Fiqa story

07 July 2017

Althea's Raya Giveaway Festival | Unboxing My Makeup Haul !

7/07/2017 10
Althea's Raya Giveaway Festival | Unboxing My Makeup Haul !
Hari tu ada buat entry Althea's Raya Giveaway Festival  lepas tu apalagi shopping lah kan..barang dah dapat sebelum raya  tapi memandangkan mood cuti raya dah mai maka mood menulis dah kelaut..lagipun bila dah balik kampung memang tidak bawa laptop balik..


Kebanyakan barang yang fiqa beli dari Althea kali ini adalah barang mekap.Jom lihat apa yang fiqa beli..hehe..

1.Pore Master Sebum Control Pact RM34.00



Fiqa dah try guna,memang best sangat.Tahan lama lagi-lagi kulit muka fiqa jenis berminyak.Memang sesuai sangat.Lepas tu lepas apply pore master Sebum Control Pact ni apa yang best teksturnya tersangatlah ringan sampai macam tak apply benda ini pun tau.

Link Produk:http://my.althea.kr/pore-master-sebum-control-pact

2.Full Cover Liquid Concealer (Natural Beige) RM31.00



Concealer ada 2 jenis iaitu Natural Beige dan Light Beige.Fiqa try Natural Beige.Dah try guna memang prefect coverage tapi tekstur dia macam melekit sedikit..Tapi lepas nie nak try yang Light Beige pula.hahaha

Link Produk:http://my.althea.kr/full-cover-liquid-concealer

3.The White Platimum Edition 30ml RM31.00




Yang nie belum try lagi..

4.Aura B.B Foundation RM22.00



Dah try guna..so far ok..sesuai kalau nak mekap simple-simple je.

Link Produk:http://my.althea.kr/aura-b-b-foundation

5.Shadow for Eyes Color SD-3 RM10.00



Terdapat 5 pilihan

Credit Pic:Althea
Link Produk:http://my.althea.kr/shadow-for-eyes

6.Love me Blusher (11g) Color Berry Pink RM11.00



Blusher nie ada 7 color..oleh kerana fiqa minat pink2 gitu fiqa ambil color Berry pink..tapi rasa macam nak kumpul 7 koleksi blusher nie..hari ini pakai lain esok lain..tiap hari ganti-ganti warna blusher..barulah tak bosan kan..😄😄
Warna yang lain adalah seperti,Indy Violet,Rose Blossom,Sexy Swan,Shading Bronzer,Sunday Peach dan Sweet Coral.

Link Produk:http://my.althea.kr/love-me-blusher

7.Backgel Eye Liner Color Black RM17.00



Ingat nak try Eyeliner jenis nie pula..tapi fail rasa comot lak..haha..maklumlah tak reti sangat nak mekap2 ni..nak kena practice lebih nihh!!

 Link Produk:http://my.althea.kr/backgel-eye-liner


Banyak lagi produk yang best-best dekat Althea..sampai naik juling mata nak pilih..dari skincare,makeup sampailah ke hair and body semua jenama ada.Pilih,bayar dan tinggal tunggu sampai depan rumah je..

For more info on Althea, please visit :
Official website : https://my.althea.kr
Facebook : https://www.facebook.com/altheakorea
Instagram : https://www.instagram.com/altheakorea/









22 June 2017

SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG #HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA

6/22/2017 2
SAFI SHAYLA SYAMPU WANITA BERTUDUNG #HANYASAFISHAYLAUNTUKSAYA
Rambut adalah mahkota setiap wanita. Metafora ini seringkali dikiaskan kerana setiap helaian rambut yang menawan mampu memberikan keyakinan pada diri. Rambut yang menawan pastinya lahir dari penjagaan yang rapi tidak kira dalam apa jua keadaan. Bagi individu bertudung, penjagaan mahkota ini sememangnya dititikberatkan agar keadaan rambut sentiasa sihat, dan bermaya. 

 


Memahami keperluan wanita bertudung moden, SAFI Shayla rangkaian jenama syampu khas wanita bertudung telah dilancarkan pada Oktober 2013. Dengan 8 varian diformulasikan dengan Habbatus Sauda yang mempunyai 1001 kebaikan, SAFI Shayla dapat menyelesaikan apa jua masalah rambut yang dialami oleh wanita bertudung. 

SAFI bukan sekadar sebuah jenama untuk pengguna. Ia punya jiwa dan hubungan akrab serta kepercayaan seperti keluarga dan teman bersama para pengguna. SAFI SHAYLA adalah kesinambungan kembara cantik jenama ini dalam inovasi produk menzahirkan manfaat terkitab khasiat Habbatus Sauda yang menjadi santapan Jujungan Mulia Rasullullah S.A.W  meriwayatkan 1001 manfaatnya untuk umat manusia kecuali apabila Izrail datang memanggil.  kami berbangga dan bersyukur kerana diberi ruang untuk memperkenalkan bukan sekadar syampu tetapi rangkaian lengkap produk penjagaaan rambut khusus untuk wanita bertudung”, Jelas Pengurus Kumpulan Produk SAFI, Mahsuri Sulaiman.
Walaupun terdapat banyak jenama syampu antarabangsa yang masuk ke dalam pasaran syampu untuk wanita bertudung pada masa ini, SAFI Shayla masih mampu untuk berdiri dan ianya terbukti apabila SAFI Shayla telah memenangi beberapa anugerah seperti Marketing Excellence Awards 2015 dan Effie Awards 2016 di mana SAFI Shayla telah merangkul 3 emas dan 1 perak bagi ke dua-dua anugerah tersebut. Ini membuktikan bahawa pengguna-pengguna SAFI Shayla mempercayai bahawa rangkaian syampu ini mampu memberi solusi kepada masalah rambut seperti rambut gugur dan gatal kulit kepala yang dihadapi oleh wanita bertudung. Pengguna-pengguna setia SAFI Shayla juga mengatakan bahawa #HanyaSAFIShaylaUntukSaya


Pengguna juga boleh mendapatkan SAFI Shayla di dalam bentuk fleksi. Melihat kepada keadaan ekonomi yang mencabar, penggguna mula mencari produk yang lebih murah dan menjimatkan, pada masa yang sama memberikan nilai dan kualiti yang tinggi. Kebanyakan pengguna mengurangkan kadar perbelanjaan tetapi masih berusaha untuk mendapatkan barangan berkualiti untuk melengkapi keperluan isi rumah.
 “Dengan SAFI Shayla Pek Fleksi, pengguna boleh mengguna terus, atau digunakan sebagai pek isian semula, ataupun sebagai pek kembara. Kami mengekalkan kualiti syampu agar keberkesanannya boleh dinikmati pada harga yang lebih jimat.” Jelas Puan Mahsuri Sulaiman, Pengurus Pemasaran SAFI. 

Ingin ketahui apakah pandangan pengguna terhadap syampu untuk wanita berhijab? Layari saluran YouTube SAFI di https://www.youtube.com/watch?v=PHoGu4vxMws dan untuk maklumat  lanjut mengenai jenama SAFI sila layari laman Facebook SAFI, www.facebook.com/SAFI.MY, laman Instagram SAFI@safimalaysia dan laman web SAFI www.safi.com.my

21 June 2017

combi mechacal handy auto4cas review

6/21/2017 2
combi mechacal handy auto4cas review
Salam,


Stroller adalah salah satu keperluan ibubapa diluar sana termasuk saya sendiri. Lagi-lagi, bila nak bawa anak jalan-jalan. Stroller adalah alternatif lain selain baby carrier. 

Memilih stroller bukannya sesuatu yang senang.Banyak aspek yang perlu diambil kira.Jadi entry ini dibuat khas untuk ibubapa yang tengah survey stroller yang sesuai untuk bayi mereka.Dan,saya harap entri ini sedikit sebanyak dapat membantu mereka yang sedang buntu dalam pencarian stroller idaman. 

Bagi ibubapa yang inginkan stroller yang ringan serta memudahkan anda menggunakannya, Stroller Jenama Combi Mechacal Handy Auto4cas (atau dipanggil Handy 4X) merupakan stroller yang terbaik kerana stroller ini direka khas untuk memberikan yang terbaik untuk anda dan juga bayi anda.Stroller ini didatangkan dengan pusingan roda automatik yang membolehkan anda menolak dan menukar haluan dengan mudah. 


Kenapa saya memilih Combi Stroller Handy 4X?
Di bawah adalah kriteria yang saya look into ketika memilih stroller berserta pengalaman sepanjang menggunakan Combi Stroller Handy 4X. 

Product: Combi Stroller Handy 4X
Key specifications: Light weight (4.9kg), high seat (55cm), automatic swivel wheels, UV protection canopy
Size: (Opened) W497 x D745~880 x H1005~1050mm, (Folded) W497 x D480 x H1020mm
Suitable for: Newborns to 36 months

Ciri-ciri utama: 

1.Senang nak handle. 
Stroller Handy 4X ini didatangkan dengan pusingan roda 360 ° automatik yang membolehkan saya memusing atau menukar arah.Mudah dan selesa! 


2. Ringan (4.9 kg) serta Senang fold dan unfold
Sesuai untuk ibu yang keluar berdua dengan bayi kerana senang diangkat dan juga dibawa kemana-mana.Yang paling saya suka tentang stroller ini ialah bagaimana mudahnya untuk membuka dan melipatnya dengan hanya menggunakan sebelah tangan sahaja walaupun ketika itu saya sedang mendukung anak.Hanya melepaskan kunci keselamatan, tarik lipatan tuil dan mengangkatnya.



Satu ciri tambahan pada Combi Stroller Handy 4X ini ialah setelah dilipat, stroller ini boleh berdiri sendiri dalam keadaan folded. Ini bukan sahaja memudahkan saya menyimpannya apabila di rumah, malahan ciri ini tidak memerlukan saya membongkok ketika melipatnya dan membuatkan fabriknya tidak menyentuh lantai, oleh itu, ia tidak cepat kotor. 

Boleh berdiri sendiri

3.Ciri keselamatan 
Adalah menjadi kemestian untuk memastikan keselesaan dan keselamatan bayi ketika berada di dalam stroller. Stroller Handy 4X ini mempunyai belt 5-point harness yang boleh dilaras mengikut keselesaan dan saiz bayi dan supaya baby boleh distrap dengan selamat di dalam stroller. Tiada sharp/rough edges yang boleh cederakan bayi/anak. 


Selain itu stroller ini mempunyai system brek yang kukuh (lock & unlock feature)Selain itu terdapat Dacco Seat & Seat Cushion yang menyediakan sokongan untuk kepala, belakang dan pinggul untuk bayi saya. 

4. Boleh recline sehingga 170 degree’s (sesuai dari newborn) 
Ia boleh digunakan sejak lahir.Ciri boleh baring sepenuhnya ini bagi saya bukan sahaja penting untuk bayi baru lahir, tetapi juga apabila anak saya tertidur di dalam stroller - sekurang-kurangnya anak akan lebih selesa. Mengikut manualnya, Combi Stroller Handy 4X ini boleh digunakan sehingga anak berumur 3 tahun atau sehingga berat 15kg. 

Kalo mommy’s nak beli stroller dari new born sampai besar, wajib pilih stroller yang ade fungsi recline ini. 

5) Reversible Handle (forward & rear facing): 
Kebolehan reversible handle untuk forward facing and rear facing. Baby bawah 6 bulan adalah lebih sesuai menggunakan forward facing stroller sebab dia akan rasa lebih selamat bila nampak ibu dan ayah yang menolaknya, untuk anak yang berumur 6 bulan ke atas adalah lebih sesuai guna rear facing supaya pemandangan mereka lebih luas. 


6. Canopy besar yang melindungi 99% daripada sinar UV 
Canopy besar boleh laras yang boleh memberikan perlindungan 99% daripada sinaran UV. Ia juga dilengkapi dengan tetingkap mesh yang boleh dibuka & tutup.


Jadi dah tak payah risau kalau terpaksa tolak stroller dibawah cahaya matahari kerana conopy ini boleh melindungi anak sepenuhnya dari cahaya atau panas terik. 

7.Tinggi stroller 55cm. 




Apa beza stroller yang rendah dan tinggi?Ada bezanya tau..sebelum ini Saya tidak pernah terfikir tentang kepentingan ketinggian tempat duduk sehingga saya menggunakan stroller ini. Yang pertama adalah lebih mudah untuk saya kerana saya tidak perlu membongkok terlalu banyak untuk mengambil anak saya masuk dan keluar dari tempat duduk. Selain ia memberikanpemandangan yang luas kepada anak saya ianya juga dapat menghindar kaki anak dari menjejak lantai atau tanah. 

8.Dacco Seat & Seat Cushion boleh dibasuh 
Selain daripada menyediakan sokongan untuk kepala, belakang dan pinggul untuk bayi anda, kerusi Dacco juga boleh dikeluarkan untuk dibersihkan dan dibasuh dalam mesin basuh bersama-sama dengan kusyen stroller. Memang kriteria ini amat penting bagi saya. Maklumlah, Kadang-kadang, anak akan makan biskut, minum air,susu tumpah dan sebagainya ketika di atas stroller dan sudah tentu, ini akan mengotorkan fabriknya. Jadi, bagi saya, fabrik stroller perlu mudah dicuci. 


9. Disediakan Hand strap untuk mudah dipegang dan bawa.


Hand strap yang disediakan dibawah bingkai kerusi di bawah kusyen tempat duduk, membolehkan saya membawa Handy 4X dengan mudah, terutamanya semasa naik atau turun tangga. 

10. Bakul penyimpanan yang besar. 
Handy 4X dilengkapi dengan bakul besar yang kukuh dan boleh menampung sehingga 5 kg bersamaan barangan keperluan bayi.Yeay!..bila pergi mana-mana ke taman ke shopping mall ke dah tak payah risau macam mana nak pegang..letak je dekat bakul bawah stroller tu.! 


Jadi apa pendapat mommy dan daddy diluar sana??Berbaloi atau tidak memiliki stroller ini.Bagi saya stroller ini sudah cukup menepati citarasa saya yang sebenarnya agak cerewet dalam pemilihan stroller.

Bagi yang ingin membeli stroller ini jangan lupa untuk lawati Page facebook COMBI di https://www.facebook.com/malaysiacombi/ 

Don't forget head over to 100Comments.com for Malaysian product reviews, daily product giveaways, useful tips & advice




16 June 2017

Ulasan Produk, Sampel Percuma, Produk Baru, Promosi & Tips hanya di 100Comment.com

6/16/2017 0
 Ulasan Produk, Sampel Percuma, Produk Baru, Promosi & Tips hanya di 100Comment.com



Saya suka buat research  sebelum beli sesuatu produk. Tengok review. Tengok bahan yang digunakan. Sebab utamanya ialah untuk  mengelakkan pembaziran.Nanti dah beli tak sesuai pula kan.Tapi nak search satu satu tu rasa leceh pula.Tapi sekarang tidak lagi kerana adanya laman web 100Comment.com.
                                        
Tentang  100Comment.com

Laman web  100Comment adalah platform dalam talian untuk berkongsi pandangan dan pendapat anda terhadap sesuatu produk. 100Comment.com akan memaparkan produk-produk yang berpotensi dan anda boleh  review produk tersebut sekiranya anda pernah menggunakannya sebelum ini berdasarkan pengalaman anda.

Banyak kategori disediakan,antaranya ialah:

1.Health & Beauty
2.Baby & kids
3.Grocery
4.Electrical & Appliances
5.Household
6.Sport & Fitness


Pada pendapat saya,dengan adanya laman web 100comments.com, secara langsung atau tidak langsung menjawab pertanyaan saya mengenai  produk yang bakal dibeli Sekurang-kurangnya komen pelanggan boleh menjadi acuan bagi saya yang akan membeli suatu produk atau barangan itu.Apa yang bestnya disini saya boleh lihat dan baca fresh komen dari pengguna tersebut.Yang bestnya dah tak payah cari review lain dah sebab dekat sini boleh baca banyak review pengguna tentang satu-satu produk itu.

Sebagai contohnya saya ingin membeli Maybelline White Superfresh Two-Way Cake SPF34 / PA+++,tapi saya ragu-ragu dan ingin mengetahui pengalaman pengguna yang telah mencuba jenama produk tersebut,Jadi saya buka laman web 100Comment.com dan search produk tersebut.Hasilnya saya dapat baca review pengguna-pengguna  yang lain berkenaan produk ini.


Dari review mereka,memudahkan saya untuk membuat keputusan untuk membeli atau tidak.

Selain daripada itu di facebook 100Comment.com juga menyediakan giveaway dimana jika anda terpilih menerima produk tersebut,anda akan di minta untuk membuat review.Menarik bukan,syaratnya cukup mudah sahaja.mana tahu ada luck boleh dapat produk yang belum pernah pakai sebelum  ini.


Secara keseluruhannya website 100Comments ini membantu saya mungkin juga kepada anda diluar sana,kerana bukan sahaja kita boleh baca ulasan produk,malah boleh cuba produk baru/mendapatkan sampel percuma dengan cara menyertai giveaway yang dianjurkan, Jangan lupa daftar sekarang!

untuk maklumat lanjut boleh ke laman sosial 100comments.com:






08 June 2017

Deko rumah sempena hari raya

6/08/2017 0
Deko rumah sempena hari raya
Assalamualaikum...

Lagi berapa minggu nak hari raya,persiapan baju raya dah settle awal2..tinggal nak deko-deko rumah sikit2 je lagi.Raya kali ini deko rumah simple-simple sahaja.Tiada perabot baru pun..hihi..jimat gitu.Bulan lepas dah cat rumah jadi tinggal nak mekap sikit2 je lagi..kurang2 ada juga perubahan sempena hari raya nanti..Ada yang perlu saya beli baru dan ada yang perlu sedikit pengubahsuaian sahaja.

Jadi jom lihat bagaimana saya deko rumah saya untuk persiapan raya nanti...

1.Tukar Langsir dan Alas sofa.
Saya memiliki sofa heavy corduroy dan untuk raya ini ingin menukar kepada yang lebih lembut. Jadi saya pilih alas sofa bermotif floral ini dari lazada.





Untuk langsir pula saya bercadang untuk mencari warna yang sama dengan cat dinding yang baru dan saya memilih untuk membeli langsir ini juga dari lazada.


2.Meja makan perlu sentuhan tersendiri. Bunga sama ada bunga hidup atau artificial  boleh dijadikan penyeri meja makan.Saya memilih bunga artificial lavendar flower  bouquet inii kerana amat sesuai dengan alas meja makan saya yang berona unggu kebiruan selain ianya yang tahan lama.Bunga ini boleh didapati di Lazada juga.Link



3.Sesuai dengan hari raya,suasana kena lah fresh gitu kan,oleh itu saya bercadang untuk membeli aromatherapy diffuser ini untuk membangkitkan aroma dan kesegaran dalam rumah.




Selain daripada itu,saa akan mengubah sedikit kedudukan perabot yang sedia ada agar ruang lebih selesa dan luas untuk tetamu datang nanti.

Tidak perlu berbelanja mahal atau menukar perabot untuk persiapan raya sebenarnya.ikut pada kemampuan masing-masing lah kan..hehe..Yang penting rumah bersih selesa dah memadai untuk kita menyambut hari raya nanti.

Tip hias rumah yang agak sempit untuk persiapan raya

1. Cat ruang dengan warna lembut dan ringan
Warna-warna terang dan ceria misalnya memang menambah seri kediaman namun ia boleh membuatkan satu-satu ruang kelihatan kecil.Warna lembut dan ringan seperti putih, krim, kelabu pucat dan biru awan pula boleh membuatkan ruang yang kecil nampak luas.

2. Letak cermin
Salah satu tips menghias rumah sempit agar menampilkan ruang yang luas adalah dengan meletakkan cermin di dalamnya.

3. Guna perabot yang tidak mengambil banyak ruang
Sebaiknya beli perabot yang bersaiz kecil untuk ruang kecil. Perabot bersaiz besar biasanya akan memakan banyak ruang.

4. Pilih Langsir Sesuai & Posisikan Dengan Betul
Sebaiknya guna material yang ringan dan berwarna lembut jadi sinaran matahari yang menerangi ruang menghasilkan pandangan yang luas.Sebaliknya jika memasang langsir tebal, suasana gelap menjadikan ruang yang kecil nampak lebih kecil.Langsir juga lebih elok diposisikan pada kedudukan tinggi atau ‘full height’ untuk memberi ilusi ruang yang ‘tinggi’.

Jadi,apalagi,jom dapatkan barangan untuk dekorasi rumah anda sempena raya ini di lazada.Sekarang ini Lazada sedang mengadakan Sales marhaban Ya Ramadhan yang berlangsung dari 19 Mei hingga June 2017.Layari http://www.lazada.com.my/riang-ria-raya-my-ramadhan-home/ dan dapatkan harga promosi sehingga 90%.








07 June 2017

Althea's Raya Giveaway Festival

6/07/2017 0
Althea's Raya Giveaway Festival

Assalamualaikum..

Althea's Raya Giveaway Festival | Sedar tak sedar dah lebih seminggu berpuasa...persiapan raya pun 70% settle..Sebabnya bila fiqa buat persiapan lambat semua jadi kalut..haha..dengan ada anak kecik kiri kanan lagi..fuhh!!!Amat mencabar gitu.




Dalam pada dah nak settle tu,fiqa terlupa satu hal!Barang mekap belum shopping lagi laa….Tapi tidak risau pun  sebabnya sempena raya ini fiqa dapat tahu,Althea mengadakan Raya Giveaway Festival yang mana dengan setiap pembelian di Althea Korea, Althea berbesar hati memberikan satu hadiah bagi setiap pelanggan dan kita boleh pilih  list hadiah di bawah ni secara PERCUMA! ..yeaa lonjak suka kejap mana taknya produk kecantikan ini semua direct dari korea tau…


Memang tidak  dinafikan lagi  ramai dah mengetahui tentang Althea ini kan,di sinilah tempat K-Beauty lovers shopping barang-barang mekap@kecantikan.Althea merupakan website membeli belah dalam talian yang menawarkan pelbagai produk kecantikan jenama terkenal korea dari penjagaan muka,kosmetik sehinggalah ke penjagaan badan dan rambut.Antara brand Korea yang popular di Althea antaranya jenama Innisfree, Tony Moly, Skin Food, Laneige, The Faceshop, Etude House, Dr Althea, IOPE, SkinMiso,The SAEM dan banyak lagi.Jangan risau sebabnya semua produk dari korea ini adalah original.



Setiap pembelian dari Althea akan didatangkan sekali dengan Limited Edition Ramadan Box tau..Warna kesukaan fiqa nie..


Dapatkan Rm30 welcome gift untuk pelangan kali pertama dan untuk setiap pembelian yang melebihi RM99 postage adalah PERCUMA!!Apa tunggu lagi marilah kita shopping dan unbox beauty haul sama-sama nanti.!!Sama-sama melaram di pagi raya nanti...hehe


Untuk maklumat lanjut & info pembelian, korang boleh klik link dibawah : 

Facebook : 
https://www.facebook.com/altheakorea

Website : 
http://my.althea.kr/

Instagram : 
http://www.instagram.com/altheakorea