Fiqa story: Website Review
Showing posts with label Website Review. Show all posts
Showing posts with label Website Review. Show all posts

17 July 2017

Akhirnya terjebak dengan CHILINDO.COM

7/17/2017 18
Akhirnya terjebak dengan CHILINDO.COM
Mula-mula boleh ignore je iklan dari chilindo nie,tapi setiap kali kau scoll timeline fb dan nampak ads post dari chilindo nie dah tak boleh tahan makanya gatal tangan nak mencuba main bid-bid gitu..akhinya terjebak juga mak!!Hahaha adoii...

Apa itu Chilindo.com? Ia adalah website shopping dari Thailand yang telah  masuk ke pasaran Malaysia.Website ini berkonsepkan Bidding.Kau bid paling tinggi kau menang gitu...

Apa yang ada  dalam website Chilindo.com?Semua ada dari barang wanita,lelaki,rumah,gadget sehinggalah ke untuk kanak-kanak.

Bila usha-usha takde pun barang yang menarik pehatian..tapi kebetulan ternampak potty trainning..comel lak tu..katak hijau gitu..haha..apalagi bid lah..bid punya bid kita dapat bid tertinggi iaitu RM13.34..

Untuk bayaran guna bank pula hanya OCBC Bank sahaja yang ada buat masa ini.Jadi saya terpaksa pilih bayar masa terima maksudnya kos penghantaran RM8 tambah charge bayar masa terima barang iaitu RM4 total RM12.00




So inilah invois yang diterima.jumlah yang perlu dibayar masa teima ialah RM26.67 tapi masa penghantaran dorang genapkan jadi RM27.00.Penghantaran menggunakan Ninja Van dan akan dihantar dalam masa 1 hingga ke 3 hari.
Kotak Chilindo.com.Kotak je besar isi dalam kecik je..haha

Inilah dia barang yang di bid di Chilindo.com tu..

Sebenarnya benda ni ada je jual dekat lazada tapi nak merasa main bid-bid kengkononya kan..hehe..Apa yang boleh disimpulkan kalau korang nak beli barang dari sini beli banyak-banyak baru berbaloi dengan kos penghantarannya tu..hehe..


16 June 2017

Ulasan Produk, Sampel Percuma, Produk Baru, Promosi & Tips hanya di 100Comment.com

6/16/2017 0
 Ulasan Produk, Sampel Percuma, Produk Baru, Promosi & Tips hanya di 100Comment.com



Saya suka buat research  sebelum beli sesuatu produk. Tengok review. Tengok bahan yang digunakan. Sebab utamanya ialah untuk  mengelakkan pembaziran.Nanti dah beli tak sesuai pula kan.Tapi nak search satu satu tu rasa leceh pula.Tapi sekarang tidak lagi kerana adanya laman web 100Comment.com.
                                        
Tentang  100Comment.com

Laman web  100Comment adalah platform dalam talian untuk berkongsi pandangan dan pendapat anda terhadap sesuatu produk. 100Comment.com akan memaparkan produk-produk yang berpotensi dan anda boleh  review produk tersebut sekiranya anda pernah menggunakannya sebelum ini berdasarkan pengalaman anda.

Banyak kategori disediakan,antaranya ialah:

1.Health & Beauty
2.Baby & kids
3.Grocery
4.Electrical & Appliances
5.Household
6.Sport & Fitness


Pada pendapat saya,dengan adanya laman web 100comments.com, secara langsung atau tidak langsung menjawab pertanyaan saya mengenai  produk yang bakal dibeli Sekurang-kurangnya komen pelanggan boleh menjadi acuan bagi saya yang akan membeli suatu produk atau barangan itu.Apa yang bestnya disini saya boleh lihat dan baca fresh komen dari pengguna tersebut.Yang bestnya dah tak payah cari review lain dah sebab dekat sini boleh baca banyak review pengguna tentang satu-satu produk itu.

Sebagai contohnya saya ingin membeli Maybelline White Superfresh Two-Way Cake SPF34 / PA+++,tapi saya ragu-ragu dan ingin mengetahui pengalaman pengguna yang telah mencuba jenama produk tersebut,Jadi saya buka laman web 100Comment.com dan search produk tersebut.Hasilnya saya dapat baca review pengguna-pengguna  yang lain berkenaan produk ini.


Dari review mereka,memudahkan saya untuk membuat keputusan untuk membeli atau tidak.

Selain daripada itu di facebook 100Comment.com juga menyediakan giveaway dimana jika anda terpilih menerima produk tersebut,anda akan di minta untuk membuat review.Menarik bukan,syaratnya cukup mudah sahaja.mana tahu ada luck boleh dapat produk yang belum pernah pakai sebelum  ini.


Secara keseluruhannya website 100Comments ini membantu saya mungkin juga kepada anda diluar sana,kerana bukan sahaja kita boleh baca ulasan produk,malah boleh cuba produk baru/mendapatkan sampel percuma dengan cara menyertai giveaway yang dianjurkan, Jangan lupa daftar sekarang!

untuk maklumat lanjut boleh ke laman sosial 100comments.com:






11 May 2017

MOLPay Cash | Shopping Di Lazada Malaysia App Dan Bayar Tunai Di 7-Eleven

5/11/2017 6
MOLPay Cash | Shopping Di Lazada Malaysia App Dan Bayar Tunai Di 7-Eleven