Bila bercakap
tentang susu fernleaf,susu ini sudah lama berada dipasaran malaysia.Rangkaian
susu Fernleaf terdiri daripada susu penuh krim & susu tepung segera
Fernleaf,Susu Tepung Family fernleaf,Susu tepung Rumusan untuk kanak kanak
fernleaf dan juga Susu Fernleaf UHT sedia minum yang di datangkan dengan tiga
variasi lazat iaitu Full Cream,Low Fat dan Coklat yang telah diperkenalkan
untuk orang ramai mulai januari lalu.
Kisahnya bermula
apabila masa itu kami sekeluarga ke satu tempat dan kehabisan air
panas.Anak-anak nak minum susu sedangkan masa itu perjalanan masih agak jauh
untuk sampai ke destinasi yang dituju.Nak tak nak,kami terpaksa singgah ke kedai
yang berdekatan untuk mencari sesuatu untuk mereka minum.Terpaksa sebab anak
dah merengek kan.
Masa itu pun saya
capai sahaja yang nampak depan mata sebab nak cepat lagipun tak ada pilihan
yang ada.Dalam hati berdoa semoga mereka nak lah minum.Saya beli susu UHT full
Cream dan juga coklat.Bila diorang nampak sahaja susu coklat masing-masing nak
yang tu.Bagi diorang minum,eh masing-masing boleh habis sekotak.Anak-anak saya memilih
susu dan tidak berapa gemar susu coklat sebenarnya apatah lagi susu bancuh
coklat.
![]() |
Bukan main lagi masing-masing minum susu Fernleaf nie..yang adek sampai tengok cermin isap susu guna straw spek mata tu..haha |
Bila anak-anak
habis minum sekotak ini bermaksud mereka sangat menyukai rasa susu UHT Fernleaf
ini dan perkara pertama yang terlintas di fikiran,senang lah lepas ini beli
susu UHT sahaja standby untuk bawa berjalan.Dah tak payah bawa bekal air panas
lagi..huhu.Lepas pada itu setiap kali beli barang saya akan beli stok susu UHT
ini.
Saya sendiri
memang minum susu tepung penuh krim Fernleaf.Bila saya jumpa susu Full Cream
UHT Fernleaf memang saya akan borong sekali dengan susu coklat UHT Fernleaf.Dan ya susu Fernleaf UHT ini rasanya sama seperti susu bancuhnya juga tau.!!Sedap.
Seperti semua tahu susu mengandungi banyak khasiat yang diperlukan oleh
tubuh kita. Susu kaya dengan kalsium yang membantu menguatkan tulang.
Lengkapkan sajian sarapan pagi anda dengan segelas susu kerana susu merupakan
pilihan yang terbaik untuk sarapan pagi.Kurangnya pengambilan kalsium boleh membawa kepada masalah tulang rapuh.
Demi untuk menangani masalah ini, Fernleaf telah
memperkenalkan kempen susu ready-to-drink UHT milk terbaru untuk menggalakkan serta membantu rakyat Malaysia mendapat peningkatan pemakanan dan tenaga di mana sahaja mereka berada.
Minum dua gelas susu sehari boleh membantu memenuhi
keperluan makanan untuk sekeluarga. Susu merupakan sumber yang kaya dengan
kalsium yang membantu membina tulang dan gigi yang kuat untuk kanak-kanak.
Selain itu, susu juga membantu mendapatkan jisim tulang yang sihat untuk orang
dewasa walaupun pada usia emas.
Susu juga mengandungi nutrien penting yang lain antaranya
protein yang memainkan peranan penting dalam tumbesaran dan perkembangan otot
dan tisu. Vitamin A pula penting untuk fungsi mata sihat, Vitamin B2 menyokong
fungsi-fungsi sel yang mengubah makanan kepada tenaga, dan D3 membantu menyerap
kalsium dan fosforus.
Kenapa saya solid dengan susu UHT Fernleaf ini?Kenapa saya perlu beralih ke susu UHT yang lain sedangkan saya dan anak-anak serasi dengan susu ini kan.Anak-anak minum pun tidak sembelit.Tu yang penting dan menandakan mereka sangat serasi minum susu UHT Fernleaf ini.Alasan yang lebih kukuh lagi ialah susu UHT Fernleaf ini dipenuhi dengan tenaga dan mempunyai vitamin, zat besi dan asid lemak penting yang menggalakkan perkembangan dan tumbesaran anak-anak saya.Kandungannya yang kaya dengan nutrisi yang seimbang menjadikannya mudah untuk dihadam dan memberikan manfaat khasiat kepada seisi keluarga sayaJadi saya tidak perlu risau sama ada saya dan anak-anak tidak mendapat keperluan nutrisi lagi.
Bila bercakap
tentang rasa,apa yang boleh saya katakan,susu Fernleaf ini memang sedap.Sekotak
minum memang tidak cukup.Ok,sebenarnya saya tidak boleh nak eksprasikan macam
mana sedapnya susu ini.,Sehinggakan saya sendiri tertanya-tanya apa yang
membuatkan susu ini menjadi begitu sedap dan lazat sekali.Akhirnya segala
persoalannya dalam fikiran saya terjawab.Oh,macam ini rupanya susu ini
dihasilkan sehinggakan memang 100% Mmmmm...
Fernleaf mengamalkan yang lembu tenusu adalah jiwa dalam industri tenusu mereka dan para
peladang mereka menjaga mereka dengan
penuh dedikasi.
Susu UHT Fernleaf adalah merupakan susu UHT
yang dihasilkan oleh alam semulajadi dimana susu berkualiti tinggi adalah
permulaannya bagi menghasilkan susu UHT yang berkuali dan terbaik.
Di New Zealand,mereka mengusahakan ladang mereka
secara semulajadi iaitu memberikan kebebasan kepada lembu mereka untuk meragut
di padang rumput yang subur.

Hasilnya,susu
yang dihasilkan mempunyai sumber makanan semulajadi kaya dengan kalsium yang
mudah diserap dan digunakan oleh tubuh badan.Ia juga mengandungi banyak nutrien penting seperti protein yang berkualiti tinggi,vitamin A dan juga vitamin D.
Apa kaitan antara
lembu
tenusu dengan rumput?
Seperti ibu yang
menyusukan bayi,si ibu memerlukan makanan sihat dan seimbang untuk menghasilkan
susu yang banyak dan berkualiti.Selain daripada itu ibu juga perlu juga menghindari
stess yang akan menggangu emosi mereka dalam menghasilkan susu.Begitu juga
lembu.Tahukah anda bahawa bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput?

Susu UHT Fernleaf yang dihasilkan dari lembu tenusu New Zealand ini sangat berkualiti tinggi.Seperti semua tahu New Zealand mempunyai tanahnya yang subur,kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.
Ia adalah salah satu negara yang lembu tenusu
dapat meragut rumput secara bebas, tanpa berkurung dalam sangkar yang mana
rumputnya pula adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam
supaya lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti
tinggi.
Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang
cerah,lembu tenusu fernleaf secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang
sihat.Oleh itu,lembu tenusu Fernleaf menghasilkan
susu dengan tahap vitamin D yang lebih
tinggi berbanding lembu tenusu yang lain yang sering terkurung di dalam
kandang.
Jadi bagaimana lembu tenusu menghasilkan susu
secara semulajadi?
Dengan rumput yang berkualiti tinggi,iklim
yang selesa,udara dan air yang bersih,lembu tenusu fernleaf menghasilkan susu secara semula jadi tanpa memerlukan sebarang
bentuk penggalak susu.


Di fernleaf mereka mempunyai pakar
tenusu.
Lembu tenusu terbaik dan juga rumput yang berkualiti
tinggi sahaja tidak mencukupi untuk lembu tenusu menghasilkan susu yang
berkualiti tinggi.Kepakaran juga di perlukan untuk menjamin kualiti pengeluaran
susu dari lembu tenusu tersebut.Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman dalam perladangan tenusu,peladang berdedikasi fernleaf
amat bangga dalam kerja mereka,memastikan
kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada
air yang bersih,rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk
diedarkan pada pengguna.
Jadi kesimpulannya dengan adanya lembu tenusu yang berkualiti tinggi,sumber makanan semula jadi yang lembu tenusu dapat menghasilkan susu secara semulajadi serta dengan 140 tahun pengalaman pakar tenusu susu UHT Fernleaf penuh dengan 100% manfaat terjamin dari New Zealand.
Jom layan video dibawah:
Mineral seperti zat besi dan kalsium adalah antara khasiat yang penting untuk perkembangan dan tumbesaran anak-anak ada di dalam SUSU FERNLEAF UHT ini.
Apa lagi yang best bila minum susu Fernleaf UHT ini.
-Boleh diminum dimana-mana tidak kisahlah dimana pun korang berada.
-Susu full cream atau low fat boleh digunakan untuk pelbagai jenis masakan yang menggunakkan susu..sure sedap!!
-Bekalan tenaga setiap hari,itu yang penting.
-Mak-mak seperti saya dah tak perlu nak angkut beg keperluan susu anak-anak lagi,bawa bekalan susu Fernleaf UHT je.Mak is suka..hehe..
Owh ya,korang boleh dapatkan susu #FernleafUHT #100Mmmmm tiga variasi pilihan sama ada susu penuh krim,rendah lemak dan juga coklat 200ml [4 kotak ] dan pek 1 liter di kedai-kedai yang berdekatan.Harga?Murah sesangat.😂
Website: www.fonterra.com/my/
Facebook: www.facebook.com/fernleafmalaysia
Facebook: www.facebook.com/fernleafmalaysia
Instagram: www.instagram.com/fonterra.my
0 Comments
Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..