Genap Sebulan Bersalin

Assalamualaikum..






Hari ini genap sebulan bersalinkan anak nombor 3.Rasa macam anak 1st pula setelah jarak dengan anak nombor dua 5 tahun.

Banyak sangat dugaan semasa mengandungkan anak no 3 ni.Dengan keadaan pandemik lagi dengan masalah kesihatan lagi,dengan suami sakit lagi,betul-betul mencabar.1st trimester dah sangkut hb low.Bermulalah episod setiap dua minggu kena datang checkup kat klinik ibu.Ubat tambah darah silih ganti makan.Dipendekkan cerita,saya ada anemia dengan Talasemia.Fuhh!!

Dan sepatutnya jangkaan bersalin saya pada 7/12/20.Tapi pada tarikh tersebut masih belum ada tanda2 nak bersalin dan doktor beri tempoh sehingga 16/12/20 kalau tak bersalin juga maka terpaksalah saya serah diri kat hospital.Ingatkan nombor 3 nie bersalin awal jugak macam anak nombor dua. Yelah dengan ulang alik bermalam kat hospital jaga suami sakit selama 3 minggu.huhu..rupanya nak ikut jejak abang sulung sulung overdue jugak.

Petang 14hb tu dalam jam 4 dah rasa perut mengeras lain macam dah..tapi tak sakit pun.(sebab sebelum nie memang kerap mengeras)boleh masak untuk makan malam dan buat frozen food untuk anak-anak sebab andaian kena serah diri 16hb nanti.Perut memang sentiasa mengeras dalam jam 5lebih turun tanda (darah) buat releks lagi.(sebab dua2 anak sebelum nie pecah air ketuban)..haha..Info kat suami macam nak kena pergi hospital je ni..tapi sambil2 layan perut mengeras tu boleh lagi terlelap sekejap.

Lepas mahgrib tu kekerapan mengeras tu semakin kerap dan info kat kakak ipar sebab diorang yang akan hantar ke hospital.(Suami x sihat lagi & tengok2kan anak-anak).

7.45pm bertolak ke HTAA dalam 8.10pm sampai dan daftar.Lepas daftar tu doktor nak cek jalan n dah 3cm.Lepastu kena pasang ctg semua dalam 20 minit.Dalam masa 20 minit tu doktor cek lagi sekali jalan dah buka 5cm n tidak lama lepastu air ketuban pun pecah.Lepas tu layan2 sakit mengeras sebelum ke bilik bersalin.

Sampai bilik bersalin boleh layan mesej dalam group lagi..boleh info lagi yang saya dah selamat bersalin..hehe..

Jam 9.31 pm selamat bersalin anak nombor tiga seberat 3.4kg.Alhamdulillah kali ini bersalin pun dipermudahkan seperti anak nombor dua tanpa koyak n jahitan.Masa awal2 berpantang pun mudah dengan anak tak meragam malam cumanya dihujung2 ni anak dah mula buat perangai...haha dah sebulan kan...



p/s:Lepasni post penuh citer anak je lah..yelah tahun lepas blog bersawang sangat..haha




1 Comments

  1. Alhamdulillah tahniah! Selamat berpantang dan jaga diri... :) Hari ni last day untuk join GA http://www.aimisyahirah.com/2021/01/wallet-giveaway-by-misya-2021.html kot ada rezeki, mehla join! :)

    ReplyDelete

Ini adalah blog peribadi.Sebarang pendapat yang saya luahkan di sini adalah dari saya sendiri ,tidak melibatkan mana mana pihak kecuali jika saya letakkan nama pemiliknya.Sebarang PRINT SCREEN terhadap blog ini adalah dilarang kecuali atas keizinan tuan punya blog. Tuan punya blog tidak teragak agak mengambil tindakan undang undang jika hak persendirian ini dicabuli.Terima Kasih juga kerana sudi tinggalkan komen di entri ini. Sila berikan komen yang berhemah. Sebagai penulis saya tidak bertanggungjawab terhadap setiap komen yang ditulis. Sebarang LINK AKTIF akan di buang secara automatik. Harap maklum.
Terima Kasih ..