Fiqa story: Resepi
Showing posts with label Resepi. Show all posts
Showing posts with label Resepi. Show all posts

17 August 2017

Resepi Bubur Jagung Simple

8/17/2017 2
Resepi Bubur Jagung Simple
Bubur jagung


Tetiba pula rajin nak buat bubur jagung nie,sebabnya macam dah lama tak makan...hehe..tapi fiqa buat sesimple saja..asal ada rasa dan ngapp jer...😀..Maklumlah nak kata pandai tu tak lah..boleh masak untuk isi perut sendiri n family jer..nak masak banyak-banyak kita suruh pakar jer yang buat....haha

Untuk resepi bubur jagung nie bahan-bahannya pun tak banyak..fiqa guna 2 tongkol jagung je..ye lah yang makan sorang kan..cukuplah tu...santan 1 kotak kecik,Garam,air,gula dengan daun pandan..tu je

Cara masak pula,mula-mula hiris jagung dan toskan,kemudian didihkan air,masukkan santan serta garam.Kacau sebati.Bolehlah masukkan jagung dan perlahan kan api.Boleh masukkan gula dan daun pandan.Kacau sebati dan tunggu sampai jagung tu masak.


Dapat makan panas-panas sambil layan cerita korea best juga...ehehe...

10 October 2014

Makanan pengenalan baby 6 bulan (Day 9-12 )

10/10/2014 0
Makanan pengenalan baby 6 bulan (Day 9-12 )





Day 1-4 = Puri Lobak merah
 Penyediaan Puri lobak merah
1.Ambil sebatang lobak merah bersaiz kecil dan buangkan kulitnya
2.Selepas itu,bersih lobak merah tersebut dan potonf dadu.
3. Rebus sehingga lobak empuk.
4.Toskan airnya dan buarkan sejuk seketika.
5. Akhir sekali,kisar lobak sehingga halus bersama air masak atau susu ibu.

Info:lobak merah kaya dengan Beta Karotena,vitamin B dan C,Kalsium serta Potassium.Sayur ini juga bagus untuk meningkatkan sistem pertahanan badan serta meningkatkan sel-sel baru.

Makanan pengenalan baby 6 bulan (Day 5-8 )

10/10/2014 0
Makanan pengenalan baby 6 bulan (Day 5-8 )

Day 5-8 = Puri ubi keledek.

Penyediaan Puri ubi keledek
1.Ambil sebiji keledek bersaiz kecil dan buangkan kulitnya.
2.Kemudian,cuci bersih dan potong dadu.
3.Selepas itu rebus keledek sehingga empuk.
5.Akhir sekali,kisar sehingga halus bersama air masak atau susu ibu.

Info:
Ubi keledek bukan sahaja kaya dengan vitamin B,C dan E, tetapi juga mengandungi banyak zat mineral,beta Karotena,protein serta  kanji .




Makanan pengenalan baby 6 bulan (Day 1-4 )

10/10/2014 0
Makanan pengenalan baby 6 bulan (Day 1-4 )


Day 1-4 = Puri Avocado.
Penyediaan Puri Avocado
1.Belah avokado kepada dua bahagian, keluarkan biji.
2.Kaut isi avokado dan lenyekkan menggunakan garfu.
3.Tambah sedikit air masak dan lecek sehingga lumat.
Tips Penyimpanan Puri Avokado
  • Untuk menjimatkan masa penyediaan puri di masa hadapan, anda boleh menyediakannya dalam jumlah yang banyak dan simpan di dalam peti sejuk beku (freezer).
  • Puri avokado tahan lama sekurang-kurangnya dua minggu. Simpan puri di dalam bekas kiub ais dan tutup dengan kertas aluminium sebelum disimpan di dalam peti.

info:
Mengandungi vitamin A, B (termasuk B6, niacin dan riboflavin) C dan E serta kandungan galian seperti kuprum, magnesium, potasium dan zink, selain tidak mengandungi kolesterol dan sodium.

Panduan Makanan pejal pertama bayi

10/10/2014 0
Panduan Makanan pejal pertama bayi


Panduan makanan pejal pertama bayi
Sebelum pergi lebih jauh kepada beberapa asas penyediaan menu makanan, mari kita lihat beberapa pesanan tentang makanan pertama bayi ini.
• Berikan makanan pejal hanya selepas bayi berusia 6 bulan kerana, antara lain, sistem penghadaman telahpun bersedia ketika ini.
• Berikan makanan pejal 2 – 3 kali sehari.
• Biarkan bayi anda menentukan kuantiti yang dapat diterima pada satu-satu masa.
• Mulakan dengan makanan pejal yang dikisar menjadi puri bersama susu ibu. Buah-buahan dan sayuran yang sesuai termasuk epal, pisang, labu, lobak merah, kentang, bayam dan brokoli.
• Pastikan tiada gula atau garam ditambah pada makanan.
• Berikan satu-satu resepi selama 4 – 7 hari sebelum bertukar resepi lain bagi memastikan bayi anda betul-betul serasi dan tiada alergi terhadap makanan tersebut.
Tidak kurang pentingnya ialah menentukan sama ada si comel telah bersedia untuk mencuba makanan pejal pertamnya. Untuk itu, perhatikan perkara-perkara berikut pada bayi anda. Jika si comel mempunyai tanda-tanda ini, itu bermakna dia sudah bersedia untuk meneroka pilihan makanan selain susu:
• Boleh mengawal lidah dan pergerakan tengkok dengan lebih baik.
• Mula membuat pergerakan mengunyah ke atas-ke bawah.
• Boleh duduk sendiri dengan sokongan yang minimum.
• Suka memasukkan sesuatu ke dalam mulut.
• Menunjuk minat pada apa yang anda makan.

Resepi pertama bayi

1.Bubur nasi
Bubur nasi kosong yang dikisar halus tanpa tambahan garam mahupun gula adalah pilihan utama kebanyakan ibu-ibu bagi memperkenalkan makanan pejal kepada bayi. Bubur nasi boleh disediakan dengan memasak nasi biasa dan dikisar halus bersama susu atau memasak bubur nasi hingga lembut.

2.Bubur nasi berlauk ikan bilis, ikan dan isi ayam
Bubur nasi boleh juga dikisar bersama ikan bilis, ikan dan ayam atau bersama sayur-sayuran. Bagi ikan bilis, buangkan kepala dan tahinya terlebih dahulu dan pastikan ianya lembut dengan merendamnya sebelum digoreng atau disangan (goreng tanpa minyak). Ia kemudiannya dikisar kering dan dicampurkan ke dalam bubur nasi. Ikan bilis boleh juga direbus terus bersama bubur nasi. Bagi ikan dan isi ayam, ia harus direbus atau kukus terlebih dahulu sebelum dilecek atau dikisar bersama bubur nasi.

3.Bubur nasi berlauk sayuran
Bagi sayur-sayuran, perkenalkan sayuran yang memberi rasa manis seperti lobak merah, brokoli dan bayam. Sayur-sayuran boleh dikukus atau direbus terlebih dahulu secara berasingan sebelum dilecek dan dicampur ke dalam bubur nasi atau dikisar bersama bubur nasi.

4.Puri buah-buahan
Bagi buah-buahan yang lembut seperti pisang dan betik, boleh dilecek dan diberi terus. Untuk buah-buahan yang keras seperti pir dan epal, boleh dikukus sebelum dikisar halus menjadi puri. Sesetengah ibu menambah susu untuk mencairkan dan menambah nasi untuk memekatkan, semasa mengisar.