Fiqa story: Tips Wanita

"Where hope grows, miracles blossom".

Hot

Post Top Ad

Showing posts with label Tips Wanita. Show all posts
Showing posts with label Tips Wanita. Show all posts

17 October 2012

Tampil kurus dengan potongan pakaian yang tepat

10/17/2012 0



Lain orang, lain pula masalah penampilan yang mereka hadapi. Badan terlalu kurus atau mungkin agak berisi adalah antara masalah lazim yang dihadapi oleh individu sewaktu mengenakan sesuatu pakaian yang mereka gemari. Disebabkan factor itulah,penampilanmu kelihatan agak membosankan kerana kamu takut untuk mencuba sesuatu rekaan pakaian daripada trend terkini. Buang jauh-jauh persepsi tersebut, kerana dengan pilihan potongan pakaian yang tepat kamu boleh mencuba pelbagai gaya daripada himpunan rekaan fesyan terkini sekali gus memperlihatkan tubuhmu yang berpotongan sempurna. Bagaimana caranya? Jom semak tip berikut!

Sembunyikan kaki pendek
Rekaan pakaian yang paling tepat untuk memperlihatkan kakimu yang agak pendek dan berisi itu kelhatan lebih panjang dan kecil adalah dengan mengayakan gaun berpotongan pensel.Pastikan gaun tersebut tidak labuh dan pendeknya berada diatas lututmu.

Sembunyikan lengan berisi
Bagi si “chubby” yang bermasalah dibahagian lengan khususnya,elak daripada mengenakan pakaian yang tidak berlengan.!Pakaian seperti gaun tidak berlengan,bakal memperlihatkan lenganmu yang berisi itu.Sebaliknya,kamu wajar memilih pakaian yang memiliki lengan dengan kepanjangannya sekurang-kurangnya ¾ atau dibawah siku.

Jangan sembunyikan “curvy”yang kamu miliki.
Memakai pakaian daripada rekaan “tunic” atau blaus longgar adalah cara yang paling mudah untuk menutupi tubuh “curvy” yang kamu miliki.Walau bagaimanapun,pakaian tersebut tidak merubah apa-apa pada bahagian tubuhmu.untuk menyerlahkan lagi penampilan si ‘curvy” lebih baik kamu memilih pakaian yang mempunyai corak/warna berbeza dibahagian sisinya.Ia mampu memberikan ilusi optic terhadap pandangan orang lain sehingga di mata mereka kamu kelihatan langsing.

Sentuhan si tubuh pear
Skirt berbentuk tirus memang kelihatan anggun bila digayakan.Walaubagaimanapun, ia tidak sesuai digayakan oleh individu yang memiliki potongan badan berbentuk “pear” kerana ia akan menyerlahkan lagi kelebaran bahagian punggungmu.Sebaiknya,si tubuh pear wajar memilih pakaian atau skirt dari potongan pensel yang sederhana dan berwarna gelap.Kamu boleh menggayaknnya bersama-sama blous ekstra lipatan untuk menambah ‘volume’ di samping menyimbangkan bentuk tubuh pear kamu itu.

Melangsingkan perut.
Mengenakan pakaian dengan cetakan atau corak yang kecil,ditambah dengan pemakaian tali pinggang tetap tidak membantu untuk menyamarkan perut kamu yang sedikit “kedepan” itu.Pilihan terbaik untuk melangsingkan perutmu ialah dengan mengenakan daun dari material fabric yang sedikit berat atau jatuh dengan rekaan unik di bahagian pinggangnya untuk mengawal saiz perytmu yang sedikit besar itu. Tak salah untuk kamu mencubanya kan?
Read More

05 October 2012

10 cara tradisi hilangkan parut.

10/05/2012 1


Parut kesan daripada tercedera ketika memasak terjatuh ataupun bekas jerawat yang tidak boleh hilang sering menjadi masalah kepada setiap gadis.memang benar sakitnya sudah tidak terasa tetapi parut yang ada semestinya mencacatkan penampilan diri.

1. Lidah buaya-sapukan gel lidah buaya kekawasan luka yang masih baru terluka.cara ini berkesan mencegah pembentukan luka yang kekal.

2. Kayu cendana-buatlah campuran dari kayu cendana dengan air mawar.Sapukan campuran tersebut kekawasan bekas luka dimalam hari dan bersihkan dipagi harinya.Langkah ini adalah salah satu terbaik menghilangkan bekas luka.

3. Jus lemon.-Jus lemon merupakan pemutih cara tradisi dan boleh membantu menghilangkan bekas luka dan belang-belang di kulit.

4. Minyak Lavender-Sapukan minyak lavender kekawasan bekas luka dengan menggunakan kapas,2kali sehari.

5. Madu-salah satu cara yang dikatakan paling berkesan adalah dengan menyapukan madu beberapa kali sehari.Cara ini akan membuat kulit kelihatan lebih berseri serta menghilangkan bekas luka.

6. Jus timun-Sapukan jus timun ke kawasan bekas luka dan biarkan selama 15 minit sebelum membasuh muka dengan air suam.

7. Minyak kelapa.-Sapukan minyak kelapa dikawasan yang berparut dan cara ini membantu untuk menghilangkan parut sepenuhnya.

8.Minyak zaitun-Amalkan setiap hari dengan menyapukan minyak zaitun dikawasan yang berparut.Sedikit demi sedikit parut yang ada akan hilang.

9.Teh hijau-Basahkan kapas dengan the hijau kemudian sapukan dikawasan yang berparut.

10.Daun pudina-Ambillah beberapa helai daun pudina kemudian hancurkan hingga halus.Kemudian dengan menggunakan kain ambil daun yang siap dihaluskan.Sapukan pada wajah atau dikawasan yang berparut.Ianya boleh membuatkan kulit kembali bersih tanpa sebarang parut.
Read More

24 September 2012

~Ketumbuhan Fibriod~

9/24/2012 0
Okeyyyy..entri kali nie berkenaan "FIBRIOD"...ramai sebenarnya tidak tahu apa itu fibroid sebenarnya...termasuklah saya...Disini saya share kan information yang sangat berguna ini kepada anda terutamanya wanita...Enjoy ^_^....


Apakah Ketumbuhan Fibroid?
Ketumbuhan fibroid ialah sejenis ketumbuhan yang berlaku pada dinding rahim, khususnya pada lapisan otot. Sebenarnya, rahim mempunyai tiga lapisan. Lapisan paling luar ialah lapisan yang nipis yang dinamakan serosa. Bahagian tengahnya ialah lapisan otot atau myometrium yang boleh mengembang dan membesar ketika seseorang wanita sedang hamil. Ketika kandungan dalam peringkat pelahiran sebelum bersalin, otot ini akan menguncup untuk mengeluarkan bayi dan setelah bersalin, otot ini akan kuncup dan pulih seperti sediakala.
Walau bagaimanapun, ketumbuhan boleh berlaku pada lapisan otot ini, iaitu ketumbuhan yang mengandungi tisu-tisu otot bercampur dengan tisu berserat atau tisu penyambung. Lapisan paling dalam ialah lapisan endometrium. Lapisan ini sering berubah-ubah mengikut pusingan haid. Apabila seseorang wanita tidak hamil, maka sebahagian daripada lapisan endometrium akan luruh dan ia akan keluar bersama-sama dengan darah haid.
Darah haid adalah campuran antara darah dengan tisu-tisu dan sel-sel dari lapisan endometrium, lendir serta kuman-kuman bakteria dan lain-lain. Biasanya, campuran ini dinamakan “darah kotor”. Sebenarnya, darah tidak akan menjadi 'kotor' sebelum ia keluar dan bercampur dengan bahan-bahan yang saya nyatakan tadi.

Mengapa Tumbuh Fibroid?
Ramai orang tertanya-tanya mengapa seseorang wanita ditumbuhi fibroid pada lapisan dinding rahim. Sebenarnya, punca bagi penyakit ini tidaklah diketahui, dan mengapa ia tumbuh pada sesetengah orang sedangkan yang lainnya tidak. Ada satu kajian yang menunjukkan bahawa lebih kurang 25 peratus daripada wanita sebelum meninggal dunia akan menghidapi penyakit fibroid pada rahimnya tetapi tidak semua mengunjungi dan mendapat rawatan daripada doktor kerana kebanyakan fibroid ini tidak menimbulkan sebarang tanda atau menggangu kesihatan.
Ada yang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini sering berlaku di kalangan wanita yang tidak berkahwin atau lambat berkahwin dan juga yang berkahwin tetapi sukar untuk mengandung dan beranak. Saya juga sering menjumpai fibroid di kalangan wanita yang mengalami masalah ketidaksuburan atau kemandulan. Di samping ketumbuhan fibroid, mereka juga menghidap penyakit endometriosis, iaitu sejenis penyakit di mana darah kotor melimpah ke belakang rahim menyebabkan berbagai-bagai masalah pada saluran peranakan, kilang telur dan persekitaran rahim.
Mana yang timbul dahulu, fibroid ataupun masalah ketidaksuburan tidaklah diketahui. Bagaimanapun, apa yang nyata masalah ketidaksuburan sering berkait rapat dengan ketumbuhan fibroid. Walaupun demikian, wanita yang pernah beranak juga tidak terlindung daripada penyakit fibroid. Seringkali kita lihat di kalangan wanita yang menjangkau ke umur tiga puluhan atau empat puluhan dan setelah anak mereka besar walaupun mereka telah melahirkan mungkin empat atau lima orang anak selepas itu, mereka mendapati sukar untuk beranak lagi dan beberapa tahun kemudian mereka mengalami berbagai-bagai masalah serta gangguan haid, dan apabila diperiksa didapati mereka mengalami ketumbuhan fibroid.


Fibroid Akibat Ketidakseimbangan Hormon
Ada orang mengatakan, bahawa ketumbuhan fibroid ini adalah akibat daripada ketidakseimbangan dalam hormon wanita. Perlu diberitahu di sini, bahawa wanita mempunyai dua jenis hormon, iaitu estrogen dan progesteron. Biasanya, estrogen meningkat naik sejurus selepas haid dan paras progesteron pula meningkat selepas telur dikeluarkan, iaitu dua minggu selepas keluar haid sehingga tempoh haid akan datang. Oleh itu, keadaan yang tidak seimbang, khususnya jika terlalu banyak estrogen dan tidak mencukupi progesteron dalam badan seseorang, boleh menimbulkan berbagai-bagai masalah seperti pendarahan yang tidak tentu masa, ketumbuhan fibroid pada rahim serta keadaan ketidaksuburan atau kemandulan.
Sukar untuk kita ketahui, mengapa kandungan estrogen dan progesteron menjadi tidak seimbang kerana segala-galanya adalah dikawal oleh hormon yang dikeluarkan oleh kilang pituitari yang terletak di dalam otak. Fungsi kilang pituitari ini mudah dipengaruhi oleh keadaan mental, emosi dan rohaniah seseorang. Jika ada gangguan pada tahap tersebut, maka rangkaian hormon yang mengawal pusingan dan mengawal paras estrogen dan progesteron boleh terganggu. Desakan dan tekanan hidup yang sering dialami oleh kebanyakan wanita yang bekerja juga akan mengganggu kawalan dan fungsi rangkaian hormon yang mengawal pusingan haid seseorang. Oleh itu, keadaan seperti ketidaksuburan dan penyakit ketumbuhan pada rahim serta endometriosis sering berlaku di kalangan wanita moden yang bekerja. Tidak ada bukti-bukti yang menunjukkan, bahawa ketumbuhan fibroid ini dipengaruhi oleh unsur-unsur lain seperti makanan, keracunan ataupun jangkitan kuman.
 Apakah Gejala-gejala Fibroid?
Fibroid mungkin tidak menimbulkan sebarang masalah. Ia hanya tumbuh secara senyap tanpa menimbulkan gejala atau tanda, dan tidak menimbulkan masalah kesihatan pada wanita. Oleh itu, seseorang wanita tidak boleh terus hidup dengan fibroid tanpa menyedarinya, khususnya jika wanita itu tidak pernah berjumpa doktor untuk mendapat pemeriksaan. Oleh kerana tidak semua fibroid menimbulkan masalah, jika ia kecil dan tidak menimbulkan sebarang tanda atau gejala, kadang-kala ia tidak memerlukan rawatan langsung. Perlu saya tekankan di sini, bahawa wanita yang hampir putus haid dan mempunyai ketumbuhan fibroid yang kecil saiznya dan tidak menimbulkan apa-apa tanda, ia tidak perlu dibedah kerana biasanya fibroid yang kecil akan mencerut dengan sendiri ketika seseorang wanita itu putus haid. Seperti yang saya nyatakan di atas, ketumbuhan fibroid adalah dipengaruhi oleh estrogen.  Ketika seseorang wanita itu putus haid paras estrogen akan jatuh ke tahap yang  sangat rendah dan dengan sendirinya rahim akan menguncup dan ketumbuhan fibroid juga akan mencerut.
Gangguan Haid
Saya telah nyatakan di atas, bahawa tanda yang paling biasa bagi ketumbuhan fibroid ialah gangguan haid dan di antara gangguan-gangguan yang boleh menjejaskan kesihatan ialah pendarahan yang banyak dan berpanjangan. Keadaan ini boleh menyebabkan kehilangan darah yang begitu banyak dan menyebabkan seseorang wanita itu mengalami kekurangan darah (anemia). Keadaan ini boleh membahayakan kesihatannya.
Bagi wanita yang mengalami pendarahan yang banyak dan berketul-ketul pula, eloklah mereka diperiksa dan jika didapati menghidap penyakit fibroid, rawatannya ialah pembedahan. Walau bagaimanapun, gangguan haid jenis ini ialah sakit ketika haid (senggugut) dan juga haid yang tidak teratur dan hanya menitis sedikit-sedikit sahaja, dan tidak tentu waktunya. Setiap wanita, khususnya mereka yang berumur empat puluhan yang mengalami masalah gangguan haid, mestilah mendapatkan pemeriksaan dan rawatan dari doktor, khususnya doktor pakar sakit puan.
 Masalah Ketidaksuburan Atau Kemandulan
Fibroid boleh juga menimbulkan masalah ketidaksuburan atau kemandulan di kalangan wanita. Oleh itu, wanita yang lambat berkahwin ataupun setelah beberapa tahun kahwin dan tidak mendapat anak, perlulah mendapatkan pemeriksaan daripada doktor pakar untuk mengesan sama ada dia mengalami masalah ketumbuhan dalam rahim. Tidak semestinya semua wanita yang mengalami ketumbuhan fibroid tidak boleh mengandung kerana ramai juga wanita yang mempunyai fibroid dan masih boleh mengandung.
Tetapi, di antara masalah-masalah yang boleh timbul akibat ketumbuhan fibroid terhadap kehamilan ialah ketumbuhan itu jika besar boleh menyebabkan keguguran ataupun kelahiran sebelum cukup bulan dan kadang-kala menimbulkan masalah kedudukan bayi yang tidak betul seperti songsang, melintang atau sebagainya.  Adakalanya ia menyekat kelahiran bayi kerana ketumbuhan itu terlalu besar dan tidak membolehkan kepala bayi turun ke rongga punggung. Wanita yang mengandung dengan fibroid kadangkala mengalami kesakitan kerana fibroid ini menjadi tegang dan tertekan. Di samping itu, ia mengalami proses perubahan yang dinamakan degenerasi. Inilah yang menyebabkan kesakitan bagi wanita yang mengandung dengan fibroid pada rahim.
 Fibroid Boleh Menekan Pundi-Pundi Air Kencing
Pundi-pundi air kencing terletak sebelah-menyebelah rahim, iaitu pundi-pundi air kencing terletak di hadapan rahim. Oleh itu, jika ada sesuatu ketumbuhan, maka pundi-pundi air kencing akan tertekan. Ketika seseorang wanita hamil, pundi-pundi air kencing juga tertekan menyebabkan berlakunya jangkitan kuman.
Akibatnya seseorang wanita itu sering mengalami masalah kencing seperti kerap-kali hendak kencing, tidak boleh menahan kencing dan kadangkala  wanita juga tidak boleh mengawal perkencingan apabila dia batuk dan atau bersin disebabkan tekanan ketumbuhan fibroid ke atas pundi-pundi air kencing. Wanita dalam umur empat puluhan yang mengalami masalah perkencingan eloklah juga diperiksa peranakannya. Kemungkinan ini disebabkan oleh ketumbuhan fibroid.
Fibroid Dan Kekenduran Rahim (Prolaps)
Fibroid kadangkala menyebabkan prolaps atau kekenduran pada rahim. Bagi wanita yang telah putus haid dan mengalami kekenduran rahim selepas berulang-ulang melahirkan anak, khususnya mereka yang sukar untuk melahirkan anak, perlu dibantu dengan alat seperti forseps atau vakum. Keadaan ini akan menjadi lebih buruk jika ada ketumbuhan fibroid. Dalam hal demikian, rawatan sewajarnya ialah pembedahan.
 Apakah Fibroid Perlu Dirawat?
Seperti yang saya nyatakan, tidak semua kes fibroid perlu dirawat jika ia tidak menimbulkan sebarang masalah atau gejala, dan jika ketumbuhan itu kecil sahaja. Bagi wanita yang menghampiri umur putus haid (biasanya 50 tahun), fibroid itu akan mencerut dengan sendirinya akibat daripada kehabisan hormon estrogen. Bagi mereka ini, pembedahan atau rawatan untuk fibroid tidak diperlukan.
Setakat ini tidak ada rawatan yang menggunakan ubat yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid tetapi ada kemungkinan ubat-ubatan tradisional seperti akar kayu atau daun-daun yang kemungkinan mempunyai kesan, khusus terhadap rahim yang boleh mencerutkan ketumbuhan fibroid. Bidang ini masih lagi terbuka luas dan usaha yang boleh mendapatkan ramuan untuk mencerutkan ketumbuhan fibroid, saya percaya kemungkinan akan menjadi satu penemuan yang luar biasa.
 Fibroid Dirawat Secara Pembedahan
Rawatan yang khusus bagi fibroid, khususnya yang besar serta menimbulkan masalah seperti gangguan haid, kekurangan darah (anemia), ketidaksuburan, menimbulkan gejala seperti gangguan perkencingan ataupun menyebabkan rahim turun ke bawah (prolaps) ialah pembedahan. Beberapa perkara penting perlu diambi kira sebelum seseorang doktor memilih tentang jenis dan kaedah pembedahan. Perkara yang penting ialah sama ada wanita itu mahu melahirkan anak lagi atau tidak, dan kedua, sama ada dia juga mengalami kekenduran rahim (prolaps) atau tidak.
Bagi wanita yang masih muda dan masih mahu melahirkan anak dan mereka yang mengalami masalah kesuburan, pembedahan biasanya dilakukan melalui perut di mana ketumbuhan fibroid sahaja yang perlu dibuang. Pembedahan ini dinamakan myomektomi. Myoma ialah nama bagi ketumbuhan fibroid. Oleh itu, pembedahan tersebut dinamakan myomektomi. Kadang-kala seesorang wanita itu boleh ditumbuhi beberapa fibroid. Saya pernah membuang lebih 20 ketulan myoma yang saiznya seperti guli kecil sehingga sebesar bola tennis.
Pembedahan untuk membuang ketumbuhan fibroid atau myomektomi, kadang-kala menimbulkan masalah jangka-panjang di mana fibroid mungkin tumbuh semula dan menimbulkan gejala kesihatan yang akhirnya mungkin memerlukan satu lagi pembedahan di mana rahim dan ketumbuhan tersebut perlu dibuang sekaligus.
 Pembedahan Untuk Membuang Rahim (Hysterektomi)
Pembedahan yang mutlak bagi wanita yang menghidap tumbuhan fibroid, khususnya mereka yang tidak bercadang untuk melahirkan anak lagi kerana mungkin mereka telah mempunyai bilangan anak yang cukup ataupun telah menjangkau umur lebih daripada 40 tahun dan ketumbuhan ini menimbulkan berbagai-bagai masalah kesihatan, ialah pembedahan hysterektomi. Pembedahan ini dianggap sebagai satu pembedahan besar dan biasanya seseorang itu perlu tinggal di hospital selama seminggu. Pembedahan ini memerlukan lebih kurang sebulan setengah untuk pulih kepada keadaan sediakala.

Ramai juga wanita yang tidak begitu gemar menjalani pembedahan hyisterektomi kerana ini akan menyebabkan dia kehilangan rahim, iaitu lambang kewanitaan mereka. Tanpa rahim, haid tidak lagi keluar. Sebenarnya, seseorang wanita yang menghidap penyakit dalam rahim dan tidak mahu melahirkan anak, dia tidak lagi perlu memikirkan, bahawa rahim tersebut sebagai lambang kewanitaannya dan untuk mengekalkan kejelitaannya. Rahim hanyalah berfungsi untuk menaungi dan melindungi janin dalam kandungan. Rahim bukan satu organ yang melambangkan kejelitaan wanita dan  ia juga tidak penting bagi menentukan hubunga seksual yang memuaskan. Sebenarnya haid bukan satu lambang kewanitaan, tetapi haid itu sebenarnya merupakan tanda bahawa seseorang itu tidak mengandung. Jika seseorang wanita itu mengandung maka haidnya akan berhenti.

Kejelitaan Dipengaruhi oleh Hormon
Kejelitaan dan fungsi seksual lebih dipengaruhi oleh hormon estrogen yang dikeluarkan oleh kilang ovari. Biasanya, dalam pembedahan hysterektomi, kedua-dua kilang ovari akan dikekalkan walaupun wanita itu telah melebihi umur 40 tahun kerana kilang  ini penting bagi mengekalkan kejelitaan, sifat-sifat kewanitaan dan juga melindungi kesihatan wanita tersebut. Hubungan seksual antara suami isteri selepas hysterektomi biasanya tidak akan terjejas, malahan akan menjadi lebih baik kerana tidak diancam dengan pendarahan yang tidak teratur serta berpanjangan. Wanita itu akan menghadapi hidup yang lebih selesa tanpa haid yang luar biasa mengganggunya, dan dia boleh menumpukan lebih masa untuk beramal ibadah tanpa ada sekatan untuk bersembahyang atau berpuasa kerana haid tidak akan datang lagi dan hubungan seksual boleh dilakukan pada bila-bila  masa. Keadaan kesihatan akan menjadi lebih baik kerana kehilangan darah tidak akan  berlaku lagi. Pada keseluruhannya, wanita itu akan menjadi lebih sihat dan sejahtera selepas pembedahan hysterektomi.
Ketumbuhan fibroid yang wujud bersama dengan prolaps atau kekenduran rahim, biasanya dirawat dengan pembedahan melalui saluran faraj. Ini bermakna tidak ada parut akan wujud di bahagian kulit perutnya, sebaliknya kesemua pembedahan akan dilakukan menerusi saluran faraj. Di samping itu, kekenduran pada saluran faraj dapat diperbaiki dengan memperkukuhkan otot-otot yang menyokong lantai punggung dan saluran peranakan. Kaedah pembedahan ini dinamakan vaginal hysterectomy dan repair. Wanita akan menjadi lebih selesa dalam hubungan seksual mereka selepas pembedahan ini kerana jika ada kelonggaran berlaku pada saluran faraj, kesemuanya akan dapat diatasi dengan pembedahan untuk membetulkan saluran. Di samping itu, otot-otot di sekeliling rahim akan menjadi lebih kukuh lagi.



Read More

30 April 2011

~Bibir merekah bak DELIMA~

4/30/2011 2
Senyuman menawan kalbu,hati yang amarah juga mampu cair dek senyuman yang menggoda.....Itulah  yang dikatakan kuasa senyuman.jadi memiliki bibir yg cntik dan sihat merupakan kkuatan trhdap snyuman manis setiap individu....oleh itu kita sbagai perempuan2....cheeewaaaahh.......
Tips menjaga kesihatan bibir
  • bibir merupakan salah satu bahagian tubuh yg ckup sensitif kerana mempunyai pigmen melanin yg nipis..Jesteru,anda digalakkan menggunakan lip balm bagi mengekalkan kesegaran bibir.
  •  Pastikan sisa gincu dibersihkan sebelum tidur bg mengelakkan brlakunya jngkitan bakteria atau kekeringan bibir.
  • Jka anda sring trdedah pada panas matahari atau seharian bekerja di tempat berhawa dingin,pastikan bibir sentiasa dilindungi dgn lip balm
  • ketika menggunakan lipstik,sapukan perlahan.Sapukan krim sejuk,pelembab atau lip balm sebelum menggunakan lipstik.
  • Kisar kelopak bunga ros dan sapukan pada bibir agar ia kekal dalam warna natural.Selain itu,anda juga boleh menggunakan madu.Sapukan setiap kali sebelum tidur....
wahhh..lenguh jari2 nak taip...huhu
xpe r..nti sy update lg...tip2 mnjga kshitan bibir....k
Read More

Post Top Ad