sebab dihasilkan di kilang yang GMP dan mempunyai sukatan kandungan bahan yang sama.

●Minyak Herba Asmak bukan sahaja berkesan untuk asma,semput,lelah,batuk,kahak,selsema,gigitan serangga,luka,terkena api tetapi juga berkesan untuk sakit perut,bengkak,lenguh,buasir,sembelit,senggugut,membantu
melancarkan darah,sakit kepala,migrain,resdung,sakit gigi,strok dan ulser.

●Mereka yang mendapatkan minyak R&D akan diberikan rundingan cara pakai mengikut masalah yang dihadapi dan biasanya akan dipantau oleh pengedar sah yang mempunyai ID.Malah pelanggan digalakkan berhubung dengan pengedar yang berkenaan sama ada untuk sebarang masalah berkaitan atau berkongsi pengalaman mencuba.

●Jaminan kesucian dan keselamatan minyak asmak mujarab kepada pengguna.



Harga Minyak Herba Asmak

Harga sebotol Minyak Asmak ini adalah RM39.00, isi kandungannya adalah 30ml. Boleh didapati daripada agen atu pengedar-pengedar MHAMSB yang sah. 


                           Testimoni minyak herba asmak mujarab

 REVIEW PERSONAL FIQA SELAMA 3 MINGGU PENGGUNAAN.

Minyak Herba Asmak Penawar Asma Mujarab

1.Situasi 1 dimana anak fiqa terhantuk bucu katil..fiqa sapu denganmenggunakan #minyakasmak..keesokan paginya benjol di dahi anak fiqa surut..kalau sebelum ini jika dia terhantuk benjol dikepalanya akan kekal sekurang-kurangnya 3 hari langsung tidak surut walau dah disapu ubat.

2.Situasi kedua dimana dalam mulut fiqa luka,kisahnya terhantuk dengan kepala anak..fiqa sapu,darah cepat berhenti dan rasa denyut2 pun berkurangan.Jangan risau kalau tertelan sikit  sebab kandungannya adalah ramuan dari formulasi habbatussauda’, minyak zaitun, minyak kelapa dara, minyak gamat dan herba terpilih telah diproses dengan teknologi nano di kilang bertaraf GMP.

3.#Minyakasmak ini juga fiqa guna sebagai penganti minyak telon.Anak-anak pun selesa je.

4.Kebetulan minyak angin dah habis dan fiqa guna #minyakasmak ini sebagai ubat sapu.Fiqa memang selalu kebas-kebas kaki,bila guna kaki rasa hangat dan apa yang terkeluar dari mulut…wahh bagus juga ubat nie..semestinya fiqa syorkan kepada sanak saudara dan ibu fiqa sendiri.Selain daripada itu #minyakasmak  ini juga mampu melega sakit-sakit kepala serta sengal2 badan.Memang best.


Antara lain kegunaan Minyak Herba Asmak seperti dibawah,dan seperti korang lihat yang ditandai warna merah ialah berdasarkan pengalaman fiqa sendiri mencuba Minyak Herba Asmak ini.Terima kasih kepada Minyak Herba Asmak kerana dengan adanya sebotol minyak ini,sekurang-kurangnya boleh menyelamatkan keadaan@pelbagai situasi.

    *Asma, semput dan lelah-BERKESAN
    *Menghilangkan batuk-BERKESAN
    *Mencairkan lendir kahak-BERKESAN
    *Melegakan Selsema-BERKESAN
  *Kegatalan akibat terkena gigitan serangga seperti nyamuk dan sebagainya-BERKESAN
    *Menyembuh luka-BERKESAN
    *Terkena api/benda panas-BERKESAN
    *Melegakan sakit perut-BERKESAN
    *Menghilangkan bengkak-BERKESAN
    *Lenguh-lenguh badan-BERKESAN
    *Masalah Buasir
    *Mengatasi masalah sembelit
    *Melegakan senggugut bagi wanita-BERKESAN
    *Melancarkan peredaran darah
    *Melegakan sakit kepala dan juga migrain-BERKESAN
    *Sesuai juga untuk merawat Resdung
    *Merawat sakit gigi
    *Untuk rawat penyakit strok
    *Juga sesuai untuk merawat ulser

Apa yang fiqa boleh simpulkan disini ialah,#minyakasmak ini memang berbaloi dimiliki.Kalau boleh wajib ada dua 1 letak dalam beg tangan 1 lagi simpan  dirumah.


Banyak lagi testimoni yang telah mencuba Minyak Asmak ini..kalau nak tengok testimoni mereka boleh klik link di bawah...



Minyak Herba Asmak Penawar Asma Mujarab
#MinyakHerbaAsmak disini #sepang #KLIA

Jadi apa pendapat anda??Tepuk dada tanya selera..tidak percaya??kena beli uji dan bukti sendiri keberkesanannya.OK!!

Agen Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd


Pastikan anda mendapatkan minyak Herba Asmak dari pengedar sah syarikat Minyak Herba Asma Mujarab Sdn Bhd (MHAMSB) yang memaparkan No ID sahaja,dan jika anda ragu-ragu,anda boleh meminta ID pengedar dari mereka.Kebelakangan ini ramai pihak yang menggunakan gambar dan bahan pemasaran syarikat tetapi menjual produk lain dan cara ini teramatlah tidak beretika.Sokonglah 1000+ pengedar kami yang berdaftar dengan cara yang sah.

Dapatkan minyak Herba Asmak dari Pengedar sah yang mempunyai ID dari syarikat MHAMSB sahaja.

Sekiranya berminat nak mencuba Minyak Herba Asmak atau nak menjadi agen Minyak Herba Asmak,boleh ke link di bawah atau hubungi terus  :
Hotline HQ : 019 - 970 8897
Website rasmi syarikat : http://mham.com.my/

Website Minyak Herba Asmak :
http://penawarasma.com.my

Ig : mham.sdnbhd
https://www.instagram.com/mham.sdnbhd/

Fb Page :

Penawar Asma Mujarab
https://www.facebook.com/penawarasma/

Minyak Herba Asmak HQ

https://www.facebook.com/minyakherbaasmamujarabsdnbhd/

Youtube:https://www.youtube.com/chanel/UCW7XwJbaxkXCKe3f7NEucag



Minyak Herba Asmak Penawar Asma Mujarab

Rawatan alternatif herba (secara sapuan luaran) untuk masalah pernafasan seperti asma (lelah), semput, sesak nafas, kahak, batuk dan selsema, di samping pelbagai lagi kegunaan luaran yang lain. Diformulasikan daripada kombinasi pelbagai minyak dan herba terpilih, Minyak Herba Asmak sesuai digunakan untuk semua peringkat usia. Dengan teknologi nano, Minyak Herba Asmak telah membantu lebih daripada 200,000++ pelanggan!!


November 22, 2016

Ruam Bayi Powder l Penawar Warisan Terbaik Untuk semua Jenis penyakit Kulit

by , in


Ruam Bayi Powder  l Penawar Warisan Terbaik  Untuk semua Jenis penyakit Kulit

Assalamualaikum....

Ada tak sesiapa yang anak-anak atau diri sendiri mengalami masalah kulit??? Dah bermacam ubat steroid digunakan, dah bermacam jenis sabun  cuba tapi masalah kulit tak hilang-hilang.Terutama mereka yang ada masalah ekzema.I feel you kerana anak fiqa sendiri pernah mengalami masalah yang sama.

Seperti yang kita sedia maklum, pelbagai jenis ubat untuk merawat ruam pada bayi di pasaran sekarang dan sesetenganya mengandungi bahan steroid. Walaupun ia menyembuhkan ruam bayi,adakah anda pasti bahawa krim tersebut tidak menipiskan kulit bayi? Kulit bayi adalah sensitif dan sekiranya kulit bayi menipis, ia akan mengundang penyakit kulit yang lain pula. Oleh itu, jangan biarkan anak anda terus menderita dengan krim yang digunakan sekarang. 


November 21, 2016

Kenali Jenis Ruam

by , in

 Kenali Jenis Ruam
SUMBER:GOOGLE


Ruam boleh berlaku dalam kalangan dewasa dan kanak-kanak disebabkan oleh sesuatu yang memberi iritasi kepada kulit. Ruam akan bermula dalam jangka masa 48 jam selepas terkena dengan alergen atau bahan penyebab (dermatitis). Bercakap mengenai masalah kesihatan berkaitan kulit, antara yang paling biasa tetapi menjengkelkan adalah masalah ruam pada kulit. Lazimnya dilihat berlaku pada kawasan kulit yang mudah berpeluh, ruam menjadi masalah kulit yang membimbangkan ramai orang. Ruam merupakan satu masalah kecil yang sebenarnya boleh dihindari dengan rawatan di rumah sahaja. Namun, dalam keadaan tertentu ruam turut memerlukan rawatan klinikal. Dermatitis akan mengakibatkan kemerahan pada kulit atau ruam dengan tompokan merah. Ruam atau dermatitis yang lebih teruk menyebabkan masalah yang lebih buruk seperti bengkak, kemerahan dan luka.

Antara punca - punca ruam adalah :


Ruam bukan selalunya berlaku pada kali pertama anda berhubung dengan alergen atau bahan iritasi. Keadaan apabila berlakunya tindak balas dengan bahan tersebut, menyebabkan berlakunya ruam. Ruam tidak merbahaya tetapi lazimnya menyebabkan kegatalan, kadangkala sehingga terluka. Antara alergen utama yang menyebabkan berlakunya ruam atau dermatitis ialah - Tumbuhan beracun seperti ivy, oak atau sumac, Sabun, bahan pencuci, syampu, minyak wangi, kosmetik atau losyen, Barang kemas atau fabrik.

Ruam juga didapati muncul selepas terdedah kepada serangga atau parasit seperti hama. Anda boleh mendapat ruam apabila anda berjalan ke kawasan luar bandar atau mengembara di dalam hutan. Ruam menjadi penanda masalah kulit yang kronik seperti jerawat, ekzema, psoriasis atau dermatitis seborrheic. Sebab-sebab lain termasuk ruam kering, cuaca sejuk, cuaca yang amat panas (ruam panas) dan tekanan emosi. Emosi seperti kekecewaan atau rasa malu boleh menyebabkan ruam yang gatal.

Keperluan untuk rawatan perubatan sering bergantung kepada gejala-gejala. Terdapat ruam yang berlaku dengan gejala-gejala lain seperti sesak nafas atau demam, menandakan sejenis tindak balas alahan atau jangkitan yang serius. Periksa tanda-tanda anda untuk memutuskan jika dan apabila anda perlu berjumpa doktor. Anda juga harus lah perlu tahu jenis-jenis ruam.

Antara Jenis-Jenis Ruam Adalah  :


1) Ruam Panas ....kepanasan yang terlampau boleh buatkan bayi rimas dan kulit terjejas, naik bintik2 merah seakan-akan jerawat. Selalunya dikawasan pelipatan seperti leher,pelipatan siku,dicelah-celah kulit berketak-ketak. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap. Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. pabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya. Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk. Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.

 2) Ruam Susu ....kesan daripada lelehan susu yg dibiarkan dan tidak dilap, bintik-bintik putih di muka, leher dan atas dada bayi. Ruam susu biasa nya terdapat pada kulit si kecil terlihat kemerahan, membengkak, dan bersisik di sekitar pipi. Ruam ini menimbulkan rasa gatal dan memicu anak menggaruk area yang terkena ruam, membuat anak gelisah dan rewel. Rasa gatal semakin menjadi-jadi saat malam hari dan sangat mengganggu tidur anak. Pipi adalah kawasan kulit bayi yang sering terkena titisan susu. Keadaan ini disebabkan juga bayi tersebut mengalami alahan kepada susu berasakan protien lembu yang diberikan, terutama bagi mereka yang berada di peringkat usia yang masih muda. jesteru itu, ibu bapa harus lah menukarkan susu lembu kepada susu yang berasakan soya. Ibu bapa juga haruslah memastikan setiap makanan yang di berikan kepada bayi adalah selamat untk dimakan terutama pada peringkat awal tumbesaran mereka.

 3) Ruam Lampin ....terlalu lama dibiarkan memakai kain lampin/lampin pakai buang,  kulit jadi merah dan radang sama ada di sekitar punggung bayi atau di celah peha. Kandungan dalam lampin pakai buang seperti bahan kimia, losyen atau bahan wangian boleh meningkatkan sensitiviti terhadap ruam berbanding lampin kain. Walau bagaimanapun, lampin pakai buang lebih menyerap lembapan dan bayi anda akan lebih kering. Maka, risiko terhadap ruam juga berkurangan. Menariknya, kajian menunjukkan reaksi bayi terhadap lampin kain atau lampin pakain buang adalah berbeza-beza. Sesetengah bayi kurang risiko ruam lampin apabila memakai lampin kain atau pun sebaliknya. Untuk jalan penyelesaian mudah, pastikan anda menyalin lampin secepat mungkin selepas anak anda membuang air kecil atau besar kerana pendedahan kulit terhadap najis dan air kencing akan meningkatkan risiko ruam lampin. Jika anak anda mempunyai ruam lampin yang teruk, pertimbangkan menukar jenis lampin yang dipakai sama ada lampin kain atau lampin pakai buang. Jangan lupa untuk mendapatkan nasihat doktor kerana mungkin terdapat juga faktor lain yang memainkan peranan dalam ruam yang dialami.

 4) ekzema ....rasa gatal dan tak selesa. Tahap lebih teruk sehingga berdarah dan keluar air. Selalunya boleh tengok pada pelipat kelopak mata, leher, siku, lutut, pergelangan tangan, jari tangan dan jari kaki. Ada dermatis - kemerahan, kuping, bengkak. Ekzema (eczema) juga dikenali sebagai atopik dermatitis atau ekzema atopik (ekzema bentuk yang paling biasa). Ekzema atopik selalunya berlaku dikalangan kanak-kanak, tetapi ia boleh juga berlaku keatas orang dewasa atau dikalangan mereka yang usia lanjut. Untuk pengetahuan anda juga, ekzema adalah keadaan kulit yang kronik di mana kulit menjadi gatal, merah, kering dan merekah. Kira-kira 30% daripada semua keputusan diagnosis keatas simptom kulit melibatkan ekzema atopik. Ia memberi kesan yang sama kepada lelaki mahu pun wanita serta orang-orang dari latar belakang etnik yang berbeza. Kebanyakan kes di Eropah Barat, Amerika Utara dan Australia menjelaskan bilangan orang ramai yang dijangkiti penyakit ekzema ini telah meningkat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan ini termasuklah di Asia dan Malaysia.

 5) Allergy ....kulit merah dan gatal dgn tiba2, biasanya berpunca drpd pemakanan, habuk, cuaca, serangga, ubat dan bulu binatang. Ini tak berpanjangan.Sebenarnya, alergi atau alahan adalah reaksi keimunan terhadap bahan yang disedut, dimakan atau yang hanya disentuh. Sistem keimunan badan bertindak balas terhadap alergen bahan yang membangkitkan reaksi dengan mengeluarkan histamin dan kimia-kimia lain yang menyebabkan simptom seperti kongesi hidung serta sistem respiratori, gatal hidung atau hidung meleleh, pedih tekak, diarhea atau cirit-birit, mata berair dan gatal, dan ruam gatal. Tidak semestinya, dan agak sukar dikesan bagi bayi. Contohnya, ramai bayi akan mendapat lelah apabila diserang infeksi saluran pernafasan respiratori atas. Ini sebenarnya bukan tanda alergi, dan kebanyakan bayi akan hilang kecenderungan untuk mendapat lelah apabila mereka menjadi matang. Sekiranya lelah itu berlaku tanpa selesema, dan masih kekal apabila dia mencapai usia tiga tahun, pakar pediatrik anda mungkin akan meminta anda supaya menyimpan buku catatan setiap kali bayi anda menunjukkan simptom ini. Diagnosis asma lazimnya boleh dibuat berdasarkan sejarah bayi dan tindak balasnya terhadap ubat bronchodilators yang melegakan.

 Kebanyakan ruam akan hilang tanpa rawatan perubatan. Rawatan di rumah selalunya boleh melegakan kesakitan dan gatal-gatal sehingga ruam hilang. Jika anda mempunyai ruam, anda tidak perlu berada dalam hubungan dengan kanak-kanak atau wanita hamil. Kebanyakan virus yang menyebabkan ruam adalah berjangkit, terutamanya jika ia turut menyebabkan demam.


November 12, 2016

Turunkan Kolestrol Dengan Jus Qalbi

by , in

Turunkan Kolestrol Dengan Jus Qalbi



Tidak kisahlah lelaki atau perempuan bila kolesterol berlebihan dalam badan akan mengalami tanda-tanda seperti :
  • Timbul bintik-bintik putih(biji lemak) pada bahagian bawah mata, kawasan muka atau leher
  • Mudah letih
  • Penat dan cepat mengantuk
  • Sakit pada bahagian kaki
  • Lesu
  • Selalu Rasa Kembung
  • Jantung terasa sakit atau berdebar-debar
  • Muncul lebam pada beberapa bahagian badan
  • Kram terutama di malam hari
  • Kuku berubah kuku menebal dan tumbuh lebih lambat ketika anda potong
  • Rasa tegang di tengkuk
Jika ada tanda-tanda ini maka anda perlu lakukan sesuatu sebab jika dibiarkan mungkin akan menyebabkan masalah yang lebih kronik.
JUS QALBI AL EHSAN PEMBERSIH KOLESTEROL
ü  Jus Qalbi bagus dan berkesan untuk penyakit seperti berikut :
Mencuci dan Membuang kolesterol
ü  Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
ü  Merawat Sakit Dada
ü  Menambah Tenaga Dalam Badan
ü  Melancarkan Peredaran Darah
ü  Amat Sesuai Merawat Penyakit Jantung
ü  Menurunkan Kadar Kolesterol Dalam Darah
ü  Menyingkirkan Toksin Dalam Badan
ü  Membersihkan Salur Darah Yang Tersumbat
ü  Menurunkan Darah Tinggi
ü  Menyembuhkan Gout
ü  Membuang Angin Dalam Badan
ü  Melawaskan Penghadaman
ü  Melancarkan Perjalanan Darah
ü  Membuang Kahak Dan Mencairkan Lemak
ü  Membantu Melegakan Sakit Kepala dan Sakit Badan
ü  Mampu Menurunkan Berat Badan

Turunkan Kolestrol Dengan Jus Qalbi

Jus Qalbi mengandungi pelbagai ramuan terpilih yang sangat mujarab untuk bukan sahaja menurunkan kolesterol malah boleh memberikan tahap kesihatan yang paling optimal kepada badan.
Berikut adalah bahan-bahan yang bertindak sebagai fungsi utamanya:
1 - Bawang Putih
Bawang putih mengandungi Allicin. Allicin ialah zat anti bakteria yang bertindak sebagai anti biotik semula jadi.
2 – Halia
Halia mengandungi kromium,magnesium dan zink yang membantu dalam meningkatkan kitaran darah dan juga membantu dalam memecahkan sel lemak yang berkumpul dalam saluran darah
3 – Lemon
Lemon kaya dengan khasiat yang tinggi seperti vitamin C, vitamin B, fosfor, protein , dan karbohidrat. Lemon juga mengandung flavonoid, iaitu merupakan komposit yang mengandung antioksidan dan memiliki sifat melawan kanser. Hal ini membantu mencegah diabetes, sembelit, tekanan darah tinggi, demam, gangguan pencernaan, dan banyak masalah lain termasuk menyehatkan kulit, rambut, dan gig
4 - Pati Cuka Epal
Pati Cuka Epal mengandungi Pectin. Pectin ini yang membantu untuk kurangkan kolestrol dalam badan.
4 - Madu Asli
Memang tak dapat disangkalkan lagi manfaat Madu Lebah Asli. Sehingga dirakam dalam al-Quran. “Di dalamnya (madu) terdapat ubat yang boleh menyembuhkan bagi manusia.” – (An-Nahl:69) . Madu lebah merawat penyakit jantung dan penyakit dalaman kerana mengandung karbohidrat, glukosa, fraktose, zat gula tebu, protein, potassium, zat besi, belerang dan fosfor.




KHASIAT-KHASIAT LAIN JUS QALBI AL-EHSAN
  • Mampu membaik pulih dan merangsang sistem peredaran darah
  • Mengurangi risiko yang berkaitan dengan komplikasi jantung, stroke, sakit dada, darah tinggi dan kebas anggota badan jika diamalkan secara berterusan
  • Menjana tenaga tambahan serta kaya dengan vitamin C yang baik untuk kecantikan kulit serta imunisasi dan sistem penghadaman
  • Agen pelangsing badan semulajadi yang terbaik

Amalkan Jus Qalbi dan Rasai Kelainannya


CARA PENGAMBILAN
Goncang sebelum minum

  • 1 sudu makan sebelum sarapan
  • 1 sudu makan sebelum tidur malam
** Gunakan sudu plastik sahaja
** Disyorkan disimpan dipeti sejuk selepas dibuka

HARGA

  • RM79 Semenanjung Malaysia
  • RM89 Sabah Sarawak

** Harga tidak termasuk postages

BERAT BERSIH

  • 250ML


CARA PEMBELIAN


Kepada korang yang ingin mendapatkan Jus Qalbi Al-Ehsan ini boleh terus hubungi :-

ALGAE PARK SDN BHD

No.80A,Jalan Renang 13/26 Seksyen 13,Shah Alam.
03-55114366
HP: 017-7300366 & 017-3730366


August 22, 2015

14 Sebab Mengapa Ibu Perlu Bersalin Secara Pembedahan

by , in
Kalau ditanya kepada wanita mengandung, majoriti memilih untuk bersalin secara kaedah normal. Walaupun bersalin normal perlu melalui fasa sakit kontraksi yang amat sakit tetapi bakal ibu lebih rela menanggungnya 
berbanding membiarkan perut di'potong' untuk mengeluarkan bayi.
 
Walaupun ramai yang kata ibu yang bersalin normal itu sangat hebat tetapi sebenarnya ibu yang bersalin secara pembedahan caesarean itu tidak kurang hebatnya. Mungkin ibu tidak merasa sakitnya 
kontraksi berlaku, mungkin ibu juga tidak merasa sukarnya proses meneran bayi dan mungkin ibu juga tidak merasa peritnya jahitan episiotomi bahkan tidak perlu melalui kesakitan bekas jahitan episiotomi yang berisiko 
terkena jangkitan kuman atau jahitan terbuka.
 
Tetapi perlu diingat, ibu yang bersalin caesarean perlu menyerahkan dirinya untuk menerima suntikan bius paling kuat, membiarkan perutnya dibelah selapis demi selapis untuk mengeluarkan bayi,
perlu menanggung kesakitan luka jahitan pembedahan yang sangat lama untuk sembuh, perlu berpantang lebih teruk berbanding mereka yang bersalin normal 
 
Ketahuilah mereka juga kalau boleh hendak merasa pengalaman bersalin secara normal tetapi apakan daya atas beberapa sebab berikut, mereka perlu akur dengan nasihat doktor demi menyelamatkan bayi dalam kandungan.
Berikut adalah sebab mengapa seseorang bakal ibu perlu melahirkan anaknya secara pembedahan caesarean.
 
Pembedahan Elektif
 
1. Caesarean Ulangan
Sebelum ini pernah melahirkan secara pembedahan caesarean.
 
 
2. Jangkitan
Ia melibatkan jangkitan seperti herpes atau HIV yang berkemungkinan terkena kepada bayi jika bersalin normal.
 
 
3. Kedudukan bayi
Bayi berada dalam posisi songsang atau melintang.
 
 
4. Praeklampsia
Jika tahap ibu sangat teruk ia boleh menjejaskan pertumbuhan bayi, jadi doktor tidak akan melambatkan proses kelahiran.
 
 
5. Ibu alami trauma
Mungkin pengalaman melahirkan secara normal sebelum ini menimbulkan trauma yang teruk kepada ibu.
 
 
6. Komplikasi penyakit
Penghidap penyakit berbahaya seperti jantung, kencing manis atau tekanan darah tinggi memang berisiko jika bersalin secara normal.
 
 
7. Masalah plasenta previa
Posisi uri di bawah peringkat 3/4 yang berbahaya jika melahirkan secara normal.
 
 
8. Kandungan kembar
Ibu beranak kembar juga berisiko untuk melahirkan secara normal jadi doktor lebih menyarankan secara pembedahan.
 
 
9. Bayi pernah meninggal
Jika ibu pernah melalui pengalaman kehilangan bayi ketika melahirkannya maka doktor tidak akan mengambil risiko bersalin normal.
 
 
Pembedahan kecemasan
 
10. Tali pusat terbelit
Masalah ini mungkin berlaku apabila ketuban pecah. Kemungkinan tali pusat terhimpit dan menganggu bekalan oksigen kepada bayi. Ibu berisiko meninggal dunia kerana hypoxia.
 
 
11. Proses bersalin terlalu panjang
Serviks ibu mengambil masa terlalu lama untuk buka sepenuhnya. 
 
 
12. Masalah uri
Kedudukan uri di bahagian bawah menyebabkan pendarahan dan boleh membahayakan nyawa ibu dan bayi jika pembedahan tidak dilakukkan.
 
 
13. Bayi lemas
Degupan jantung bayi semakin lemah. Ia menunjukkan bayi tidak cukup oksigen dan perlu dikeluarkan serta merta.
 
 
14. Bantuan kelahiran gagal
Walaupun telah menggunakan alat bantuan kelahiran seperti vakum atau forsep tetapi
bayi masih tidak boleh dikeluarkan.
 
 
 
May 26, 2015

Sakit Lutut

by , in


Sakit Lutut


Sakit lutut




Anda sakit lutut?Masalah sakit lutut adalah sesuatu yang normal di kalangan masyarakat kita. Apa puncanya? Bagaimana ingin mengurangkan rasa sakit itu? Kita perlu mengetahui punca kepada masalah sakit lutut ini supaya kita dapat mencegah dari mengalami sakit lutut, atau bahasa klinikal ialah Osteoarthritis (OA). Masalah lutut yang sakit boleh dicegah melalui pemakanan yang seimbang dan juga pengambilan supplement.




APA ITU OSTEOARTHRITIS (OA)?

  • Juga dikenali sebagai arthritis haus terutama di bahagian lutut
  • Ia berlaku dimana apabila tulang rawan telah mula haus, tulang-tulang (joint) itu semakin rapat dan menyentuh antara satu sama lain.
  • Ini menyebabkan kesakitan, bengkak, kurang upaya untuk bergerak jauh.


SIAPA YANG BERPOTENSI MENGALAMI OA?

  • Semua orang terdedah kepada risiko ini (seawal remaja).
  • OA akan lebih terasa apabila seseorang itu semakin mencecah usia 45 tahun.
  • Menurut Athritis Foundation, sebanya 27 million rakyat US mengalami OA, dan peratusan wanita lebih tinggi berbanding lelaki


APA PENYEBAB SAKIT LUTUT?

Sebab yang paling biasa adalah faktor umur. Setiap orang berpotensi untuk mendapat OA. Namun, ada faktor lain yang mendorong kepada proses terjadinya OA.

  • Umur - Semakin meningkat umur, semakin sukar untuk mencegah kekurangan tulang rawan.
  • Berat Badan - Berat memberikan tekanan kepada semua sendi, terutamanya lutut. Untuk setiap paun berat kita bertambah, kita membebankan lutut kita dengan 3 - 4 paun extra.
  • Keturunan - termasuk dengan genetic mutations yang menyebabkan seseorang lebih cenderung mengalami OA. Atau disebabkan oleh abnormalities yang diwarisi dalam bentuk tulang yang mengelilingi sendi lutut.
  • Jantina - Wanita berumur 55 tahun dan ke atas lebih berpotensi mengalami OA berbanding lelaki
  • Tekanan Sendi Berpanjangan - Bergantung kepada pekerjaan yang anda lakukan. Sekiranya anda kerap mengangkat beban berat (55 paun dan lebih), mencangkuk, melutut berpotensi mengalami OA kerana tekanan berterusan yang diberikan kepada sendi.
  • Olahraga - Seorang atlet perlu mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kecederaan. Pemain bola sepak, tenis adalah antara atlet yang berisiko tinggi. Namun begitu, exercise yang ringan dan normal dapat membantu menguatkan sendi.


SYMPTOM SAKIT LUTUT?

  • Terasa amat sakit apabila anda aktif
  • Bengkak
  • Rasa panas pada sendi
  • Tegang pada lutut
  • Sakit apabila menggerakkan lutut
  • Kurang daya upaya untuk menggerakkan lutut
  • Berkeriut (atau bunyi bising) apabila lutut bergerak


BAGAIMANA UNTUK MERAWAT SAKIT LUTUT?

  • Turunkan berat badan
  • Bersenam - Senaman regangan membantu lutut anda untuk lebih fleksibel
  • Ubat Penahan Sakit atau Anti-Radang - Namun begitu, pengambilan berlebihan boleh mengakibatkan kesan sampingan
  • Suntikan corticosteroids atau asid hyaluronic ke dalam lutut
  • Alternatif Terapi seperti acupuncture
  • Pengambilan Supplement (seperti glucosamine dan chondroitin) –
  • Terapi fizikal dapat membantu menguatkan otot dan meningkatkan flexibility di dalam sendi
  • Pembedahan merupakan rawatan terakhir


TAPI TUNGGU..Kini anda tidak lagi perlu risau kesakitan akibat SAKIT LUTUT yang anda alami.Memperkenalkan produk yang mampu membantu anda dalam menangani masalah sakit lutut ini iaitu Pro kas

 sakit lutut

PRO Kas - Muscle Pain ReliefKegunaan dan Manfaat PRO Kas


  • Sengal Sendi
    Anggota badan yang kerap lenguh, kebas dan terasa sengal-sengal bahu, leher atau di mana-mana sendi dapat diselesaikan dengan PRO Kas.
  • Sakit lutut
    Tidak dapat berdiri lama, susah untuk berjalan, solat dan jalankan apa jua aktiviti harian. Mari ikhtiarkan dengan PRO Kas.
  • Tulang
    Pergerakan anda terbatas kerana masalah dalaman yang berkaitan dengan tulang dapat diselesaikan dengan PRO Kas.
  • Kesegaran
    Terasa lesu, lemah, tidak bermaya. Dapatkan kembali kesegaran badan! Anda akan rasa segar dan kembali rasa bertenaga selepas menggunakan PRO Kas


Bahan-bahan


PRO Kas - Muscle Pain Relief

ALOE VERA
Antioksidan, antibiotik yang bekerja sebagai stimulator pertumbuhan sel dan membaiki bekas luka dan sifat inhibitor nyeri.
SOYA
Mengandungi 50% protein bagi setiap 100g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur!
VITAMIN & MINERAL
Kaya vitamin dan mineral seperti kalsium, sodium, besi, kalium, mangan, seng, asam folat, pelbagai jenis vitamin, asam amino.
Delima
Mengandungi vitamin c sebagai penurun risiko arthiritis dan ianya baik untuk tulang.
DMSO
Pembawa bahan-bahan Pro KAS masuk ke dalam anggota badan dengan menggunakan teknologi nano dengan membetulkan DNA tanpa perlu melakukan pembedahan.
Menthol
Mempunyai anestetik tempatan dan kualiti counterirritant, dan ia digunakan secara meluas untuk melegakan sakit otot.

Info dan Cara Penggunaan


Pro Kas yang berkuantiti 30ml ini adalah hanya untuk kegunaan luaran sahaja. Jangan kenakan Pro Kas pada luka atau mana-mana rongga badan. Simpan Pro Kas jauh dari kanak-kanak dan baik disimpan pada suhu bilik.

  • Goncang sebelum guna
  • Sapu pada bahagian yang sakit dengan sekata 


 Untuk maklumat lanjut anda boleh lawati di https://www.facebook.com/prokas.my/
  



Back to Top