Fiqa story: Shopping
Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

26 July 2017

REVIEW | Beli barang dari SGShop

7/26/2017 3
REVIEW | Beli barang dari SGShop
Entri kali ini cuma nak share apa yang fiqa beli dari SGShop tempoh hari.Sebenarnya tak sempat nak screenshot untuk tutorial,jadi share dari invois je r...huhu..Tapi nanti ada masa fiqa akan buat tutorial juga...1st time shopping beli kasut untuk suami dan baju untuk anak-anak..hehe.


Total untuk 4 barang ini ialah RM117.09.Jumlah ini yang perlu fiqa bayar.Ini bayaran yag pertama untuk harga domestik shipping. Bila dah sampai ke warehouse akan ada pembayaran kedua pula ialah untuk kos international shipping ke Malaysia  +  service cas dan clearance.

Bila barang-barang dah sampai ke warehouse dan bersedia untuk dihantar,bayaran kali kedua perlu dibuat.Pilihan penghantaran yang fiqa pilih ialah sea shipping.Jadi kos shipping fee service  fee clearance fee = RM42.83 


Total kesemua adalah RM159.92



Fiqa buat pembayaran 12/06/2017 dan sampai pada 10/07/2017.



Untuk kali kedua fiqa beli beg dan sandal untuk  pula hehehe.....



Total kedua barang ini ialah RM40.96



Macam yang tadi juga tapi kali ini cuma perlu bayar shipping fee dan clearance fee sahaja yang berjumlah RM18.98.Proses penghantaran pula fiqa masih guna sea shipping sebab itu je yang paling murah.

Total jumlah kesemua ialah RM59.94

Fiqa buat pembayaran 06/07/2017 dan sampai pada 24/07/2017.

Fuhhh..untuk shopping di SGShop sahaja fiqa dah berabis RM219.86.Nasiblah haritu menang voucher SGShop RM200,so tambah sikit je..hehe

Berbaloi ke shopping disini?Bolehlah dan kena pandai pilih barang juga sebab dekat sini banyak barang yang sama tapi dijual pada harga yang berbeza.Kena pandai cari harga yang murah.Lagi 1 kalau nak beli kena kumpul sekaligus kesemua barangan di warehouse baru harga shipping jadi murah..ni sebab fiqa beli asing-asing jadinya kos shipping pun asing-asing lah kan...hehehehe.

So,fiqa close up sikit barang-barang yang fiqa beli dari SGShop nie...hehe



Nanti fiqa share tutorial dan tips shopping di SGShop dan Perbezaan beli sendiri dari Taoboa.com,shopping di SGShop dan pengalaman join ahli shopping barang murah dari China.