"Where hope grows, miracles blossom".

March 21, 2017

Koleksi Kartun 2017

by , in
Siapa yang minat tengok kartun..hehe..tapi kan bila dah jadi mak-mak nie..minat tak minat kena juga layan ikut anak-anak.Kadang-kadang kita nie sampai bosan layan citer kartun yang sama je..sampai boleh hafal jalan cite..


Jadinya,saya senaraikan cerita kartun yang bakal ditayangkan pada tahun 2017 ini..bolehlah save sedia kan..hehe..Genre kartun pula lebih kepada Comedy/Adventure/Animation...sesuailah bagi tengok budak-budak kecik...


Jom lihat list bermula dari bulan januari yang lepas:..



::JANUARI::



  Wave Mania An adventurous penguin convinces The Hang 5, a notorious big wave riding crew, to accompany him to a surfing location known as The Trenches, where the biggest waves in the world can be found.

Initial release: January 12, 2017
Animal Crackers


 Animal Crackers is an upcoming American 3D computer animated film, co-written and co-directed by Scott Christian Sava with Dean Lorey and Tony Bancroft, respectively.

Initial release: January 13, 2017


Sahara is a 2017 French-Canadian 3D computer-animated film directed by Pierre Coré

Initial release: January 18, 2017



::FEBRUARI::




With the help of two kids, Paul Bunyan attempts to rescue his ox from the evil clutches of a demented circus owner.

Initial release: February 3, 2017

There are big changes brewing in Gotham, but if Batman (Will Arnett) wants to save the city from the Joker's (Zach Galifianakis) hostile takeover, he may have to drop the lone vigilante thing, try to work with others and maybe, just maybe, learn to lighten up. Maybe his superhero sidekick Robin (Michael Cera) and loyal butler Alfred (Ralph Fiennes) can show him a thing or two.

Release date: February 10, 2017


::MARCH::

 
A new baby's arrival impacts a family, told from the point of view of a delightfully unreliable narrator -- a wildly imaginative 7-year-old named Tim. The most unusual Boss Baby (Alec Baldwin) arrives at Tim's home in a taxi, wearing a suit and carrying a briefcase. The instant sibling rivalry must soon be put aside when Tim discovers that Boss Baby is actually a spy on a secret mission, and only he can help thwart a dastardly plot that involves an epic battle between puppies and babies.

Release date: March 31, 2017



::APRIL::

The Lost Village-Smurfette (Demi Lovato), Brainy (Danny Pudi), Clumsy (Jack McBrayer) and Hefty (Joe Manganiello) use a special map that guides them through the Forbidden Forest, an enchanted wonderland that's filled with magical creatures. The best friends must race against time and the evil wizard Gargamel (Rainn Wilson) to find a mysterious village. Their adventure leads them on a course to discover the biggest secret in Smurf history.

Release date: April 7, 2017



::MAY::

Richard the StorkRichard the Stork is a 2017 computer-animated adventure film. It was directed by Toby Genkel and Reza Memari. Richard the Stork premiered at the Berlin International Film Festival in Germany on February 12, 2017. 

Initial release: May 11, 2017


::JUNE::

 
Two overly imaginative pranksters (Kevin Hart, Thomas Middleditch) hypnotize their principal (Ed Helms) into thinking that he's a ridiculously enthusiastic, incredibly dimwitted superhero named Captain Underpants.

Release date: June 2, 2017

 The Croods 2

Initial release: June 20, 2017  


Gru (Steve Carell) and his wife Lucy (Kristen Wiig) must stop former '80s child star Balthazar Bratt (Trey Parker) from achieving world domination.

Release date: June 30, 2017


After being trounced in a race by upstart newcomer Jackson Storm (Armie Hammer), everyone begins to wonder if Lighting McQueen (Owen Wilson) should retire. But Lightning isn't ready to throw in the towel yet, and with the help of another rookie - Cruz Ramirez (Cristela Alonzo) - the old dog is going to learn some new tricks and attempt a comeback in the Florida 500.

Release date: June 16, 2017



::AUGUST::





Three emojis (T.J. Miller, James Corden, Ilana Glazer) embark on an epic adventure through a smartphone to save their world from deletion.

Release date: August 4, 2017
The Nut Job 2



Surly (Will Arnett) the squirrel and his animal friends spring into action when the evil mayor (Bobby Moynihan) of Oakton plans to bulldoze the park that they live in.

Release date: August 18, 2017



::SEPTEMBER::




The battle for NINJAGO City calls to action young Master Builder Lloyd, aka the Green Ninja, along with his friends, also secret ninja warriors. Led by Master Wu (Jackie Chan), as wise-cracking as he is wise, they must defeat the evil warlord Garmadon (Justin Theroux), who also happens to be Lloyd's dad. Pitting father against son, the epic showdown tests these fierce but undisciplined modern-day ninjas as they learn to check their egos and pull together to unleash the inner power of Spinjitzu.

Release date: September 22, 2017 



::OCTOBER::
 


The Movie-Twilight Sparkle (Tara Strong), Applejack (Ashleigh Ball), Rainbow Dash, Pinkie Pie (Andrea Libman), Fluttershy and Rarity (Tabitha St. Germain) embark on a journey to save their home.

Release date: October 6, 2017



::NOVEMBER::
Paddington 2




Paddington 2 is an upcoming British-French family-comedy film directed by Paul King, co-written by him and Simon Farnaby, and produced by David Heyman.

Initial release: November 9, 2017


Despite his family's generations-old ban on music, young Miguel (Anthony Gonzalez) dreams of becoming an accomplished musician like his idol Ernesto de la Cruz (Benjamin Bratt). Desperate to prove his talent, Miguel finds himself in the stunning and colorful Land of the Dead. After meeting a charming trickster named Hector (Gael García Bernal), the two new friends embark on an extraordinary journey to unlock the real story behind Miguel's family history.

Release date: November 22, 2017






 Jadi..save the date yer..😂😀


March 21, 2017

[ Beauty Review ] : Rangkaian Penjagaan Kulit dari SAFI BALQIS OxyWhite

by , in
Rangkaian Penjagaan Kulit dari SAFI BALQIS OxyWhite | Proses pencerahan kulit wajah menjadi lebih cepat dan efektif apabila kulit berada dalam keadaan yang sihat serta mempunyai oksigen yang mencukupi. Keadaan udara yang tercemar serta sinaran UV yang berbahaya menyebabkan oksigen yang terdapat di dalam kulit semakin berkurangan.Tambahan pula, ramai tidak sedar akan sinaran IR (Infra-merah) daripada matahari dan benda berbahang dapat menyebabkan kulit menjadi semakin kusam dan gelap.

Memahami impian setiap gadis untuk memiliki kulit wajah cerah sempurna, SAFI jenama halal no 1 tempatan memperkenalkan formulasi baharu dalam rangkaian penjagaan kulit SAFI Balqis yang diperkaya dengan Formulasi OxyWhite iaitu gabungan Nano Oxygen dan Nano BioWhite agar kulit wajah tampil lebih sihat dan cerah sempurna. Kelahiran baharu dalam legasi kecantikan SAFI ini dikenali sebagai SAFI BALQIS OxyWhite.

 
Dengan kelahiran baharu SAFI BALQIS OxyWhite bukan sahaja memberikan kulit 2 tona lebih cerah, malah menjadikan kulit sihat dari dalam secara semulajadi.Setiap satu daripada variasi produknya memberikan manfaat sendiri dalam mengatasi masalah kulit yang gelap dan kusam.

Jom lihat apa yan ada dalam SET AYU  SAFI BALQIS OxyWhite ini:

  

1)    SAFI BALQIS OxyWhite Penyegar
Saiz Pek  : 100ml
RCP        : RM10.90 (selepas 6% GST)

Liang pori akan terbuka selepas membersih kulit wajah lalu menyebabkan kulit terdedah kepada kotoran. Penyegar SAFI BALQIS OxyWhite bertindak:

a)Mengecilkan liang pori agar kulit wajah bersih dengan Ekstrak Cendawan
b)Menyediakan kulit wajah untuk menerima produk seterusnya dengan lebih berkesan
c)Memberi kesegaran tanpa meninggalkan rasa melekit dengan formulasi tanpa alkohol



2)    SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka
Saiz Pek  : 50g/ 100g
RCP        : RM7.30/ RM12.30 (selepas 6% GST)
Aktiviti harian dan faktor persekitaaran punca kulit kotor, kusam dan tidak bermaya. Formulasi dengan Teknologi Mikro-Buih yang mewah berkrim ini bertindak:
a)  Membersih jauh ke dalam liang pori
b)  Menghilangkan baki kotoran dan sisa solekan
c)  Mengekalkan kelembapan selepas penggunaan
d)  Sesuai untuk semua jenis kulit

 

3)    SAFI BALQIS OxyWhite Pelembap Gel
Saiz Pek  : 45g
RCP        : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Pelembap gel yang berasaskan air dengan tekstur ringan yang memberi lembapan sehingga 24 jam bertindak:
a)Mencerah dan meredakan ketidakselesaan pada kulit wajah
b)Vitamin B3 menyamaratakan tona kulit muka
c) Asid Hialuronik memberi lembapan mendalam dan berpanjangan
d)Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
e)Sesuai untuk kulit kombinasi dan kulit berminyak, siang ataupun malam

Formulasi OxyWhite terhasil daripada gabungan teknologi Nano Oxygen dengan Nano Biowhite supaya kulit wajah kelihatan sihat berseri dan cerah sempurna. Teknologi Nano Oxygen bertindak membebaskan oksigen tambahan kedalam lapisan epidermis kulit wajah agar mengaktifkan sel kulit supaya membantu Nano BioWhite untuk mempercepatkan proses pencerahan kulit secaraefektif dengan memperlahankanpembentukan melanin yang menjadi punca pigmentasi sambil meratakan tona kulit. Hasilnya, kulit menjadi lebih sihat berseri dan cerah sempurna.

Bukan sekadar menggabungkan dua jenis teknologi nano, keberkesanan formulasi sedia ada turut dipertingkat di dalam produk baru ini. Penanggal solekan SAFI kini dilengkapi dengan teknologi Micellar yang mampu menanggal solekan, minyak dan habuk dalam satu sapuan pada permukaan wajah. Manakala manfaat perlindungan yang terkandung dalam Krim Siang SAFI juga dipertingkat dengan teknologi Pelindung IR (Infra-Merah) bagi melindungi wajah daripada sinaran Infra-Merah dari matahari dan bahang yang boleh menyebabkan kulit menjadi kusam dan gelap.

Alami kulit wajah yang cerah dan sihat dengan tona lebih sekata melalui rejim penjagaan Rangkaian Produk Penjagaan Kulit Safi BALQIS OxyWhite yang dicipta khas untuk setiap gadis.

Formulasi baharu SAFI BALQIS OxyWhite hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik dan mudah di bawa kemana sahaja.Kombinasi warna biru laut dan hijau cerah yang menaikkan jiwa gadis agar tampil segar dan berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite bagi kulit wajah normal, manakala gabungan rona jingga dan kuning yang memberikan mood ceria dan penuh keyakinan pula digunakan pada pembungkusan rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite kawalan minyak.

Seiring dengan rekaan pembungkusan berwajah baharu ini, SAFI turut menukar reka bentuk logo dan tipografi agar kelihatan lebih moden, dan menarik perhatian pengguna. Logo baharu ini tampil lebih simple & trendy sepadan dengan personaliti SAFI BALQIS yang muda, segar dan yakin sentiasa.

Berikan nafas baharu pada kulit wajah anda melalui rangkaian SAFI BALQIS OxyWhite yang berikut:


 



ARangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Untuk Kulit Wajah Normal)





2)    SAFI BALQIS OxyWhite Krim Skrub
Saiz Pek  : 100g
RCP        : RM 12.90 (selepas 6% GST)
Sel kulit mati dan sisa kotoran punca kulit muka kusam, kotor dan tidak bermaya. Formulasi tanpa buih diperkaya dengan butiran halus manik Aprikot bertindak:
a) Menanggalkan sisa kulit mati serta bintik hitam tanpa mencalarkan kulit
b)  Membersih secara mendalam ke liang pori untuk menanggalkan kotoran dan sebum yang terperangkap
c)  Dirumus dengan pH seimbang
d)  Sesuai untuk semua jenis kulit
2)   SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
Saiz Pek  : 150ml
RCP        : RM17.40 (selepas 6% GST)
Kesibukan dan jadual harian yang padat menjadi punca kulit wajah kusam dan tidak bermaya. Pembersih ini bertindak:
a)   Membersih dengan mendalam untuk mengeluarkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b)  Manik mikro dengan Minyak Bunga Matahari dan Vitamin E bertindak sebagai antioksida untuk memberiperlindungan optimum pada kulit
c)   Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
d)   Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka



3)    SAFI BALQIS OxyWhite Esen Pencerah
Saiz Pek  : 20ml
RCP        : RM28.10 (selepas 6% GST)
Formulasi yang diperhebat dengan Nano Oxygen dan Nano BioWhite yang 1000X lebih efektif daripada Vitamin C bertindak:
a)    Mencerah dengan lebih intensif dan pantas
b)    Memudarkan pigmentasi secara mendalam
c)    Menyamaratakan tona kulit muka
d)    Memperbaharui kulit muka agar lebih berseri
e)    Mengurangkan kemerahan dan kerengsaan
f)    Melembut dan menghidrasi kulit








4)    SAFI BALQIS OxyWhite Krim CC SPF25PA++
Saiz Pek  : 20g
RCP        : RM 21.70 (selepas 6% GST)
Krim ini merupakan asas solekan dengan manfaat krim pelembab bertekstur ringan dan berasaskan air yang bukan sahaja menjadikan kulit lebih mulus malah bertindak:
a)    Menutup cela tanpa menyumbat liang pori agar kulit bebas bernafas
b)    Mencerahkan kulit serta merta
c)    Menyemaratakan tona kulit agar cerah semulajadi
d)    Menyamar bekas jerawat dan bintik hitam
e) Melindungi kulit daripada sinaran UVA & UVB berbahayadengan SPF25PA++
f)    Melembap kulit wajah
g)   Mengurangkan kilap pada permukaan wajah yang berminyak





5)  SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pelembap Siang SPF20PA++IR
Saiz Pek  : 45g
RCP        : RM 20.20 (selepas 6% GST)
Sinaran matahari dan penghawa dingin punca kulit wajah menjadi kusam, gelap dan kering. Krim pelembap siang ini bertindak:
a)    Menjadikan kulit 2 tona lebih cerah
b)    Melindungi daripada radiasi UVA & UVBdengan SPF20PA++
c)  Mencegah kulit jadi gelap akibat radiasi infra-merah (IR) dengan Pelindung IR
d)    Melindungi kulit daripada radikal bebas secara 100%
e)    Mencerah kulit dengan pantas dan intensif
f)    Menghaluskan kulit
g)    Menyaramatakan tona kulit




6)    SAFI BALQIS OxyWhite Krim Pencerah Lengkap SPF15
Saiz Pek  : 40g
RCP        : RM14.90(selepas 6% GST)
Krim pencerah lengkap yang berasaskan air ini diperkaya dengan Mineral Insta-Cerah bertindak:
a)     Mencerahkan kulit wajah dengan ketara
b)     Menyamaratakan tona kulit wajah dengan ketara
c)     Melindungi kulit wajah daripada sinaran UV berbahaya
d)     Mengurangkan pembentukan bintik hitam
e)     Memberi lembapan berpanjangan tanpa rasa melekit
f)     Mengurangkan kilap pada kulit wajah yang berminyak





7)    SAFI BALQIS OxyWhite Krim Kecantikan
Saiz Pek  : 16g
RCP        : RM8.60 (selepas 6% GST)
Tona kulit wajah yang tidak sekata menyebabkan muka kurang menyerlah. Krim ini bertindak:
a)     Sebagai asas solekan untuk menutup cela dengan sempurna
b)     Melindungi kulit daripada sinaran UV di samping memudarkan pigmentasi
c)     Mengekalkan lembapan dan melembutkan kulit wajah
d)     Menyamaratakan tona kulit


 


8)    SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Solekan

Saiz Pek  : 200ml
RCP        : RM17.40 (selepas 6% GST)
Solekan yang tidak dibersihkan dengan sempurna akan menyebabkan liang pori tersumbat. Pembersih solekan dengan Teknologi Micellar berasaskan air ini bertindak:
a) Menanggalkan solekan serta kotoran dengan mudah dan sempurna
b) Mengekalkan kelembapan dan meningkatkan keanjalan kulit dengan kandungan Bio Hialuronik
c)  Sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit sensitif 


Rangkaian Produk Penjagaan Kulit SAFI BALQIS OxyWhite (Kawalan Minyak)

1)    SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih Muka Kawalan Minyak & Jerawat
Saiz Pek    : 50g/ 100g
RCP        : RM7.30/ RM12.30 (after 6% GST)
Kulit wajah yang berminyak menjadi punca pembiakan bakteria serta pembentukan sebum yang akan menghasilkan jerawat di kulit muka. Pembersih wajah khas untuk kulit berminyak ini bertindak:
a)     Membersih dengan mendalam agar kulit bebas kotoran dan minyak
b)     Mengawal jerawat dengan menyerap lebihan minyak dan kotoranyang terkumpul di dalam liang pori kulit
c)     Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
d)     Sesuai untuk kulit berminyak dan berjerawat


2)    SAFI BALQIS OxyWhite Pembersih & Penyegar Kawalan Minyak & Jerawat 2 Dalam 1
Saiz Pek  : 150ml
RCP        : RM17.40ml (selepas 6% GST)
Sisa kotoran dari udara tercemar adalah punca kulit wajah berminyak dan berjerawat. Pembersih dan penyegar 2 dalam 1 ini bertindak:
a)     Membersih dengan mendalam untuk mengurangkan sisa kotoran sambil mengecilkan pori
b)     Manik Mikro dengan kandungan Minyak Tea Tree dan Vitamin E membantu mengurangkan pembentukan jerawat
c)     Zink Mineral Mikro mengawal pembentukan sebum
d)     Formulasi tanpa sabun mengekalkan kelembapan pH kulit
e)     Kandungan Mentol menyejuk dan menyegarkan kulit muka

3)    SAFI BALQIS OxyWhite Krim Anti Jerawat
Saiz Pek  : 15g
RCP        : RM11.90 (selepas 6% GST)

Kulit wajah yang berjerawat menyebabkan anda berasa tidak yakin dan kurang selesa. Dengan formulasi 99.9% Anti-Bakteria, krim ini bertindak:

a)Sebagai rawatan intensif anti jerawat
b)Menghalang pembentukan bintik hitam
c)Memudarkan parut jerawat
d)Mineral Zink Mikro mengawal pembentukan sebum untuk mencegah jerawat
e)Meredakan kulit kemerahan dengan Lipid Enhancer semulajadi meredakan kemerahan
f)AHA semula jadi mengawal jerawat punca bakteria

Produk ini boleh didapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya dan pasaraya hiper utama. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan saluran Youtube SAFI di www.youtube.com/safimalaysia

March 19, 2017

Felt Fabric and Felt Craft Supplies

by , in
Assalamualaikum….
 

Kali ni fiqa nk share pasal feltcraft dengan korang, mungkin ada antara korang yg dah tau ape benda nya feltcraft nih. Masa memula fiqa jumpa kenal dengan feltcraft ini bila ada seorang rakan hadiahkan fiqa bantal comel yang guna feltcraft.



Pelbagai pilihan warna.

Fiqa pernah terjebak dengan felt craft ini tau,tapi itu dulu sebelum ada anak ni..hihi..sekarang nak pegang jarum punya main payah dah…


Dan dulu fiqa ingat feltcraft ni Cuma boleh buat untuk bantal je..rupa-rupanya feltcraft ni boleh menghasilkan bermacam-macam jenis produk dan barangan asalkan si pembuatnya kreatif.Dan dengan feltcraft ini bermacam-macam bentuk kraftangan yang boleh dibuat tau..contohnya macam klip rambut gambar dibawah.

  
 



Hasilnya membuatkan kita memandang terus jatuh cinta gitu,apalagi apabila benda yang dihasilkan cukup kreatif,comel dan wow! Teringin nak belajar menjahit pula…




Di asma-felt-box.com semua  bahan-bahan felt craft, iaitu kain felt, butang,keychain, brooch, peralatan menjahit dan sebagainya boleh di beli secara online.Produk utama ialah polyester felt, starter pack dan butang2 comel.

Yang baru nak berjinak2 dengan feltcraft jangan risau kerana mereka juga ada menjual stater kid dengan harga yang cukup murah.
 


Apa yang bestnya disini ialah Barang akan dipos SETIAP HARI,kecuali SABTU dan AHAD.Pembayaran sebelum jam 12:00 tengahari,akan diposkan pada hari yang sama.

Jadi,korang  yang meminati craft, diy dan jahitan bolehlah ke asma-felt-box.com untuk membeli peralatan menjahit feltcraft korang.

Untuk info lebih lanjut korang boleh ke laman social ASMA FELT BOX seperti dibawah.


WEBSITE

FACEBOOK
Asma's Felting Box

EMAIL
asema84@gmail.com





March 09, 2017

Kenapa aku pilih TYZARA ?

by , in



DILEMA RAMBUT GUGUR??
Bila bercakap tentang rambut, masalah rambut yang paling digeruni setiap orang tak kira lelaki atau wanita ialah masalah rambut gugur.Rambut gugur dengan wanita memang tidak dapat dipisahkan lagi-lagi rambut gugur lepas bersalin.Ini memang tidak dapat dinafikan lagi.

Setiap kali sikat rambut,banyaknya rambut luruh,belum yang melekat dekat sikat lagi.Saya lepas bersalinkan anak pertama juga mengalami keguguran rambut tapi lepas bersalinkan anak kedua keguguran rambut menjadi semakin serius.Makin  menipis rambut tau..

Jadi apa yang saya buat ialah saya harus merawat masalah keguguran rambut saya sebab saya takut rambut makin menipis dan akhirnya jadi BOTAK!!!Saya ada mencuba petua semulajadi bagi mengatasi  masalah keguguran rambut,namun kekangan masa membuatkan saya rasa leceh.Saya juga sudah pergi membuat rawatan terapi rambut tetapi kos agak mahal.Tetapi saya sudah jumpa penyelesaian kepada masalah saya.



Jadi dalam entri ini saya akan share dengan anda semua: 

1.Bagaimana Cara rawat rambut gugur 
2.Bagaimana saya merawat RAMBUT GUGUR dengan cara paling mudah, berkesan dan Tanpa berbelanja ribuan ringgit .
 
3.Cara ini bukan sahaja dapat merawat RAMBUT GUGUR, RAMBUT ROSAK/BERCABANG  malah dapat merawat masalah lain seperti GATAL KULIT KEPALA DAN KELEMUMUR


 
Masalah keguguran rambut terjadi apabila hormon androgen atau dikenali sebagai testosteron yang wujud dalam tubuh lelaki atau perempuan bertukar menjadi hormon dihydrotestosterone (DHT). Proses penukaran itu membahayakan folikel rambut, lantas menjejaskan kitaran pertumbuhan dan keguguran rambut yang normal.

Keguguran rambut berlaku apabila rambut gugur melebihi pertumbuhan rambut. Ini dicirikan melalui corak kebotakan lelaki dan rambut menipis, di samping ciri-ciri lain. Ini boleh disebabkan oleh banyak faktor, termasuk ketidakseimbangan hormon, tekanan, putus haid (menopos), selepas bersalin dan genetik.



3 Fakta Rambut Gugur Yang Anda Perlu Tahu

FAKTA 1: Kira-kira 70% lelaki dan wanita akan menderita masalah keguguran rambut bila mereka mencapai umur 30 tahun.

FAKTA 2: 99% lelaki dan wanita memerlukan penjagaan kulit kepala yang betul untuk pertumbuhan rambut yang sihat.

FAKTA 3: Lebih kurang 90% daripada rambut di kulit kepala berada dalam fasa pertumbuhan manakala 10% lagi dalam fasa berehat.
Setiap hari beberapa helai rambut akan gugur mengikut kitaran di mana lebih kurang 100-150 helai rambut boleh gugur setiap hari. Wow! Banyak tu!


 NAK TAHU CARA MUDAH UNTUK ATASI KEGUGURAN RAMBUT YANG DIJAMIN BERKESAN & RAWAT RAMBUT GUGUR DALAM 1 MALAM SAHAJA ?
 
Betul ke ada Cara sebab saya Cuba macam-macam produk tapi Sama je?

YA ada!!


Penyelesaiannya ialah:
"TYZARA SHAMPOO"






Apa itu Syampoo Tyzara ?

Syampoo Tyzara- yang dirumus khas untuk rawat rambut gugur dan gatal kepala Ekslusif untuk wanita bertudung. Syampoo yang diformulasi dari ekstrak bunga ni berkesan seawal 1 malam dengan cara pemakaian yang simple dan cepat.





"JANGAN PERCAYA CAKAP SAYA,
TAPI JANGAN TIDAK PERCAYA CAKAP MEREKA YANG TELAH MENGALAMI PENGALAMAN INI"

LIHAT APA KATA MEREKA:










 Lagi Banyak Testimoni Penguna
 Baca testimoni mereka,

Klik Link Di Bawah.
                                                     FACEBOOK / TELEGRAM









Kenapa saya pilih Tyzara?



Tyzara menjadi pilihan saya kerana shampoo berasaskan soya  KHUSUS RAWAT RAMBUT GUGUR ini mempunyai beberapa kelebihan seperti:

 Membantu Mengawal Rambut Gugur
Kesan seawal 1 malam dan paling cepat selepas mandi (bergantung pada individu)
Berbau wangi
Rambut wangi seharian
Matikan kelemumur
Bantu Penumbuhan Anak Rambut Baru
Bantu percepatkan rambut panjang (brgantung pd individu)
Merawat kerosakan rambut
Melembutkan rambut
selamat digunakan oleh kanak-kanak dan boleh digunakan seisi keluarga
 
Jimat utk penggunaan 1 bulan







Apa Yang Bestnya Pakai Syampoo Tyzara Ni?

Shampoo TYZARA ini berfungsi untuk menguatkan akar rambut. Ia juga akan mengawal peratusan keguguran rambut untuk mengelak masalah kebotakan.

Shampoo TYZARA meningkatkan pertumbuhan & menumbuhkan rambut baru serta mencegah kelemumur dan keradangan folikel rambut.

Shampoo TYZARA  ini juga berfungsi untuk menghilangkan stress. 











kandungan bahan dalam Tyzara Shampoo Soya

Tyzara menggunakan bahan yg berkualiti tinggi

PROTEIN SOY - ia dihasilkan daripada kacang non-GMO (yakni, kacang yg tidak diubahsuai secara genetik)dan ia diperbuat daripada kacang soya asli. Di mana protein soya ini memberi tenaga pada rambut kita.

PANAX GINSENG ROOT EXTRACT - menguatkan akar rambut dan memberikan kesuburan kulit kepala utk memberi ruang anak rambut baru utk tumbuh.

MAJUS ROOT EXTRACT - memberikan vitamin pada akar rambut dan meNyahkan kotoran kulit kepala.


kuantiti  Tyzara Shampoo Soya

Tyzara Shampoo Soya 100ml sahaja kerana ianya adalah shampoo RAWAT RAMBUT GUGUR. Dimana bahan utamanya seperti Protein Soya & Ginseng yg digunakan adalah mengikut Gred & berkualiti tinggi.

Bagi memenuhi permintaan yg tinggi dan ingin membantu ramai orang utk merawat rambut gugur dengan result yg ohsem..pihak syarikat ZAFYRA GLOBAL mengeluarkan shampoo ini dengan harga mampu milik.


Cara Penggunaan Syampoo Tyzara

 Untuk yang ada masalah rambut gugur dan gatal kepala yang teruk, sangat disarankan untuk pakai Shampoo Tyzara seperti pakai tonik. Lumurkan saja di kulit kepala sebelum tidur, kemudian basuh masa mandi esoknya. Lakukan selang sehari.
 
 Untuk yang biasa, cukup sekadar bershampoo seperti biasa. Pastikan perap dalam 3-5 minit supaya segala nutrient akan meresap masuk ke kulit kepala. Buihnya sangat lembut. Dan rasa nyaman menthol dari shampoo tu, akan buat kita tak nak basuh rambut  :). Sebab best sangat.


Serum Rambut Tyzara

Hair Serum : 15ml

 





Rambut kita semua sama macam pokok. Setiap hari daun yg tua/rosak akan gugur apabila ditiup angin.



Tetapi rambut yg sihat rambutnya akan gugur antara 1-5 helai sehari. Rambut yg tak sihat akan gugur antara 10-20 sehari. Kronik segenggam.



SEBAB itu rambut perlukan Vitamin & Protien yg tinggi. Di mana ianya ada di dalam SHAMPOO SOYA & SERUM BUNGA TYZARA.


Rambut yang gugur perlukan cucian kulit kepala yang bersih dari kulit kepala berminyak dan berbau. Sekurang-skurangnya 1x sehari .

Shampoo sahaja tak cukup kerana ianya bukan bersifat kekal dan tidak dapat absorb lama tetapi ianya membantu bersihkan kulit kepala dan mengawal keguguran. Sebab tu TYZARA HAIR SERUM memainkan peranan untuk membantu menguatkan lagi akar rambut dan memberi vitamin serta kesuburan rambut.

Gunakan Shampoo Soya & Hair Serum tanpa was-was kerana result yang anda akan dapat seawal selepas 1x penggunaan bergantung pada penerimaan kulit kepala.

Boleh shampoo rambut hari-hari dengan Tyzara
Orang kata tak elok shampoo hari² sbb nanti rambut rosak.
Adalah tidak benar sama sekali...
Dari segi asas basic, kulit kepala juga ada rongga peluh jadi, apa agaknya akan berlaku jika seminggu sekali shampoo? Begitu juga sekiranya hanya membasahkan rambut tanpa menggunakan shampoo, umpama juga mandi tanpa sabun...

Jika anda sudah tahu shampoo merosakkan rambut..kenapa anda masih gunakan shampoo sehingga sekarang. Sedangkan dah gunakan shampoo seawal kita masih kanak-kanak lagi. 😄

Tapi sememangnya masih ramai yang ambil remeh perkara ini kerana dalam mindset (pakai tudung tiada siapa yang nampak n tiada siapa yang tahu)... Rasanya jika mata boleh melihat mungkin tak sanggup, sebab anda tak pernah lihat bagaimana kulit kepala apabila di scan... Anda smua boleh migrain/pengsan nanti.. 😂

HENTIKAN percaya pada MITOS kerana ianya akan membuatkan kulit kepala dan rambut anda bermasalah.

Berkesan ke Tyzara Shampoo Soya & Hair Serum ni?

Ya. BERKESAN!!!

Sesuai dipakai oleh semua golongan lelaki /wanita/kanak²  yang sememangnya ada masalah rambut.

Dan lagi TAMBAH BERKESAN jika gunakan sekali dengan Tyzara Hair Serum. Kerana serum rambut ini membantu penumbuhan rambut baru dengan cepat jika gunakan dengan konsisten.

Berapa lama boleh nampak kesan / resultnya?

Kami tidak dapat memberikan jawapan yg spesifik dan tepat kerana kesannya bergantung kepada seseorang individu.

Ada yang dapat kesan seawal 1-3 hari, 3-5 hari, 5-7 hari bergantung kepada hormon dan penerimaan kulit kepala individu.

Anda kena bersabar kerana dalam merawat tiada yang magic sebab rambut gugur/kelemumur dan pelbagai masalah lain pun dah sudah bertahun.. Jadi semuanya perlu kesabaran dan penggunaan yang konsisten.

Pemakanan juga memainkan peranan. Elakkan makan ajinomoto/MSG, minum air banyak, tidur secukupnya dan makan makanan yg berkhasiat.

Jangan campur guna shampoo!!!

JANGAN!! Untuk dapatkan kesan/result maximum..dalam tempoh RAWAT RAMBUT dan KULIT KEPALA tidak boleh campur² shampoo.

Begitu juga dengan Serum. Anda tidak boleh menggunakan sebarang minyak kelapa di kulit kepala dalam tempoh merawat.

Gabungan Shampoo & Serum adalah yang terbaik bagi mendapatkan kesan Maximum tanpa menggunakan perapi/conditioner.

Sesuai dijadikan shampoo pilihan keluarga anda.


Adakah Tyzara Shampoo Soya & Hair Serum HALAL?

Ya. Halal dan Ianya selamat..Jadi anda tidak perlu ragu-ragu untuk menggunakan Tyzara Shampoo Soya.

Ada Kelulusan dari KKM tak?
Ada. telah mendapat kelulusan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)NOT161201328K


Boleh tahan utk berapa lama penggunaan?



Shampoo :

2x sehari - 1 bulan penggunaan

1x sehari - 2 bulan penggunaan

Serum : bergantung kepada panjang/pendek rambut individu.

⚠️ Cara pakai yang berkesan semua boleh rujuk pada agent yang sah dan berdaftar sahaja bagi mendapatkan kesan maximum.


Sudah baca penerangan diatas tetapi merasakan  harga Shampoo Tyzara mahal? Saya nak tanya berapa HARGA kesihatan RAMBUT anda?

Taknak keluar duit boleh je mencuba rawatan semulajadi,tetapi sampai bila anda bertahan?Oh ya ada lagi 1,pergilah buat rawatan rambut,tetapi  berbaloi ke?Sekali rawatan kena buang beratus-ratus ringgit?Hehehehe.



Jika anda rasa harga tersebut mahal, anda perlu fikir sekali lagi kerana jika anda merasai sendiri tahap keberkesanan produk ini, ia tidak setanding nilainya. Tyzara amat menitikberatkan kualiti produk dan akan memastikan ia berjaya menyelesaikan masalah rambut anda. Saya percaya jika anda telah mencuba produk ini ia akan memberikan pengalaman yang menggembirakan buat anda dan bukan itu sahaja ia telah terbukti melalui testimoni pengguna-pengguna Tyzara.



Berapa Harga Tyzara Shampoo Soya & Hair Serum?

Normal Price:
Shampoo RM65.90
Serum RM59.90

Promotion:
Shampoo RM49.90
Serum RM55.90



COMBO SET JIMAT
Shampoo + Serum
Rm100
FREE Travel Gold Bag for Shampoo (LIMITED)

⛔️ Semua harga tidak termasuk harga postage.

⚠️Harga Promo akan tamat tertakluk pada HQ.


Bagi yang nak dapatkan Tyzara Shampoo Soya rawat rambut gugur, boleh dapatkan info di bawah. Sekarang Tyzara ada buat harga promo. Whatsapp mereka segera untuk dapatkan FREE TRAVEL GOLD BAG untuk shampoo sebab yang tu limited. 
Jangan tunggu sampai PROMOSI tamat!!!!


(CARA ORDER / BOOKING / DAPATKAN DISKAUN)

Whatsapp "Tzr Hq" 019-294 4799


Maklumat lanjut:
Website : www.tyzara.com

Bertindak bijak sekarang untuk mencuba Shampoo dan Serum keluaran Tyzara ini. Insyaallah selepas ini anda tidak akan risau lagi dengan masalah rambut anda.Terapi lepas ini anda akan jadi seperti saya yang Kembali yakin dengan perubahan rambut saya,rambut nipis kembali lebat dan yang paling penting saya gembira melihat pertumbuhan rambut baru.

Artikel ini untuk melayakkan saya join contest TYZARA..
 

Back to Top