"Where hope grows, miracles blossom".

Showing posts with label Stroller. Show all posts
Showing posts with label Stroller. Show all posts
December 03, 2017

Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia

by , in
Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia


Jika anda baru beli dan stroller ini masih lagi di dalam kotak. Maka sebelum anda guna Quinny Zapp Flex ini, anda perlu ada skill D.I.Y sedikit. Sebab anda perlu cantumkan beberapa bahagian seperti roda, shopping bag, kerusi bayi dan canopy pada kerangka utama. Tapi jangan risau, mudah jer... kalau tak tau juga rujuk manual... kalau masih pening sila rujuk video di bawah.













Dah tengok? Ok? Tak tau juga?... adoiii.... pergi beli jer lah di butik bayi The Baby Store. Suruh staf diorg pasang.... percuma jer...



Jika sebelum ini anda sudah biasa dengan model Quinny Zapp atau Quinny Zapp Xtra, anda akan dapat kesan perbezaan rekaan Quinny Zapp Flex berbanding dengan Quinny Zapp Xtra. Memang diorang betul-betul "Overhaul" rekaan stroller ini walaubagaimanapun konsep asal iaitu rekaan 3 roda tetap sama. Tetapi jika perhatikan betul-betul, ada beberapa sentuhan akhir yang lebih teliti dan lebih cantik berbanding sebelumnya.





Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia


Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia


Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia


Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia


Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia




Quinny Zapp Flex ini datang dengan dua warna casis iaitu warna hitam matt dan warna aluminium. Tapi jika tanya pendapat saya, saya lebih suka warna casis hitam sebab nampak lebih bergaya dan berkelas lagi. Kali ini kami menguji Quinny Zapp Flex berwarna merah yang dikenali "Red on Graphite" yang dilengkapi dengan casis hitam matt. Memang kelihatan sangat menarik.



Antara yang menarik tentang model Quinny Zapp Flex ini adalah pemegangnya. Ia mempunyai rekaan yang unik sangat selesa apabila dipegang, ini menyebabkan ramai ibu-ibu di luar sana menjadikan stroller ini sebagai stroller idaman mereka.





Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia


Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia




Model Quinny Zapp Flex ini didatangkan dengan 3 Roda dimana ramai ibu-ibu diluar sana suka dengan rekaan 3-roda. Walaubagaimanapun Quinny ada juga keluar rekaan 4 roda yang dikenali Quinny Zapp Flex Plus. Ok.. kalau part kerusi pula, saya rekemen digunakan dari umur 6 bulan keatas. Tetapi ada juga yang guna dari newborn sebab kerusinya boleh dibaringkan. Anda juga boleh gunakan infant carrier seperti Maxi-Cosi Cabriofix atau/Pebble carrycot dari Quinny. Rujuk gambar dibawah :-





Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia




Antara favorite dalam pemilihan stroller adalah samaada stroller tersebut diubah dari forward facing ke rear facing. Tidak banyak stroller yang menawarkan features ini dan bagi saya Quinny Zapp Flex ini adalah stroller yang boleh forward facing dan rear facing paling compact yang pernah saya jumpa setakat ini.



Quinny Zapp Flex Review. Stroller Pilihan No 1 Ibu di Malaysia




Manakala, material canopy Quinny Zapp Flex ini sangat berkualiti dimana kainnya nipis dan tahan yang membolehkan apabila dilipat tidak memberi kesan kepada saiz lipatan stroller. Maksudnya stroller ini akan compact bila dilipat. Walaupun materialnya nipis tapi masih lagi dalam kategori nilai UPF50+ dan memberi perlindungan yang bagus untuk bayi anda. Selain itu, stroller ini juga jenis yang breathable, jadi memang selesa untuk anak anda.



Kalau part pemanduan, saya rasa tak perlu sangsi lagi. Memang sangat mudah untuk ditolak dan selesa. Roda yang digunakan pun saya tengok lain dari kebiasaan, ianya kelihatan nampak di dalam kelas tersendiri dan kelihantan mewah.



Ok yang terakhir sekali, part melipat stroller ini. Jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Quinny Zapp Xtra 2. Kita akan dapati Quinny Zapp Flex ini banyak upgrade. Ada 3 step untuk melipat stroller ini iaitu Pertama, lipat kerusi, Kedua lipat frame dan Ketiga dengan menggunakan kaki tolak kehadapan kunci dibelakang stroller dan lipat. Itu sahaja. Anda boleh rujuk video diatas untuk anda belajar cara lipat dan buka stroller ini.



Kesimpulan

Quinny Zapp Flex ini jika dibandingkan dengan model sebelumnya iaitu Quinny Zapp Xtra 2 ada banyak perubahan dari segi material dan cara lipatan stroller ini adalah lebih baik.



Jika anda memang mementingkan ciri-ciri seperti dual-facing dan compact. Saya memang rekemen model ini. Ianya menepati ciri-ciri yang anda idamkan walaupun ianya tidak seringan dan secompact stroller seperti Tavo Amber, Aldo Compatto dan GB Pockit Plus akan tetapi ianya ada features yang ramai ibu bapa suka iaitu Dua-Facing. Saya memang rekemen juga anda memilikinya.



Tambahan pula, hanya Quinny sahaja yang menawarkan jaminan seumur hidup kepada anda. So, anda tidak perlu rungsing jika ada kerosakkan pada stroller ini.



Dimana Hendak Dapatkan Stroller ini?



Brand Quinny ini memang sukar anda untuk lihat dijual di butik-butik bayi di Malaysia. Hanya butik-butik bayi yang terpilih sahaja mereka benarkan menjual sebab mereka sangat menjaga ke'esklusif'an jenama ini dan untuk mengelakkan cetak rompak seperti yang terjadi pada model sebelum ini.



Saya rekemen anda dapatkan di Butik The Baby Store di Seksyen 22 Shah Alam. The Baby Store adalah Dealer Sah brand Quinny. So anda tidak perlu risau. Jika anda duduk jauh dan tiada kesempatan untuk singgah. Anda boleh jer beli secara online di website mereka. Mereka menawarkan Free Shipping. So... ianya sama juga anda beli secara walk-in. Yang penting. Anda beli tanpa was-was sebab butik ini memang wujud. Jika anda beli di Facebook Group takut kene scam pula. So hati-hati.





atau Anda boleh terus ke butik The Baby Store di alamat.

The Baby Store
No 15, Indah Alam Condominium Shoplot,
Jalan Jubli Perak 22/1, Seksyen 22,
40300 Shah Alam, Selangor.


Hubungi : 019-4006996 (Puan Yati)

Landmark : Berhadapan Kilang Gula CSR Batu 3 Shah Alam

September 20, 2017

2 Jenis Stroller Mampu Milik

by , in
Stroller,bagi fiqa ia amat penting apabila fiqa ingin membawa anak kecil berjalan-jalan. Terdapat banyak jenis baby stroller yang boleh dapati di pasaran sekarang,dan mesti pening mencari stroller yang terbaik,murah serta berkualiti kan. Kalau merancang untuk membeli stroller banyak aspek perlu ambil kira seperti bajet anda,fungsi stoller tersebut,handle serta material.

Kali ini fiqa cuma kongsikan stroller jenis jogger yang harganya mampu milik dibawah RM300.

1.MYDEAR
i.My Dear18084 Little Cutie Stroller RM199.00 [BELI]

2 Jenis Stroller Mampu Milik
Foto kredit:Lazada Malaysia
 Detail produk:
-3 level reclines Seat
-Detachable front tray
-5 Point harnesses
-With top bottle tray
-Large storage basket under seat
-Comfortable for baby and parents to use


BACA: Combi Mechacal Handy Auto4cas Review

ii.My Dear Baby Stroller Orange and Black RM239.00 [BELI]

2 Jenis Stroller Mampu Milik
Foto kredit:Lazada Malaysia
Detail produk:
-Compact & Foldable
-4 wheels
-3 recline level
-5 point harness
-Wheels with break
-Deteachable front tray 


2.SWEET CHERRY


2 Jenis Stroller Mampu Milik
Foto kredit:Lazada Malaysia

i.Sweet cherry GL209 Malaga Stroller RM145.00  [BELI
Detail produk:
-Suitable from newborn to 3 years old babies.
-Multi adjustable backrest,flat position for newborn.
-Quick and simple folding mechanism.
-Compact fold for easy storage.
-Removable front tray.







ii.Sweet cherry LC200 Tulsa Jogger RM179.00 [BELI]



2 Jenis Stroller Mampu Milik
Foto kredit:Lazada Malaysia

Detail produk:
-Suitable from newborn to 4 years old
-Multi-position adjustable backrest
-Lockable front swivel wheels
-Easy folding mechanism
-large easy-access shopping basket
-Removable front tray-for lifting child in and out.




Fiqa sendiri ada stroller  Sweet cherry GL209 macam di atas.Fiqa beli RM145.00 free pos..Super jimat.Ok kelebihan stroller macam jenis diatas adalah ringan dan senang handle serta sesuai digunakan dari bayi lagi.Tetapi kekurangannya adalah stroller jenis ini tidak boleh facing parents.


Bagi parents yang bajet agak kurang mungkin boleh mempertimbangkan stoller seperti yang di atas [Setelah melakukan pertimbangan peribadi ye,sebab anda yang keluarkan duit dan anak anda yang akan gunakan serta perlu fikirkan keselesaan anak serta anda sendiri juga ].Mahal tak semestinya berkualiti dan murah tak semuanya tak berkualiti..hehe 



June 21, 2017

combi mechacal handy auto4cas review

by , in
Salam,


Stroller adalah salah satu keperluan ibubapa diluar sana termasuk saya sendiri. Lagi-lagi, bila nak bawa anak jalan-jalan. Stroller adalah alternatif lain selain baby carrier. 

Memilih stroller bukannya sesuatu yang senang.Banyak aspek yang perlu diambil kira.Jadi entry ini dibuat khas untuk ibubapa yang tengah survey stroller yang sesuai untuk bayi mereka.Dan,saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sedang buntu dalam pencarian stroller idaman. 

Bagi ibubapa yang inginkan stroller yang ringan serta memudahkan anda menggunakannya, Stroller Jenama Combi Mechacal Handy Auto4cas (atau dipanggil Handy 4X) merupakan stroller yang terbaik kerana stroller ini direka khas untuk memberikan yang terbaik untuk anda dan juga bayi anda.Stroller ini didatangkan dengan pusingan roda automatik yang membolehkan anda menolak dan menukar haluan dengan mudah. 


Kenapa saya memilih Combi Stroller Handy 4X?
Di bawah adalah kriteria yang saya look into ketika memilih stroller berserta pengalaman sepanjang menggunakan Combi Stroller Handy 4X. 

Product: Combi Stroller Handy 4X
Key specifications: Light weight (4.9kg), high seat (55cm), automatic swivel wheels, UV protection canopy
Size: (Opened) W497 x D745~880 x H1005~1050mm, (Folded) W497 x D480 x H1020mm
Suitable for: Newborns to 36 months

Ciri-ciri utama: 

1.Senang nak handle. 
Stroller Handy 4X ini didatangkan dengan pusingan roda 360 ° automatik yang membolehkan saya memusing atau menukar arah.Mudah dan selesa! 


2. Ringan (4.9 kg) serta Senang fold dan unfold
Sesuai untuk ibu yang keluar berdua dengan bayi kerana senang diangkat dan juga dibawa kemana-mana.Yang paling saya suka tentang stroller ini ialah bagaimana mudahnya untuk membuka dan melipatnya dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja walaupun ketika itu saya sedang mendukung anak.Hanya melepaskan kunci keselamatan, tarik lipatan tuil dan mengangkatnya.



Satu ciri tambahan pada Combi Stroller Handy 4X ini ialah setelah dilipat, stroller ini boleh berdiri sendiri dalam keadaan folded. Ini bukan sahaja memudahkan saya menyimpannya apabila di rumah, malahan ciri ini tidak memerlukan saya membongkok ketika melipatnya dan membuatkan fabriknya tidak menyentuh lantai, oleh itu, ia tidak cepat kotor. 

Boleh berdiri sendiri

3.Ciri keselamatan 
Adalah menjadi kemestian untuk memastikan keselesaan dan keselamatan bayi ketika berada di dalam stroller. Stroller Handy 4X ini mempunyai belt 5-point harness yang boleh dilaras mengikut keselesaan dan saiz bayi dan supaya baby boleh distrap dengan selamat di dalam stroller. Tiada sharp/rough edges yang boleh cederakan bayi/anak. 


Selain itu stroller ini mempunyai system brek yang kukuh (lock & unlock feature)Selain itu terdapat Dacco Seat & Seat Cushion yang menyediakan sokongan untuk kepala, belakang dan pinggul untuk bayi saya. 

4. Boleh recline sehingga 170 degree’s (sesuai dari newborn) 
Ia boleh digunakan sejak lahir.Ciri boleh baring sepenuhnya ini bagi saya bukan sahaja penting untuk bayi baru lahir, tetapi juga apabila anak saya tertidur di dalam stroller - sekurang-kurangnya anak akan lebih selesa. Mengikut manualnya, Combi Stroller Handy 4X ini boleh digunakan sehingga anak berumur 3 tahun atau sehingga berat 15kg. 

Kalo mommy’s nak beli stroller dari new born sampai besar, wajib pilih stroller yang ade fungsi recline ini. 

5) Reversible Handle (forward & rear facing): 
Kebolehan reversible handle untuk forward facing and rear facing. Baby bawah 6 bulan adalah lebih sesuai menggunakan forward facing stroller sebab dia akan rasa lebih selamat bila nampak ibu dan ayah yang menolaknya, untuk anak yang berumur 6 bulan ke atas adalah lebih sesuai guna rear facing supaya pemandangan mereka lebih luas. 


6. Canopy besar yang melindungi 99% daripada sinar UV 
Canopy besar boleh laras yang boleh memberikan perlindungan 99% daripada sinaran UV. Ia juga dilengkapi dengan tetingkap mesh yang boleh dibuka & tutup.


Jadi dah tak payah risau kalau terpaksa tolak stroller dibawah cahaya matahari kerana conopy ini boleh melindungi anak sepenuhnya dari cahaya atau panas terik. 

7.Tinggi stroller 55cm. 




Apa beza stroller yang rendah dan tinggi?Ada bezanya tau..sebelum ini Saya tidak pernah terfikir tentang kepentingan ketinggian tempat duduk sehingga saya menggunakan stroller ini. Yang pertama adalah lebih mudah untuk saya kerana saya tidak perlu membongkok terlalu banyak untuk mengambil anak saya masuk dan keluar dari tempat duduk. Selain ia memberikanpemandangan yang luas kepada anak saya ianya juga dapat menghindar kaki anak dari menjejak lantai atau tanah. 

8.Dacco Seat & Seat Cushion boleh dibasuh 
Selain daripada menyediakan sokongan untuk kepala, belakang dan pinggul untuk bayi anda, kerusi Dacco juga boleh dikeluarkan untuk dibersihkan dan dibasuh dalam mesin basuh bersama-sama dengan kusyen stroller. Memang kriteria ini amat penting bagi saya. Maklumlah, Kadang-kadang, anak akan makan biskut, minum air,susu tumpah dan sebagainya ketika di atas stroller dan sudah tentu, ini akan mengotorkan fabriknya. Jadi, bagi saya, fabrik stroller perlu mudah dicuci. 


9. Disediakan Hand strap untuk mudah dipegang dan bawa.


Hand strap yang disediakan dibawah bingkai kerusi di bawah kusyen tempat duduk, membolehkan saya membawa Handy 4X dengan mudah, terutamanya semasa naik atau turun tangga. 

10. Bakul penyimpanan yang besar. 
Handy 4X dilengkapi dengan bakul besar yang kukuh dan boleh menampung sehingga 5 kg bersamaan barangan keperluan bayi.Yeay!..bila pergi mana-mana ke taman ke shopping mall ke dah tak payah risau macam mana nak pegang..letak je dekat bakul bawah stroller tu.! 


Jadi apa pendapat mommy dan daddy diluar sana??Berbaloi atau tidak memiliki stroller ini.Bagi saya stroller ini sudah cukup menepati citarasa saya yang sebenarnya agak cerewet dalam pemilihan stroller.

Bagi yang ingin membeli stroller ini jangan lupa untuk lawati Page facebook COMBI di https://www.facebook.com/malaysiacombi/ 

Don't forget head over to 100Comments.com for Malaysian product reviews, daily product giveaways, useful tips & advice




May 14, 2016

Aldo Compatto Pilihan Mommy

by , in





Assalamualaikum....
http://thebabystore.com.my/Aldo-Compatto-Stroller?tracking=5731b323bc8d6


Secara Ringkas.


Baby Stroller kategori wajib ada untuk keluarga yang kaki travel kerana Aldo Compatto ini boleh dibawa kedalam kapal terbang. Selain itu, jika anda tidak mahu kereta anda sempit disebabkan baby stroller. Aldo Compatto jawapannya.



Reka bentuk yang “Super-Compact” dan ringan (52x44x18cm bila dilipat), empat tayar, buka dan lipat boleh dibuat dengan satu tangan, seat boleh laras dan fabrik boleh dibuka   dan dibasuh.

Kurang kedalaman tempat duduk berbanding baby stroller yang standard, sedikit   beralun jika diatas permukaan yang kasar dan bakul shopping yang kecil.

Analisa.

Rekaan baby stroller ini adalah hampir sama dengan jenama terkemuka Babyzen YOYO. Perbezaan ketara adalah kualitinya sedikit berbeza terutama fabriknya dan frame stroller. Akan tetapi ianya masih berbaloi dimiliki kerana harganya juga jauh lebih murah dan masih boleh lipat dan buka dengan satu tangan.

Walaupun kualitinya sedikit kurang berbanding Babyzen YOYO tapi ianya masih berbaloi berganda kerana banyak aksesori diberi dan padding seatnya lebih tebal dan seat boleh dibaringkan sehingga 180° berbanding Babyzen YOYO hanya lebih kurang 150°. Maknanya ianya sesuai untuk Newborn.

Apa yang ada dalam kotak?

  • Chassis
  • Seat cover and backrest
  • Hood
  • Raincover
  • Manual instruction
  • Cup holder
  • Bumper bar
  • Stroller bag
  • Shoulder strap
  • Stroller restrap
  • Newborn leg cover.

Apa yang Saya suka!


Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang benar-benar kompak dan tahan lasak. Aldo Compatto adalah buggy stroller yang sangat berbaloi dimiliki kerana rekaan yang kompak dan ringan. Ianya sangat sempurna terutama yang tinggal di bandar.

Kelebihan terbesar Aldo Compatto ini adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.

Tambahan pula stroller ini mudah dikawal dengan satu tangan tetapi perlu awas juga kerana jangan dibiarkan stroller anda terlepas tanpa dipegang kerana stroller ini ringan dan bila ditiup angin ianya boleh bergerak
sendiri. Jadi hati-hati ya.

Sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak anda 18kg. Berat stroller ini hanya 5.95Kg sahaja dan mudah dibawa kemana-mana kerana disertakan dengan shoulder strap dan stroller bag.

Kesimpulan.

Stroller yang inovatif dan sangat kompak. Sesuai untuk keluarga yang suka berjalan-jalan dan yang tidak suka stroller memenuhi ruang di dalam kereta.

Dimana hendak beli?



http://thebabystore.com.my/Aldo-Compatto-Stroller?tracking=5731b323bc8d6

Sebab apa? sebab ada diskaun hebat menanti anda disana, selain itu setiap pendaftaran baru akan menerima 200 Reward Points yang boleh ditebus pada pembelian pertama dan setiap ringgit yang anda belanja akan dapat mata ganjaran untuk ditebus pada belian seterusnya. Sangat Awesome!!! Penjimatan Berganda tau...






Back to Top